27/366 : DIARY OF THE DAY -27 JAN 2016





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini kebanyakkannya blogger semua berasa sedih di atas kehilangan jumlah followers termasuk lah diri ain . Ala , chill lah .Insyallah , kita sama sama kosisten kan semula untuk tambah jumlah followers . Ceh , padahal aku pun sedih jugak , yelah penat mencapap (mencari publisiti) terjah dan singgah ke blog untuk mendapatkan followers . Hahaha . Walaupun begitu , kita harus terima hakikat dan kita kena berusaha untuk recover semula berapa followers yang hilang itu . Lagipun , sekarang ini semua dah terdedah dengan blog dan serta merta menjadi blogger kan . Makanya , jangan risau ! Keep calm and fight for what you aim it ! 


Jadi untuk hari ini aku nak kongsi tentang :

  • Stok buah-buahan dekat rumah asyik habis
Semenjak aku dah bertekad nak being a healthy lifestyle , stok buah buahan dekat rumah aku asyik habis je . Hahaha . Masalahnya , aku je seketul dalam rumah ini yang nak kurus mengurus , macam mana boleh stok buah buahan asyik kena beli je ? Hahaha . Jawapannya , family aku dah mula berjinak jinak dan sedar untuk being healthy . Lagipun , kan bagus makan buah buahan kan . Bukan itu sahaja , aku rasa bersyukur sangat , walaupun bukan mudah journey nak kurus mengurus ini , tapi bila orang disekeliling kita pun turut sama berubah kearah kebaikan , itu menjadikan aku lebih bersemangat . Semoga ianya berterusan.


Apa aku nak membebel lagi ? Like seriously , aku blur kejap . Hahaha . Apa apa pun , jangan mudah berputus asa bila kita sedang melakukan perubahan yang membawa kepada kearah kebaikan .


Itu sahaja la nampaknya , apa yang mampu aku boleh tulis . Jumpa esok ye ! Assalamualaikum .

26/366 : DIARY OF THE DAY -26 JAN 2016





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini , sudah muka surat ke 26 Diary of the day aku menulis . Aku pun tak pasti sama ada ianya seronok untuk dibaca atau ianya membosankan . Hahaha . Who cares ? Hahahaha . As long as i know apa yang aku buat , to be consistent with the blogging that are so mean to myself . Alhamdulilah . Jadi hari ini aku nak kongsi tentang menjadi 'DIFFERENT' . Contohnya macam , orang berlari kehadapan , kau seketul je yang lari ke belakang . Haa , lebih kurang macam gitu lah maksudnya . Dalam kes aku ini  , ianya tentang :



  • Join Kelas Dekat Gym Semua Cina
Yurp , kalau masuk kelas gym dekat tempat yang aku dah subscribe ini , kau boleh lah nampak seketul je haa paling bambam dan seketul je yang pakai tudung . Aku lah tu .Hahaha . Tapi , tak semua kelas aku join . Aku banyak join kelas yang high intensity lah . Setakat zumba tu aku boleh je pasang youtube joget sensorang dekat rumah . Hahaha . Kalau dekat kelas itu , memang aku je la seketul orang melayu . Aku tak segan pun , malah aku tak kisah pun . As long as I know my mission , that would be so much okay ! . Selalu nya diorang speaking chinese sepatah pun aku tak faham , tapi aku tak kisah pun .Aku senyum je . hahaha . Last month ada lah dalam 4-5 kelas aku miss . Bila aku comeback balik , diorang siap tanya lagi , "Hye  , long time no see woah"  . Hahaha . See , being different from others doesn't mean kau ini tak ada kawan ,as long as kau tahu macam mana nak bawa diri kau , mesti kau akan rasa selesa punya . 


Oh , tadi kan ada kelas resistance band tau , yang mana dia pakai getah untuk lakukan workoutnya . Pergh , best weyh (padahal sakit gile) . Yang kelakar nya , kena buat aktiviti in group ,makanya diorang siap kira lah guna bahasa chinese dia . At that time , aku dah rasa macam tengah belajar kelas mandarin tahap 1 . Hahaha . Aku pun ikut sama lah apa diorang dok sebut . Siap gelak gelak lagi . Yelah , kena buat sampai 100 kali . Haa , diorang pun kira la sampai 100 . Hahaha. 



  • Suka Mencapap (Mencari Publisiti)
Untuk perhatian sesiapa yang tak tahu apa itu mencapap , ianya bermaksud kombinasi perkataan mencari publisiti . Hahaha . Tapi , aku suka eja mencapap sebab bunyi dia lagi nampak betul perkara show off itu . Hahaha . Ye , kalau kau nak jadi different from other , sifat mencapap ini kena sebati juga lah dalam diri kau . Aku sebenarnya suka pakai baju striking (warna terang ) tau . Selalu juga la kena tegur dengan kawan , "Ain kau ini kuat mencapap lah " . Hahaha . Sebab dah kau je seketul pakai baju terang , mesti lah orang perasan kan . 


Bukan itu sahaja , sifat mencapap ini memudahkan untuk orang cepat kenal kau , tahu nama kau . Hahaha . Tak percaya ? Cuba lah mencapap kan diri anda . Hahaha .



Erm , makanya itu sahaja la apa yang aku mampu untuk menaip . Penat kelas dekat gym tadi tak habis lagi . Hahaha . Okay ! Assalamualaikum . Bye !

25/366 : DIARY OF THE DAY -25 JAN 2016




Hai dan assalamualaikum kepada semua . Hari ini seharian penuh dengan aktiviti pagi pagi lagi dah kena ke JPJ untuk urusan kereta . Alhamdulilah , ALLAH permudahkan urusan aku pada hari ini . Hari ini aku nak share tentang fokus . Aku akui aku ini sejenis manusia yang susah nak fokus jugak . Hahaha . Tapi , Alhamdulilah , untuk beberapa perkara macam tulis diary of the day ini , aku dah menjadi semakin fokus . Bukan setakat fokus tetapi kosisten dan masuk entri hari ini , aku belum ada yang miss lagi . Lagipun aku nak jadikan ianya sebagai satu tabiat , makanya untuk kita ubah sesuatu perkara baru yang kita tak pernah buat , kita mesti membiasakannya supaya menjadi satu habit (tabiat) . Jadi sedikit sebanyak yang aku nak kongsi ialah :


  • Workout Dekat Gym Memang Memalukan !
Ya ! Memang betul ianya memalukan untuk mereka yang gemuk . Hahaha . Aku kan tengah dalam proses kurus mengurus kan . Gym yang aku subscribe ini majoritinya foreigner dan chinese . Makanya , kau boleh lah nampak kau seketul je manusia yang besar berlemak berbanding yang lain . Hahaha . Bukan itu sahaja  , kalau ada kelas waktu petang atau malam , aku rasa aku je seketul yang besar . Hahaha . Tapi , kalau fikir kan malu itu , tak kemana impian aku tu . Sebab itu kena fokus . Bila kita fokus dengan apa yang kita nak capai , kita langsung tak peduli apa orang nak pandang kepada kita . Tadi , aku datang gym petang , selalunya aku pagi sebab pagi tak berapa nak ramai . Bayangkan aku dok buat jumping jack , burpees apekebenda semua . Memang malu dah ada pula ramai yang dekat station aku workout itu . Tapi , aku nak capai apa yang aku impikan . Jadinya , aku langsung tak peduli orang sekeliling aku . Hahaha . Bukan malu je , tapi kelakar pun ada . Yela , orang gemuk kan bersenam bergegar lelemak .Hahaha .  But , again i would say , "WHO CARES?" . Ahaks !


  • Followers Blog Berkurang
Yang ini macam sedih sedikit . Followers ain makin berkurang . Tapi memang sebelum ini ada blogger yang cakap benda yang sama juga . Walaupun begitu , ianya tetap tidak mematahkan semangat aku untuk terus kosisten berblogging . Dont worry , as long as kita tahu apa yang kita lakukan , apa yang kita nak capai , it will run smoothly . Insyallah . Tapi , minta maaf ye sebab ain tak sempat nak blogwalking hari ini . Huaa . Insyallah , ada masa lapang esok ain blogwalking ye . 



Dapat notis dari SAJ esok tak ada air , lusa pula tak ada elektrik . Tak apa , sekali sekala nak merasa catuan . Bukan selalu pun kan . Hehehe .
Okay ! Bye ! Assalamualaikum .

24/366 : DIARY OF THE DAY -24 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini mesti ramai yang duduk bersantai di rumah sempena cuti thaipusam kan . Bukan itu sahaja , mesti ramai yang tengah melayan Anugerah Juara Lagu 30 ( #AJL30 )  . Ain doakan semoga kita semua mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh Dia Yang Maha Esa . Insyallah . Okay , untuk diary of the day ain pada hari ini ialah tentang :


  • Workout High Intensity 
Mungkin pada orang yang biasa bersenam , biasa pergi gym akan lebih tahu membezakan apa itu workout high intensity serta low intensity . Alhamdulilah , seawal jam 7;30 pagi lagi tadi dah bergegas ke Taman Merdeka , Johor Bahru untuk melakukan aktiviti high intensity workout selama 20 minit . Mujurlah datang awal  sebab hari ini kan thaipusam .Kebetulan taman itu berdekatan dengan kuil . Makanya dapat la juga parking dan settle 20 minit workout . Abang ain jogging berapa round entah . Sebenarnya , untuk kita kosisten dalam proses menguruskan berat badan tidak perlu kan berapa banyak kita bersenam , tetapi kualiti kita bersenam itu . Tak perlu lah kita habiskan banyak masa dekat gym kalau workout kita itu langsung tak berkualiti . Ingat itu ye ! . Hahaha . Ain pun baru baru terdedah dengan info info begini . Apa apa pun , pengalaman yang memberanikan kita untuk mencuba benda yang kita tak pernah rasai .


  • Ber rock climbing lagi !
Last week ialah pertama kali ain berjinak jinak dengan memanjat manjat ini . Selalunya aku hanya mampu tengok dekat instagram sahaja iaitu @matredho . Ala yang juara fear factor partner dengan Erin Malek tu . Weyh , tengok dia panjat pergh , laju gila kot . Jadinya , untuk minggu lepas aku hanya mampu separuh je , tak boleh sampai atas sebab first time belajar kan . Hahaha . Tapi , Alhamdulilah , dah makin bagus skill panjat memanjat aku itu . Untuk kali ini aku dah mampu sampai atas sekali sebanyak 2 kali . Insyallah , next week aku nak on target sekurang nya 5-6 kali boleh sampai atas . Neves kot masa tengah ikat tali dekat bawah , bila dah naik dengan tangan sakit , kaki dah tak larat nak angkat badan naik ke atas lagi . Hahaha , Tapi best weyh ! Satu pengalaman yang baru untuk aku yang bukannya kurus , tapi nak mencuba benda macam gini . Kadang kita rasa , weyh , aku boleh ke panjat sampai atas itu ? Jawapannya boleh kalau kita confident . Lagipun ada tali dan belay(yang jaga kita dekat bawah) . Jadi , jangan risau . Teringat masa nak sampai atas itu , aku memang dah tak larat , lepastu abang yang belay aku tu dia cakap ,"awak jangan risau , saya jaga awak dekat bawah , lagi satu langkah je , awak naikkan kaki awak lepastu tangan sentuh atas dan awak berjaya dah" . Terus aku teringat macam mana gambaran kepada kehidupan aku . Yela , ibu aku kan dah 2 tahun lebih meninggal , macam mana sakit nya aku nak terima kenyataan itu , aku kena laluinya juga . Itu semua ialah pengalaman yang kita tak boleh beli dekat mana mana . Ramai antara kita sebenarnya penakut untuk merasai pengalaman itu . Sebab kita takut kan kesedihan , kesakitan . Tapi , Itu lah kehidupan yang kita kena kuat untuk laluinya .



Cehwah , banyak pula aku bebel . Aku nak tau , apa pengalaman korang boleh dikongsi ? Seronok sebenarnya bila belajar dari pengalaman seseorang sebab sekurang kurangnya kalau pengalaman kegagalan itu , kita boleh perbaiki untuk mencapai kejayaan dengan cepat . Oh , aku minta maaf aku tak ada letak gambar aku panjat  memanjat , bersenam . Nanti kalau aku dah bersedia untuk kongsi , aku kongsikannya ya . ! Hahaha .

Assalamualaikum :)