KOLEJ MENCARI JODOH AKHIRNYA BERTEMU JODOH

kolej mencari jodoh

KOLEJ MENCARI JODOH AKHIRNYA BERTEMU JODOH

Pada 24 ogos haritu , salah seorang dari bff aku selamat mendirikan rumah tangga. Dia ialah Erlyna, seorang yang aku kenal semasa belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Sekitar tahun 2009-2010 itulah tahunnya aku kenal dia. Dekat KMJ ni ada nama tagline yang tersendirinya iaitu , "Kolej Mencari Jodoh" . HAHAHA. Mungkin dah ramai yang memang bertemu jodoh dekat sini. Hahaha.

Ternyata , elly ialah satu buktinya. Dia kawen dengan kojeng , lelaki yang dia crush giler masa dekat KMJ dulu. Aku ingat lagi aku selalu teman dia dating , tahu semua tentang dia. Tak habis-habis dulu dia sebut nama kojeng. Aku setia dengar cerita dia. HAHAHA. Betul lah orang kata , "if its meant to be together , then it will be together".
kolej mencari jodoh

kolej mencari jodoh

Aku saksi macam mana Elly suka nak mati dekat Kojeng masa dekat KMJ dulu. Sampailah masa wedding Ecah kot tahun 2017 , Elly cakap mamat ni keep DM dia dekat Instagram. "AMIRUL FIKRI". Aku tanya Elly , siapa dia ni? Hahaha. Baru aku tahu nama betul dia. Sebab dulu kenal nama kojeng je. Hahaha.

Aku sempat mengusik Elly dulu, "jumpa jelah..mana tahuuu kann". Hahaha. OMG! Sedar-sedar menjadi beb. Tenyata kolej mencari jodoh akhirnya bertemu jodoh gais! Siapa sangka kan , Elly punyalah crush teruk couple sehari je masa dekat KMJ last last terus kahwin. Itulah jodoh kan. 

Wedding Ecah ialah wedding yang ketiga dalam geng PCD. Geng PCD kitorang ada lima ketul. Masa wedding Ecah jugak, Elly cakap "siapa agaknya ehk yang last kawen?", Aku jawab "jangan risau Elly aku yang last punya kawen". (Ni kalau betting ni aku dah menang dah ni) HAHAHA gurau je!

Anyway , tahniah Elly dan Kojeng! Aku doakan korang bahagia being in a real relationship! Semoga yang baik-baik aje untuk korang. Elly , terima kasih kerana menjadi bff aku yang the best. Semoga persahabatan kita kekal sampai ke syurga. Kojeng, jaga Elly baik-baik tau.

Doakan aku pulak mendapat jodoh yang terbaik dari Allah okay. :)

I LOVE YOU...MAMA

Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling, people sitting and closeup

I LOVE YOU...MAMA

Aku teman mama nya si The NF Generation pergi menghantar makanan kepada abang ngah diorang. Teman takde lah lama mana kejap je. Cuma bercinta jelah nak lalu highway pasir gudang yang JEM tu. Angah diorang belajar di Uitm Pasir Gudang. First time aku masuk situ. Hahaha. "bapak hutan" , kata angah faris masa mula mula sampai sini.

Dia tak tahu tempat uitm kak ain dia lagi "bapakkkk getah kelapa sawittt" . Pagi pagi mau harum semerbak. Nama pun Uitm Merbok kan! Kah! Geng #uitmdihatiku memang pasrah dapat kampus jauh kedalam macam gitu.

Perjalanan kami dari umah ke sana ade lah dalam 20 minit lebih. Sepanjang dalam kereta berborak je memanjang. Sampai ke Uitm , wow view cantik atas bukit tu. Ingat nak turun amek gambar tapi sayang hujan pulak. Hahaha. Kak Ain kau nama pun blogger , memang jenis semua nak amek gambo! Nasib taik sendiri je tak amek gambo..(okay soryyy lawak hambar)

Sampai je kolej angah , mama dia pon tepon lah.Tepon punye tepon si angah ni tak berangkat. Tido! Alamak! Nasib ler ade dua orang penyelamat budak lelaki yang tolong kejutkan dia. Rupanya dia classmate Angah! Hahahaha. Aku siap tanya , "kenal ke?"

Tak lama lepas tu , si angah ni pun turun dengan muka mamai mamai dia tu. Si Angah ni cerita dekat mama nya dah lama tak makan ikan. Tu yang mama dia bawakkan makanan. Lagipun makanan dekat cafe kan memang standard ketuk student. Hehehe. Kak ain dah puas dah merasa. Tapi , nasib baik kak Ain dapat tempat belajr ceruk kampung merbok sana. Banyak jugak dapat saving masa tu.
Image may contain: 5 people, including Nur Farahain, people smiling, people sitting and hat
malam tu kami beryassin pulak
Anyway ,back to the topic..Lepas dah nak balik bye bye tuu.. Aku dengarlah angah sebut "I love you ..mama" Terima kasih mama , terima kasih kak Ain. Alahai , terasa sentap pulak! Yelah , dulu dulu masa ade ibu, aku jarang nak cakap i love you dekat dia. Dulu dulu aku tak pandai nak tunjuk rasa sayang tu pada ibu. Arwah ibu lah yang terhegeh hegeh dok show off her love dekat aku.

Aku nak pesan , korang jangan sibuk nak ber i love you dengan makwe pakwe je atau dengan suami isteri je..Tapi dengan mak pun sila lah I love You kan jugak okay! Iyer , kepada bakal suami saya... Saya bukan je cakap i love you.. Siap tuju lagu lagi ..." I love you 3000" ... acececehh...

Erk, bila kali terakhir korang cakap " I love you" pada mak korang?

PEREMPUAN KUAT ‘DRAMA’

PEREMPUAN KUAT ‘DRAMA’

Amaran: Sila baca dengan gaya dan nada seorang Nur Farahain..

Hahahahaha. (Awal awal ayat dimulakan dengan gelak tawa) Yes! Aku rasa selepas melihat sendiri perangai aku yang ni. Ya Ampun! “Patut lahhhhh Ain.. tak semua orang boleh melayan perangai kau” 

Aku nak transfer semua data dari phone Oppo ke laptop. Aku ni sebenarnya dah terbiasa dengan Iphone . Bukan berlagak weh! Tak . Bila function android ni aku tak berapa nak paham sangat. (Please jangan cakap aku belagak) 

Aku gelabah lah kenapa aku pakai cable ni dah cucuk masuk , cuma boleh charge tepon je . Nak transfer tak boleh. Puas lah aku tengok video dekat Youtube. Haa, teringat kak Juju pakai tepon Oppo.

Gasak ....kauuu terus wasap ! Kau tengok drama tak drama nya aku!😆 Pastu aku try lah pakai cable yang original masa beli tepon Oppo tuh. Eh BOLEH PULAK!!!!!!!!
akuainkausiapa

akuainkausiapa

Kau tengokkk perangai kuat drama Farahain macam mana?! Siap wasap sebab tanya pasal benda ni je. Kau rasa?! sebab ni ke aku masih single?! Sebab takde lelaki yang boleh melayan perangai kuat drama aku ni..

Sedih kan . 😂 Tapi . what to do. Aku memang macam gini. Tapi kan. Hmm. Dah la Ain! Kau memang kuat berdrama. Agak-agak boleh lepas tak casting berlakon watak perempuan sendu dalam drama pukul7 malam 😂