Makan Ape Tu Ain 29 Jun 2021

Assalamualaikum . 
Pagi breakfast nasi goreng , dan kuih sedikit . Lepastu  makan mee hoon campur soto nasi untuk tengah hari dan waktu malam . Alhamdulilah .

Aku perasan semenjak aku selalu update apa yang aku makan .. Secara tak langsung aku dah mula jaga portion , tukar pinggan daripada pinggan yang besar kepada pinggan yang lebih kecil . Alhamdulilah! Walaupun nampak kecik je kan perubahan ni tapi ianya akan memberi impak yang besar kepada diri ini .

Makan Takoyaki Hari Ini

Assalamualaikum . hari ni ain makan ape ehk .. I start makan jam 10 pagi . Lambat sebab semalam dinner lewat . So , hari ni kita extend sikit lah timing makan pagi .

Ain makan apa hari ni ?
✅ 2 keping roti cheese sosej letak sos cili sikit
✅6 ketul Takoyaki (ni sebab dah lama tak makan ) So makan je ! 
✅Lunch agak lewat jugak sekitar jam 2:30 petang Nasi Putih ayam perap airfryer sup sayur kobis sambal cili sedikit 
✅Dinner awal jam 6 petang Nasi Putih ayam perap airfryer sup sayur kobis sambal cili sedikit 

Biasanya kalau lunch tu macam banyak portion  nya , dinner ain kurangkan lagi portion nya . Janji kita in progress . Buah tak makan hari ni sebab stok buah habis licin .

Lorong Tikus Kawasan Rumah


Assalamualaikum ! Pagi tadi slow jog dengan kawan.  Tapi rumah nya jalan lain dari rumah ain . Kami berjanji bertemu di lorong tikus . Sebab lorong tikus ni la shortcut jalan pintas . 

Teringat pula kenangan zaman sekolah menengah . Di lorong tikus ni la port budak ponteng sekolah . Tembok sebelah tu la tembok sekolah menengah saya . Dekat sekolah menengah ni ada dua pagar . Pagar depan dan pagar belakang . 

Ain dulu kalau ke sekolah jalan kaki lalu ikut pagar belakang . Kalau pagar belakang tutup , alahai naya kena pusing dan nak tak nak kena juga la lalu lorong tikus ni .

Nak dijadikan cerita , tadi bila lalu balik sini teringat kenangan zaman sekolah pula .Aku pula dulu pengawas! HAHAHA ! Faham faham jela ! Sebab tu boleh tahu tu port budak budak ponteng sekolah . 

Lorong tikus ni memang lah macam seram kan kalau jalan seorang diri , tapi Insyallah ! Selamat je ! Boleh tahan berdesup juga tadi ain jalan laju masa lalu lorong ni . Hehehe .

Sedap Pulak Sup Sayur Hari Ini !

Assalamualaikum. Masih lagi kita akan sentiasa update ain makan ape for today ! Mesti update . Tak kira la banyak ke sedikit ke . Makanan entah ape ape ke . 

Kenapa ain update ?. Ain jadikan blog akuainkausiapa ni sebagai diari . Nama pun diari kan . Kita update je la apa yang kita makan setiap hari .

So hari ini , ain outdoor jogging dengan kawan.  Dapat la joging sampai 3 KM lebih. Fuh ! Lepas lari tu balik rumah terus mandi cecepat . Sebab ada kelas online marketing.  Breakfast roti tu bukan ain yang buat tapi abang yang siapkan . Ain cuma siapkan makanan yang heavy heavy je .Hehehe .
So menu makanan ain ialah ⤵️
✅Roti sosej cheese 2 keping letak sos
✅Kudapan pagi granola ratah gitu
✅Lunch nasi putih ayam perap airfryer sup sayur dan sedikit sambal cili telur dadar sedikit
✅Epal hijau sebiji
✅Dinner nasi putih ayam perap airfryer sup sayur 

Sup sayur tu abang ain cakap sedap ! Dia suka . Sup tu bahan tumis dia bawang putih , cili padi , ikan bilis tu semua ditumbuk . Sup sayur ni simple je tapi yang buat dia lagi sedap mungkin letak sedikit tepung jagung untuk bagi pekat dan creamy serta letak bawang goreng ! Mantop! Ain letak juga cendawan serta tomato . Dah siap ! Pakai sayur kobis je tu.Settle!

Makan 12 Ulas Durian ! Fuhh lemak manis betul rasanya !


Assalamualaikum. Kalau ada yang dah baca posting ain tentang Kenduri Durian Di Malam hari pasti dah tahu yang jiran ain bagi durian . Diorang bagi 2 biji durian . Haritu kopek sebiji je . 

Kali ni dipetang hari pulak kitorang kopek ! Fuh , kali ni memang betul-betul kenduri yee . Sebanyak 12 ulas durian ain makan ! Yerrr ain kira ! Buat ape nak menipu kan ! Dah nama pun hantu durian ! Mengaku je la . Tapi jenis suka makan buah durian . Kalau macam kek atau dessert durian kurang berkenan . 

Betul - betul menghayati yer rasanya bila dapat makan durian ! 
Setiap suapan amatlah bermakna buat diri ini ! Rezeki kitorang jiran bagi durian kan . Kalau nak beli sendiri rasanya tak ada craving lagi . Tapi , betul lah Tuhan kalau nak bagi rezeki , haaaa kau Durian di kasinya ! 

Kali ni punya kenduri durian lain maciam yer geng ! Aku je telan 12 ulas . Abang aku entahh berapa ulas tapi lagi banyak lerrr dari aku . Bila nengok balik gambar rasanya ada dekat 30 ulas ni untuk sebiji durian beso gitu je haa..

Durian ni rasa lemak bekrim . Original rasa manis yang sebenar ! Lebih suka manis buah gini dari air manis atau dessert . Itu manis potong kaki . Hahaha . Ingat lepas makan durian ni , petua nya kena minum air dekat kulit nya . Boleh kurangkan panas dalam badan dan boleh elak sakit tekak kan ?.!  Siapa hantu durian ? Baik ngaku ! Kihkihkihhh 

Makan Ape Hari Jumaat ni ?

Assalamualaikum . i start my day early in the morning dengan morning walk . Dapat sekejap je sebab cuaca dah berangin macam nak hujan . Today start makan awal jam 8:30 pagi . So , dibawah ialah senarai makanan aku .

✅Sandwich Telur Salad (2 set roti maksudnya 4 keping roti ) 
✅Nasi putih ayam perap airfryer sayur kangkung campur sambal lada buat sendiri sikit
✅Epal hijau sebiji
✅ Durian (12 ulas ) Jangann terkezuttt.. sebab memang hantu durian !
✅Nasi putih ayam perap airfryer sayur kangkung campur sambal lada buat sendiri sikit ( portion kurang kan sebab dah mencekik deriaaann)

Last makan jam 6:25 petang ! Cun timing makan gitu. Untuk yang membaca ni , try la makan dinner lebih awal . Stop makan malam . Ain dah cuba . So far so good !