Assalamualaikum . inilah makanan yang dimakan oleh seketul Nur Farahain pada tarikh 17 jun 2021
Menu Makanan Ain 16 Jun 2021
✅Nasi goreng semalam (makan kongsi kongsi ) 3 sudu breakfast
✅Susu pisang granola
✅Nasi putih sayur dan asam pedas ayam lunch
✅ Nasi putih sayur dan asam pedas ayam dinner
Hari ni makan 4 kali je ! Hahaha . Patut rasa lapo! Bertabahlah wahai hati . Tapi alhamdulilah janji dapat makan .
Ain Makan Ape Today ?!
Assalamualaikum . Perut harini lambat makan . Pukul 12:35 tengah hari baru start makan . Ain jenis tak suka breakfast sebenarnya . Hahaha . Tapi tengok la senarai makanan saya hari ini
✅Susu pisang granola (buat separuh gelas)
✅Mee hoon semalam
✅Mee hoon sup jiran bagi
✅Epal hijau sebijik
✅Mellow cookies (2keping) mellow crunch 2 sudu cenonet je (just merasa gitu )
✅Habiskan balance mee hoon abang tak habis
✅Nasi goreng kosong ayam perap madu
Dino hijau tu just nak ambil gambar dan rasa sesudu dua je .
5 Sebab Kenapa Orang Suka Tengok Drama Korea
Annyeonghaseyo (안녕하세요) ! Wah ! Sejujurnya, kalau nak bercakap tentang jumlah drama korea yang ditonton oleh ain . Alamak nya kalah teruk la dengan Kpop Lovers ! Ain bukan la hari hari yang jenis layan kdrama atau movie korea . Tapi semenjak PKP ni , ada la juga terjebak tengok.
Drama The Penthouse tu . Dah sampai season 3 yer tuan tuan dan puan puan sekalian. Saya terikut sama dari season 1 . Hahaha .
Jadi , ain senaraikan 5 sebab kenapa orang suka menonton kdrama atau drama korea :
✅ Hero handsome
Rasanya ramai perempuan bersetuju dengan kenyataan yang ini . Mungkin citarasa dan kesukaan setiap manusia suka memandang pada paras lupa yang elok . Siapa hero korea yang paling korang crush teruk ?. Aku ?. Ermm tak ada lagi . Hahaha .
✅ Plot Twist Drama
Plot twist drama korea bukan biashe biashe ye . Malah boleh mendatangkan rasa sakit hati terutama sekali kalau drama kes rumah tangga dan skandal ini . Hahaha . Punya la bermacam plot twist kemain dasyat sampai mengakibatkan ramai Kpop Lovers ni akan follow drama tu sampai ke episod yang terakhir .
✅ Lokasi Pengambaran
Tak dinafikan bila kita menonton sesebuah drama pastilah kita akan berangan dan feeling feeling nak pergi ke sana . Dari segi sinematografi drama korea memang cukup mantap . Kalau tak , tak ada la sampai kpop lovers ni teringin nak ke sana.
✅ Nama Watak
Jenis nama watak ni pun main peranan . Boleh dikatakan nama orang korea ni 3 gerabak biasa nya . contoh Bae Ro Na . Hahaha . Sampaikan terkadang konfius nama watak sebab susah nak ingat . Tabik la siapa pemjnat drama korea ni siap boleh hafal skrip eh siap boleh ingat sekali nama penuh watak dalam drama tersebut .
✅ Keunikkan Budaya
Bila kite menonton drama korea secara tak langsung kita akan terfikir oh macam mana yer rasa makanan korea ni ?. Sedap ke ?. Cantik nya pakaian dia . Putih nya kulit orang korea . Jadi sebabtu la rasanya orang suka sangat tengok drama Korea . Dari drama sendiri ,banyak benda yang kita boleh pelajari kan .
Uolls K-pop Lovers ke tu?.
Masak Nasi Ambang Ayam Masak Merah
Assalamualaikum .Hari ni niat nak masak banyak sikit . Sebab nya nak pulangkan dulang untuk jiran sebelah kanan saya . Jiran sebelah kiri pula bagi mangkuk tingkat . Orang dah kasi lauk sedap sedap takkan lah kita balas tak sedap kan.
Pening juga pikir nak masak apa . Jadi nya masak jela Nasi Ambang . Selalu nya masak ayam kicap tapi kali ni tukar selera sikit Ayam Masak Merah . Style masak pun kurang minyak . Ayam Masak Merah ni ain tak goreng tapi sebalik nya perap dengan rempah ayam goreng dan masak di airfryer terlebih dahulu .
Lepastu masak nasi nak lagi bertambah sedap letak daun pandan . Sayur pula masak je macam biasa . Mee pula mee bodoh goreng gitu je . Bahan apa tu tak ada . Nasi ambang ni tanpa mee rasa tak lengkap nya kan . Tapi nasi ambeng style ain ni tak la lengkap sebab tak letak ikan kering dan serunding manis .
Janji apa yang ade je la ! Alhamdulilah . Penat memasak dalam kuantiti yang banyak sebenarnya . Tapi okay lah ..Tak cukup bahan takpe , janji masak ~~~
Menu Makanan Ain 14 Jun 2021
Assalamualaikum . beberapa hari ni dah miss banyak untuk update disini . Ini menu yang ain makan .Tak diet sangat sebab tak nak cepat give up! Untuk permulaan ni lebih kepada menjaga portion dan lebihkan buah buahan . Dan cuba kurangkan junk food .
✅ Susu pisang granola ( blend pisang 1 , sesudu kecil susu fernleaf ) lepastu letak je granola
✅Tak masak ! beli nasi kukus ayam (nasi separuh)
✅Buah mangga 2 biji (makan kongsi kongsi)
✅Mee hoon goreng masak sendiri
✅Buah oren (ain makan 4 ulas )
Tak exercise hari ni sebab .. badan rasa lesu ..sebab dah nak period 🤐
Ain Makan Ape 13 Jun 2021
Assalamualaikum. Tuptap tuptap dah 13 jun ehk.. Okay ain makan ape ehk hari ni ?.
Lets list it !
✅Buah Epal hijau 1
✅Granola
✅Nasi putih tomyam telur dadar sayur salad (masak sendiri)
✅ Lemang orang bagi (makan yang potongan paling sedikit)
✅Nasi goreng pataya masak sendiri
✅ Buah oren (4 slice)
Dari Pagi Sampai ke Malam Nasi Kukus Gulai
Assalamualaikum . dah berapa hari tinggal untuk update blog ni . Tapi ain tetap ambil gambar setiap makanan yang di makan .
Menu ni ialah pada 8 Jun 2021 . Rasanya ni hari malas betul rasa nak breakfast . Memang tak breakfast terus ke lunch . Beli nasi kukus ayam . Makcik ni pula memang kasi nasi lebih . Jadinya , ain makan separuh je nasi lagi balance sedekah dekat abang ain . Kihkihkihhh .
Lepastu kitorang ada beli mangga 3 kilo RM 20 . Apa lagi .. bedal ler dua biji. Tu makan dua orang ehk bukan makan sensorang . Malam pula rasa macam tak tahu nak masak ape jadi nya bedal la ala ala tiru menu nasi kukus gulai . Cuma ain masak nasi macam biasa je , gulai tu macam kari kosong je kan , buat sambal sikit dan petik ulam raja depan rumah .
Malam snacking last ain makan granola ratah gitu je. 4 Meal sahaja haritu . Tapi kenyang lah! Tu penting nya makan nasi .Nasi beri kita tenaga yang bagus . Jangan takut makan nasi ..Tapi kawal portion yang kita ambil .
Langgan:
Catatan (Atom)