5 Sebab Kenapa Orang Suka Tengok Drama Korea

Annyeonghaseyo (안녕하세요)  ! Wah ! Sejujurnya, kalau nak bercakap tentang jumlah drama korea yang ditonton oleh ain . Alamak nya kalah teruk la dengan Kpop Lovers ! Ain bukan la hari hari yang jenis layan kdrama atau movie korea . Tapi semenjak PKP ni , ada la juga terjebak tengok. 

Drama The Penthouse tu . Dah sampai season 3 yer tuan tuan dan puan puan sekalian. Saya terikut sama dari season 1 . Hahaha . 

Jadi , ain senaraikan 5 sebab kenapa orang suka menonton kdrama atau drama korea :

✅ Hero handsome 
Rasanya ramai perempuan bersetuju dengan kenyataan yang ini . Mungkin citarasa dan kesukaan setiap manusia suka memandang pada paras lupa yang elok . Siapa hero korea yang paling korang crush teruk ?. Aku ?. Ermm tak ada lagi . Hahaha .

✅ Plot Twist Drama
Plot twist drama korea bukan biashe biashe ye . Malah boleh mendatangkan rasa sakit hati terutama sekali kalau drama kes rumah tangga dan skandal ini . Hahaha . Punya la bermacam plot twist kemain dasyat sampai mengakibatkan ramai Kpop Lovers ni akan follow drama tu sampai ke episod yang terakhir .

✅ Lokasi Pengambaran
Tak dinafikan bila kita menonton sesebuah drama pastilah kita akan berangan dan feeling feeling nak pergi ke sana . Dari segi sinematografi drama korea memang cukup mantap . Kalau tak , tak ada la sampai kpop lovers ni teringin nak ke sana.

✅ Nama Watak
Jenis nama watak ni pun main peranan . Boleh dikatakan nama orang korea ni 3 gerabak biasa nya . contoh  Bae Ro Na . Hahaha . Sampaikan terkadang konfius nama watak sebab susah nak ingat . Tabik la siapa pemjnat drama korea ni siap boleh hafal skrip eh siap boleh ingat sekali nama penuh watak dalam drama tersebut .

Keunikkan Budaya 
Bila kite menonton drama korea secara tak langsung kita akan terfikir oh macam mana yer rasa makanan korea ni ?. Sedap ke ?. Cantik nya pakaian dia . Putih nya kulit orang korea . Jadi sebabtu la rasanya orang suka sangat tengok drama Korea . Dari drama sendiri ,banyak benda yang kita boleh pelajari kan .

Uolls K-pop Lovers ke tu?.

Masak Nasi Ambang Ayam Masak Merah

Assalamualaikum .Hari ni niat nak masak banyak sikit . Sebab nya nak pulangkan dulang untuk jiran sebelah kanan saya . Jiran sebelah kiri pula bagi mangkuk tingkat . Orang dah kasi lauk sedap sedap takkan lah kita balas tak sedap kan. 

Pening juga pikir nak masak apa . Jadi nya masak jela Nasi Ambang . Selalu nya masak ayam kicap tapi kali ni tukar selera sikit Ayam Masak Merah . Style masak pun kurang minyak . Ayam Masak Merah ni ain tak goreng tapi sebalik nya perap dengan rempah ayam goreng dan masak di airfryer terlebih dahulu . 
Lepastu masak nasi nak lagi bertambah sedap letak daun pandan . Sayur pula masak je macam biasa . Mee pula mee bodoh goreng gitu je . Bahan apa tu tak ada . Nasi ambang ni tanpa mee rasa tak lengkap nya kan . Tapi nasi ambeng style ain ni tak la lengkap sebab tak letak ikan kering dan serunding manis . 

Janji apa yang ade je la ! Alhamdulilah . Penat memasak dalam kuantiti yang banyak sebenarnya . Tapi okay lah ..Tak cukup bahan takpe , janji masak ~~~ 

close up sikit ayam red. Kihkihkihhh .. 

Menu Makanan Ain 14 Jun 2021

Assalamualaikum . beberapa hari ni dah miss banyak untuk update disini . Ini menu yang ain makan .Tak diet sangat sebab tak nak cepat give up! Untuk permulaan ni lebih kepada menjaga portion dan lebihkan buah buahan . Dan cuba kurangkan junk food . 

✅ Susu pisang granola ( blend pisang 1 , sesudu kecil susu fernleaf  ) lepastu letak je granola
✅Tak masak ! beli nasi kukus ayam (nasi separuh)
✅Buah mangga 2 biji (makan kongsi kongsi)
✅Mee hoon goreng masak sendiri 
✅Buah oren (ain makan 4 ulas )


Tak exercise hari ni sebab .. badan rasa lesu ..sebab dah nak period 🤐

Ain Makan Ape 13 Jun 2021

Assalamualaikum. Tuptap tuptap dah 13 jun ehk.. Okay ain makan ape ehk hari ni ?.

Lets list it ! 

✅Buah Epal hijau 1

✅Granola 

✅Nasi putih tomyam telur dadar sayur salad (masak sendiri)

✅ Lemang orang bagi (makan yang potongan paling sedikit)

✅Nasi goreng pataya masak sendiri 

✅ Buah oren (4 slice)











Dari Pagi Sampai ke Malam Nasi Kukus Gulai

Assalamualaikum . dah berapa hari tinggal untuk update blog ni . Tapi ain tetap ambil gambar setiap makanan yang di makan .
Menu ni ialah pada 8 Jun 2021 . Rasanya ni hari malas betul rasa nak breakfast . Memang tak breakfast terus ke lunch . Beli nasi kukus ayam . Makcik ni pula memang kasi nasi lebih . Jadinya , ain makan separuh je nasi lagi balance sedekah dekat abang ain . Kihkihkihhh .
Lepastu kitorang ada beli mangga 3 kilo RM 20 . Apa lagi .. bedal ler dua biji. Tu makan dua orang ehk bukan makan sensorang . Malam pula rasa macam tak tahu nak masak ape jadi nya bedal la ala ala tiru menu nasi kukus gulai . Cuma ain masak nasi macam biasa je , gulai tu macam kari kosong je kan , buat sambal sikit dan petik ulam raja depan rumah . 
Malam snacking last ain makan granola ratah gitu je. 4 Meal sahaja haritu . Tapi kenyang lah! Tu penting nya makan nasi .Nasi beri kita tenaga yang bagus . Jangan takut makan nasi ..Tapi kawal portion yang kita ambil .

Ain Makan Ape 9 Jun 2021

Assalamualaikum .Belek belek lagi makan apa tu yer Farahain ! Dah jadikan rutin catat makan apa setiap hari . Ambil gambar tepek sini senang .

✅Granola
✅Jemput jemput ikan bilis 
✅Jemput jemput ikan bilis mangga buah lai (makan kongsi)
✅Nasi putih sayur campur ayam kicap masak sendiri
✅Pisang 1
✅Laksa Johor orang bagi