Resepi Donut Cheese

Resepi Donut Cheese


 Resepi Donut Cheese

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula 
  • 1/2 cawan air suam 
  • 1/2 cawan air
  • 1 peket mauripan
  • Sedikit garam
  • Cheese slice

Cara-cara :

  1. Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .
  2. Tepung gandum tadi ramas dengan marjerin , susu dan garam sampai sebati . 
  3. Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  4. Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dengan kain basah . 
  5. Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .
  6. Boleh canaikan doh tersebut , jangan tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dengan menekap kan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .
  7. Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik.

Resepi Kek Coklat Moist Mudah

 

Resepi Kek Coklat Moist Mudah

Resepi Kek Coklat Moist Mudah


BAHAN BAHAN KEK

  • 240g tepung gandum
  • 60g serbuk koko
  • 230g gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
  • 5g asen vanila
  • 5g sodium bikarbonat
  • 2 biji telur


CARA CARA

  1. Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (sebelum tu panas pengukus dulu )
  2. Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
  3. Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
  4. Kukus kek selama 60 minit (dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )


BAHAN BAHAN TOPPING

  • 30g serbuk koko
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 cawan susu pekat manis
  • Coklat rice


CARA CARA

  • Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.


CARA HIDANG

  • Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
  • Taburkan coklat rice.
  • Siap!
  • Cair dalam mulut bakhanggg


TIPS:

  1. Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
  2. Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
  3. Letak topping ketika kek sudah sejuk.
  4. Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (kukus 20 minit )

Selamat mencuba! 

kredit resepi makanan malaysia


klik sini untuk lebih banyak resepi

Bila aku tak tahu nak ngadu pada siapa..

Bila aku tak tahu nak ngadu pada siapa.. 

Terjumpa ayat ni di twitter . Lantas aku jadikan sebagai wallpaper telefon ku. Kerana setiap kali ku lihat , itu sebagai "reminder" .

Aku selalu nangis ... aku selalu cakap dekat diri aku sendiri.. aku tak tahu nak ngadu dekat siapa.. Aku selalu cakap " ibu... anak ibu ni tengah sedih.. tapi ibu jangan risau..ibu bahagia je dekat "sana" okay... Ain kan ada Allah.. sama juga macam ibu... Ibu ..Allah dah jaga" 😭

Semoga Allah berikan jiwa yang kuat buat aku.

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin


Kepada bakal pengantin , kalau taktau nak posing macam mana nanti  , maybe korang boleh tiru gaya - gaya seperti dalam gambar . Erm , ain simpan sini sebagai rujukan juga. Eh , mana la tahu ter kahwin ke kan. EH !

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin

Cara Posing Untuk Pengantin


***perkongsian ini di ambil dari hasil tweet akaun Hairie Yaakop

Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni

 

Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni

Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni 

Bahan-bahan A:

  • 24 keping roti Gardenia (dipotong bulat)
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar susu 
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 2 cawan coklat kacang hazel (paling mudah boleh guna Nutella!)


Bahan-Bahan B:

  • Setengah cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis


Cara Memasak:

  1. Masukkan 4 biji telur dalam mangkuk sederhana
  2. Kemudian masukkan susu, gula, serbuk kayu manis, ekstrak vanila ke dalam mangkuk tadi dan kacau hingga semua bahan sebati (bahan-bahan A)
  3. Celupkan roti yang telah dipotong bulat ke dalam mangkuk tadi dan letakkan ke dalam dulang pembakar (untuk kek cawan)
  4. Kemudian isikan coklat hazelnut di atas roti dan tutup dengan menggunakan roti yang telah dipotong bulat tadi juga.
  5. Setelah kesemua roti ditutup, letakkan gula, serbuk kayu manis (bahan-bahan B) di dalam mangkuk kecil dan taburkan ke atas roti tadi.
  6. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Hadiah Buku Sempena Umurku 30 Tahun

Hadiah Buku Sempena Umurku 30 Tahun

"Assalamualaikum..kak Ain... ni mama bagi .. kata nya amek wudhu dan pakai telekung lepastu buka" . Allahu... aku baru buka bungkusan yang diberi lepas solat magrib tadi .

Penuh adab dan tertib seperti yang diminta oleh si pemberi . *Dah tahu ni buku . sebab rasa dan nampak dari butiran bungkusan sebab nya si pemberi membelinya secara online .

Inilah buku yang diberi .. Ijazah Amalan Dan Doa Pilihan ..
Baca punya baca.. nampak pulak doa mencari pasangan (bagi wanita) . Allahu .. Sentap pulak rasa ! Bila baca doa tu.. rasa sayu sangat .

Terima kasih jiran yang saya yang baik diatas pemberian hadiah .. Bukan buku sahaja yang diberi. malah diberi juga suprise belon dan coklat. Ya Allah ... terharu sangat ! 

8 Februari 2021 merupakan hari ulang tahun ku yang ke 30 !! 🌹

12 Tips Diet Mengurangkan Berat Badan

 
Tips Diet Mengurangkan Berat Badan

12 Tips Diet Mengurangkan Berat Badan

  1. Ambil sayur dalam setiap hidangan
  2. Hadkan pengambilan makanan berproses
  3. Makan secara perlahan
  4. Banyakkan minum air
  5. Ambil sarapan pagi
  6. Lakukan senaman otot
  7. Ambil protein secukupnya
  8. Ukur diri sendiri
  9. Pergi berjalan - jalan
  10. Makan buah
  11. Berhenti mengambil minuman bergas
**tambahan tips 

MAKAN SIKIT TAPI KERAP

Cara ini utk ajar perut kita jadi kecil. Bila makan banyak perut akan mengembang dan kita cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak

MINUM AIR KOSONG
 Perbanyakkan minum air kosong setiap hari sekurang-kurangnya 3liter sehari

MAKANAN BERLEMAK DAN BERMINYAK

Kurangkan pengambilan makanan ini , kerana ia boleh menyebabkan lemak berkumpul dalam badan semakin lama semakin tepu dan akhirnya susah nak dibakar lemaknya.

KURANGKAN MAKANAN KARBOHIDRAT
Lebihkan mengambil makanan berprotein tinggi..ini kerana untuk elakkan tubuh badan mengalami kelesuan.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah


Masakan berkuah paling senang ialah masak lemak cili padi versi negeri sembilan. 


1. Blend cili padi + kunyit hidup

2. Campak dalam kuali bersama air.

3. Masuk santan lepastu lauk

4. Masuk asam keping + daun kunyit

5. Garam+gula secukup rasa


Siappp! Selamat mencuba~~