POTLUCK RAYA JDT BLOGGER , MERIAH WOI !!



Masih lagi tinggal saki-baki hari raya dimeriahkan lagi dengan kemeriahan potluck raya bersama geng JDT Blogger. Alhamdulilah , ianya berjalan dengan lancar . Kami buat dalam suasana yang sederhana dan bincang dalam group whatsapp , lepastu terus ON je!

Terima kasih Sis Lin sudi menjadi tuan rumah dan kitorang geng-geng yang lain semua bawa makanan dan minuman lepastu makan ramai-ramai dekat rumah Sis Lin. Masing-masing siap boleh tapau lagi. Wah bestkan. Tapi Ain tak boleh tapau uolls. Esoknya 3 open house dan kalau tapau pun tak ada yang nak makan. So, lebih baik bagi pada yang nak makan kan.


photo credit : Fb Sis Lin

 Amboi, yang tudung biru tuuu semangat betul kann .... Serawa durian Kak Hernee yang bawa.





Selamat Hari Raya ! Maaf zahir & batin Ain ucapkan ! Semoga kita semua dapat beraya dan berkumpul lagi pada tahun hadapan. Insyallah.

TEXAS CHICKEN KINI DI JOHOR BAHRU



JOHOR BAHRU, 5 Julai 2018 – Texas Chicken, antara rangkaian jenama global rantaian restoran makanan segera kini di Selatan Malaysia dengan pembukaan restoran pertama di Johor. Ini merupakan restoran Texas Chicken pertama di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru dan merupakan restoran Texas Chicken yang ke-48 di Malaysia.


Dikendalikan oleh pemegang francais utama Envictus International Holdings Limited (Kumpulan Envictus), Texas Chicken kini bersedia untuk menyajikan hidangan menu lazat yang pasti menambat hati penduduk Johor Bahru serta pelancong dari Singapura.

Restoran Texas Chicken di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru merupakan rancangan pertama bagi Selatan Malaysia dengan pembukaan seterusnya di Pusat Beli-Belah Southkey Mid-Valley.






“Johor Bahru City Square merupakan pilihan utama setiap jenama,” ujar DatoJaya Tan, Pengerusi Envictus International Holdings. Restoran baru Texas Chicken ini berada di pusat bandar, berdekatan dengan pejabat-pejabat korporat, universiti tempatan serta antarabangsa dan hanya beberapa minit dari Pusat Kastam dan Imigrasi Malaysia dan Singapura.




Dalam nada yang sama, Dato’ Kamal Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata, “Dengan aktiviti serta kawasan bandar yang sibuk, pasti ianya dipenuhi dengan penggemar ayam goreng yang mahukan servis yang bagus dan mudah. Di Texas Chicken, kami teruja untuk menyajikan yang terbaik dan melangkaui jangkaan mereka.”

Antara menu popular yang boleh didapati adalah Ayam Goreng Spicy yang diperap dua kali dan disalut tepung (hand-breaded) bagi mengekalkan kerangupan rasanya. Menu yang turut menambat hati pelanggan adalah Biskut Mentega-Madu (Honey-Butter Biscuit) yang dibakar segar setiap hari. Selain itu, Texas Chicken turut menyajikan menu kegemaran lain seperti Tenders, Mexicana Wrap & Burger, Jalapeno Bombers, Strawberry Shortcake serta banyak lagi.








Kumpulan Envictus kini mengendalikan restoran Texas Chicken Malaysia di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Peluang ini merupakan cadangan serta rancangan dari pemegang francais veteran kami,” kata Tony Moralejo, Naib President Eksekutif Perdagangan Antarabangsa Texas Chicken. “Kumpulan Envictus telah menunjukkan rekod yang baik di Malaysia dan kami yakin ia akan terus berkembang di Johor Bahru.”

“Bersama Kumpulan Envictus kami akan terus memperbaiki tahap kepuasan pelanggan kami di Malaysia,” tambah beliau. 

Restoran di Johor Bahru ini dijangka dapat menampung sebanyak 111 pelanggan pada satu-satu masa dengan keluasan 1,123 kaki persegi. 


SDS #LONGLOAFCHALLENGE 2018

Pada 1 julai , ain bersama JDT Blogger dan beberapa rakan media lain telah mendapat jemputan bagi pertandingan makan di Paradigm Mall , JB . Pertandingan makan ini telah dianjurkan oleh pihak SDS . Untuk kali ini ialah final yang mana juara-juara bertanding. Sebelum ini pun Ain berpeluang untuk datang tengok macam mana reaksi pelbagai peserta. Ada yang sampai muntah dan ada yang sampai muak terus tak boleh makan dah. Ain sendiri kagum la dengan mereka yang selalu join peraduan makan ni.HANYA 4 MINIT ,WANITA INI KALAHKAN LELAKI DALAM PERTANDINGAN MAKANAN


So, dalam 10 minit , siapakah yang boleh menghabiskan 48 inci long loaf ini ? Ain memang dok nampak si Rainbow Kumi tu yang menang. Sebab ain dah pernah tengok sendiri macam mana cara dia makan. Serraammm...laju kemain woi.






Haa, kan dah kata dia yang menang. Dia break the record dalam 10 minit boleh bedal lebih dari 48 inci tuu. Rainbow Kumi telah menghabiskan sebanyak 56 inci. Kau mampu? Hahaha. Mampu tengok jela kanszzz.


Keputusan #Longloafchallenge :

Rainbow Kumi 56 inci
Mohd Afiq Faiz Nordin 24 inci
Ng Poh Lok 23 inci
Ahmad Naqiib B Mohd Zaid 20 inci
Loh Hon Sang 19inci
Padam B K 12 inci


Tempat kedua pulak jiran selang berapa buah rumah, iaitu Mohd Afiq Faiz Nordin. Tak sangka orang Bandar Baru Uda power! Hahaha.

JDT Blogger bersama Rainbow Kumi


JDT Blogger dengan Alice
Dekat bawah ini ada full video macam mana Rainbow makan...


SDS BAKERY & CAFE TEMPAT MAKAN SANTAI HANYA DI NEGERI JOHOR

Hai, blog post Ain kali ini nak cerita dekat korang tentang bestnya tempat makan yang bernama SDS Bakery & Cafe. Oh, by the way ini bukan paid review. This is my honest review. Gitewww.. Alhamdulilah, dah masuk kali ketiga bekerjasama dengan SDS ini. Sangat berpuas hati. A credit must be give to Alice!Thanks yaw!

Ain dengan Alice .

Untuk pengetahuan korang, SDS ini hanya terdapat di negeri Johor sahaja. Antara cawangan yang ada di sekitar negeri Johor ialah di Johor Jaya , AEON Tebrau City (Fanpekka Cafe) , JB City Square, AEON Kulaijaya, Taman Perling, Taman Universiti , Kota Tinggi , AEON Bandar Dato' Onn , Paradigm Mall JB , AEON Bukit Indah, KSL City.

Ain reactions towards food : OMG!







Jadi, kepada Johorean semua mesti pergi rasa dan yang berada di luar negeri Johor, kalau datang ke sini wajib singgah mana-mana cawangan yang berdekatan. Cafe nya sangat santai dan menu-menu yang disediakan boleh diterima ramai. Aku pernah buat review sebelum ini . Boleh baca ini : JOM MAKAN BESAR DI SDS CAFE .



meja geng-geng bujang 

Meja geng-geng dah kahwin

 JDT Blogger

Untuk pengetahuan korang, SDS ini juga ada kek dan roti tau. So , kepada korang yang suka makan dessert ataupun nak beli kek untuk hadiah hari jadi ,singgah je terus ke mana-mana cawangan yang berdekatan dengan korang.

Dekat bawah ini ialah menu terbaru lunch dari SDS ,





Untuk Maklumat Lanjut Go Check it out :
Official website www.sdsgroups.com
Official Facebook SDS Groups
Instagram : @sdsgroup

GENG JDT BLOGGER BERAYA ! #JDTBLOGGER

Selamat Hari Raya Ain ucapkan kepada semua umat Islam yang menyambut. Korang puasa penuh ke tidak? Hahaha. Yang perempuan tu boleh la bagi alasan kukuh tapi yang lelaki tu, haa tak baik menipu. Okay, hari Ahad semalam Blogger Uyul whatsapp Ain ajak beraya ke rumah geng-geng JDT Blogger yang lain. Hashtag bile geng-geng bujang terjah rumah mak-mak. Hahaha.

Ain pula ON je. Kebetulan tengah free dan bila lagi nak beraya kan. Uyul bagi location dan rumah pertama kitorang terjah ialah rumah Kak Dilah . Ain baru je sebenarnya kenal dengan Kak Dila ni. First time jumpa masa photoshoot raya.  So beraya ni kali kedua la jumpa kak Dila. Banyak juga Ain bedal kuih raya sebab kat rumah sendiri tak ada stok kuih raya. Kata bujang kan. Hahahaha. Oh, ni blog Kak Dila . Ni pula blog Uyul





Kitorang datang sekejap je, sambil dok makan kuih raya tu dok bincang siap buka waze , google maps lagi dari rumah kak Dila nak ke rumah kak Hernee. Yela, dekat JB ini hari ahad dah start kerja. So, waze punya waze sampai juga rumah kak Hernee. Malu pula rasa sampai tepat-tepat azan Magrib. Hahaha. Kak Hernee boleh pula nyempat masak bihun soto kan. Apa lagi makan la. Oh , ni blog kak Hernee .



Lepas ni kita nak terjah rumah JDT Blogger yang mana pula yer? Hahaha. #JDTBlogger .