PENGHIJRAHAN
32 GAMBAR 32 TAHUN
Halu , seperti entri yang sebelum ni Ain tulis surat untuk diri sendiri. Kalau belum baca , jemput baca iya entri sebelumnya. By the way , antara wish list Ain sempena birthday yang ke 32 tahun ialah membelek album-album dan gambar-gambar lama. Sebelum ni tak pernah la nak belek dan tengok. Jadi , why not sempena birthday sendiri , Ain tengok dan mengimbau kembali zaman masa kecil dahulu. Apa yang pasti , comel sangat bila tengok gambar- gambar Ain yang dahulu. (puji diri sendiri)
Setiap gambar , punya cerita dan kisahnya yang tersendiri.Jom la kita throwback sekejap ! 32 gambar , 32 cerita untuk 32 tahun .
Ni gambar masa buat passport. Aduhai , muka macam nak nangis nasib la ibu pangku Ain.
Ahaa , ada lagi gambar potong kek. Hehehe. Yang sebelah tu adik Ain.
Potong kek lagi , tapi yang ni tak tahu la kan birthday siapa . HAHAHAHA.
Gambar ain paling hujung sekali , masa ni tadika buat persembahan tarian kipas ape benda entah ni. HAHAHA.
Setiap kali dapat hamper , mesti kena bergambar dulu. Tengok la fashion baju ain , baju kaler lain , seluar kaler lain.
Gambar kami dengan ibu di zoo
Gambar sekeluarga masa Ain dapat hadiah. Sekop rambut kemain kedepan yer ain !
Bestie masa zaman tadika , Dua-dua ni power memang diorang bersaing nombor satu dan nombor dua. Ain pula nombor tiga je , tu yang duduk paling tengah sebab paling ketot. HAHAHA.
Gitu , gambar turun tangga pun sempat iya.. Ni masa hari sukan tadika adik. Masa ni , Ain pakai baju warna pink ya, baju masuk dalam seluar gitu!
Tu pakai baju warna pink matching-matching dengan ibu. Ni masa sambutan hari raya dekat office ayah
Gambar sekeluarga sedondon semasa hari raya di kampung ayah
Ni gambar kenangan kami sekeluarga naik kapal terbang
Muka masa darjah 4 , kena duduk kampung sebab ada khatam Al-Quran. Nanges juga la sebab mana pernah duduk jauh dari ibu.
Ni la muka ketua pengawas dulu ! KIHKIHKIH. Hujung-hujung tahun boleh bawa kamera pergi sekolah , jadi kita ambil la gambar. Tak jumpa pula gambar lain.
Ibu kenal dengan kakak Zarina AF2 . Masa ni Zarina tu baru terkeluar , jadi lepas balik sekolah , terus ke rumah dia. Nampak gambar Ain berbaju pengawas , maksudnya pada hari Isnin , seketul Ain menjadi pengacara perhimpunan sekolah pada ketika itu.