TOP 5 TEMPAT YANG SAYA INGIN PERGI ..

TOP 5 TEMPAT YANG SAYA INGIN PERGI ..

Aku tak nak sebut nama tempat yang lebih details. Hikhikhik . As for me , aku bagitahu ciri-ciri tempat yang aku teringin atau nak sangat pergi ...

1) Kampung
Aku memang jenis suka kampung. Kalau boleh nak pergi explore lebih banyak kampung-kampung di Malaysia . Sebab ape ? Sebab banyak yang aku boleh belajar .. Lagi-lagi kalau dekat kampung tu ada kebudayaan dan kesenian. Lepastu, aku suka gila kalau kampung tu dekat dengan air terjun. Teringat dulu-dulu pernah pergi kampung kawan dekat Kedah , homaigodddssss kampung dia sebelah je air terjun. Memang boleh dengar air terjun dalam rumah dia.

2) Tempat yang sejuk
Spesifiknya macam di kaki gunung dan bukit-bukit. Aku teringin nak stay dalam jangka masa lama maksudnya tak ada lah setakat nak bercuti 2-3 hari je . Dapat 2 minggu ke 1 bulan aaaaa bestnya . Kenapa aku teringin nak stay dekat tempat sejuk? Sebab badan aku jenis tak tahan sejuk sikit. Atleast , kita boleh latih tubuh badan untuk jadi lebih kuat . Teringat dulu-dulu aku pernah stay dekat Bukit Kokol di Sabah .. Tapi aku nampak rileks je ade orang pakai seluar pendek dekat atas bukit. Hahaha.


3) Pantai yang anginnya sepoi sepoi bahasa
Siapa je yang tak suka pantai kan ? Aku rasa pantai ialah tempat yang orang cari kalau nak hilangkan rasa stress dan segala perasaan yang melanda seperti ombak rindu... Aaaaaa tiberrrr~~~~ Bestnya kalau setiap minggu dapat piknik tepi pantai kan. Aaaaa... berangan je.. 

baca juga : pantai raja sehari

4) Sempadan-sempadan diantara negeri dan negara
Kenapa ? Sebab kalau dekat sempadan ni cam mana nak kata nak ehk? Ada yang dikawal ketat , ada yang bebas rentas sempadan . Dari situ kita macam sekejap dekat sini mungkin eh lepas ni dekat situ pulak. Aku tak ada spesifik sebab apa yang aku tahu , aku memang suka dan akan nak carik sempadan-sempadan ni.

5) Rumah atas air 
Aku selalu tengok movie yang rumah atas air , bukak pintu boleh terus terjun. Walaupun tak pandai berenang , aku tetap teringin jugak nak terjun. Hahaha . Satu lagi kalau rumah atas air kan kita rasa macam tak balance kan , disitu juga boleh ajar aku untuk  lebih konfiden tidur dalam rasa resah gelisah. Hahaha. Cer bayangkan tetiba ada buaya atau shark yang sesat. BAHHAHAHAHAHAHA... kuat sangat tengok movie ni Ain. Tapi.. aku memang teringin nak   menetap di rumah atas air.


Alaaaaaaa berangan je kan.. tapi kita berharap la jugak kita dapat suami yang suka jenjalan travel dan explore tempat-tempat yang ade ciri-ciri yang kita nak pergi ...Pastuuu dia buat suprise...Aaaaaa... choi...berangan lagi sekali... Ya Allah , kau hadirkan aku Lelaki Kiriman Tuhan itu yang terbaik buat ku. Amin 😜

MEET MY FAMILY

MEET MY FAMILY

**Tak ingat bila gambar ni diambil.wehhh lipstick aku sumpahhhh tak boleh blahh..

Kisah 52 Hari bersambung lagi.. Meet my family... Kisahnya aku punya 5 ahli sahaja dalam keluarga . 3 lelaki dan 2 perempuan . Lelaki ialah ayah , abang dan adik aku manakala ahli perempuan ialah aku dan ibu.

Keluarga terbina hasil perkahwinan ayah dan ibu pada tahun 1988 tak silap. Ibu asal nya dari Pulau Pinang tapi membesar di Melaka. Sebab tu aku ade juga sedara mara sebelah utara dan melaka. Ayah pula asal di Johor dan membesar di Johor. Jadinya , kami adik beradik ni semua di Johor je la .

Aku anak kedua dari tiga beradik. Keluarga kami keluarga yang sederhana je . Ape persamaan kami semua ? Kami jenis ade kesukaan pada "seni". Kenapa aku cakap begitu ?

Sebab aku pandai menulis ni dari arwah ibu. Ibu memang jiwa penulis. Aku tak berapa minat sangat tapi entah tak tahu kenapa boleh ade blog. Hahaha . Mungkin itu lah saintis cakap genetik .Hahahah . Satu lagi yang kami sekeluarga suka ialah pada muzik . 

Boleh dikatakan semua memang gila muzik. Jenis boleh blend into music. Sebabtu kalau gi karoke memang tak rugi. Hahaha . Passing mikropon jelah . Kitorang jenis kalau bukak radio , ade je lagu nak nyanyi sama . 

Selain dari tu , kami dibesarkan dalam rasa dan cara yang sederhana. Yela , tak begitu mewah tapi masa kegawatan ekonomi pernah la merasa makan sardin , telur dadar dan nasi putih setiap hari . Pernah la merasa kereta rosak masuk air . Waktu air naik masuk dalam kereta tu , kitorang boleh tergelak-gelak . Macam dah rasa biasa je , yelah kereta katak orang cakap. Paling aku ingat selalunya waktu hujung minggu kitorang selalu piknik. Sebabtu aku suka giler piknik. Pada aku tu la rasa kebahagiaan walaupun waktu tu tak la begitu senang . 

Semua berubah bila...ibu tiada .. 360 darjah berubah~~~ Terima kasih Allah , kerana Dia berikan aku kenangan rasa berkeluarga pada ketika dulu.

Cukuplah itu sahaja yang dapat aku kongsi.. kerana kadangnya tentang hal perihal keluarga tidak mampu dikongsi secara public. Cuma nya satu aku nak pesan , kalau kita ade keluarga yang bahagia , tolong faham mereka yang tiada keluarga bahagia. Tolong faham keadaannya ! Kita tak sama. ❤️

MENJADI JUGAK MASAK IKAN SIAKAP TIGA RASA

MENJADI JUGAK MASAK IKAN SIAKAP TIGA RASA 

Memandangkan beli ikan siakap dekat pasar malam hari jumaat haritu , pening juga nak masak ape .Sebab selalunya jarang masak ikan siakap ni. Tahu order je kalau dekat kedai seafood. Hahaha . Dekat pasar malam ni dapat la sepinggan iaitu 3 ekor ikan siakap sedang sedang RM 10 . 

Tapi tula , penat nya nak siang ikan tuh... Paling geram dia punya sisik tu...Habis terbang satu rumah. Tak kisah sangat pun kena siang cuma penat nak kutip sisik yang terbang tu jelah.

Hari ni , ain cuba masak ikan siakap tiga rasa. Resepi tak cukup bahan takpe , janji masak. 

Tadaaaa..menjadi jugak..Ade sos nasi ayam hainan lebih , campur campur gaul dan gaul eh terus siap. Tapi tadi tak sempat buat video untuk post kat Youtube sebab tadi masak kelam kabut. Hahhaa . Masak dalam keadaan lapar dan ada banyak perkara yang kena settlekan.

Memang tak menjadi la nak setup untuk buat video .YANG PENTINg SEDAP... YAanG PENTingg... Kenyangg ~~~