HARI KETIGA AKU DI KELANTAN

Image may contain: 12 people, including Nur Farahain and Richard Goh, people smiling, people standing

HARI KETIGA AKU DI KELANTAN

Selepas menginap di Kelantan selama dua malam , akhirnya tibalah hari terakhir untuk meninggalkan negeri Kelantan. Oh ya kepada yang belum baca kisah aku sebelum ini , boleh klik HARI PERTAMA AKU DI KELANTAN ,  HARI KEDUA DI KELANTAN . Aku sarankan korang baca dulu posting aku yang sebelumnya sebab nanti takut terkonfius eh dah hari ketiga , eh dah nak balik.. bila datang nya . Hahaha. So , pada hari ketiga pagi itu kami check out awal untuk breakfast. Breakfast dua kali yer pagi tu! Dasyat sangat rasanya. Pertama breakfast di Hotel Perdana dan seterusnya kami ke kedai makan Ayang Cafe. Mak oi , cafe ni very the pink pink. Sebijik macam DSV dan kedai ni memang dekat je dengan kafe DSV tu. Sebabtu mungkin aura warna pink melekat juga.

Sampai sahaja di cafe ni , mak oi kemain meriah dan ramai sungguh manusia bersarapan pagi. Aku teringat yang Sis Lin dah pesan dekat aku "Kau kena ingat Ain , diorang sini breakfast memang makan nasi". Sis Lin memang dah tau sangat aku ni manusia yang jarang bersarapan pagi. So, aku memang berdiri lama juga sebab tak tahu nak pilih apa untuk makan. Nasib ler ada Sis Lin sebagai penasihat makanan, hahaha ..kami sepakat untuk makan kongsi-kongsi pada ketika itu. Korang search je Ayang Cafe cafe sarapan pagi di kota bharu

Image may contain: Nurul Hamirah and Nur Farahain, people sitting, child and outdoor
Muka pasrah kena makan nasi! Hahaha

Image may contain: 5 people, including Nur Fatihah and Nur Farahain, people smiling, people sitting, people eating, food and indoor
Roti telur goyang!Hahaha


Selepas dah makan kenyang-kenyang tu kami pergi pula ke Galeri wau Pak Shafie dan juga perusahaan batik & songket jalan PCB. Masih teringat lagi posting aku 3 hari 2 malam di bumi kelantan yang mana aku suka kan keseniana dan kebudayaan yang terdapat di sini. Iya , tiba pada hari ketiga ini pun aku rasa teruja betul mendengar sejarah sebenar terciptanya permainan wau. Kalau nak tahu , dalam lagu Wau Bulan (Wau Bule) menceritakan semuanya tentang wau itu. Nah , aku selitkan video igtv aku sepanjang berada di galeri wau pak shafie. Aku paling suka tengok wau ini sebab warnanya , sangat la meriah!

Seterusnya kami ke perusahaan batik dan songket pula. Disini kami dapat melihat secara live macam mana kain yang dari kosong dan sehingga siap corak batiknya. Baru la aku tahu kenapa harga batik ini punya nilai nya. Ini kerana coraknya yang sangat esklusif dan selalunya satu corak hanya untuk satu orang sahaja. Masa aku tengok pakcik tu melukis corak batik ,dalm hati ni terlintas dan berkata "macam mana ehk pakcik ni dapat idea? woww aku rasa hebat giler spontan dia lukis..aku ni nak melukis pun kelaut" Hahaha.
Image may contain: one or more people and people sitting
Kau tengok pakcik tu melukis spontan yer!
Image may contain: 1 person, sitting
Aku paling suka bahagian ini , sebabnya aku suka mewarna. Hahaha

Image may contain: Nur Farahain, smiling, table and indoor
Ewa buleee , ewa bulee...
Cuti -cuti Malaysia kami berakhir disitu dan sebelum pulang ke Johor Bahru kami makan dulu di Nasi Ulam Cikgu , sempat aku lepaskan kempunan aku tu pada lauk sayur masak lemak disitu. Ikan keli dia pun aku suka tapi aku dah bedal gila-gila masa hari sebelum nya. Hehehe. Oh ya , kami sempat singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah beli ole-ole dan penghabisnya habis penuh keropok dalam kereta. Sepanjang perjalanan memang bau keropok badan aku. Hahaha. 

Perjalanan yang sangat panjang dan lama namun ianya meninggalkan satu kenangan yang terindah untuk aku. Apa yang pasti , aku nak datang lagi ke Kelantan untuk menerokai lagi kesenian dan kebudayaan disana. Terima kasih Tourism Malaysia.

PENEMAN DALAM HIDUPKU

PENEMAN - HAZAMA
Aku masih belum move on lagi dengan drama Asalkan Dia Bahagia nampaknya ni. Hehehe. Ini kerana lagu Peneman nyanyian dari Hazama ini merupakan ost kepada drama tersebut. Macam biasa , aku hanya akan letak lagu yang aku suka di dalam blog ini. Bukan itu sahaja , aku akan letak sekali bahagian lirik mana yang aku suka.

Aku paling suka part :
Berilah waktu Aku buktikan biarpun pedih aku rasakan aku rasakan Aku pastikan Kau bersamaku selalu Kau didalam pelukan Disetiap malamku

Siapalah jejaka yang akan menjadi peneman untuk ku nanti?

DUA PULUH TUJUH APRIL


DUA PULUH TUJUH APRIL

Aku ni jenis manusia yang sukakan pada nombor. For me nombor adalah fakta. Masa sekolah dulu yang paling aku suka ialah Matematik dan Prinsip Akaun. Sebab tu aku ni jenis cepat ingat nombor. No tepon , no flat kereta dan tarikh lahir orang.  Hari ini, dua puluh tujuh april.. Tarikh ini sepatutnya aku meraikan hari jadi dia. Hari ini hari jadi ibu. Kalau ibu masih ada , dia sekarang dah masuk 60 tahun.

Ibu , hari ni juga lerr ada jiran yang bertanya tentang ibu. Semua tentang ibu pasti buat ain mengalir kan air mata. Sebak sangat! sebenarnya beberapa hari lepas ain nak ziarah kubur ibu. Tapi Ain tangguh tangguh. Insyallah nanti ain ziarah okay. Ibu... Ain rasa seronok sangat bila ada yang berkata.. "ibu awak dulu baik sangat.. peramah..." I'm just so lucky to have you sebagai ibu.

Cumanya itu lah.. Allah bagi pinjam ibu kejap sangat. 22tahun je ain sempat rasa.. Tapi ain dah lama redha. Ibu... kalau ain sedih selalu ain cakap dekat diri ain  "Cian ibu lahirkan ain penat penat... sampai hati ada orang sakitkan hati anak ibu ni kan..tak apa ibu... ain kan kuat ... ain boleh tepis semua tu."

Ibu, hari tu Ain pergi Melaka. Bila nampak Hospital Melaka tu.. Dulu Ain trauma sangat. Sampai rasa fobia gila nak pergi Melaka. Sebab itu la tempat terakhir Ain tengok ibu masih bernyawa. Sebab tempat itu la ibu cakap "sorry Ibu tak dapat datang  konvo Ain". 😭  Melaka juga tempat ibu dimarah herdik oleh keluarga ibu.. Sampai kita semua tawar hati tak nak balik Melaka. Ayer Keroh..Ain ingat mana rumah ibu dibesarkan. Mana boleh lupa kan.

Tapi , semua tu tinggal kenangan. Ain buang semua kisah sedih ibu itu.. Sebab ain tahu semua tu kalau tidak di buang jauh ain tak akan kemana. Ain tak mampu nak bagi hadiah yang mewah untuk ibu.. Cukup hanya menjadi anak yang solehah di dunia ini sebagai hadiah hari jadi untuk ibu. Terima kasih sebab lahirkan ain. Jadikn ain Princess Ibu. Semoga ibu bahagia disana. 💕💖😍

Selamat Hari Jadi Ibu
Al-Fatihah
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959- 17 November 2013

psttt: itu lah last gambar aku beraya dengan ibu..

DI SEBALIK KEJAYAAN SESEORANG

blogger johor jdt blogger

DI SEBALIK KEJAYAAN SESEORANG

Hari ni aku terdetik nak menulis ringkas sahaja. Maklum ler penat bercuti cuti Malaysia masih belum hilang lagi. Ini pula tidur di rumah Blogger Sis Lin. Sebabnya kitorang short vacay (katanya) ke Melaka. Hari ni pula ada event yang berdekatan dengan rumah Sis. So kitorang pun tidur ler semalam di sini. Tetiba nampak ke tidak blog akuainkausiapa dah berubah?.
Yang pasti tanpa bantuan seseorang , habis jahanam selekeh comot blog ini. Hahaha. 

Aku ni kureng sket bab-bab teknikal. Boleh godek-godek coding tapi lembab ler. Tak sepantas dan selaju si dia itu. Hahaha. Dia itu ler Kakak Sunah saya yang cantik itu. (Kau membodek ehk ain?!) Haahahaha. Terima kasih sudi menata rias (giteww ayat aku) blog akuainkausiapa ini. Teringat dedulu masa aku tak join group JDT Blogger, terkontang kanting buat sendiri make over blog. Memang selekeh serabai ler jadinya! 

Itulah orang cakap disebalik kejayaan seseorang , pasti ada orang dikiri kanannya yang memberikan sokongan dan membantu. Tekezut ain bile dapat tau yang blog Pakcik Mat Gebu ... Tiffinbiru.com (blog masakan glamer tuu) kak Sunah ler yang tukang buatnya. Kau tengok hebatnya kamu...yakinnya kamuu.. 🤣🤣🤣

Tetiba rasa bersyukur sangat Allah temukan aku dengan hakak Sun yang sudi menerima aku ni yang perangai sombong nak mampus! 😅 Okay tak boleh dah puji lelebih.... Kang habisss merahh muka diaaaa tuu . Dah ler sekarang dah jadi retis.. I jadi PA dia je.. 👻kbye!

HARI KEDUA AKU DI KELANTAN

Image may contain: 10 people, including Nur Farahain, Syed Mohd Shahmi, Richard Goh and Nuraina Sapi'ee, people smiling, people standing, sky, outdoor and nature

HARI KEDUA AKU DI KELANTAN

Selepas tamatnya , Hari Pertama Aku Di Kelantan , sesi jelajah aku bersama dengan Tourism Malaysia diteruskan pada hari kedua. Hari yang sangat padat dan ketiak basah serta panas terik! Hahaha. Mana taknya pagi-pagi lagi kami sudah terpacak di Pantai Bisikan Bayu bagi pelancaran Surfcasting Tour di negeri Kelantan. Boleh nampak di pantai tersebut para peserta kemain excited nak baling joran. Yelah kan hadiah wang tunai RM 70,000 diberikan kepada juara. Nanti aku cerita di lain entri okay!. Selepas menyaksikan perasmian tersebut , kami ke #HotelTour di Tok Aman Bali Resort. Fuh , seronok betul tengok pengunjung yang datang kesini bermandi di kolam renang. Padahal waktu tu panas terik kemain , tapi itu lah yang dikatakan antara tarikan yang ada di Tok Aman Bali ini.

Image may contain: 12 people, people smiling

Kami juga dibawa untuk naik ke bangunan tinggi untuk melihat pandangan seluruh Tok Aman Bali ini. Tengok dari atas , fuhhh cantik betul . Selepas kami berpusing satu resort ini , kami dibawa pula ke Istana Bunian . Masa mula-mula aku dengar tu , boleh tahan seram jugak!. Yelah , bunian kot jangan dibuat main-main. Aku ingatkan aku salah dengar ke , rupanya memang nama tu Istana Bunian. Reka bentuk rumah tu sumpah memang eksotik dan 'pelik' juga. Hehehe. Ada juga kisah pelik yang berlaku disitu tapi aku lebih prefer untuk tidak bercakap dikhalayak ramai. Kihkihihkih. Selepas puas 'berbunian' disitu , kami berpatah balik ke Pantai Bisikan Bayu untuk melihat acara penutup dan nak tengok ler siapakah pemenangnya. Fuh , pakcik tu muka macam tak percaya dia dapat RM70,000 weh!. Dengan tangan gigil masa nak terima wang tunai tu.  Kata orang itu lah dia kalau Allah kata rezeki kan , maka rezeki pakcik tu juga yang dapat. Kemain gemok woi ikan pari yang dia dapat tu.

Selesai je kami terus bergerak menuju ke Kota Bharu untuk check in di Hotel Perdana. Perjalanan boleh tahan lama juga sampai sempatler aku membuta. Hahaha. Sampai-sampai je kami disambut oleh pihak hotel dan terus membuat #HotelTour yang seterusnya. Selepas naik turun masuk bilik keluar bilik , hehehhe. masa untuk menjamu selera. Makan-makan sambil berborak. Selesai makan , kami masuk ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan merehatkan diri sebentar untuk aktiviti malam.

Image may contain: outdoor
Inilah rupa Istana Bunian

Image may contain: 1 person, standing, tree, sky, outdoor and nature
lupa nak bagitau , kami singgah juga disini : wat phothikyan phutthaktham

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor
make a wish gone wrong! hehehe.baling tak sangkut sangkut!
Image may contain: 11 people, including Richard Goh, Nur Farahain and Syed Mohd Shahmi, people smiling, people sitting
Kami bersama dengan pihak hotel perdana kota bharu kelantan di Royal Suite

Image may contain: 19 people, including Richard Goh and Nur Farahain, people smiling, people standing
Kami bersama pelakon-pelakon persembahan makyung
Malam pula kami menjamu selera dulu dan selepas itu kami ke Jabtan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan. Aku suka betul usaha JKKN ini yang mana mereka akan membuat persembahan secara terbuka special untuk warga kelantan dan para pelancong. Antara yang dipersembahkan ialah wayang kulit , persembahan makyung dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan kepada pengunjung tentang kesenian yang ada di negeri Kelantan. Walaupun aku tak berapa nak faham sangat dengan loghat Kelantan , tapi persembahan Makyung yang sempat aku lihat itu mampu meninggalkan satu kenangan yang indah buat diri ku. Sebelum pulang ke hotel untuk berehat , kami sempat merambu cuci mata di Wakaf Che Yeh . Aku tak beli apa pun just tengok Sis Lin memborong! Hahaha. Eh , sempat kami melantak durian disitu. Terima kasih pak haji belanja kitorang!. Murah rezeki pakhaji nanti dapat belikan macam-macam untuk makcik . Kihkihihkih.

Image may contain: 5 people, including Nur Farahain, people smiling, food and indoor
mencekik durian!


NOSTALGIA CITARASA RAMADAN

Image may contain: 8 people, including Julia Ngah, Suzlin Azreena Nordin, Afzani Tual, Farah Dinah Hassan, Nur Fatihah and Nur Farahain, people smiling, people sitting

NOSTALGIA CITARASA RAMADAN

Boleh dikatakan hotel Swiss Inn Johor Bahru ini mempunyai nostalgia nya yang tersendiri buat diri aku. Bersesuaian dengan tema buffet ramadhan untuk tahun ini iaitu , "NOSTALGIA CITARASA RAMADAN" , meh aku story sedikit apakah nostalgia personal experience nya yang berlaku kepada diri aku. Hahaha. Ini merupakan tahun kedua aku pergi media review untuk buffet ramadhan. Tahun lepas , masa aku datang ke sini aku masih malu-malu kucing sangat! Lagi - lagi bila baru sangat berkenalan dengan geng - geng JDT Blogger. Boleh baca review aku tahun lepas yang ini WARNA WARNI AT THE RILEK CAFE SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU

Image may contain: 1 person, food
Image may contain: people sitting, table, food and indoor

Nostalgia sangat masa tu sebab ada beberapa perkara indah yang berlaku. Masa ni juga aku jumpa my crush! Kahkahkahkah. Teringat waktu tu aku macam OMG! First time ler terpandang dia. Herlok juga mamat ni. Kihkihkih . Tapi sekarang adakah masih menjadi crush aku? Jawapannya tidak. Normal la perempuan suka tengok lelaki herlokk kanz.. Okay its enough talking bout this. Ain , tajuk entri makanan ain.. Tolong jangan melalut. Hahaha. Tahun lepas bertemakan Warna-Warni , which is aku ni memang suka sangat kalerful .. Tap tahun ini pula bertemakan nostalgia. So, aku terfikir juga apa yang nostalgia nya kan ? Aku dapat jawapan tu dari menu-menu yang dihidangkan.

Image may contain: food

Image may contain: food

Antaranya ialah Ayam Masak Merah , Ikan Masak Lemak Nenas , dan aku Asam Pedas . Aku panggil ini Asam Pedas 3 Sekawan. Hehehe. Bukan itu sahaja , antara menu yang sangat nostalgik lagi ialah ubi rebus cicah dnegan sambal. Teringat dekat kampung masa zaman mak-mak dulu kan , ubi rebus ni antara menu makanan utama orang dulu dulukan . Selain daripada ubi rebus , yang paling aku suka ialah Sup Tulang Rawan Berempah . Menu yang ini boleh dikatakan menu favourite aku. Ya Ampun , cicah pula dengan roti. Slruppp... Sedap sangat.

Tidak dilupakan juga Laksa Johor . Orang cakap , orang Johor memang tak sah tak cari laksa johor kan. Time-time puasa time tu ler semuanya nak craving. Laksa Johor ni juga merupakan antara killer menu yang ada di sini.  Jangan dilupakan juga kambing yang tergolek tu... Namanya Swiss Inn Briyani Kambing Golek. Itu antara menu yang dasyat-dasyat hahaha yang disediakan disini. Tak dilupakan juga pencuci mulut seperti bubur som som . Very the nostalgik kan , dan buah mata kucing. Banyak juga aku rembat buah mata kucing ni sebab aku memang peminat buah ini.Boleh naik hantau makan sorang-sorang tak ajak orang sebelah. Hahaha.
Image may contain: 1 person, smiling, sitting and food

Image may contain: food


BUFET RAMADAN SWISS INN JB
Tempah awal sekarang!
sehingga 30 April 2019
Tawaran istimewa Beli 10 baucer Dewasa percuma 1 baucer

RM 68 (dewasa)
RM 40 (kanak-kanak) *4-11tahun

HARGA ASAL 
RM 98 (dewasa)
RM 50 (kanak-kanak)

untuk tempahan sila hubungi /whatsappp 012 6232190(nurul) atau email nurulaida.hashim@sijb.swissgarden.com


Image may contain: 7 people, including Farah Dinah Hassan, Nur Farahain, Julia Ngah, Nur Fatihah and Afzani Tual, people smiling, people standing

KENAPA AKU ADA MASALAH NAK KOMEN BLOG KAU ??

masalah nak komen di blog

KENAPA AKU ADA MASALAH NAK KOMEN BLOG KAU ??

No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.

Aku dapat feedback ni daripada salah seorang ahli JDT Blogger iaitu Nona . Haa, kau baca jela conversation antara aku dengan dia. Hahaha. Aku nak mintak maaf  kalau ada yang nak komen tapi mengalami masalah yang sama. Terima kasih diatas feedback ni. Aku suka orang terus direct tanya aku. I am a straight forward person. So tak yah nak berkias sangat dengan aku.

Kali ni aku dah kurangkan dah jumlah patah perkataan dekat disclaimer tu. Hahaha. Aku tahu sekarang , orang mostly baca blog and browse through smartphone. So , nak tak nak kita tetap kena atasi juga masalah ini kan. Thank you Non! Terus tanya kat aku! Ni yang aku lagi semangat nak menulis. Kahkahkahkah.