Makan Set Mix And Match Baru Dari McDonald

 Makan Set Mix And Match Baru Dari McDonald  .  Assalamualaikum . Tadi late lunch , memandangkan hari hujan dan malas nya alahai nak memasak dan nak keluar dari kereta (tak nak kena hujan) jadinya yang terlintas di fikiran ialah drive thru MCD . Bukan itu sahaja , malam pula nak masak jadinya perut tak nak mencari nasi . Jadi nya tapau mcd je la kan .


Mix and match McSavers adalah pilihan kegemaran ain . Orang cakap inilah set budget yang dikeluarkan oleh MCD . Kalau nak set bajet bawah RM 10 , pilih je la set mix and match McSavers ini . Ain selalu order McChicken dan Fries  , ataupun kalau teringin nak rasa seketul ayam order la ayam dan fries . Kalau macam tak ada selera ke kan , order je set bubur dan combine kan set di sebelahnya . Macam gitu la selalunya air order mcd .

mix and match mcdonald 2022




Sementara nak menunggu kereta depan memandangkan que agak panjang , Ain pun belek belek la dekat telefon set baru dari mix and match . Dalam hati ni macam terdetik , kot kot lah kan MCD ada kombinasi menu yang baru . Tup tup tup , eh ada la . 


Kombinasi Spicy Beef With Cheese dipadankan bersama fries ! Okay gonna try !



My first impression is SEDAP SEDAP SEDAP ! Memandangkan tekak ni memang suka pedas , and terfikir juga apa bezanya cheese burger sebab bentuk nya lebih kurang je . Rupanya ada sos spicy dan daging nya memang ada rasa spicy ! 

spicy cheese with double


spicy double with cheese mcd





Mantap ! memang akan jadi repeat order la next time kalau teringin nak makan MCD . Cumanya yang menjadi pelik  , set ni memang DOUBLE KE BEEF NYA ? Sebab dalam menu nya Spicy Beef With Cheese je namanya tak ada pun DOUBLE BEEF . Dalam resit harga on point je tak ada tambahan harga pun ke rezeki ain dapat double ? HAHAHHAA .

Siapa yang pernah order boleh confirmkan tak benda ni ? Sumpah , curious nak tahu ni . 


Baca juga artikel berkaitan : Berkelah sambil makan mcd 


0 Comments:

Catat Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.