Ain Makan Ape 1 Ogos 2021

Assalamualaikum.. Kisahnya dapat rambutan jiran bagi. Kita apa lagi kopek lepastu simpan dalam bekas dan masuk ler dalam peti . Makan time sejuk sejuk nikmat tak terkata yer kawan kawan semua .

So ain makan ape ?
✅Rambutan sejuk (kongsi)
✅Fries cicah sos (kongsi)
✅Roti sapu peanut butter 3 keping
✅Nasi ayam (nasi separuh transfer ke abang ain )
✅Mee kicap sabah sepinggan kecil beserta dua keping hotdog


Dah Turun Berat Badan ! Yahuu

Assalamualaikum . berita gembira buat diri ini . Berat badan dah turun woi . Alhamdulilah . Dah turun sebanyak 5.5 kg ! Gila . Journey untuk turunkan berat badan kali ini aku tak rasa stress langsung . Sangat enjoy ! Lepastu aku jadi lebih sayangi diri sendiri . Giteww .

Maklumlah sebelum sebelum ni , memang tak faham sangat kenapa orang suruh "love yourself" . Lebih banyak tak serius kepada diri sendiri . Kisah nya kan , aku ni penakut betul nak timbang berat .

Maklumlah dah bertahun tahun gemuk ! Tapi , macam mana boleh ada keberanian tu ? Bila dua ke tiga orang kawan tegur badan aku dah susut . Ada yang tengok posting gambar aku pun cakap benda yang sama . Aku ni bukan lah jenis perempuan yang nak menutup (cover line . amek gambar supaya tak nak nampak gemok punya orang) . Kalau dah gemuk tu , kau edit lah macam mana , tetap diri kau sendiri yang merasa gemuk tu. 

Tapi bila eh ada orang yang perasan aku dah kurus , kita jadi curious nak tahu la berat terkini . Yeay ! dah turun . Patut ler ade seluar masa sebelum puasa aku pakai kemain ketat , tapi sekarang rasa selesa sangat . 

Target lagi dua minggu nak timbang lagi . I aim for the number to drop down!!  Insyallah.  Ain boleh 💪🏻 Harap sangat by end of 2021 ni .. Uish badan ku memang dah nampak beza , susut dan kurus serta sihat .Amin ! .

Makan ape tu Ain 31 Julai 2021

Assalamualaikum... Untuk 31 julai pada hari ini ain makan ape yer.. Lepas morning walk , anak jiran ajak pergi beli breakfast dengan mama nya . Tu yang nampak kuih tu . Jiran belikan kuih untuk breakfast . Selalunya ain lepas morning walk dan balik tu ain jenis tidur sekejap. Kihkihkih . Topap tenaga dulu. 

Lepas dah makan kuih , bedal sikit roti dengan peanut butter dua keping. Untuk lunch dan dinner, ain masak ayam lemak cili padi , beserta ulam dan sambal belimbing buluh .

Gambar yang atas sekali tu untuk lunch minum dengan air sunquick lemon yang abang ain buat segelas dan dinner pula gambar yang bawah sekali. 

Alhamdulilah kenyang 😋

Makan Ape Tu Ain 30 Julai 2021

Assalamualaikum . Salam jumaat ! Kebiasaannya hari jumaat dan sabtu ialah hari ain dengan anak jiran bermorning walk. Kebetulan si kecil tu tak ada kelas online jumaat dan sabtu . Jadinya kita morning walk la dengan dia . 

Alhamdulilah , rezeki hari jumaat bonda (makcik jiran depan jalan tu bagi makanan) . Bonda bagi lauk nangka dan acar nenas yer nama nya . Ya Ampun sedap sangat . 

I start my day dengan makan roti dua keping di spread bersama peanut butter lepastu melantak pula buah pear . Eh makan lagi pula roti dengan sosej bersalut dengan cheese 2 set . Untuk lunch ain hanya masak nasi , goreng ayam dan buat sambal belimbing buluh . Eh tambah lagi petik ulam raja depan rumah .

Macam biasa lunch gambar atas sekali dipadankan dengan segelas air sunquick asam boi lemon hasil air tangan abang ain . Untuk dinner gambar bawah sekali . Cukup kenyang ! Alhamdulilah ! Bersyukur sangat 😋

Makan Ape Tu Ain 29 Julai 2021

Assalamualaikum hari ni ain singgah ke Ikea .. Nak claim voucher beli makanan dia ikea . Ade RM 60 . Alang -alang tengah sekejap boleh buka sekejap tertutup la kan lebih baik kita perhabiskan terus je voucher tu. Senang ! .

Ain breakfast hotdog , fries dan nugget (ni makan kongsi tau ) . Lepastu pergi makan ikea beli untuk lunch . Time ni pula buat live di instagram so tak berapa nak ingat berapa ketul ayam ikea tu aku bedal 🤣 

Untuk dinner pula ain goreng telur mata dan sekeping roti makan dengan kicap . Bukan tu je , habiskan ayam chicken wings lagi 2 ketul dan meatball . Alhamdulilah . Syukur sangat ada juga makanan nak dimakan .

Makan Ape Tu Ain 28 Julai 2021

Assalamualaikum . hari ni menu makan kita very the simple ⤵️
✅ Panaskan mee hoon semalam , fries dan nugget (yang ni makan kongsi kongsi)
✅Nasi putih dan ayam red lebih kurang la gitu.
✅Nasi putih dan ayam red lebih kurang la gitu.

*Gambar atas lunch , gambar bawah sekali dinner . Simple ! Alhamdulilah.

Sebulan Aku Tinggalkan Blog Ini...

Assalamualaikum . Alahai , kesian nya terbiar dan terusang begitu sahaja blog akuainkausiapa ni kan . Ain baru perasan kenapa ain dah lama tak update . 

Sebab nya tak clearkan storage phone . Jenis ain kalau datang penyakit M .. penyakit malas tu , memang semua tinggal begitu . Hari ni plan nak clearkan storage phone yang berisi gambar dan video . Total nya lebih kurang 1700 gitu . Walaupun baru gitu dah mula pening pening head ! Apatah lagi ehk kalau orang yang storage dia berpuluh ribu . Boleh pitam nak selongkar semula .

Hari ni slow slow organize balik gambar dan video . Sebenarnya misi #ainkurus masih berjalan . Masih mengamalkan jaga portion dan mengambil gambar apa yang ain makan setiap hari .

Cuma nya tak di update di sini je . Kita slow slow lah update buat backdated kan . Hai ! Saya kembali ! Aku Ain ... kau siapa ?! 

Makan Ape Tu Ain 27 Julai 2021

Assalamualaikum . Hari ni ialah hari makan mee sedunia ye 🤭 Dari pagi sampai ke malam yer melantak mee . Alhamdulilah ! Janji makan .
✅Mee kicap sabah sepinggan
✅Mee hoon goreng (jiran bagi) dengan goreng ayam 
✅Nabati cheese (kongsi kongsi makan nya)
✅Campur mee kicap sabah dan mee hoon goreng (ayam goreng )