Kisah 52 Hari ni sudah sampai ke tajuk hari yang ke 32 . Tenggelam timbul nampak nya yer kau Ain! Hari ni membawa tajuk my inspiration to blog . Kalau nak cakap siapa yang aku inspire gila dah tentu la Maria Elena dan Vivy Yusof . I love their story telling !
Tapi , yang sebenar-benar buat aku terinspirasi untuk ada blog ni ialah daripada kawan-kawan sendiri je! Aku dah ada kenal dunia blog ni semenjak dari sekolah. At first aku selalu spent time dekat rumah kawan aku ni . Nama dia Maizatul Akmal . Dia yang ajar aku tentang blog. Rumah dia dengan rumah aku dekat la juga cuma kena lintas jalan besar . Sanggup betul aku dulu melintas jalan sebab rumah dia dapat internet dulu . Tak macam zaman sekarang semuanya mudah . Dia yang ajak aku buat blog . Bukan tu je , dia juga yang ajar aku cara photoshop , main game dekat komputer , myspace dan sampai ke Facebook. Dia la sent ke email aku untuk sign up Facebook. Hahaha . Nampak kan dia la yang influence aku dari segi teknologi .
Lepastu aku just rasa blog ni biasa je , sampai lah aku belajar dekat Kedah dan duduk rumah sewa . Wow , yang ni lagi dasyat.. Housemate aku semua ada blog weh. Kau rasa gila tak gila ?. Hahaha . Diorang yang buat aku aktif kembali ber blog dengan cara join contest , segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger- blogger malaysia. Sampaikan diorang ni siap ingatkan lagi " Ain...kau dah join ke contest tuu?" Hahahaha . Kelakar sangat bila diingat kembali.
Nampak kan sebenarnya the great inspiration ialah from my friends actually!
Sampailah pada tahun 2018 .
One of my housemate iaitu Syiera .. Dia yang encourage aku lagi untuk aktif berblog.. Zaman ni dah mula start buat review. Dari situ la aku baru faham ape benda la review -review ni . Dia cakap lagi , " Aku rasa hang kena ada group komuniti blogger lah.. hang try cari la kot ada group- group Blogger johor". Tadaaa..
Maka , aku pun terjumpa dengan group JDT Blogger . Here the journey begins.. It change my life 360 darjah! Aku akui daripada group ni la aku lagi kenal banyak PR & marketing people , geng-geng digital media dan mainstream media . Bukan itu sahaja , JDT Blogger juga yang banyak membuka peluang- peluang rezeki kepada diri ini.
All above all .. They are actually my Inspiration ! Tanpa mereka siapalah pemilik blog AkuAinKauSiapa ni . Terima kasih seikhlas nya dari hati yang kecil ini buat korang semua . ❤️
Banyak nama untuk menu ni kan dan yang pasti asam pedas rebus macam ni memang sedap makan dengan nasi lepastu bubuh kuah bagi banyak hirup sekali . Kalau tengah tekak tak sedap , dapat hirup asam pedas ni pun dah okay kan.
*Ain jumpa resepi ni di Facebook , ada yang share ..Kita pun share sini la supaya rujukan bersama kan .
Resepi Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan :
Bawang putih
Bawang merah
Cili kisar
Ikan bilis
Minyak masak
Pes asam jawa
2 biji Bawang besar dipotong nipis
Garam
Gula
Serbuk secukup rasa/pak aji
Cara memasak:
1. Sediakan kuali
2. Panaskan dalam 2 senduk minyak masak.
3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih dan bawang merah) Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.
6. Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak-budak tak suka makan bawang kan. Tapi bila buat macamni tak nampak ada bawang. Biasa orang berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak-banyak.
7. Slowkan api. Kacau sambal sampai betul-betul garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing. hehehehe.
8. Masukkan air panas atau suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
9. Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap.
Resepi nasi lemak
Beras
1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)
Garam secukup rasa
Daun pandan
Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)
Cara-cara :
Cuci beras bersih-bersih.
Masukkan santan mengikut sukatan beras yang nak dimasak. Sukatan air atau santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ada yang jenis kena lebih air. Ada jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari.
Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah.
Pastu sukatan air atau santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dalam beras bila sukat paras air)
Masukkan garam. Kacau rata.
Daun pandan dicuci. Carik - carik kan. Ikat.
Masukkan dalam periuk nasi.
Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kadang-kadang bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk dan kecik kan api. Masak sehingga nasi betul2 masak.
Disebabkan Ain ni merupakan peminat Azfar Heri , jadinya kita kumpulkan sahaja video-video memasak disini . Antara video memasak yang ain pernah buat ialah Nasi Goreng Pataya . Dulu -dulu ain tak pandai tau buat nasi goreng pataya , tapi lepas menonton Youtube Azfar Heri Saya memasak , anda menonton , saya makan , anda terliur~~ Aaaa gitew . Jadinya , korang pun scroll lah sampai ke bawah ke semua video memasak Azfar Heri okay ! Selamat menonton dan terliur. hehehe .
video First time buat kuih semperit : Ini merupakan video pertama yang dibuat oleh Azfar Heri pada tahun 2018. Masa ni intro pun tak ada lagi .
video memasak Buttermilk chicken katanya seperti Jibril . Gitew
Bahan Bahan :
Ayam popcorn
2 sudu besar butter
cili api (dipotong kecil)
daun kari (nak rasa kari lebih masuk je banyak)
1 tin susu cair.
1 keping cheese (nak lebih pun boleh)
1 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 sudu kecil gula (secukup rasa)
video memasak Puding roti berkuah Kastard
Bahan Bahan :
Roti
3 cawan susu
4 biji telur ayam
4 sudu besar gula (ikut kemanisan).
1 sudu teh Esen Vanila
Majerin disapukan ke dalam bekas
4 cawan susu
4 sudu besar gula (ikut kemanisan).
1 sudu teh Esen Vanila.
3 sudu besar tepung Kastard
video memasak Lasagna
Bahan Bahan :
SOS MERAH
1 Biji bawang holland
4 ulas bawang putih
Daging / Ayam kisar
2 sudu besar cili kisar
sos spaghetti
lada benggala
1 sudu kecil garam halus
SOS PUTIH
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum (kalau tak cukup pekat tambah satu sudu lagi hehe)
2 cawan besar susu full cream
3 keping cheese
1 sudu kecil garam halus
keju parmesan
video memasak Mac and Cheese * yang ni terliur betul ain tengok
Bahan Bahannya :
Macaroni
2 sudu besar butter
2 cawan fresh milk
4 keping cheddar cheese
oregano
blackpapper
chili flakes
garam
video memasak Spageti Tuna Berapi
Bahan Bahannya :
Spaghetti
1 biji bawang besar
cili api (mengikut kepedasan anda)
1 cili merah
tuna (tak kisah tuna apa)
kicap manis
oregano
lada putih
blackpaper
okay dah habis, kalau korang nak tambah lain lagi boleh je macam ayam ke, lada benggala ke, jangan pulak kau letak tembikai, aku pukul kau satgi hahahahaha
video memasak Ayam Masak Sambal Hijau
Bahan Bahannya :
Ayam
Cili besar hijau
Cili api hijau
belacan
bawang
garam
serbuk kunyit (untuk goreng ayam)
video memasak Maggi Goreng Basah *walaupun simple tapi sedap*
Bahan Bahannya :
Maggi
bawang mesin
cili mesin
kicap manis
sos cili
sos tomato
sos tiram
perencah maggi
garam
air
telur
Video memasak Ikan Bilis Pedas
menu kalini sangat senang ye, rasa dia manis manis pedas dan garing ikan bilis tu fuhhh sedapnya, makan dengan nasi putih pun cukup. siapa yang suka pedas letak lagi banyak cili tau ! goreng telur dadar lepas tu makan dengan nasi , haaaa resepi orang bujang sangat hahahahaha
Bahan Bahan:
Ikan Bilis
Bawang Besar
Cili api
Kicap
Video memasak Ayam Sambal Sos dan Telur Dadar Sambal Merah
Bahan Bahan Ayam Sambal Sos :
Ayam
bawang mesin
cili mesin
sos cili
air
garam
Bahan Bahan Telur Dadar Sambal :
Telur dadar
garam
sambal/cili mesin
Video memasak Roti Sardin
menu ni sangat senang dan sedap kalau makan garing garing dan time panas fuhhhh sedap u olls. korang boleh je pilih kalau kalau tak ada sardin guna je tuna, kalau tak ada tuna guna la sardin, macam i dua dua, tamak bukan ?
Bahan Bahan:
Roti
Tuna / Sardin
Garam
Video memasak Sambal Ikan Bilis
Sambal ikan bilis kentang garing ! menu ni i selalu masak and now i nak korang pulak try. senang je cuma make sure sambal tu betul betul garing and cukup rasa. ikan bilis make sure garing okay
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~