Aku Dah 30 Woi *sedihnya!*

Aku Dah 30 Woi *sedihnya!*

8 Februari 1991 , itulah saatnya seorang hamba Allah yang dilahirkan di dunia ini .tarikh itu merupakan hari kelahiran pemilik blog ini yang diberi nama Nur Farahain .. Teringat dulu ibu dan ayah cakap sepatutnya nama Ain lain tau .. 

Tapi ,
Nama tu dirompak oleh katil sebelah .Hahaha. kelakar jugak kan. Kalau tak nama aku Siti Sarah Nur Marlina . Yer.. sumpahhh takk tipu .. Aku ingat sampai sekarang .. Tu la nama aku .. Siap ade Siti lagi kauuuu.. Hahaha . * kalau ade nama anak sedap.. jangan bagitahu dekat orang . Rahsiakan dulu. Hahaha .


Tapi , aku berbangga memiliki nama Nur Farahain yang membawa maksud Cahaya Kegirangan / Kegembiraan / Kebahagiaan Mata . Kalau nak tengok aku ceria ke , happy ke ..boleh direnung dari mata aku.. Gituwwwww.

Orang yang nama farah ni biasanya dia punya happy melebih-lebih . Hahaha .. Aku tak nafikan! . Sebab aku macam gitu la. Hahaha ..(tengok hahahaha tu memang taip sambil gelak yerr) HaAhahhaa.
Anyway , aku dah 30 woi... Birthday aku disambut dengan sederhana dan simple .. Pastu aku pulak tak la request nak meriah-meriah even aku siap masak nasi ayam yer . Sepatutnya birthday gurl mestila gantung kuali time tu. Hahhaah .Tapi aku sendiri yg tak nak .. Aku lebih suka bersederhana.

Macam biasa menerima suprise dari jiran sebelah . Aaaa so sweet 💕 Kita rasa tacinkk sangat masa tu.. Yelah.. kita kan dah takde ibu .. bila orang suprise kan macam gitu...terasa sangat kasih sayang tu ..Terima kasih juga kepada mereka yang wish . Saya hargai semuanya . oh ya specialnya birthday aku kali ni disambut bersama dengan Kak Tini ..sweet sangat dua-dua dapat belon pada hari tu .Hahahaha.
Nak ape umur 30 ni ? Nak jodoh yang baik🙈 Nak lelaki kiriman tuhan yang terbaik .. Walaupun hakikatnya aku tak langsung menyiapkan persediaan ke arah perkahwinan. Hahaha. 

Tapi , tak salah kan doa.. Kadang-kadang rasa lonely woi.. Serius..😭 Tapi bila ada kawan-kawan dan anak jiran terus rasa okay . Insyallah .. orang cakap... nak dapat jodoh yang baik ..kita kena jadi baik dulu.

Aku pun sekarang sedang cuba untuk jadi yang terbaik.. Terbaik disisi Allah itu yang paling penting. Kalau terbaca posting ni..doakan ain dapat jodoh yang terbaik dari Allah okay . ❤️

siapa la lelaki kiriman tuhan yang akan melafazkan "aku terima nikah Nur Farahain Binti Zainal Abiddin dengan mas kahwin RM 22.50 tunai " tu ehk... 😍

Welcome to 3 Series ...Nur Farahain ... may Allah always give happiness to me .

Dominos Pizza Favourite Aku !

Dominos Pizza Favourite Aku !

Bulan February dah pun berlalu pergi ... Bulan dua ni special sebab sambut hari jadi.  Jadi nya makan pun banyak yang special . Jenis aku pulak kalau hari-hari biasa bukan jenis nak makan fast food .

Aku pun tak ingat bila last makan Domino's sebelum ni. Hahaha .  Aku bukan jenis mudah nak mencuba menu viral . 

Masa celebrate birthday makan lah dominos pizza . Macam biasa dari segi pemilihan menu memang kena serah tugas dekat aku. Hahaha
Nampak pula set offer untuk hari tu.. Jadi nya kita pun memilih . 2 Pizza Large , dan ade jugak side order. Pastu kitorang normally akan add on lagi satu pizza . Sebab kitorang ni boleh dikatakan peminat pizza la. 

Jadi nya apakah favourite pizza aku ?. Semestinya Tuna Temptation . Ya Allah , rasanya ni yang paling sedap gila mengikut tekak aku . Abang aku pulak jenis suka Peperoni Pizza . Tapi aku suh la juga try another flavor so kita dapatlah rasa yang lain .
Sent gambar sini jelah.. Malas nak taip..satgi terliur balik. Hahahahhaa .. Apa yang pasti , Domino's Pizza ni kita kena pandai pilih pakej . Kalau pandai pilih okay je harga nya ..

Apa favourite pizza korang ?

Ingatkan Facemask rupanya sekotak Coklat


Ingatkan Facemask rupanya sekotak Coklat

Sweet betul rasa bila dapat hadiah hari jadi warna pink ! Pink is my favourite colour. Ceritanya huda mesej nak hantar prelove baju dan tudung yang dia dah tak pakai and nak bagi dekat aku . Sekali dapat sekali hadiah .

Sweet gile rasa ! Dalam Beg pink tu ade bunga , candle dan sekotak . 

Ingatkan Facemask ...malam-malam boleh pakai sebelum tidur . Eh bukak bukak COKLAT !!
You know what aku ni perempuan yang suka coklat terutama sekali DARK Chocolate .. Aku tak suka coklat yang manis tapi aku suka coklat yang macam gini .. Aaaaaaaa.. lagi lah rasa happy sangat ! 

Terima kasih Huda ..kerana membahagiakan ain. Maklumlah kita ni kan kurang kasih sayang . Hahahhaa .. 

Huda ni siapa ?. Huda ni lah pemilik blog ByFarahh . ❤️

Bahaya Makan Garam Berlebihan

Bahaya Makan Garam Berlebihan

Bahaya Makan Garam Berlebihan

Awasi GARAM tersembunyi daripada makanan yang anda ambil setiap hari!


Perubahan kecil anda hari ini akan memberi impak yang besar kepada kesihatan anda pada masa akan datang..

SEDAP tidak semestinya MASIN..

sumber : nutritionistKKM


 

Cara Membuat Makanan Untuk Bekal Sekolah Anak

Cara Membuat Makanan Untuk Bekal Sekolah Anak

 Cara Membuat Makanan Untuk Bekal Sekolah Anak

Dengar cerita dah banyak sekolah yang perkenalkan konsep #ProgramHidanganBerkhasiatdiSekolah (HiTS). 


Program HiTS atau boleh juga dikenali pakej Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah sudah pun bermula sejak 2007 lagi dan dijalankan secara rintis sejak 2013 di SK Setiawangsa, KL. Kini konsep HiTS merupakan satu pilihan untuk memastikan anak2 tidak berebut-rebut di kantin sekolah sekaligus penjarakan fizikal dapat diamalkan.. #Normabaru


Dari segi khasiat makanan memang terjaga kerana menu yang dicadangkan adalah seimbang dan mengikut keperluan anak2. Pengusaha kantin juga perlu memastikan kualiti dan keselamatan makanan yang dihidangkan kepada anak-anak terjamin.

Cara Membuat Makanan Untuk Bekal Sekolah Anak

Cara Membuat Makanan Untuk Bekal Sekolah Anak

Bagi sekolah yang telah mengambil inisiatif seakan program HITs ini boleh jadikan ia sebagai rujukan agar makanan yang dihidangkan seimbang dan berkhasiat mengikut konsep Program HITs ini..atau boleh juga menghubungi Pegawai Sains Pemakanan di Jabatan Kesihatan Negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Program HiTS di tempat anda.


sumber sepenuhnya dari NUTRITIONISTKKM 

Resepi Ayam Pandan

 

resepi ayam pandan

Bahan-bahan untuk masak ayam pandan:
  • Ayam
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Gula
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Kicap pekat
  • Daun pandan
  • Lidi
  • Minyak
  • Air


resepi ayam pandan

Masukkan bawang putih, gula dan lada hitam, kemudian tumbuk bahan-bahan tersebut guna mortar and pestle. (batu lesung)

resepi ayam pandan

resepi ayam pandan


Gaul ayam dengan sos tiram dan bahan-bahan ditumbuk tadi.

resepi ayam pandan


Gulung daun pandan bersama ayam tadi. Guna batang lidi untuk ikat daun pandan tadi.

resepi ayam pandan

Letak minyak dan goreng

resepi ayam pandan

Untuk Sos ayam pandan, letakkan sikit air, kicap cair, kicap pekat dan sedikit gula.

ayam pandan

kredit resepi dari Facebook : Credit : Hafiz Halim

TIPS TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

TIPS TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK



TIPS TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Apa yang mak mak boleh buat bila anak hilang selera makan:

  1.  Tetapkan waktu makan 3 kali sehari. Offer pada anak. Tapi kalau anak taknak takpe. Nanti kita perasan ada waktu selera datang balik. Percayalah ability appetite centre anak.
  2.  Offer snack tak lebih 2 kali sehari. Tapi offer bila anak mintak. kalau tak tak perlu bagi.
  3.  Hidangkan sedikit je makanan anak. Gunakan pinggan yang kecil. Hidangan kecil encourage anak untuk habiskan. Kalau banyak anak rasa discourage untul makan.

Bila mak amalkan steps ni selera anak akan kembali. Dia tak rasa dipaksa untuk makan. Dia akan rasa seronok nak makan. Berat akan naik seperti sepatutnya.

kredit facebook Tasneem Natural Penang