Aku Kemas Baju Yang Banyak

cara kemas baju yang banyak

 

Assalamualaikum . Beberapa hari lepas aku kemas baju yang banyak di almari tu . Almari ain ni jenis slider yang slide ke kiri kanan gitu untuk buka. Tapi , ain rasa annoying sangat nak slide slide jadinya ain buka slider tu dan letak belakang almari tu . Jadi la almari ain berbogel macam dalam gambar tu tak bertutup .

Ain dah mula rasa bersepah dah ni baju dah tak teratur . Maksudnya , baju dah terlampau banyak dan tak terurus dengan baik . Its time to declutter ! Apa maksud declutter itu ?

Declutter mean : remove unnecessary items from (an untidy or overcrowded place)

Bahasa mudah nya , hang pi asingkan je la mana barang yang nak simpan atau pakai lagi dan asingkan mana barang yang dah tak nak .

Susah atau tidak nak declutter ni ?

Susah kepada mereka yang ada masalah hoarding disorder . Okay itu apa pula ni ? Ini sejenis penyakit yer . HAHAHHAA .

Hoarding Disorder : a persistent difficulty discarding or parting with possessions because of a perceived need to save them. 

Bahasa mudahnya penyakit suka simpan barang , terlampau sayang barang , dia punya simpan barang tu sampai penuh satu ruang rumah dan tak nak buang dan bersihkan langsung kerana pada nya barang tersebut punya kenangan yang tersendiri . I use to be that person sebelum sebelum ini . PEH ! SERABUT TAU ADA PERANGAI MACAM GINI I TELL YOU~~

Kini tak lagi . Hehehe . 

Ain kongsikan beberapa tips macam mana ain kemas baju yang banyak tu :

  1. Jangan letak semua baju , seluar , tudung di ruangan gantung . Bila kita biarkan dia dekat hanger tu memang jawabnya kita akan malas dah nak melipat .
  2. Lipat ikut kategori dan asingkan mana baju , seluar dan sebagainya . Kalau boleh asing lagi details . Macam ain , ruang tshirt siap asing ikut kategori ( selalu guna , jarang guna dan lengan pendek serta lengan panjang ) . 
  3. Sebelum nak shopping baju ke seluar ke atau tudung dan segala outfit lah kan , make sure jadi kan habit untuk buat clearance dulu di almari . Fikir yang mana aku nak campak baju seluar dan segala mak nenek pakaian yang dulu ni . JANGAN HANG DOK TAMBAH ALMARI LAH KOTAK LAH KAN .. MEMANG MAKIN BERTIMBUN LA NANTI (SENGAJA BESARKAN FONT) HAHAHA.
  4. Belajar move on ! Ain sekarang anggap segala pakaian ini pun sebagai rezeki . Percaya atau tidak bila kita start asingkan barang yang kita sayang dan belajar memberikan kepada yang lain , akan ada lagi rezeki lain yang akan datang kepada kita . Macam ain kan memang minat bundle tau , kadang nanti ada je yang nak bagi koleksi bundle diorang dekat ain . So , untuk menerima rezeki Tuhan yang lagi baik , belajar memberi kan apa yang terbaik dari kita kepada yang memerlukan.
Banyak je sebenarnya tempat perkumpulan baju baju terpakai yang mana kalau kita dah tak nak , letak je nanti ada la pihak yang akan uruskan . Boleh nampak kan satu plastik penuh ain tu dah termasuk baju , seluar , tudung yang ain dah memang tak nak pakai . 

declutter baju



Kak Ain Tak Nak Hantar Saya Pergi Sekolah Ke ?

jalan kaki ke sekolah


Assalamualaikum . Semalam dalam pukul 9 malam ain keluar rumah dan pergi buang sampah . Nak dijadikan cerita teman kecilku si Farisya ni pun dekat luar rumah tengah pujuk kucing nya si Tiger untuk masuk ke dalam rumah . Maklumlah , kucing tu kan teman dia tidur . HAHAHA . 

Tetiba dia tegur ain , dan secara spontan je dia terus cakap " Kak Ain tak nak hantar saya pergi sekolah ke esok pagi ? " . Sambung nya lagi , "Saya sekolah agama dua hari je seminggu ..sekolah kebangsaan je setiap hari" . Lepas je dengar ayat dia macam gitu terus Kak Ain dia ni menjawab " Insyallah , kalau kak Ain boleh bangun awal pagi .. Kak Ain asyik tidur lewat dan bangun subuh pun boleh tahan lambat yer" . HAHAHA ,

Alhamdulilah , pagi ini Ain bangun awal . Jam 6:47 pagi dah terpacak luar rumah . BAHAHAHHA . Betul - betul awal haa bersiap. Sampaikan Farisya cakap "laah awal betul " HAHAHAHA. Sebenarnya ain semenjak dua menjak ni dah start susah nak tidur semula . Tu yang asyik bangun lewat je . Tapi Allah tu Maha Baik . Dia hantarkan hambaNya untuk menolong diri ini .

Disebabkan nak hantar teman kecil ke sekolah je pun dah jadi sebab ain boleh bangun awal . Padahal semalam susah juga nak tidur . Sistem tidur ain semenjak dua tiga minggu ni agak terganggu . Selalu doa pada Allah , "jangan la datang lagi insomnia ni .. susah tau ..jadi burung hantu ni"

Bila dapat bangun awal dan hantar Farisya ke sekolah , dah tentu nya ain akan morning walk selepas itu . By the way , ain hantar risya ni ke sekolah jalan kaki sebab sekolah kebangsaan ni memang dekat sangat dengan rumah . Jadinya selepas hantar Risya ke sekolah , secara automatik nya ain memang akan morning walk . Maka nya terjadilah morning walk tadi selama 20 minit pusing sekitar kawasan yang berdekatan .

Setelah hampir dua ke tiga minggu juga ni tinggalkan morning walk , akhirnya ain buat semula . Mungkin lepas ni waktu tidur pun akan kembali normal . Insyallah ~

Rindunya nak naik kapal terbang

kapal terbang air asia


Assalamualaikum . Tetiba pula terasa rindu nak naik kapal terbang . Ni sebab banyak sangat tengok tiktok travel la ni kan . HEHEHEHE. Last ain naik kapal terbang bulan januari ke Sabah . Cerita ain ke sabah pun tak tulis lagi di blog ini . Nanti nanti la yer .

Kenapa ain tetiba rindu nak naik kapal terbang ? Sebab bila nak naik kapal terbang kan semuanya kena awal . Datang awal ke airport . Kena tunggu waktu untuk terbang dan di airport la boleh juga nampak pelbagai macam manusia .

Oh iya , masa ain pergi ke Sabah tu masa dari Johor Bahru tepi tingkap seat kosong memang happy sangat tengok awan dan duduk pula betul betul dekat kepak kapal terbang tu . Masa balik je seat full memang full agak nya waktu tu . Actually , flight ain kena reschedule maybe sebab nak kasi penuh flight kot . HAHAHA .
sheisfarahain di dalam kapal terbang

air asia di airport kota kinabalu


Dekat airport Senai Johor tak berapa banyak sangat kapal terbang tapi di Kota Kinabalu Sabah memang rasa puas hati sangat tengok kapal terbang .

Hampir setiap hari juga ain mendongak ke langit kalau berada di bandar Kota Kinabalu dan terdengar bunyi kapal terbang . Doakan la ain dapat suami yang kaki travel , nanti mesti selalu travel and fly together kan ~~ Amin.