BUKANNYA NAMPAK PUN , TAPI AKU SIBUK DOK MELAMBAI-LAMBAI - Aku Ain Kau Siapa

Friday, August 23, 2019

BUKANNYA NAMPAK PUN , TAPI AKU SIBUK DOK MELAMBAI-LAMBAI

tempat tengok kapal terbang klia

BUKANNYA NAMPAK PUN , TAPI AKU SIBUK DOK MELAMBAI-LAMBAI

Aku pernah cerita sebelum-sebelum ni yang aku suka tengok kapal terbang. >>>Seronoknya...bila tengok kapal terbang!! Kalau yang belum pernah baca nanti baca lah ehk. Hahaha. Paksa lak!
Anyway , aku ternampak someone punya tweet "RT kalau korang pernah buat macam gini" , disertakan sekali gambar yang dekat atas tu. Aku yang terbaca terus gelak. Hahaha. WOI AKU LETEWWWWW YANG SUKA BUAT GITU...

Dari kecik kot aku kalau nampak kapal terbang mesti nak melambai-lambai. 'Bye...bye.. bye.." Hahahahha. Padahal bukannya nampak pun. Pilot pun tak ingin nak tengok ler. Hahaha.
tempat tengok kapal terbang klia

Agak-agak kenapa ehk aku ade tabiat macam gitu? Ke buang tebiat? Hahaha. Entah sampai sekarang kot aku jenis suka nak melambai bye bye dekat kapal terbang tu. Hahaha. Nak dijadikan cerita haritu aku ke Sepang. Sebabnya aku pernah baca yang kalau nak tengok kapal terbang yang landing dan take off secara dekat , ade dekat situ. 

So , sanggup beb pergi dengan waktu tu panas terik. Hahaha. Memula sampai je , alaaaaa mana ni kapal terbangnya. Macam hampa lah sedikit sebab nampak yang nak naik je. Tak ada pun yang nak landing. Nampak jugak beberapa biji kereta yang dok menunggu siap bawak payung woi demi mengambil gambar dan buat video.
tempat tengok kapal terbang klia

tempat tengok kapal terbang klia

First place yang aku pergi ni banyak kapal terbang overseas. Pastu aku gerak lagi ke depan dan nampak lebih banyak kapal terbang Air Asia. So , aku tahu lah tu KLIA2. Nampak ler jugak kapal terbang yang landing. 

Last sekali paling puas hati sebab nampak landing dengan jarak lebih dekat. Tercapai jugak impian aku. Hahaha. Aku rasa seronok sangat weh. Aaah , aku melambai-lambai jugak okay. Korang kalau nak pergi ke tempat ni , senang je. Sekarang dah ade Anjung Spotter KLIA. Aku pun banyak baca-baca dekat blog macam mana nak cari port yang memang boleh nampak jelas kapal terbang tu. (aku banyak buat video je , so tak banyak gambar). Apa yang pasti nanti nak datang sini lagi. Hahahha. Nak melambai-lambai lagi katanya....

9 comments:

  1. aida ada experience time plane landing.
    bebetul atas kepala!!!
    masa tu kami2 kat langkawi berkursus. sebelum balik melaka, jalan2 la satu kereta.
    masa tu kami di jalan tepi highway, nak gi makan ikan sekoq.
    sampai kat hujung jalan, kebetulan ada plane nak landing.
    ya Allah, terasa mcm plane tu nak menuju ke arah kami!!!!
    5 org menjerit dlm kereta :) ha ha ha ha ha ha ha...
    bunyi nyer ya Allah kuat giler.
    experience yg kelakar dan terbaik.

    ReplyDelete
  2. pilot kdg2 tengok juga .. hahaha. berdasarkan pengalaman ikut laki dok cockpit. hahaha ...

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha.. Adoilahhh.. Akak pun sama. Pak Inche pub kalau nampak kapal terbang dia punya gedikkkk oiii

    ReplyDelete
  4. hahaha! sama lah, selalu nak lambai, dari kecik lagi perangai gitu. haha

    ReplyDelete
  5. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  6. kerap jg g tmpt ni..anak2 suka tgk aeroplane..

    ReplyDelete
  7. Huda kalau ada kat lapngan terbang pun excited gak ain 😅🤣.
    Suka tgok kapal terbang apatah lagi bila dia nak mendarat tu 😅

    ReplyDelete
  8. aku pun camtu jugak...hahhahahahha

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.