18/366 : DIARY OF THE DAY -18 JAN 2016





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , sudah 18 hari kita berada dalam tahun 2016 . Bersyukur sangat kepada ALLAH kerana Dia memberikan ruang dan peluang kepada hambanya . Untuk hari ini , sedikit apa yang aku boleh share dalam diary of the day ialah :


  • rock climbinng
Aku tak pernah main benda alah ini sebelum ini , selalunya tengok matredho juara fear factor malaysia yang dengan erin malek tu . Selalu tengok dekat instagram dia je . Pergh , kau ingat senang nak main binatang tu ?  . Untuk pertama kali , memang lah akan belajar macam mana nak ikat tali , lepastu nak jadi belay (orang yang jaga tali dekat bawah) . Sumpah , kalau diberi pilihan , aku lebih rela kena buli berlari dari main binatang tu . Insyallah , sabtu ini nak main lagi . Insyallah , dengan izin ALLAH , Dia permudahkan seluruh anggota badan aku ini . Hahaha. Kalau tak pernah cuba , macam mana nak tahu kan ? Makanya , setiap apa yang kita lakukan haruslah kita berani untuk mencuba sesuatu yang baru .


  • masalah tidur
Erm , korang ada masalah insomnia ? Sebenarnya , aku ada masalah itu sekarang . Hahaha . Fuh , kalau waktu pagi tu memang tak berapa nak produktif sangat lah . Kadang kalau kena attend program waktu pagi , dia punya mengantuk , hanya ALLAH sahaja yang tahu . Tapi , insyallah , kalau selalu doa kepada ALLAH , lama lama hilang la masalah insomnia aku ini . Dulu dulu , aku tak ada pula masalah ini . Teringat aku pada kawan sekolah aku , sampai dah sekarang ini pun dia masih ada masalah insomnia . Masa lepas SPM dulu mesti aku mesej dia . Sampai lah salah seorang tak reply , kira dah  berjaya tidur lah tu . Bukan itu sahaja , kitorang mesti tanya , "Weyh , subuh ke tak tadi?" . Hahaha . Yelah , dah tidur tak boleh , mestilah subuh liat bangun . Apa apa pun , aku harap sangat masalah insomnia ini hilang dengan izin dari ALLAH . Insyallah .


Makanya , itu sahaja la apa yang aku nak share dalam diary of the day aku ini . Oh , tadi aku dapat blogwalking kejap je . Insyallah , aku akan lebih kosisten dalam dunia blog ini . Okay , Bye!


17/366 : DIARY OF THE DAY -17 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , dah tujuh belah hari kita berada dalam tahun 2016 . Cepatnya masa berlalu kan . Apa apa pun , bersyukur kepada Dia Yang Maha Esa kerana memberikan kita ruang dan peluang untuk menikmati kehidupan ini .  Jadi untuk hari ini , aku nak share di dalam diary of the day ialah :


  • Jogging menggila tadi
Alhamdulilah , tadi berjaya juga jogging atau lebih sedap bunyi nya ialah berlari . Dulu aku tak pernah berlari dekat taman merdeka , johor bahru itu . Yela , kita dok tengok orang berlari kemain dasyat , tapi kita langsung tak larat kan  dan jalan je lah . Alhamdulilah , tadi ALLAH berikan daya tenaga dan kekuatan untuk memberanikan diri berlari . Bukan je berlari , tapi siap buat high intesity workout sedikit . Woi , pada uolls yang tak pernah bersukan . Pergi la rasai sendiri . Best tau bila kita lakukan perkara yang kita tak pernah buat. Ala , cuma je la dalam 20 minit je sehari . Yang hang nak bantai sampai 2 jam pehal ? Buang masa je lebih .Hahaha .

  • Belajar untuk lebih senyum
Alhamdulilah , dulu kan orang tak suka nak tegur aku sebab aku ni pelokek . Pelokek senyuman . Ye , aku punya muka stok minah minah sombong bajet bagus je weyh. Teringat dulu housemate aku siap cakap lagi memula dia kenal aku , dia takut nak tegur aku sebab muka aku garang sangat . Hahaha .Tapi , lepas aku sedar yang weyh , senyum je lah .ALLAH dah bagi senyuman yang comel pada semua orang kan ,apa pasal tak nak senyum ? Kan . Makanya , bila aku mula mengaplikasikan senyuman ini kepada semua orang , ini secara tidak langsung ramai orang dah mula nak berbual dengan aku , selesa nak tegur aku . Secara tak langsung itu kan perubahan positif yang bagus dalam diri kita . Kadang , kalau orang tegur muka kau tak reti nak senyum ke , kau terima la hakikat tu dan kau ubah lah jadi lebih ke arah positif . Kan seronok kalau orang sudi nak berkawan dengan kita . Ye dak ? Hahaha .


Makanya , itu sahaja la apa yang aku dapat kongsi kan untuk uolls . Jumpa lagi ! :)


16/366 : DIARY OF THE DAY -16 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello semua . Alhamdulilah , sudah 16 hari kita berada dalam tahun 2016 . Ya ALLAH terasa cepatnya masa berlalu kan . Sedar sedar dah menghampiri ke pertengahan bulan januari . Alhamdulilah , hari ini jadual agak penuh sedikit dari pagi sampai petang . Jujurnya agak kepenatan sedikit , tapi Insyallah diary of the day mesti diteruskan juga . No excuse ! Hahaha . Jadi serba sedikit tentang diary of the day ain pada hari ini ialah :


  • Diam bukan tanda kita senyap !
Semenjak dua ini bila kita dalam proses kematangan , cehwah , aku lebih kenal apa itu definisi "diam" . Sebab aku ini jenis banyak cakap , jadi kau faham faham je la bila waktu senyap nya . Hahaha . Kenapa aku kata fungsi 'diam' itu sangat bagus sebabnya , kau akan lebih menjadi seorang pendengar yang baik berbanding pencakap yang hanya semban gampang . Hahaha . Jujurnya weyh , jangan lah pandang orang sebelah mata hanya kerana dia senyap dan diam sahaja . Alhamdulilah , ada seorang hamba ALLAH ini mengajar aku yang untuk permulaan perkenalan , kita harus kenali dulu siapa orang yang kita sedang jumpa itu . Kenal ini macam dia tinggal dekat mana , siapa nama dia , apa yang dia suka . Bila dah kenal , kita kena dekati dia macam kalau dia suka bersukan , kita sembang la dengan dia pasal sukan . Seterusnya , lepas dah dekati dia , kita sayangi la dia . Bukan la macam kita sayangi orang itu , sampai menggatal , just think that , bila kita sayang mak ayah kita , kita mesti tidak sampai hati nak sakitkan hati mereka . Sama lah juga macam kita sedang kenali orang itu . Ingat tau , bila kita dah kenal dia , dekati dia , dan sayangi dia secara tidak langsung , that relationship itu will ruin smoothly right ! Kadang , aku jadi pendiam bukan sebab aku sombong atau tak berminat nak bercakap , tapi aku sedang menerapkan proses untuk menjadi pendengar yang terbaik .That the best way.


  • Hujan lebat
Fuh , tadi petang dekat JB ini hujan kemain tudia lebat . Main hujan juga tadi . Tapi alhamdulilah , ALLAH turunkan hujan . Sejuk juga bumi ALLAH ini kan . Sekali hujan turun dengan jalan jem pula tu . Tak apa , ALLAH nak mengajar kita untuk lebih bersyukur dan bersabar dalam apa jua rintangan dan dugaan hidup ini  Cehwah .


Makanya , itu sahaja la apa yang aku mampu untuk update . Maaf ye , tak sempat nak blogwalking hari ini .
Assalamualaikum , tak jawab dosa . Kalau jawab sayang ! :)




15/366 : DIARY OF THE DAY -15 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello semua . Maaf , ain update diary of the day ain sudah pun jam 12 tengah malam which dah masuk hari lain . Apa apa pun , ain masih nak komited update blog . Its a perkara wajib . hahaha . Makanya , ini la cerita aini untuk 15 hari bulan ini :


  • Printer Bengong !
Sebenarnya , tadi ain sibuk ada nak kena print dokumen sikit  . Aku punya la syok tunggu , pasaipa printer ini pending tak keluar langsung . Bengong betul , sebenarnya bukan printer yang bengong , aku yang bengong . Aku lupa nak cucuk usb dia , macam mana nak connect even printer aku ni wireless , rasanya pakai cucuk tu lagi cepat . hahaha . Print je dah dekat sejam lebih . Alih alih sedar dah pukul 12 tengah malam . OMG !


  • Insomnia
Sebenarnya , aku mengalami masalah insomnia dah lama juga ini . Tak tahu kenapa , paling tak best kalau pagi mesti rasa pening   , nak muntah dan susah nak tengok laptop lah . Jadinya , waktu pagi aku macam tak berkualiti sangat lah . Insyallah , aku cuba nak cari jalan penyelesaiannya macam mana . Aku kalau boleh nak lah kualiti time aku setiap hari .


Makanya , itu lah serba sedikit apa yang aku boleh dan mampu share pada korang . Bye uolls !

14/366 : DIARY OF THE DAY -14 JAN 2016


Assalamulaikum dan hello kepada semua . Hari ini genap dua minggu ain berjaya update diary of the day . Alhamdulilah , ALLAH berikan ain kesempatan serta ruang untuk menulis di dalam blog ini . Okay , hari ini ain nak share tentang :


  • Dapat Kad Kawen
Photo from farahainzfa

Roomate masa belajar dekat matrik johor dulu hantar kad kawen . Amboi , dah nak kawen dah dia . Bulan februari pula tu . Sehari sebelum aku punya birthday pula tu .Hahaha . Tapi ,yang paling main kasar nampak lawak dia , siap letak "ain dan pasangan :)" . Hahaha . Aku single lagi kot ! Masa aku baca tu , aku tergelak kot . Haah , dah nak masuk 25 tahun kan . Standard la orang dok sibuk risik risk siapa pasangan kita . Hahaha.


  • Sakit jari takde mouse nak blogwalking
Mouse aku bagi pinjam pada abang aku , sebab laptop dia , touch pad dia dah rosak . Makanya , aku korban kan lah , bagi pada dia . Yang sedihnya , semenjak dua ni kan aku aktif blogwalking , terasa sakit kot jari jemari yang tak berapa nak runcing ini .Hahaha . Ada sesiapa nak sedekah kan aku mouse ? Malas nak pergi beli . Hahaha . Bila tak pakai mouse ini , macam terbantut sikit lah nak blogwalking dengan laju nya . Speed dia macam lembab sikit lah tapi tak selembab siput babi .Hahaha.



Makanya , itu sahaja lah apa yang aku nak kongsi kan pada uolls semua . Jumpa lagi esok ye ! Assalamualaikum , Tak jawab dosa , kalau jawab sayang ( die hard fan maria elena sangat !)

13/366 : DIARY OF THE DAY -13 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini sudah tiga belas hari kita berada dalam tahun 2016 . Bukan itu sahaja , esok cukup 14 hari atau dua minggu aku kosisten update diary of the day aku ini . Cehwah , ini merupakan satu pencapaian awal tahun baru yang bagus untuk diri aku . Hahaha . Hari ini aku nak sembang pasal ini :


  • Persiapan tahun baru cina 
Tadi ain pergi gym dan seronok melihat persiapan mereka (oh , gym yang ain pergi ini majoritinya chinese dan foreigner . Nampaklah diorang tengah mengecat padahal cat dekat dinding itu masih cantik lagi . Mungkin pada diorang , akan ada 'ong ' kalau semuanya baru kan . Bukan itu sahaja , pihak gym tu siap dah letak notis sebagai peringataan 1-15 februari mereka tutup . Fuh , almost 2 weeks jugak gym tutup . Nampaknya kena workout di rumah lah .Hehehe .  Staff dekat gym aku pergi ni best dan kebanyakkannya mereka friendly . Aku pernah dengar diorang akan direward oleh bos diorang pergi vacation bukan dalam Malaysia hokey ! Luar negara . Kau rasa ? Hahaha . Aku tak nafikan gym ini memang customers pagi - malam ada orang . Jadinya tak hairan lah kalau bos mampu untuk reward staff dia vacation ke luar negara .

  • Stalker anak jiran lagi
Kira kira jam 3;30 petang , anak jiran yang suka stalker tu mesti akan balik dari sekolah agama . Kali ini dah tak tertinggal van lagi . Hahaha .(Incase ada yang tak baca lagi kes ini , boleh refer entri yang ini ) . Bagus driver van itu , siap hon supaya kak tina (maid bebudak tu) alert untuk bukak gate . Bukan itu sahaja , driver tu siap babai diorang lagi  manakala yang dua ketul anak jiran itu siap main PR (public relation) lagi ,cakap "Terima Kasih Bang!" . hahaha .Kau tengok bebudak sekarang , tapi baguslah kan sekurangnya berbudi bahasa . Oh ,kenapa aku boleh alert diorang balik dari sekolah agama ialah kerana bunyi hon van itu sangat lah mencapap (incase korang tak tahu maksud dia ) mencapap = mencari publisiti , ejaannya sebenar mencapub.  Tapi aku suka eja mencapap .Lagi senang nak sebut. hahaha. 

Teringat kes mencapap ni , masa aku belajar dekat Uitm Merbok ,Kedah . Aku dengan selamba menggunakan perkataan itu dikhalayak ramai yang tak faham maksud perkataan itu . Weyh , kawan aku sound tepek aku , "Ain kau mecncarut ke ?" . Hahaha . Selepas kejadian itu , kawan kawan utara aku selamba caka perkataan itu .Hahaha.


Hmm , itu sahajalah diary of the day aku hari ini . Okay , Bye !