WHATSAPP DENGAN KAKAK TINI

Image may contain: whatsapp aku ain kau siapa

WHATSAPP DENGAN KAKAK TINI

Untuk yang tidak tahu , Kak Tini ni ialah pembantu dan penjaga kepada 'dedek' (panggilan Kak Tini kepada Risya. Risya  tu The NF Generation ler. Sebelum sebelum ini , Kak Tini pakai tepon biasa je. Kebetulan hari tu dia mintak aku tolong masukkan topup. Sayangnya , dia pakai no indon dan entah macam mana tak boleh berfungsi. Pening jugak aku mencuba dan siap google lagi. Hahaha. Tak menjadik!

Patut ler aku telefon no yang dulu tak masuk. Rupanya kak Tini pakai nombor indonesia. Haa, jenuh jugak aku nak kena masuk kan +6 tu untuk detect whatsapp. Haa, sekarang dah boleh wasap wasap je dengan kakak. Hahaha.

Ternyata wasap ni memang memudahkan kita untuk berkomunikasi kan. Yang kelakarnya , kak Tini mintak video tiktok Dedek! Hahahaha..

Aku pernah tulis tentang kakak Tini , baca sini... yeay akhirnya kakak udah pulang

RUN TO GIVE....YEAY! I'M SO PROUD OF MYSELF!!

run to give

RUN TO GIVE....YEAY! I'M SO PROUD OF MYSELF!!

Berlari di pagi hari ahad! 

Siapa yang sanggup kan? Selalunya pagi pagi ahad berhujung minggu pasti lah beronok ronok rehat dekat rumah. Tapi , tidak pada aku pada 20 Oktober 2019. Aku gagahkan diri untuk join the run. Bukan 100 m yer , bukan jugak 1KM , bukan jugak 3Km malah 5KM. Aku ni pulak jenis memang benci pada run apatah lagi nak masuk run 5km kan. Tahun 2019 ni juga merupakan penglibatan aku yang pertama kali dalam run ni. Mungkin perangai aku setahun sekali je kot join program run. Hahaha.

Bertempat di Ponderosa Golf Country & Club , itulah permulaan lariannya. Aku akui memang aku training well. HAHAHA. 2 minggu sebelum tarikh ni aku pulun joging setiap hari dan seminggu sebelum tu aku workout untuk dapatkan stamina. 
run to give
muka bangga lepas 5km! hahaha
YES! I'M SO PROUD OF MYSELF! (Tak lawak okay bila aku cakap benda ni pada diri aku) Aku memang bangga dengan diri aku sebab aku tahu berlari ialah bukan apa yang aku suka. Aku benci berlari sebab aku gemuk! Tapi , hari itu semua nya ibarat paid off! Aku tak kesah kalau orang nak cakap aku poyo lah baru join satu run je , medal pun tahun ni dapat seketul je. Hahaha. TAPI , THAT MY JOURNEY BITCH! YOU WATCH ME , LET ME DO! I WORK FOR MYSELF NOT YOURS. 

KBYE...ter caps lock pulak! By the way , terima kasih kepada Renaissance Johor Bahru Hotel kerana melaksanakan program sebegini. Semua pelari yang turut serta sangatlah supportive. Aku ingat masa aku dah pancit pada 3KM tu , the runner keep support aku "come on come on". Sedangkan kita semua stranger among us tapi we still keep moving forward.

Konklusinya , hari itu sebenarnya...aku Run to Give...My lemak! Aku sanggup bangun pagi dihujung minggu dan berlari demi membakar lemak. HAAHAHA. 

Thanks again , Renaissance Johor Bahru!

“The annual charity run is a key activity of our company’s TakeCare programme that empowers
associates to live our culture. Through the programme, we encourage our associates to take care of
their physical well-being, while providing them with the opportunity to be part of a community that
respects, shares kindness and contributes to a more compassionate world,” said Regan
Taikitsadaporn, Chief Human Resources Officer, Marriott International Asia Pacific.

This year, Renaissance Johor Bahru Hotel under Marriott Business Council-Malaysia to raise funds
for National Kidney Foundation Malaysia to purchase three dialysis machines in support of
TakeCare programme; the run expects to gather 200 Marriott International associates, affiliates
and athletes.

“Run to Give is the event where Marriott International associates and publics came together in
Johor Bahru as one organization to fund-raise for local communities,” added Gagan Singh, General
Manager of Renaissance Johor Bahru Hotel. “This is the third time we organized the charity run to
immense response; with the support from our associates as well as the publics, we are confident
that Run to Give 2019 will accomplish more than we ever could alone.”

MAKAN NANGKA DEPAN RUMAH

Image may contain: buah nangka

MAKAN NANGKA DEPAN RUMAH

Pada hari sabtu yang lepas , waktu tu aku tengah dok exercise dekat rumah je. Aku workout bukak youtube ,pastu ikut jelah ape yang di suruh. Tengah tergolek , lompat ke atas ke bawah ketepi , kakak Tini bagi salam . Dia tengah dok mengait nangka depan rumah aku tuh haa. Aku cakap lah , "Kak ...kejap ehk.. Ain tengah exercise!" Hahahaha.

Masih lagi exercise tapi dah nak habis dah waktu tu , si kecik The NF Generation pulak bagi salam. Tak tentu arah kak Ain dia ni nak habiskan exercise. Dengan peluh peluh tercunggap cunggap , aku pun keluar. Memang selekeh serabai nak mampus waktu tu ,(ada ke orang exercise masih herlok je?) Hahahaha.

Aku siap bawak air masak lagi pergi ke rumah diorang. Eee , aku kalau tengah berpeluh memang tak selesa nak rapat dekat dekat dengan orang. HAHAHA. Alamak , si kecik Fahrina dan Farisya ni boleh pulak nak rapat dan dekat dengan aku. Hahaha. Siap bisik membisik lagi nak buat surprise.

Tapi yang kelakarnya , Kak Tini yang banyak kopek. Kak Ain ni banyak menyuap ke mulut diorang je. Hahaha. Diorang memang suka betul nangka madu tu. Rezeki kami pokok nangka tu memang berbuah je. 

Padahal memang tak letak baja ke dan jaga pun tak sangat. Tapi , itu lah rezeki Allah tu kita tak tahu kan bentuk nya macam mana. Semoga lebih banyak hasil lah ehk. Aku niat nak kongsi dengan anak-anak jiran yang lain dan kawan-kawan sama. 

Seronok betul sambil kopek , sambil suap menyuap dekat diorang dan sambil berbual.Terima kasih juga kepada Kak Tini sebab selalu tolong tengokkan.