Pergi 3 Event Dalam 1 Hari , Throwback Kisah 30 April 2019

Assalamualaikum . Facebook keluarkan kisah throwback ain pada 30 April 2019 . Gigih nya masa ni sebab boleh tahan pergi event dari pagi sampai ke malam dengan tak balik rumah nya dan pakaian yang sama. Tak silap masa tahun 2019 ni waktu -waktu macam gini banyak full dengan buffet ramadhan review . Jadinya , tahun tu ain siap nak bawa tema Berbaju Kurung ! Aaa gitew ! Tapi pada 30 April 2019 ni , ain pakai baju dress . Best fefeling jadi gegurllzz terus rasa . 




Kisah 30 April 2019 ni bermula apabila Boat Noodle buat opening di Midvallley Southkey . Tak ingat masa ni dah puasa ke belum .Tapi kalau makan time siang tak puasa lagi lah kan. Kihkihkih 🤣 . Masa ni suka gila tengok Dina Nazir mengacara dan juga Hanif Era . Meriah event nya , balik je dari tu kitorang lepak Puteri Harbour dan solat di situ . Sempat ain posing bergambar  photo shoot disitu . Nasib la kak Sunah banyak melayan ain . 
Petang sampai malam kitorang ada buffet ramadhan review di Legoland . Makan - makan la sambil ambil gambar semua . Tapi tak lama kemudian , ain mintak diri sebab ada satu lagi review kena buat iaitu ke Butik Kacax di Plaza Angasana . Gempak siot ain boleh gigih hadap dan layan 3 event sekali gus . I think that is because i love this kind of things . Jumpa orang . jumpa orang dan jumpa orang ! 
Kenangan betul bila diimbas kembali pada tahun 2021 ni ! Betulah orang cakap pengalaman tu sangat berharga .. Pengalaman ni la mengajar dan mendidik ain untuk lebih memperbaiki diri untuk berurusan dengan orang . 

Mug ni sesuai untuk bancuh kopi dan milo


Assalamualaikum . ada ni haa , tengah mengemas rumah . Hari ni dah rasa semak betul rumah ni. Patut la orang cakap jadi suri rumah ni kerja tak kan pernah habis . Walaupun aku ni masih belum kahwin , tapi bila duduk serumah dengan semua adik beradik lelaki . Kita orang perempuan la yang kena kemas itu ini . Ain rasa serabut sangat  kalau nampak ada habuk pastu bila jalan rasa licin macam rumah dah lama tak mop dan vacuum . 

Semenjak dua menjak memang asyik postpone je kemas rumah ni , jadi hari ni ada masa sikit kita kemas mana yang terlarat je la . Time kemas la baru nak punggah hadiah Giveaway ni. Ni menang Giveaway Dari Sis Lin . Hahaha . Baru nak keluarkan dari kotak nya . 
Mug ni sesuai untuk buat kopi ke milo ke sebab dia siap ada sudu . Selalu nya mug Pink Panther aku je yang jadi mangsa . Sekarang ni dah bertambah koleksi mug . Mug ni siap ada tulis Selamat Hari Raya Aidilfitri . Kerlas! Dah raya dulu! Kihkihkihhh .