Selepas tamatnya , Hari Pertama Aku Di Kelantan , sesi jelajah aku bersama dengan Tourism Malaysia diteruskan pada hari kedua. Hari yang sangat padat dan ketiak basah serta panas terik! Hahaha. Mana taknya pagi-pagi lagi kami sudah terpacak di Pantai Bisikan Bayu bagi pelancaran Surfcasting Tour di negeri Kelantan. Boleh nampak di pantai tersebut para peserta kemain excited nak baling joran. Yelah kan hadiah wang tunai RM 70,000 diberikan kepada juara. Nanti aku cerita di lain entri okay!. Selepas menyaksikan perasmian tersebut , kami ke #HotelTour di Tok Aman Bali Resort. Fuh , seronok betul tengok pengunjung yang datang kesini bermandi di kolam renang. Padahal waktu tu panas terik kemain , tapi itu lah yang dikatakan antara tarikan yang ada di Tok Aman Bali ini.
Kami juga dibawa untuk naik ke bangunan tinggi untuk melihat pandangan seluruh Tok Aman Bali ini. Tengok dari atas , fuhhh cantik betul . Selepas kami berpusing satu resort ini , kami dibawa pula ke Istana Bunian . Masa mula-mula aku dengar tu , boleh tahan seram jugak!. Yelah , bunian kot jangan dibuat main-main. Aku ingatkan aku salah dengar ke , rupanya memang nama tu Istana Bunian. Reka bentuk rumah tu sumpah memang eksotik dan 'pelik' juga. Hehehe. Ada juga kisah pelik yang berlaku disitu tapi aku lebih prefer untuk tidak bercakap dikhalayak ramai. Kihkihihkih. Selepas puas 'berbunian' disitu , kami berpatah balik ke Pantai Bisikan Bayu untuk melihat acara penutup dan nak tengok ler siapakah pemenangnya. Fuh , pakcik tu muka macam tak percaya dia dapat RM70,000 weh!. Dengan tangan gigil masa nak terima wang tunai tu. Kata orang itu lah dia kalau Allah kata rezeki kan , maka rezeki pakcik tu juga yang dapat. Kemain gemok woi ikan pari yang dia dapat tu.
Selesai je kami terus bergerak menuju ke Kota Bharu untuk check in di Hotel Perdana. Perjalanan boleh tahan lama juga sampai sempatler aku membuta. Hahaha. Sampai-sampai je kami disambut oleh pihak hotel dan terus membuat #HotelTour yang seterusnya. Selepas naik turun masuk bilik keluar bilik , hehehhe. masa untuk menjamu selera. Makan-makan sambil berborak. Selesai makan , kami masuk ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan merehatkan diri sebentar untuk aktiviti malam.
Inilah rupa Istana Bunian
lupa nak bagitau , kami singgah juga disini : wat phothikyan phutthaktham
make a wish gone wrong! hehehe.baling tak sangkut sangkut!
Kami bersama dengan pihak hotel perdana kota bharu kelantan di Royal Suite
Kami bersama pelakon-pelakon persembahan makyung
Malam pula kami menjamu selera dulu dan selepas itu kami ke Jabtan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan. Aku suka betul usaha JKKN ini yang mana mereka akan membuat persembahan secara terbuka special untuk warga kelantan dan para pelancong. Antara yang dipersembahkan ialah wayang kulit , persembahan makyung dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan kepada pengunjung tentang kesenian yang ada di negeri Kelantan. Walaupun aku tak berapa nak faham sangat dengan loghat Kelantan , tapi persembahan Makyung yang sempat aku lihat itu mampu meninggalkan satu kenangan yang indah buat diri ku. Sebelum pulang ke hotel untuk berehat , kami sempat merambu cuci mata di Wakaf Che Yeh . Aku tak beli apa pun just tengok Sis Lin memborong! Hahaha. Eh , sempat kami melantak durian disitu. Terima kasih pak haji belanja kitorang!. Murah rezeki pakhaji nanti dapat belikan macam-macam untuk makcik . Kihkihihkih.
Boleh dikatakan hotel Swiss Inn Johor Bahru ini mempunyai nostalgia nya yang tersendiri buat diri aku. Bersesuaian dengan tema buffet ramadhan untuk tahun ini iaitu , "NOSTALGIA CITARASA RAMADAN" , meh aku story sedikit apakah nostalgia personal experience nya yang berlaku kepada diri aku. Hahaha. Ini merupakan tahun kedua aku pergi media review untuk buffet ramadhan. Tahun lepas , masa aku datang ke sini aku masih malu-malu kucing sangat! Lagi - lagi bila baru sangat berkenalan dengan geng - geng JDT Blogger. Boleh baca review aku tahun lepas yang ini WARNA WARNI AT THE RILEK CAFE SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU
Nostalgia sangat masa tu sebab ada beberapa perkara indah yang berlaku. Masa ni juga aku jumpa my crush! Kahkahkahkah. Teringat waktu tu aku macam OMG! First time ler terpandang dia. Herlok juga mamat ni. Kihkihkih . Tapi sekarang adakah masih menjadi crush aku? Jawapannya tidak. Normal la perempuan suka tengok lelaki herlokk kanz.. Okay its enough talking bout this. Ain , tajuk entri makanan ain.. Tolong jangan melalut. Hahaha. Tahun lepas bertemakan Warna-Warni , which is aku ni memang suka sangat kalerful .. Tap tahun ini pula bertemakan nostalgia. So, aku terfikir juga apa yang nostalgia nya kan ? Aku dapat jawapan tu dari menu-menu yang dihidangkan.
Antaranya ialah Ayam Masak Merah , Ikan Masak Lemak Nenas , dan aku Asam Pedas . Aku panggil ini Asam Pedas 3 Sekawan. Hehehe. Bukan itu sahaja , antara menu yang sangat nostalgik lagi ialah ubi rebus cicah dnegan sambal. Teringat dekat kampung masa zaman mak-mak dulu kan , ubi rebus ni antara menu makanan utama orang dulu dulukan . Selain daripada ubi rebus , yang paling aku suka ialah Sup Tulang Rawan Berempah . Menu yang ini boleh dikatakan menu favourite aku. Ya Ampun , cicah pula dengan roti. Slruppp... Sedap sangat.
Tidak dilupakan juga Laksa Johor . Orang cakap , orang Johor memang tak sah tak cari laksa johor kan. Time-time puasa time tu ler semuanya nak craving. Laksa Johor ni juga merupakan antara killer menu yang ada di sini. Jangan dilupakan juga kambing yang tergolek tu... Namanya Swiss Inn Briyani Kambing Golek. Itu antara menu yang dasyat-dasyat hahaha yang disediakan disini. Tak dilupakan juga pencuci mulut seperti bubur som som . Very the nostalgik kan , dan buah mata kucing. Banyak juga aku rembat buah mata kucing ni sebab aku memang peminat buah ini.Boleh naik hantau makan sorang-sorang tak ajak orang sebelah. Hahaha.
BUFET RAMADAN SWISS INN JB Tempah awal sekarang! sehingga 30 April 2019 Tawaran istimewa Beli 10 baucer Dewasa percuma 1 baucer
RM 68 (dewasa) RM 40 (kanak-kanak) *4-11tahun
HARGA ASAL RM 98 (dewasa) RM 50 (kanak-kanak) untuk tempahan sila hubungi /whatsappp 012 6232190(nurul) atau email nurulaida.hashim@sijb.swissgarden.com
Aku dapat feedback ni daripada salah seorang ahli JDT Blogger iaitu Nona . Haa, kau baca jela conversation antara aku dengan dia. Hahaha. Aku nak mintak maaf kalau ada yang nak komen tapi mengalami masalah yang sama. Terima kasih diatas feedback ni. Aku suka orang terus direct tanya aku. I am a straight forward person. So tak yah nak berkias sangat dengan aku.
Kali ni aku dah kurangkan dah jumlah patah perkataan dekat disclaimer tu. Hahaha. Aku tahu sekarang , orang mostly baca blog and browse through smartphone. So , nak tak nak kita tetap kena atasi juga masalah ini kan. Thank you Non! Terus tanya kat aku! Ni yang aku lagi semangat nak menulis. Kahkahkahkah.
I HAD A GREAT WEEKEND @ DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK !!
Ya Allah , aku ingin panjatkan rasa bersyukur sangat kerana pada tahun ini , boleh dikatakan tahun cuti-cuti Malaysia aku. Alhamdulilah. Terima kasih tuhan kerana memberikan nikmat ini kepada hambaNya yang bernama Nur Farahain. Aku nak mintak maaf juga kerana posting aku di blog agak berkecamuk juga. Ianya tidak disusun mengikut tarikh dan waktu aku bercuti itu. Hahaha. Setelah aku berpenat lelah mengikuti media trip daripada 12-14 April di Kelantan dan 17-19 April ke Negeri Sembilan , akhirnya pada sabtu lepas aku kembali ke pangkal jalan. Hahaha.
Mood yang penat masih belum hilang , aku sempat menghabiskan hujung minggu aku ke Desaru Coast Adventure Waterpark . Kebetulan pada ketika itu telah berlangsungnya Splash Festival. Peh, macam-macam aktiiti daripada pagi sampai lah petang dan dah nak tutup pun banyak betul aktivitnya. Masuk-masuk je aku terus menjelajah dulu pusing satu waterpark tu. Cadangan aku masuk-masuk je lebih baik terus main semua splash yang ada dekat situ. Ini kerana untuk mengelakkan que beratur yang terlalu lama. So , aku cuba shipwreck reef splash untuk pertama kalinya. Weh , kemain dasyat juga aku menjerit. Hahaha. Jerit lepaskan rasa ketakukan serta buang semua rasa kepenatan dan stress. Hahaha. Puas sangat! Tak delah basah sangat masa 'terjunan' yang last sekali tu. Next aku cuba Swinging Ship , yang ni tengok dari bawah tak mabuk sangat tapi bila dah start ayunan tu , mampus boleh mabuk juga. Hahahhaa.
Malangnya , aktiviti aku disini tergendala sebentar kerana hujan lebat serta kilat guruh memancar. Takut betul awak! Sempat time tuh aku membuta 'topup' tenaga kejap. Hahaha. Aku dah tak pedulik dah orang kiri kanan , lena sangat aku membuta dengan kerusi malas. Bila hujan dah reda sedikit, perut pun lapar aku pun pergilah mencekik di Kelong Eatery. Harganya hmmmm standard ler kan harga waterpark katanya. Apa menu yang aku cuba? Aku cuba Turkey Carbonara Pasta dan Pizza Ayam. Aku berpuas hati dengan menu yang dipilih.
Selepas perut kenyang , aku meneruskan lagi bermain di tidal wave beach. OMG! Seronok nak mati weh wave dia. Patut ler disediakan sesiap safety jacket untuk kanak-kanak dan dewasa. Gelombang ombak dia kemain real woi. Aku yang duduk dihujung-hujung pun boleh tercampak dibawa dek arus air tu. Apatah lagi yang memang berada di tengah-tengah. Hahaha. Kan aku cakap ada Splash Festival kan , so aku join sekali Aqua Zumba yang ada masa tu. Kemain dok berjoget dalam air. Hahaha. Lupa nak cakap , lifeguard dekat sini sangat mesra alam dan protective. Aku sangat puji yang ini. Nak bagitau juga dekat sini changing room serta toilet yang disediakan sangat banyak dan bersih. So , kita tak perlulah nak que sangat . Dekat sini juga merata ada water station , so kalau penat kehausan boleh la refilll air dekat water station yang disediakan.
Oh, kalau nak berangan-angan dan bersantai boleh ler duduk atas pelampung dan biarkan diri itu terapung di penawar river. Aku berangan kemain waktu tu sampai ada seorang lifeguard tu tegur "muka serius sangat" . Hahaha. Aku tengah berangan cari idea okay! Kan dah cakap lifeguard dekat sini very the friendly. tabik spring dekat pihak Desaru Coast Adventure Waterpark ni. Tambahan lagi , aku rasa kalau yang bawa anak - anak tu komfom diorang pasti seronok. Bila melangkah masuk ke Kids Ahoy , inilah syurga air untuk kanak-kanak. Aku yang tengok ni pun rasa nak join sekali malangnya , aku dah masuk kategori dewasa. Kah!
Kesimpulannya, i had a great weekend! Best sangat walaupun mood penat aku tak hilang kan. Tapi , aku sangat-sangatlah enjoy dekat sini. Aku dah letak video dekat IGTV tu. Sudi-sudikanlah tengok! Pastu share dengan kawan-kawan dan keluarga uolls okay!.
Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Coast is proud to present Ramadan this year with 'Citarasa Senandung Melayu Asli' buffet dinner which starts from 5th May till 2nd June 2019!
Over 100 of Malaysia's favourite dishes will be featured at our live stalls, 'Tradisi Kuali Panas' station , soup station , vegetarian corner and buffet line, all under the brainchild of Chef Naza and his talented culinary team at Pawana Restaurant.
The Early Bird price which is available now until 30th April is only RM 58 nett per adult and RM 40 nett per child while the normal price is only RM 68 nett per adult RM 48 nett per child and is available from 1st May to 2nd June 2019.
Try out our highlights for 'Citarasa Senandung Melayu Asli' like the ever popular Nasi Daging Utara Air Asam Tomato, Daging Goreng Halia Madu , and Ayam Percik Bambu Kelantan. Indulge in spicy Negeri Sembilan signatures such as Masak Lomak Daging Salai ( Smoked Beef) , Keli Salai (Smoked Catfish) and Itik Salai dengan Belimbinh Buluh (Smoked Duck).
Remember to visit our live stalls serving kampung-style chicken and beef Satay with traditional condiments, 'Bakar Herba' Roasted Lamb, Mee Rebus Tulang, a wide selection of Roti Canai, Murtabak , Roti Jala, and Nasi Lemak Halba Kukus Ayam Goreng Berempah.
Swing by our 'Tradisi Kuali Panas' station and tantalize your taste buds with our lineup of traditional Malay dishes namely Udang Kari Mamak , Talapia Merah Masam Manis , Buncis Goreng Udang Hidup, Paru Goreng Berlado , Patin Tempoyak Ubi Keladi, Gulai Lala Terung Pipit, Ayam Masak Semur , all deliciously paired with a plate of streaming with rice. Quench your thirst with ice cold beverages like our Sirap Selasih, Bandunh Soda, Kurma Juice and not forgetting everyone's all-time favorite Teh or Nescafe Tarik.
If you prefer light cuisines , head on to our Soup Station where you can satiate your cravings with a selection of soups from the sea with Red Snapper, Sea Bass or Mackerel spicy soups or from the land, you can guzzle oxtail , beef , lamb , and tetel (minced beef) soup and Ramadan favourites Bubur Lambuk. Salad lovers can chow down to traditional Ulam-ulaman , Rojak Buah , Acar Rampai , potato salad , fruit pickles , an assortment of dried salted fish and more garden greens.
Our Sweet Temptations Corner features an assortment of traditional Malay Kuih like Kuih Ketayap, Pengat Ubi Keledek, Serawa Nangka, Serawa Durian, an array of French Pastries and Cakes, puddings, jellies, cut fruits, ice cream, ABC with condiments , and more!
For reservation or enquiries, contact Mr. Rozaizul at +60127669427 or Pawana Restaurant at +6078838805. We wish you a blessed Ramadan and Selamat Berpuasa!.
DCAWP Offers More Fun for All at its First Splash Festival!
Desaru, Johor 13 April 2019
– Desaru
Coast Adventure Waterpark (DCAWP) launches its inaugural Splash Festival today!
From now until 21 April 2019, DCAWP takes visitors on a whole new level of
water adventure with exciting activities such as rhythmic Aqua Zumba, Water
Balloon Battle, Water Pillow Fight and many more!
Phil
Whittaker, Chief Executive Officer – Integrated Theme Parks & Attractions
(“ITPA”) of Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn. Bhd said “DCAWP has
received a positive response since we first opened in November last year and we
want to continue the momentum by ensuring the best experience for our
visitors.”
The
Splash Festival is an effort from the team at DCAWP aimed at bringing more epic
fun at the waterpark. In the next nine days, there will be a host of fun
activities in and out of the water for kids and adults. Tickets are currently
being sold at a promotional price – RM78.00 for kids and RM105.00 for adults.
The
DCAWP Splash Festival will be offering the following activities daily up until
21 April 2019.
After spending
the day soaking up the sun, visitors will be pleased to know that there is a
variety of eateries situated in the waterpark to fill up and fuel up. For
thirst-quencher, they can head to Penawar Ice Cream Kiosk or Surf’s Up Juice
Bar for a refreshing cup of coconut or mango shake. For hearty meals and light
snacks, there is Kelong Eatery serving up an array of delicious food.
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~