Sarapan Pagi Di Habib Nasi Lemak Sup Tauhu Di Batu Pahat

 Sarapan Pagi Di Habib Nasi Lemak Sup Tauhu Di Batu Pahat 


Assalamualaikum , kesinambungan dari Program Jelajah BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia  pada hari pertama yang mana ain bermalam di Batu Pahat . Keesokkan pagi nya kami bersarapan di Habib Nasi Lemak Sup Tauhu . Dengar nama menu pun dah rasa unik apatah lagi bila nasi lemak sup tauhu tersebut datang ke meja kami . Nama pun dah kemain panjang , mesti kemain meriah set makanannya kan . 


tempat makan sedap batu pahat




Itu lah bentuk dan rupanya nasi lemak sup tauhu seperti dalam gambar . Kombinasi nasi lemak serta kuah (seakan kuah lontong yang diletakkan tauhu ) . Juga ditambah bersama sambal , sedikit sayur , telur dadar dan ayam goreng .


Nasi lemak sup tauhu ni memang orang cakap a complete set la , malah memang mengenyangkan ! Tak perlu dah la nak makan pagi selepas beberapa jam kemudian . 



Pada ain , rasanya sedap ! Menunya unik . Cuma mungkin orang yang tak biasa menambahkan kuah pada menu nasi lemak pasti akan merasa pelik , macam spesis perut ain ni memang suka kuah banjir ! Kihkihkih. 

habib nasi lemak sup tauhu


Ingat , kalau sampai di Batu Pahat , jangan lupa cuba makan nasi lemak sup tauhu ni . Takkan la asyik nak cari Nasi Briyani je kan ! 


Habib Nasi Lemak Sup Tauhu
Jalan Tan Swee Hoe, 83000 Batu Pahat, Johor
016-353 9009

Baca artikel lain yang berkaitan :

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. macam sedap pulak ain.. kenapalah baru tau ni.. nanti gi BP nak carilah..

    BalasPadam
  2. Unik menunya, nasi lemak dengan kuah tauhu.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.