Bersama Teman Kecilku !


Assalamualaikum. Teman kecilku ini la yang selalu morning walk bersama . Tadi pula rasa macam serabut sikit kepala ni , pusing pusing la jalan kaki ke depan rumah . Itu lah yang aku buat semasa aku sekolah dulu . Berjalan kaki . 

Tapi pelik kan kenapa gemuk ! Hahaha . Mungkin time dulu jenis makan sedap je kan . Boleh dikatakan aku ni selalu la juga berjalan kaki . The best therapy untuk aku kalau macam tengah banyak gila fikir dan otak serabut ialah berjalan kaki .

Sebab bila berjalan kaki kita melihat persekitaran secara tak langsung dapat menghilangkan keserabutan yang ada dalam kepala otak ni . 

Jujur cakap , semenjak dah 30 ni . Tipu la tak fikir serius tentang masa hadapan . Pula tu aku belum kahwin lagi . Belum ada rezeki bertemu jodoh kan . Tapi bila ada teman kecil ku ini la boleh menemani ku morning walk , petang petang sapu daun kering depan rumah , kadang teman jalan kaki pusing pusing sekejap.

Buat perkara macam gitu pun dah rasa seronok tau pada ain . Well ain jenis suka macam gitu ! Teringat dulu -dulu masa arwah ibu ada , kitorang akan pusing pusing satu bandar JB (duduk dalam kereta je) sebelum balik ke rumah . Mungkin tu je cara kami menghilangkan sedikit stress . 

Korang pun kalau rasa stress ke kan , korang selalu buat apa ?. 

Ain Makan Ape 31 Ogos 2021

Assalamualaikum.. hari ni kan ain makan apa lah tu kan ... Let's check it out ! 

✅ Roti spread dgn spread dari PassionFood (makan dua kali)
✅Panaskan lauk nasi semalam , lepastu goreng ayam dan letak sos cili
✅Beli  burger daging , tauhu bakar 

*Alhamdulilah ! bersyukur! 

Merdeka Malaysia ! Merdeka !

Assalamualaikum ... Hari ini 31 Ogos ialah tarikh rakyat Malaysia menyambut hari Kemerdekaan . Sudah 64 tahun kita merdeka yer . Walaupun masih lagi dilanda dengan pandemik covid -19 , namun kita tetap bersyukur masih dapat menghirup udara yang segar , masih dapat bernafas , masih dapat makan dan tidur di tempat yang selesa.

Untuk menyambut merdeka di musim pandemic ni , ain ada buatkan crossword puzzle untuk kita semua main .

Senang je , tak perlu keluar rumah pun . Hanya cari 3 perkataan yang korang nampak dan tulis di ruangan komen .


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 ! Malaysia Tanah Airku !

Komen cepat 3 perkataan yang korang nampak ! 📝

Dah Malam Kau Baru Nak Prektis Lukis Kening Ke Ain Woi!!


Assalamualaikum.. Dekat blog ni la boleh nampak muka tak ada filter yer . Malas nak edit gambar . Memang original terus kita upload 🤣

Actually , dah berapa hari nak prektis lukis kening . Ada la dekat berapa puluh kali aku ulang tengok video TikTok tutorial lukis kening tu . laaaahhh.. Buat nya tak ! 

Malam ni...ku gagahi jua . Lepas je habis bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah makcik jiran tu secara Google Meet , ain pun apa lagi ..Buat la sekejap . Ada rekod video nya 🤣 Memang kelakar gila . Buat .. lukis .. padam , lukis balik , padam ,lukis balik dekat 6-7 kali . 

Nak pandai kena la prektis banyak kali kan . Kening pula jenis kening tebal .Hahaha . Patut ler orang cakap jangan silap lukis kening , takut nanti nampak macam lintah 🤣🤣🤣

Haaa , tu gambar aku up tu memang spontan je . Nanti kalau dah pandai dan dapat buat dengan cantik , kita update lagi okay ! 

Yang penting .. misi mencuba lukis kening berjaya juga di prektis kan ! Maklumlah kita ni baru nak belajar belajar jadi perempuan cantik ! Laaaahhh tiberr 🤭

Ignore concealer aku yang tak rata .. Aku tak tepek foundation pun. Dah kata nak prektis lukis kening je kan . 🤣🤣🤣

Ain Puasa Hari Ini 29 Ogos 2021

Assalamualaikum . Hari ni ain puasa . puasa nazar gitu lah sebab dah berjaya turunkan berat badan . Yela , kemain susah nak pecahkan angka 70 kg tu . Dan akhirnya berjaya juga pecahkan dan berat terkini 68 kg . 

Ain berbuka masak mee goreng , ayam goreng dan buat steamboat sikit memandangkan cuaca hujan kan . Nak makan sup sup panas gitu . 
Sahur dua keping roti spread dengan passion food spread tu . Alhamdulilah . kenyang !

Bersyukur dapat selesaikan puasa nazar ni . Insyallah bila berat dah pecah angka 6 menjadi 59 kg .. Ain nak puasa lagi tanda kesyukuran .

Ain Makan Banyak Yer Hari Ini 28 Ogos 2021

Assalamualaikum..tengok dari senarai gambar pon dah tahu makan kemain banyak yer 🤭 Alhamdulilah . rezeki orang bagi lauk .

Mee goreng jiran sebelah bagi , nasi beriani pun sama sebab ada jiran kawen sekarang kan tak boleh buat majlis , jadinya dapat makan jela , pisang dam dessert pun ade jiran bagi . 

Ain cuma masak sayur taugeh dan ayam masak merah je buat tambah .Eh jemput-jemput tu pun ain masak masa breakfast. 

Makan kongsi kongsi gitu . Alhamdulilah.. syukur !

Kadang Rasa Urusan Dunia Ini Sulit.. Tapi Bila Kita ...

Assalamualaikum .. kejadian ini berlaku di hari jumaat . Dari hari Isnin lagi sebenarnya nak pergi bank . Sebab kad atm problem . Tak boleh keluarkan cash.  Tapi mungkin effect first dose vaksin ain tu , badan rasa lesu lemau sedikit . Ain tak demam cuma badan rasa tak larat . Pula tu period kan . Memang sepuluh kali ganda tak larat la .

Akhirnya hari jumaat ain pergi je jenguk juga ke Maybank . Dalam hati dah terdetik mesti kena buat appointment ni . Sebab sekarang kan kes covid . Semuanya kena ada book appointment . Tapi tu la , main redah je la dulu .Tengok ada la dalam 6-7 orang beratur .

Ain pun ikut jela beratur.  Sekali ada guard kat situ tanya " dah buat appointment ke ?" . Alamak .. Pastu ain cakap la " nak buat appointment macam mana ?" . Akhirnya di suruh pergi refer ke pegawai bank yang dah sedia di depan pintu . Dia tanya masalah ape ? ain jawab la kad atm problem . Dia mintak kad bank dan IC untuk dia check . 

Pegawai tu sempat cakap "kena buat appointment ... hari ni ramai tau..tak sempat..Tapi saya check dulu yer " . Allahuakbar . Sekali dia panggil suruh scan Mysejahtera dan check suhu terus masuk .

Nasib ain baik betul .. Terima kasih la kepada pegawai tu .. Yela ..kan sepatutnya kena appointment..tapi dia check dulu dan akhirnya ain dapat juga selesaikan masalah ni . Tak lama sangat pun ain tunggu . Tetiba nombor giliran dipanggil . Alhamdulilah sekejap je urusannya . 

Benarlah..kadang tu urusan dunia ini sulit apabila kena ada protokol dan syarat yang perlu dipatuhi tapi bila ada sifat perikemanusian dan budi bicara manusia itu.. malah ianya lebih memudahkan urusan yang sulit itu .. Hanya Allah sahaja la yang membalas jasa pegawai bank tu . Semoga Allah melimpahkan rezekiNya buat dia ..

Perkhabaran Duka 😭

Hari ini hari yang penuh duka . Sedih sangat rasanya .. Benarlah ujian covid ni ujian kekuatan dan keyakinan kita kepada Allah . 

Tanpa disedari , makcik jiran yang kami semua nantikan untuk pulang kembali sihat akhirnya pergi meninggalkan kita semua jam 12:30 tengah malam . Aku tidur awal . Aku off internet telefon . Entah macam mana jam 4 pagi aku tersedar . 

Terasa ingin menge "check" something . Buka whatsapp group kejiranan . Allahuakbar . Sayu nya hati ini . Sungguh makcik tu baik sangat . Dia sangat bagus dalam mengalas jawatan nya sebagai setiausaha di kejiranan ini . Makcik itu la yang menjadi penggerak yang kuat dalam khariah kami . Teringat pula dulu aku letak jawatan setiausaha tu🥲 atas hal peribadi . Lalu makcik ni yang ambil tugas itu . Aku sangat hormati dan kagumi makcik ini.

Malah dia jauh lebih bagus menjalankan amanah dan tanggungjawabnya pada kejiranan . Dia jaga tempat KRT tu sama macam dia jaga rumah dia . Dia orang yang terawal membuka lampu krt dan orang terakhir yang menutup lampu krt ketika dulu kami mengadakan majlis yassin dan tahlil pada hari jumaat .

Dia antara yang penggerak utama jika ada program masak memasak . Rasanya , dia la antara makcik yang paling penat bila ada program yang berlangsung .

Allahuakbar .. Terngiang pula ditelinga antara perbualan "peribadi" aku dengannya .Dia tanya "ain dah pernah pergi yer Pulau Belitung Indonesia tu" 😭 , "ain okay ke dengan mak tiri?" . Paling latest dia pernah cakap dengan aku " Anak tu ..pernah cakap.. Kalau mak meninggal, tak bagi ayah kahwin lain 😭.. dan jawapannya "alaa kalau dah nak kahwin , halang macam mana pun tetap kahwin juga "  . Makcik ni tak suka makan taugeh , kalau ada makanan yang ade taugeh , mesti dia akan asingkan taugeh tu .Lepastu dia ni selalu je senyum ... Senang cerita keperibadian makcik ni memang dikagumi.

Bayangkan makcik-makcik yang lain pun sedih dan sayu gila . Kami sempat buat kan majlis yassin dan doa untuk dia .. Baru semalam kami doakan semoga dia kembali cepat sembuh .. Akhirnya , ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya .

Benarlah ... Dunia kini masih dibanjiri dengan covid ..kita selalu diberitakan tentang khabar duka .. Al-Fatihah untukmu Hajah Asiah Binti Rapiee. Semoga cik asiah disayangi oleh Allah , dipelihara oleh Allah dan semoga ditempatkan di Syurga yang terbaik .