70/366 : DIARY OF THE DAY - 10 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello . Hari ini agak kepenatan yang amat . Sepatutnya nak update petang tadi , tapi tak ada idea kan . So , postponed lah ke malam ni haa . Alhamdulilah , masih lagi ada kesempatan untuk update diary of the day ini . Syukur sangat ! . Jadi untuk hari ini , aku nak share tentang : 


  • Workout di Yoga Room !
Hari ini diberi peluang untuk workout di yoga room , fuh dia punya peluh merecik woi . Hahaha . Patutlah orang yang selalu beryoga ni dia punya energy lain macam . Hahaha . Satu pengalaman yang baru untuk aku , ialah kadang kadang badan kita ni bosan asyik tengok dumb bell je kan , so why not ubah sedikit workout routine dan cuba benda yang baru . Lagipun aku ini sejenis manusia yang suka cuba sesuatu yang baru . Fuhh , sumpah terasa kepenatan ni haa . Insyallah , akan pergi lagi  dan lagi . Hehehe . 

  • Pentingnya ada Bestfriend !
Yang ini sangat sangat aku kena tekankan . Nak pilih kawan baik , pilih lah yang boleh faham kita dan menerima kita apa adanya . Lagi lagi gegirl yang jenis mood kekadang okay kekadang tak . Hahaha . Apa yang aku perasan lepas arwah ibu meninggal , aku boleh nampak berapa ketul je kawan kawan yang mampu untuk faham aku . Tipu lah kalau aku kata aku kuat sangat , aku kekadang ternangis jugak bila perasaan rindu itu datang . Bila aku down , Alhamdulilah ada beberapa kawan baik aku sudi dengar luahan hati aku , aku bebel punyalah panjang , sebenarnya kita ni nak orang dengar apa yang kita nak sampaikan je . Bukannya nak dapatkan kata kata semangat ke . Hahaha . That why masa lepas arwah ibu meninggal aku banyak mendiamkan diri . Aku belajar untuk jadi seorang pendengar yang baik . Sebab itu yang aku nakkan . Aku nak orang dengar apa yang aku tengah cakap tu . Sama jugak aku tulis blog ini . Hhaahha . Aku nak orang rasa enjoy dengan apa yang aku tulis . Penat jejari iolls menulis tau . Hahaha .


Makanya , cukuplah untuk hari ini . Aku memang kepenatan sangat . Dan aku harap korang mendengar kepenatan aku ni . Hhaahhaha . Gurau je !. Assalamualaikum :)




69/366 : DIARY OF THE DAY - 9 MAC 2016

 


Assalamualaikum dan hai kepada semua . Hari ini dah hari ke 69 kita berada dalam tahun 2016 . Dah pun masuk bulan ketiga , berapa banyak azam tahun 2016 anda yang dah capai setakat ini ? Mohon ingat balik semula pada 1 januari konon bersemangat nak capai itu ini , jadi adakah korang dah laksanakannya? Atau jadikannya angan angan mat jenin sahaja ? Semua orang boleh bercakap tapi berapa ramai yang akan laksanakannya ? Jadi untuk hari ini , aku nak share tentang :

  • I LOVE CARDIO WORKOUT !
Wah kemain aku besarkan font kasi terbeliak mata semua orang . Hahaha . Walaupun ianya agak fake , hahaha . siapa yang suka cardio workout weyh ? Mai habaq kat aku sekarang! . Tapi , untuk orang yang kategori bambam macam aku ini mestilah kena menyukainya walaupun kau sebenarnya paling benci termengah mengah . Hahaha . Jujurnya , orang yang kategori bambam ini WAJIB kena buat cardio woi ! WAJIB ! Ianya akan burn lelemak kita dengan sangat effective rather than buat penat badan kau je acah acah tangkap gambar pergi gym main treadmill dengan penuh gaya at the end , it does not give you a better result . Buang masa buat penat ! Itu je yang mampu aku cakap . So , untuk kategori bambam macam aku ini , mulai sekarang start cakap "I LOVE CARDIO" . Untuk nak kurus , please struggle on the thing that you hate the most which is cardio !. Hahaha . Kalau tak tahu apa itu binatang cardio , sila google dan search je dekat youtube . Melambak exercise cardio yang korang boleh lakukan . 


  • Tiga Jejajriku Terluka !
Mak oi , tangan sebelah kanan aku ini dah macam rupa orang main boxing je , penuh plaster sebab ada luka . Persoalannya , adakah aku mencederakan diri aku sendiri ? Hahaha . Aku ini jenis kalau luka sikit tak suka nak melayan sangat , tapi sebab tangan kanan yang kena ,aku bukannya kidal , makanya terpaksalah ku balutkan dengan plaster setiap jari yang ade luka tu . Insyallah , dua tiga hari nanti okay lah tu . Hehehe . Ganas nya kau ain , Oh , bukan ganas , tapi nak bagitau gegirl macam aku ni selalu masuk dapur macam gini lah , hahahhaa . Eee , sumpah perasan ! 


Okay lah , aku penat gila woi ! Assalamualaikum :)

68/366 : DIARY OF THE DAY - 8 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hai kepada semua ! Diam tak diam hari ini dah 8 mac which is dah 25 tahun 1 bulan aku hidup . Fuyoo ! . Hahaha . Alhamdulilah , bersyukur sangat masih diberikan kesempatan daripada ALLAH . Jadi , untuk entri yang ke 68 ini aku nak cerita tentang :

  • Start cardio exercise balik !
Selepas almost dua hari kot rasanya aku meninggalkan rasa termengah mengah macam nak pengsan padahal itu hanya lah perasaan neves dek kerana heart rate kau naik mencanak , i feel so energetic selepas melakukannya . Ceh , padahal tadi macam nak terbaring dah aku rasa . Pancit yang amat sebab badan dah rest 2 hari kan . Alhamdulilah , untuk dua hari ini walaupun aku tak workout , tapi aku masih cakap NO TO CARB ! Tapi , tadi dah bercardio , makanya dapatlah aku merasai nikmat makan nasi yang ku tinggalkan selama dua hari itu . Hehehe . Bukan itu sahaja , sempat aku menghadiahkan diri aku Magnum Pink yang baru tuh . Okay , aku rasa puas yang amat . Walaupun dapat makan nasi , tapi portion still kena jaga weyh ! Ingat tuh ! . Jangan melebih lebih seolah seolah gaya kau bercardio tadi dah mampu memecahkan lelemak sebanyak 10 kg. Hahahaha . Formula dia ialah Less Carb = More Result ! . If you want to take carb , please do a cardio ohyeah! . Hahaha. 



  • Prestasi blog menurun !
Okay , yang ini aku sangat mengaku as aku just bukak sekejap je , update diary of the day , publish dah settle . Sedih jugak tengok semakin menurun page views . Dengan aku nya sembang nak edit blog last last jadi simple macam gini seperti kerja orang tak siap . Hahaha . Tapi , aku sangat sangat berterima kasih kepada yang sudi baca , sudi komen . Aku main tulis je , main tulis tulis tulis sampai aku rasa , "Eh cukuplah" . Hahaha . I is so touch pada uolls yang sudi singgah ke blog akuainkausiapa ini . You guys are awesome ! Insyallah , once aku free memang aku akan get back on track untuk sentiasa blogwalking ke setiap blog blog blogger yang awesome awesome itu . Okay !


Cukup untuk hari ini . Kalau korang awesome , cer komen dekat ruang komen itu . Penat tau blog ini ada letak ruang komen itu . Hahahaha . Assalamualaikum . :)

67/366 : DIARY OF THE DAY - 7 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini masih diberi ruang dan peluang untuk sempat meng update Diary of the day ini . Jadi , untuk entri yang ke 67 ini , aku nak share tentang :


  • Makan yogurt asli dan buah buahan !
Untuk minggu ini , aku berhasrat nak mengubah sedikit menu makanan harian aku . Yela , kalau asyik duk ulang yang sama je mesti lah jemu dan muak . End up aku jadi malas nak makan . Jadi , untuk minggu ini , aku buat resepi makan yogurt asli serta campur buah buahan . Lagipun dah lengkap satu meal iaitu kombinasi protein (yogurt) dan fiber (buah buahan) . Korang cari yang yogurt asli tau . Jangan cari yang dah bercampur dengan buah buahan tuh sebab kandungan gula dia banyak . Its better korang buat sendiri dengan potong buah kecik kecik dan campur dengan yogurt natural tuh . Sebab woi ! . Sebab aku ini jenis manusia yang suka masam masam of course lah suka makan asam dan jeruk . Tapi , untuk proses kurus mengurus ini aku terpaksa surrender untuk seketika ini sahaja .


  • Gian nak karoks ! 
Rasanya dah lama gile aku tak karoks woi . Last pon dekat the curve lah bulan 10 tahun lepas . Itupun sebab geng gila gila kitorang buat reunion . Aku bukan tak nak karoke dekat JB ini , tapi port karoke best tak jumpa lagi dekat sini . Semua karoke dekat sini tak best dengan mikrofon tak syok , sound system tak best langsung . Amboi ! . Buat penat suara je weyh melalak end up nanti suara makin rosak . Hahaha . Bila lah dapat jumpa diorang lagi , komfom cari karoke punya . Hahaha . Well , karoke jamban its too oldd bebeh . Zaman sekolah dulu bolehlah layan . Hahaha. 


Cukup untuk hari ini , Assalamualaikum :)

66/366 : DIARY OF THE DAY - 6 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hai kepada semua . Hari ini dah 6 mac. Arghh , cepatnya masa berlalu kan . Hari ini dah pun entri yang ke 66 . Maksudnya ada lagi 300 hari lagi untuk tahun 2016 . Semoga kita terus mencapai impian yang kita azamkan pada awal tahun hari tu . Hehehe . Jadi , untuk hari ini , aku nak share tentang :


  • Jariku terluka kerana ikan !
Hahahaha tajuk tak boleh blah kan . Tadi petang ke pasar macam biasa restock barang dapur . Balik je dari pasar terus lah siang ikan . Haa , dok khusyuk menyiang (membersih) ikan , zasss tercucuk kau haa tulang ikan tuh dekat jari aku . Tembus kedalam kau! Faham faham je lah sakit dia macam mana . Tapi , ku gagah kan juga siapkan sampai habis . Pedih gak tadi lepas dah siapkan ikan , marinate ayam guna chilli powder , fuhh bisa woi. Tapi , tak de lah sampai nak menangis . Sebab dari dulu lagi arwah ibu dah suruh ain membiasakan diri masuk ke dapur . Ajar macam mana nak bersihkan ayam dan seafood . So , aku tak adalah kekok sangat . Aku nak pesan terutama pada yang gegirl tuh , jangan nak malas sangat masuk ke dapur , konon geli nak bersihkan ayam  , ikan . Kena pandai kan juga. Tapi berhati hati , kang jari luka macam aku pulak nanti . Hahaha . 


  • Aiskrim sihat !
Untuk minggu ini , aku macam nak cuba buat aiskrim sihat (campuran buah buahan dan susu serta yogurt). Sebab craving juga weyh pada aiskrim . Lagipun hari tu masa aku join bbq party , ada yang buat ais krim sumi tuh. Resepi dia lebih kurang je . So , why not kita tukarkan daripada yang kita nampak tak sihat kepada makanan yang sihat . Lagipun potong potong buah dan campur kan susu dengan yogurt tu je dah lengkap satu meal which a combination of buah buahan dan protein . Bolehlah aku menikmatinya untuk minum petang atau pun minum pagi . Hahaha . Mampu pepagi buta cari aiskrim? Korang pun jangan share je dekat fb tapi tak cuba . Hampeh dan beriya iya je yer! . Hahaha .


Okay lah cukup untuk hari , aku nak pi sidai baju woi !. Penat kot being Nur Farahain . Namun , i really feel great full with the life that ALLAH give it to me . Assalamualaikum :)

65/366 : DIARY OF THE DAY - 5 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah diberikan kesempatan dan ruang oleh Yang Maha Esa untuk ain update setiap hari diary of the day . Untuk hari ini , aku nak share tentang :

  • Dulu Gemuk Sekarang Kurus !
Tadi petang aku sempat pergi ke majlis kahwin jiran dan tahu apa yang sangat mengejutkan . Pengantin itu dulu bambam sekarang dah kurus cantik gila . Dulu , ayah dia siap cakap lagi , "Anak pakcik kalau nak cari baju susah sebab tak banyak kedai jual baju big size" . Bila sekarang dah kahwin , dia dah totally transform to be a great new life . Cantik gila. Terus jadi inspirasi kepada aku ini . Yelah , aku pernah share tentang big why , iaiatu sebab yang kuat kenapa kau kena memtransformasi kan diri menjadi lebih bagus . Sebab big why yang kuat sebab akak itu nak kahwin lah dia memang totally change her lifestyle . Sumpah cantik gila . So , kepada korang , cari sedalam yang mungkin reason yang kuat kenapa kau kena jugak capai impian korang. Barulah bila ditimpa cabaran dan dugaan , korang redah je dengan tenang .



  • Antara makan dan exercise
Aku kerap kali cakap kepada diri aku , ain ingat ain .. kau nak kurus kan , bukannya exercise yang boleh ubah sangat , yang boleh ubah ialah pemakanan . Sebab peratusan yang buat kita ubah ialah pemakanan which it takes about 70-80% . Sedangkan exercise hanyalah 20-30% sahaja . Nampak tak betapa pemakanan memainkan faktor yang sangat besar dalam pembentukan badan kita . Makanya tak reti reti lagi nak belajar kawal portion dan apa yang patut kita makan ataupun tidak ? Kalau dah hari hari kau belasah nasi lemak breakfast , lunch makan nasi campur , malam konon nak diet makanlah mee sup (padahal sama je its carb) so , macam mana proses penurunan berat badan itu nak berlaku? Kalori intake satu hari pun melebih lebih , bakarnya berapa sangat je . Jadi , renung renungkan dan selamat beramal . Hahaha.


Masih lagi nak belasahhh nasi lemak sesuka hati ? Think before you Eat ! Assalamualaikum :)