Baru 5 Minggu Jaga Makan , Takkan Dah Kurus Kot Kan ..

Assalamualaikum . diam tak diam , pagi ni belek kalendar . Lahh , baru nak masuk 5 minggu ain monitor apa yang ain makan setiap hari . Uolls boleh tengok dekat posting , Ain Kurus . Semua tu adalah gambar gambar yang ain makan setiap hari .

Memang tak ler semua nya diet . Maksud jaga makan yang ain terapkan ialah Jaga Portion , jaga portion . Boleh nampak progres dari mula kemain banyak portion nasi yang ain ambil setiap hidangan . Lama -kelamaan , makin berkurang . 

Selain itu juga , ain dah mula start dinner lebih awal . Say no to makan malam. Ianya bermula sekitar pertengahan jun iaitu 18 jun 2021. Semua ni sebab ada kawan yang memberi sokongan.  Kita tak kan boleh istiqamah kalau tak ada sokongan dari kawan . Ain pun sendiri tak sangka boleh disiplin jaga time makan dinner awal waktu ni . Tapi , part breakfast masih tak kosisten lagi . Sebab ain jenis susah makan pagi . Perut mungkin masih tidur .Hahaha . Selalu jugak breakfast lewat . Sampai membawak ke brunch gitu . Tak elok yer geng ! 

Diet ain ni boleh la sikit dikategorikan IF . IF iaitu intermittent fasting yang mana ain akan kosongkan perut selama berbelas jam gitu . Dulu-dulu pernah juga buat , tapi fail ! Nak tahu sebab apa ? Sebab tak jaga portion makanan.  Sebab tak jaga timing makan . Banyak kali perut masuk angin . Makan dah lewat sampai ke tengah hari petang . Sampai pernah juga muntah dan sakit kepala . So , IF boleh ! Tapi kena jaga timing makan , jaga juga portion makan .
baru lepas exercise .. sempat posing -posing

Jaga menafikan fakta 80% pemakanan 20% exercise ! Accept the fact ! Tak guna morning walk , berbasikal , joging , exercise , skipping dan buatlah segala exercise dekat Youtube tu tapi part makan tetap ramai yang akan kantoi ! Itu yang coach Jom Kurus ain pernah pesan . 

Jangan tipu diri sendiri ! Jaga nak sedapkan hati " tak apa la boleh makan salad setiap hari" . Macam sekarang ni , ain tak buat gitu ! Makan kering -kering . NO ! Ain makan je nasi setiap hari , kalau teringin makan je kuih . Tapi ain kawal pengambilan . Kawan ain pesan " Enjoy the process. Kau bukannya kambing nak telan sayur hari -hari" . Kena pandai balance kan apa yang kita makan . 
baru belajar nak mekap mekap gitu ! 

So far , ain tak timbang berat sebab tak ada penimbang . Hahaha . Mengharap pinjam dengan jiran sebelah je la gini . Tapi , ain rasa seluar yang masa sebelum raya kemain ketat , tapi sekarang dah longgar . Perut dah jarang kembung . Sebab makan dalam portion yang terkawal . Pernah la juga , "ya Allah ..sedap betul aku masak hari ni ... Nak tambah lah.." * Pastu cecepat cakap dekat diri sendiri " Ain , kalau kau tambah makan lunch ni , dinner kau tak boleh makan tau ... Kau nak mana ?. Tahan sekejap atau tak boleh makan dinner?" . Haa .. Gitu ! 

Memang susah nak jaga makan kalau tak ada sokongan . Cari kawan -kawan atau keluarga yang boleh sokong kita . Diorang la yang akan tanya kita , update kita " Ain kau makan ape hari ni ?." , "  Ain kau dah dinner ?. ni dah dekat pukul 6 dah ni" . Gitu ! Penting okay! 

Dari segi exercise kali ni , aku just rasa kalau nak buat , Buatlah ! Kalau rasa badan lesu , tak buat . Seminggu biasa dalam 3-4 kali je . Kadang 2 kali je seminggu . Apa yang penting ialah makanan yang kita sumbat setiap hari itu yer tuan tuan dan puan puan sekalian . 

Okay , cukup lah update diary ain kurus ain ! Doakan semoga ain istiqamah okay 💕

8 Julai 2021 Ain Makan Ape Tu ?

Assalamualaikum.. korang cer tengok gambar yang ain amek ... Tu semua yang ain makan . Nampak kan dari sekecil kecil sebiji gula pun ain take note . 

Sebab kadang kita tak perasan rupanya banyak yer yang kita makan dalam sehari . 🤭 Nak turunkan berat badan , 80% pemakanan ! Ingat tu! (pesan dekat diri sendiri supaya tak lupa daratan )

Duduk Di Rumah , Inilah Aktiviti Semasa PKP Yang Saya Lakukan !

 

Semenjak dari permulaan kita menempuh PKP dan total lockdown pada awalnya semua merasakan "okay , jom duduk rumah !" . Tapi , apabila dah masuk setahun lebih kita terpaksa duduk di rumah menyebabkan kita dah mula rasa bosan , jemu dan sampai mereput tak tahu nak buat apa dah !

Sama juga seperti apa yang ain lalui dan rasai . Kita semua yang dah lama duduk di rumah , pasti dah tak tahu apakah aktivito yang boleh dilakukan semasa PKP entah kali ke berapa dah ni kan . Ain nak kongsikan aktiviti yang ain lakukan semasa PKP . Lets check it out !

Kemas dan buang semua barang - barang yang tak pakai 

Ini aktiviti pertama yang ain lakukan . Habis semua barang -barang tak pakai ain buang dan keluarkan . Kebetulan pula tempat pembuangan sampah memang dekat dengan rumah . Ain tak buang pada waktu siang hari , terasa malu pula nanti takut jiran - jiran nampak . Memandangkan PKP kan memang orang dah tak keluar rumah pada waktu malam , jadinya ain akan buang pada jam 8 malam gitu . Ber trip - trip juga lah ain ulang - alik buang . Bila lakukan aktiviti ni semasa PKP , selain dari rumah semakin kurang barang , rumah pun makin sejuk dan bergema . Hahaha . Sebab barang dah kurang , habuk pun dah tak banyak . Tak percaya ? Jom cuba kemas dan buang barang - barang yang tak pakai .


Belajar make up  , skin care routine dan tips penjagaan diri 

Okay , yang ni memang perkara paling pelik sangat untuk diri ini ! Sebab ain ni jenis perempuan yang simple tak pernah la sangat nak betul- betul jaga diri sendiri . Tapi , bila kena duduk di rumah , ini lah aktiviti semasa pkp yang saya lakukan ! Setiap 3-4 hari ain akan tukar set cadar , selimut dan sarung bantal ain . Sesekali kalau cuaca panas , ain akan jemur semua bantal termasuk tilam dekat luar biarkan terkena pada cahaya matahari . Muka ain pun banyak parut jerawat , jadinya ain lebih banyak membuat aktitivi skin care routine gituh ! Baru - baru ni , ain belajar pula make up . Ain suka tengok orang make up yang simple and natural look . Cuba tau !

Banyak tips ain share..jom tengok !

Marathon Movies dan Drama Bersiri

Aktiviti semasa PKP ni yang paling kebabom best dan seronok . Gila betul ! Lagi - lagi kalau tengok drama bersiri , weh ! betul - betul ain marathon pecut kalah orang berlari laju 10 KM gitu . Kihkihkih . Ain suka tengok movies dan drama dari negara Filipina , Thailand dan Indonesia. Kalau Korea pula kadang - kadang je . Tengok orang review kata best , so ain akan tengok la . Ain jarang tengok TV . Lebih suka marathon movies dan drama macam gini . Tapi , ain pula bukan kaki wayang , lebih suka menonton seorang diri supaya lebih fokus ! wah gitu !  

Senarai movie rekomen by me : klik sini untuk melihat


Turunkan berat badan dan lakukan exercise

Okay , yang ini terpaling susah nak buat sebab apa yer ? Sebab makan , makan dan makan adalah aktiviti PKP paling disukai oleh ramai orang . Ain pun baru juga sebulan lebih start ni . Start jaga pemakanan dan banyakkan aktiviti bersenam . Aktiviti bersenam yang ain buat ialah seperti joging dikawasan rumah , morning walk , dan buka je Youtube dan cari exercise yang sesuai dengan kita . Sebenarnya aktiviti bersenam ni senang je nak buat tapi yang paling susah ialah nak jaga dan control pemakanan . Itu yang paling susah kita nak buat ! Tapi , why not kan ? Kita duduk di rumah tapi tahap kesihatan kita pun okay .  Boleh tengok dekat ain kurus . Ain update setiap hari apa yang ain makan .



Dah 4 Julai , Ain Makan Ape Tu ?

Assalamualaikum.. Hari ni makan nasi ambang mak ana pedas berapi . abang aku request telur mata , jadi nya balik rumah dari tapau tu aku pun terikut sama goreng kan sekali telur mata . Nasi ambang mak ana ni jenis memang makan sampai kenyang . 

Aku terus dah tak boleh sumbat nasi dah lepastu . Sebab kenyang sangat .Tu yang makan nasi sekali hadap je .🤣

Makan Ape Tu Ain 29 Jun 2021

Assalamualaikum . 
Pagi breakfast nasi goreng , dan kuih sedikit . Lepastu  makan mee hoon campur soto nasi untuk tengah hari dan waktu malam . Alhamdulilah .

Aku perasan semenjak aku selalu update apa yang aku makan .. Secara tak langsung aku dah mula jaga portion , tukar pinggan daripada pinggan yang besar kepada pinggan yang lebih kecil . Alhamdulilah! Walaupun nampak kecik je kan perubahan ni tapi ianya akan memberi impak yang besar kepada diri ini .