MENANGIS MENGENANG KEHIDUPAN


MENANGIS MENGENANG KEHIDUPAN 

Hari ni dah hari PKP yang ke berapa entah, semua dah lupa. Sepanjang PKP aku tiada rasa langsung untuk membuka blog apatah lagi membaca blog-blog kawan yang lain. Rasa membaca dan menulis hilang. 

Aku banyak menulis (tak ada lah banyak mana) di Instagram sahaja. Itu pun kalau idea dan ilham tu muncul. Tuhan, jawapan apa yang Engkau mahu berikan pada aku.

Sebelum tidur, aku menangis merenung kembali kehidupan aku. Doa aku selalu supaya Dia kembalikan “the best version of Nur Farahain”. Versi nya yang terbaik selalu lah seorang yang paling bersemangat dalam melakukan apa yang dia nak capai, paling suka bercakap , paling kuat gelak! Dan terpaling happy go lucky woman!

Aku selalu menantikan bila lah versi terbaik ini mahu muncul. Aku tak tahu bila Tuhan mahu berikan jawapanNya yang terbaik itu. Jangan tanya berapa banyak kali aku menangis. Tapi, aku sembunyikan rasa itu. 

Aku rasa, Tuhan mahu benar-benar menitipkan rasa sabar dalam jiwa aku. Bila orang buat kau macam tunggul , aku diam. Versi aku yang dulu aku akan banyak melawan semula. Tapi, aku pilih untuk diam.

Takkala ramai yang aku sangka berada disisi ku, Tuhan jelaskan satu satu yang pergi. Tuhan tahu cukup Ain kau luangkan masa bersama mereka. 

Penatnya jadi Nur Farahain!. Itu yang selalu terkeluar mengeluh kepada Tuhan. Aku tahu tak baik mengeluh bukan, tapi aku mahu jadi hambaNya yang paling jujur disisiNya. 

Aku selalu minta , doa yang baik baik untuk aku! Jadi , untuk yang membaca ini.. Silakan doakan yang baik-baik untuk Nur Farahain . Mana tahu doa kalian diterima dan didengarNya. 

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Dan Batin ikhlas dari Nur Farahain. (aku tak ucap pon Mat Ri Aye dekat blog, jadi terus ucap dekat sini lah yer) Kira dah bagi ucapan lah kan. Hehehe.


GAZOLINE , KAFE ESPORTS DI JOHOR

gazoline kafe esports johor

GAZOLINE , KAFE ESPORTS DI JOHOR

Esports kini telah menjadi salah satu tumpuan utama terutama sekali golongan muda. Aku ni pula memang adik beradik semua lelaki sudah pasti kesukaan lelaki aku akan secara tidak langsung akan tahu , walaupun sekadar tahu tahu gitu aje. Dah nama pun hari hari dengar game Mobile Legends , PUBG , FIFA dan sebagainya. Bukan itu sahaja , selalu nya juga aku akan menemani abang aku untuk ke event serta tournament esports. Jadinya , konsep kedai Gazoline ini memang aku dah boleh imagine macam mana crowd yang akan datang.

Bertemakan warna biru , jika kita melangkahkan kaki masuk ke kafe ini sahaja sudah dapat merasai feeling feeling berada di event dan tournament esports. Bukan itu sahaja , kita boleh rasa juga perasaan seorang gamers! Kenapa? Di kafe ni setiap tempat duduk memang tersedia lengkap tempat untuk charge telefon serta USB. Seperti yang kita sedia tahu , gamers nowadays memang main game dengan menggunakan telefon jadinya mereka memerlukan sokongan seperti tempat mengecaj ini. Bukan satu dua okay , tapi di setiap tempat duduk memang ada disediakan.

gazoline kafe esports johor

gazoline kafe esports johor

gazoline kafe esports johor

gazoline kafe esports johor

gazoline kafe esports johor

Seterusnya , terdapat juga ruang untuk bermain Play Station (PS). Sewaktu aku ke sana , kelihatan gamers bermain game FIFA. Disitu disediakan 4 set jadinya takpayah lah nak berebut rebut yer. Hehehe. Dah namanya pun kafe kan ,sudah semestinya ramai yang nak tahu tentang makanan dan minuman yang disediakan.

Gazoline ini menghidangkan pelbagai makanan dan minuman ringan seperti set burger serta ala carte seperti nugget , nacho dan ayam . Antara minuman yang disediakan ialah seperti ice blended , pelbagai variasi kopi serta energy fizzes. Sesuai la dengan gamers yang jenis santai dan simple. Mereka sukakan konsep yang cepat dan senang untuk mereka dapatkan. Yelah , kang kalau lambat makanan tu nak siap , habis kalah nanti waktu main game. Hsahaha

gazoline kafe esports johor
GAZOLINE 
ESG e-sport group
23&25 , Jalan Kota 2/3 ,
Taman Cahaya, Kota Puteri,
Masai , Johor

'MAKAN DAN MENANG' , SEKALI MAKAN MARRYBROWN TERUS MENANG KERETA

marrybrown malaysia

'MAKAN DAN MENANG' , SEKALI MAKAN MARRYBROWN TERUS MENANG KERETA 

Siapa sangka , hanya dengan makan Marrybrown membawa tuah yang sangat berharga kepada Muhammad Muzamil Bin Jailani yang berusia 29 tahun. Wow , untung dia yang sebaya dengan aku kerana menang kereta Proton  X70. Aku telah menjadi saksi penyampaian hadiah tersebut kepada pemenang.

Bertempat di Marrybrown Headquarters , pada 4 Mac 2020 telah berlangsungnya sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Bukan sahaja kereta , malah ada juga hadiah lain yang telah diberikan oleh pihak Marrybrown antaranya ialah : wang tunai RM 10 ,000 kepada 6 orang.

Jadinya  pada hari tersebut , bukan Muzamil je yang dapat hadiah , tapi ade juga pemenang yang lain. Seronok kan , makan je lepastu rezeki menang pula! . Terpancar betul muka gembira semua pemenang.

Jom kita tengok gambar pemenang kereta Proton X70 serta pemenang lain.

marrybrown malaysia

marrybrown malaysia

marrybrown malaysia

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Marrybrown , sila layari :
Facebook : MarrybrownMalaysia
Instagram : marrybrownmy

AKU MENYAMPAH BILA KENA 'PAKSA' MENULIS

blog akuainkausiapa

AKU MENYAMPAH BILA KENA 'PAKSA' MENULIS

Jujur dari hati , i kinda lost my sense of writing ! Dia punya lost memang tak bukak blog ni lama gila. Kenapa? Ianya berbalik semula kepada penulisan aku yang ini : Tulis yang baik baik . Bila kita dah 29tahun ni , aku dah jadi MALAS! HAHAHA. 

Tak , sebenarnya . cara aku yang berbeza mungkin. Aku mengaku aku sememangnya orang yang tidak layak untuk menulis. Lebih tepat lagi seorang BLOGGER! . Jiwa aku memang tak boleh masuk sebenarnya. HAHAHA. ini pengakuan berani mati habis. Bayangkan , aku dah bertapa lama dah ni depan komputer nak siapkan satu entri berkenaan event yang aku datang. WEH ! AKU BLUR TAK TAHU NAK TULIS APA.

Aku rasa teruk nya aku ni. Habis semua geng JDT Blogger yang datang event tu , aku baca cara diorang update. AKU BLUR WEYH. PRESS RELEASE DEPAN MATA PUN AKU BLUR NAK TULIS APA. Kesian kan dekat aku. Korang faham tak apa yang aku cuba sedang sampaikan ni.

Aku tak suka rasa yang macam gini. *Dengan aku tak sihat siap pakej selsema , batuk dan demam lagi. Aku sedih weh bila rasa macam gini. Rasa tak tahu nak buat apa tapi tetap kena siapkan (SEBAB DUIT) KBYE MENGAKU JUJUR. HAHAHHA.

Aku menyampah kena 'paksa' menulis! Sebab tu aku jadi sangat memilih sekarang. Sebab aku tahu aku tak boleh deliver yang terbaik. Aku memang respect la siapa yang jadi reporter. TIBERR. Hahaha. 

Tuh je aku nak luah.

Tapi , satu benda yang orang kena tahu. Ain memang jenis macam gini. Dia bebel pompangpompang tak boleh itu ini  TAPI AKU TAK MUDAH GIVE UP! KBYE!!

LEGOLAND® Malaysia Resort Rolls Out Limited Time Offers, Giving a Boost to Domestic Travel



LEGOLAND® Malaysia Resort Rolls Out Limited Time Offers,

Giving a Boost to Domestic Travel


A chance for families to enjoy up to 60% savings on hotel and theme parks


If you are considering a weekend family outing at a bargain price, look no further than LEGOLAND® Malaysia Resort. The all-in-one themed attraction is offering an unbeatable chance for Malaysians to earn the biggest bang for the buck from their visits.

LEGOLAND® Malaysia has introduced a range of limited time offers, including deals providing up to 60% price off on accommodation and theme park access for customers. This is the perfect opportunity for families to visit in conjunction with the school holiday period.

The offer is catered for those who are looking to fully experience the magic of LEGOLAND® and create memories with their loved ones. There are bundle packages available for families to extend their full resort experience by choosing the themed room package that comes with a two-day complimentary access to the theme park, water park and SEA LIFE for two children. Families can also opt for our exciting LEGO® themed room-only options with savings of up to RM270 for a family of five.

The latest offerings are in line with LEGOLAND® Malaysia’s efforts to support and continue driving local tourism. Malaysians can also tap into the benefits of the stimulus package unveiled by the interim Prime Minister Tun Dr Mahathir, which includes a personal income tax relief of up to RM1,000 on domestic travelling expenditure.

“As one of the most-visited attractions in Johor, LEGOLAND® Malaysia is in the position to help restore the appeal for domestic tourism in supporting and continuing the spirit of Visit Malaysia 2020. LEGOLAND® Malaysia upholds a long-term commitment in driving more visitors to experience Johor as a family-friendly holiday destination. We hope Malaysians will take full advantage of these offerings,” said Thila Munusamy, Director of Sales & Marketing at LEGOLAND® Malaysia Resort.



“LEGOLAND® Malaysia is also working closely with the Malaysian tourism authorities and industry partners to explore collaborative efforts towards achieving similar goals. Our customers can expect to enjoy additional perks and value within the park, as well as the surrounding areas. There’s simply no better time than now to visit LEGOLAND® Malaysia while exploring the unique charm of Johor,” she added.

Amidst the global health concern, LEGOLAND® Malaysia has assured that the safety and wellbeing of guests and employees remains a top priority. The resort has stepped up the precautionary measures in order to maintain a safe and hygienic environment for everyone.

The limited time offers are available on LEGOLAND® Malaysia website at www.
legoland.com.my
. For latest update on promotions and activities, stay connected via LEGOLAND®’s official website, Facebook and Instagram.  


List of Promotions*

LEGOLAND Hotel Promotions
Details
Kids Stay & Play Free
Themed Room @RM820 per night + FREE Two-Day Triple-Park Tickets for 2 children worth RM518 + Free breakfast @ Bricks Family Restaurant for 5 pax

Room Only Saver

Themed Room at RM550 per night
(R.P: RM820 per night)

Premium Themed Room at RM700 per night
(R.P: RM940 per night)

Annual Pass (AP)
Offers
Details
Annual Pass Renewal Offer
20% off regular Annual Pass renewal price + 50% off Legoland Hotel stay voucher for 1 night**

AP Member Benefit:
Bring A Friend @50%
Bring a friend at 50% off the day ticket price – valid for up to 4 tickets per pass holder**

AP Member Benefit:
LEGOLAND Hotel Room Offer
Get 35% off Theme/Premier rooms for pass holder**

*Terms and conditions apply. Please refer to LEGOLAND® Malaysia website for validity period and booking details.
**Valid for Triple Park Annual pass holders

MESEJ DARI SI KECIK


MESEJ DARI SI KECIK


“Assalamualaikum , Kak Ain . tengah buat ape? Apa Khabar ? Sihat?”

Itulah selalu skrip mesej permulaan dari si kecik Asyira . Kadang kadang kita rasa mesej ni annoying gila. Bukan “kita”, tapi spesis macam aku. Yang paling tak suka melayan benda remeh temeh. Tapi, dengan mereka berdua. Jadi berbeza. Jadi lain sangat.

They change me. I guess! Aku paling tak suka nak melayan mesej, tak suka lah setakat nak bertanya khabar. Paling tak suka dah mesej pastu nak video call . Lepastu cakap rindu! Adoyai. Pening kepala kak Ain tau.

Tapi , tu lah. Aliyah dan Asyira. Selalunya yang akan start the conversation ialah si Asyira. Dia akan spam mesej dan call sampai Aku angkat. Hahaha. Nanti kak Ain bebel and marah sikit, lepastu yang tukang pujuk selalunya Aliyah. Hahaha.

Maaflah kak Ain tak pandai memujuk orangnya. Sebab hati ni dah biasa “pujuk diri sendiri” . Aku tak pernah ada orang yang selalu tanya khabar macam gitu. Sebab tu mungkin pada aku benda ni remeh temeh.

Aku tak ada keluarga yang boleh keep in touch selalu macam keluarga orang lain. Dulu yang selalu akan call aku, tanya aku soalan bermacam macam tanpa rasa jemu tu ialah arwah ibu aku. Dia yang selalu akan buat semua tu tanpa rasa jemu.

Sekarang ni. Aku bersyukur tuhan kirimkan aku anak jiran yang selalu keep in touch walaupun terlebih lebih touch nya. Hahaha. Paling kelakar bila aku dengan si Aliyah tu dah angkat video call, Si Asyira boleh video pause. Hahah. Kuang asam boleh dia melayan Instagram dulu dia cakap.

Aku dulu tak ada masa untuk melayan perkara macam gini tapi sekarang, aku akan adakan “masa” itu untuk mereka. Pada aku, masa itu tidak boleh ditukar ganti. Masa kadangnya akan buat hati kita terluka, kecewa dan disakiti. We cannot change that time. But, we can fix it. Itu terletak pada pendirian dan diri kita.
blog akuainkausiapa
Ni masa video call, aku suruh diorang pakai telekung
Hargailah siapa yang bersama kita saat kita tengah tak ada apa, saat kita tengah sedih, kerana itulah saat kita lebih kenal siapa yang lebih mengenali diri kita.