Aku Guna Jejantas Semasa Morning Walk


Assalamualaikum.. Selamat pagi ! Selamat hari ahad ! Wah gitu ! jarang la yer seketul Farahain menulis seawal jam 8:50 pagi macam gini kan . Tu la , hari ni kita ubah sikit laluan biasa morning walk . Tahu sebab apa ? 

Sebab nak ambil dokumen dekat rumah Puan Pengerusi jiranwanita ain . Ain memangku jawatan Setiausaha semula selepas arwah makcik Hajah Asiah meninggal .Hmm ..Berat pada ain untuk menerima nya sebab jawatan Setiausaha bukan biasa biasa pada ain . Tapi tolong sedaya mana yang mampu je la kan .

Jadi nya , pagi ni kita ubah la laluan . cuba la melintas menggunakan jejantas tu . Jejantas ni legend kot dari zaman sekolah dah wujud . Cumanya biasa la waktu sekolah mana nak guna . Setiap anak tangga tu kemain cenonet kecik pula tu rasa macam malasnya nak kena naik tangga semata mata nak melintas .

Memang masa zaman sekolah kalau nak melintas guna jalan bawah je la . Hihihi .Tak kuasa nak guna jejantas macam dalam gambar ni . 

Tadi bila dapat lalu amboi kemain bahagia rasa dihati . Betul la orang kata , dah umur 30 ni .. Benda kecil kecil macam gini pun dah rasa happy! 🤣

Entah Apa la yang aku makan hari ini kan 😅

Assalamualaikum .. Boleh lah tengok entah apa je kan yang ain makan 🤣 Balik balik lauk yang sama . Entahlah . janji makan ! Ain ni jenis tak cerewet sangat dan tak berlebih lebih dalam makanan .

Kata nak kurus kan . Oh yang gelas tu air kelapa . Dapat Kelapa muda kampung abang ain kopek letak dalam jug berisi ais , apa lagi minum lah kita ! Alhamdulilah ! Kadang nengok orang makan kemain banyak lauk sampai tiga empat jenis , tapi ain tak . Kita ukur baju dibadan sendiri , ikut kemampuan diri sendiri . 

Janji ada makanan yang boleh dimakan . Alhamdulilah ! 🤲🤗

Roti , Sup Ayam Dan Begedil ! Ulang ulang la sampai abang jamil mampus ! 🤣

Assalamualaikum . bosan nya kan menu makanan ain 🤣 Tapi tu jela yang mampu disediakan . Pagi makan roti cicah sosej dua beserta telur mata disedapkan bersama sos cili dan kicap . 

Untuk lunch dan dinner , ain masak sup ayam campur juga dan pekena kan sekali dengan begedil . Itu la menu ain , ulang makan ulang ulang la sampai abang jamil mampus ! Selagi abang jamil masih hidup , selagi tu la menu makanan masih sama yer 🤣

Hahahahaha . Gurau jela ! Bersyukur la dengan apa yang makanan ada . Dari ada orang yang susah tak dapat makan kan .

Alhamdulilah! Ain Dah Lengkap Dua Dos Vaksin !

Assalamualaikum . Dah baca belum kisah dos pertama ain di vaksin ?. Kalau belum boleh klik .. Pengalaman Ain mendapat dos pertama vaksin!

Alhamdulilah ! pada 8 september 2021. lengkap dah ain dengan dua dos vaksin ! Pagi sebelum ke pusat vaksin , ain masak nasi goreng buat alas perut . Yela kan nak cucuk kena isi perut dulu .

Alhamdulilah , dekat pusat vaksin UTM ni memang cepat dan lancar . Lagi pun untuk dos kedua memang lancar dan cepat la . Masa first dos haritu , tak terasa sangat jarum tu mencucuk , tiba yang kedua ni mak oi terasa sikti . Mungkin sebab lemak dah berkurang kot 🤭 Hahaha . 
Masa tengah menunggu untuk dicucuk tu , sekali ada pula brother ni tumbang . Dia pengsan gitu mungkin sebab dia tak makan ke kan . Tu sebab ain isi juga perut walaupun malasnya nk breakfast . Settle je semua nya , apalagi bergambar la kita . 
Insyallah , semoga selesai vaksin ni .. Kita dilindungi dari covid 19 . Tetap kena jaga diri sendiri juga ! Tak sangat terasa nak dine in , cuma nak sangat hiking , pergi pantai ..Dan staycation hotel hotel ..

Halu halu..ain makan ape 9 September 2021

Assalamualaikum .. hari ni rasa mengantu sangat ! Effect dari vaksin mungkin .. Ya ampun , lauk semalam masih banyak kann. Apa lagi , panaskan jela lauk semalam .

Kebetulan dapat pula buah kelapa muda fresh , abang ain kopek dan tuang dalam gelas letak sekali ais . Mantap! Pagi sampai ke malam makan lauk semalam ! just topup masak nasi je ! 

Air kotak ice lemon tea tu anak jiran yang bagi masa lepas sapu daun kering depan rumah tu . Rumah ni mana ada dah stok air kotak . Hahaha . Alhamdulilah! Syukur untuk hari ini dapat makan .

Hari ni vaksin , lepastu ain makan apa kan 8 September 2021 ?.

Assalamualaikum. Hari ni hari ain vaksin untuk second dose . Sebel vaksin , ain masak nasi goreng simple je dengan hotdog sebagai alas perut . Lepastu untuk lauk lunch sampai ke malam ain hanya masak nasi je . Ayah dan mama bawa lauk dari kampung

Lepas vaksin ain rasa lapar teramat sangat . Boleh tengok kemain banyak ain makan . Ain pula memang suka meratah sambal goreng jawa . Ya Allah ...memang menambah nambah sangat ! Mama pula masak kan lauk ayam kampung . Peh ! Memang mantap sangat .

Kerja makan jela ain ! Lapar sangat kot mungkin penangan vaksin . Hehehe . Lepastu waktu dinner ain buat juga air sunquick sebab tekak rasa mual . Ain ni dah kurang sikit makan benda berminyak . Kalau nak hilangkan tekak rasa berminyak tu , ain akan cari air masam masam gitu la .