Resepi Kegemaran Saya !


Resepi Kegemaran Saya ! 

Homaigodddssss ... homaigodddssss ... Hari ni kisah 52 Hari dah masuk hari ke 25 gais !! Tepuk bahu sendiri tanda rasa bangga . Hari ni sambil menaip ni dah rasa mengantuk sangat sebabnya bangun seawal subuh dan tak ada take a break.. Tapi , its my promise to complete my blog ... Jadinya ....menaip la kita disini.

So , korang nak tahu ke resepi kegemaran saya ? Jap nak bagitahu awal-awal yang aku ni memang masak.. like almost everyday memang masak .. sebab nak jimat ..Hehehe . 

Tak ada lah nak masak yang menu susah - susah tapi lebih kepada yang senang dimasak. Apakah itu ... yang pasti...aku kalau masak resepi ni...rasa macam bangga gile ! hahaha . (konon macam terpaling sedap la masakan dia)

1) Sambal hijau / sambal ayam penyet
Ya ampun ..jangan buat main yang ni. sekali makan mesti rasa jatuh cinta. Eeee... tak sabar nak masak untuk suami ( EH ....TIBERrrrrrrr) Hahahahah . Kisahnya bagaimana aku boleh pandai buat sambal ni disebabkan oleh tempat nasi ayam penyet yang selalu aku beli tu sambal dia dah kureng , banyak berminyak dan MULA Berkira kalau mintak sambal lebih. Sedangkan waktu tu aku ni macam pelanggan yang selalu sangat membeli . Haaa , disebabkan itu la aku jadi geram lepastu aku tanya dekat kawan aku yang pandai buat . Pastu dia bagi resepi . Tadaaaa , macam gitu la cara aku nak pandai masak . Belajar dari orang yang memang pandai masak . 

2) Nasi Ambang 
Amboi ... yang ni pun ! TERPALING rasa muka bangga bila dapat siapkan . Its not easy okay . Tapi nasi ambang aku ni simple la , tak nak ikan kering janji ade ayam masak kicap / masak merah , sayur , sambal belacan , mee bodoh (mee goreng biasa je ) , tauhu dan tempe . Semudah tu je . Effort memang kena 100 peratus woi kalau nak siapkan sensorang . Tapi , kepuasa betul bila dapat makan dengan daun pisang . Sting aku yahuu ~~~
3) Roti John
Resepi ni sebenarnya terpaling simple sangat tapi orang cakap sedap . Aku pun pelik padahal tak ada pakai bahan-bahan rahsia , mungkin sebab air tangan kot . Teringat dulu pernah berniaga roti john masa belajar dulu. Hahahaha . Bila buat roti john nampak macam simple , tapi bila nampak orang makan .... rasa bahagianya . 
Rasanya tiga menu ni je yang kalau aku buat... Peh muka memang bangga nak mampus.. Penuh keyakinan. Hahahaha .

My Biggest Dream In My Life


My Biggest Dream In My Life

Yoooo , untuk kisah 52 Hari ini tentang "my biggest dream in my life" ... Rasanya pernah je tulis.. I would say impian saya yang nak ada bisnes yang mantop serta boleh travel ke sana ke sini . Maksudnya , life i memang being a traveler and a businesswoman .

That my truly dream . Insyallah . Kenapa aku berimpian sebegitu ? Sebab aku ni cepat bosan . Aku tak suka buat benda yang sama je . Aku tak suka rasa statik je , aku suka perasaan sebagai explorer . Aaaa , sama macam Dora The Explorer . .. Gituw .

Aku pernah tulis tentang tempat yang ingin aku pergi . Boleh baca disini 


Selain dari itu , aku pernah juga tulis tentang 10 years from now ....apa yang aku impikan .. Apa yang aku senaraikan tu dah cukup details dah apa yang aku nak sangat capai . So , tak perlu la nak dihuraikan lagi dengan lebih panjang . Apa yang penting , work for it .

Tu je la. tak rasa nak menulis dengan panjang. 

What i spend MONEY on ..


What i spend MONEY on ..

Homaigodddssss.. permulaan ayat yang terbaik untuk diri ini ialah ... TAHNIAH !! Sebab diri ini menjadi kosisten untuk meneruskan blog challenge 52 Hari . Ya Allah macam tak sangka hari ni dah masuk hari ke 23 . Maksudnya berbaki lagi 29 hari sahaja lagi .

Topik hari ini seperti yang korang dah nampak..what i spend money on. Sudah semestinya lah pada makanan . Mostly memang banyak pada makanan . Hahaha ..Sebab tu masih GEMOK . Hahaha .

Orang cakap rasa berbaloi sangat bila dapat spent kan duit kita kepada makanan . Tapi , berpada-pada . Itu yang aku berpesan pada diri . Takut la tengok gaya pemakanan orang kita sekarang . Aku yang dah sedia ada gemok ni rasa serrrammm~~~

Kedua , selalunya aku akan spend duit dengan quality people . At this age kan , tak perlu woi nak spend masa kau untuk semua orang . TAK PERLU ~~~ . Pilih yang betul-betul okay dengan kita . Kalau kita spend masa dengan yang kerja nya nak enjoy je , melingkup life kau 24 jam nak enjoy habiskan duit . Aku ade kawan-kawan yang macam gitu . Tapi , bila sedar diri ini bukan la yang have have ..kita berdiam diri sahaja la .

Dulu aku jenis shophaholic ..sekarang je aku jenis berjimat-cermat ..Yelah, belum kawen kan.. Kena la start jaga kewangan . Nanti dah kawen tak kekok sangat jadi menteri kewangan. Eh , nak kawen dah ke ? 😜 HAHAHA . 

Tapi nanti-nanti bila kewangan dah mantop , nak sangat selalu travel .. Kerja nya berjalan je . Jalan sampai penat dan jalan sampai puas .. Insyallah .. Thats my dream ..

Susahnya nak kurus !!

Susahnya nak kurus !! 

Okay gais . topik 52 Hari ni ialah tentang "working on my fitness" . Aaaaaa... semalam kan aku pegi timbang berat aku . Rupanya aku masih stuck dekat 70+ kg . AAAA SEDIH .. Selama ni tak selalu timbang sebabnya dekat rumah tak ade . Tapi menurun la .

The last time aku timbang 75 plus , pastu 73 kg lebih , and semalam angka menunjukkan 72.8 KG . Aku SEDIH . TAPI , Aku belajar sesuatu .. Which is kalau nak sesuatu , aku kena work hard gila-gila . Insyallah , my target untuk sebulan ni atleast dapat pecah angka 7 tu pun dah okay . Tak sabar nak timbang and nampak angka 69 plus kg . Nampak 69 PON DAH START BERSYUKUR... 

Jujurnya , aku memang penakut nak timbang berat , sebab aku tahu ianya akan buat aku rasa kecewa . TAPI , kalau aku tak timbang , aku tak kan sedar .. Jenis aku pula kalau dah dapat figure macam gini , memang akan pulun betul-betul . Untuk yang tengah nak turunkan berat badan , aku nak advice yang ni . Jangan ikut orang ! Tengok diri sendiri .. rasa selesa kalau kita rasa macam dah longgar la baju kita pakai . Hakikatnya , kita tak betul-betul measure badan kita . Aku ni dah dua tiga hari carik tali pengukur kat rumah , eh tak jumpa pula. Hahhaha . Memang tak nak bagi ukur ke ape ?!.

Teringat dulu macam mana aku gila-gila turunkan berat aku memang measure weh . Aaaaa , memang nak comeback gila-gila semangat nak kurus tu . Semoga aku kuat .. Kalau kira-kira balik ..untuk capai berat yang ideal dengan ketinggian aku ni.. Aku kena buang lemak sebanyak 30 KG . 

30 KG untuk dihilangkan pada tahun 2021 . 

Nombor 30 kg ni harus disingkirkan .. Aku dah start sukat nasi yang aku ambil . Hanya sebesar penumbuk sahaja setiap hidangan . Mostly aku ambil nasi 2 kali je sehari . Lepastu aku nak kurangkan makan benda-benda jajan . AAAAAA , banyak yang kena kurangkan . 

Jujurnya , masa nampak angka 7 tu .. aku sedih . Timbang pulak dekat Tesco , takkan lah nak menangis kat situ. Hahahah . Eeee , aku tak sabar nak pecahkan angka 7 tu . 

Aku ni pendek , ketot. Tinggi 153 cm . What do you expect to carry berat macam gitu ? Aaaaa SEDIH WEH . Tapi , sedih pun kena ada effort kan . 

Doakan semoga Nur Farahain berjaya memecahkan angka 7 sebulan lepas ni . Insyallah , nanti aku update lagi eh Ain Kurus journey ni . Insyallah .

Kisah lama : Aku join jom kurus 


If i could eat one last meal...


If i could eat one last meal...

Diam tak diam hari ni dah masuk hari ke 21 kisah 52 Hari . WOW !!! Im so proud of myself .. Semoga ain boleh menulis sehingga tamat hari ke 52 . Jadi , untuk topik hari ni ialah tentang if i could eat one last meal .. Apakah meal tersebut.. ?

Satu je ehk boleh pilih ? Kenapa tak boleh pilih banyak ? Hahahaha . Patut la kau gemok tak kurus kurus . Bab makan tak boleh nak pilih satu je . Hahahaha . Tapi kalau diberi pilihan untuk memilih hanya satu... Aku pilih buah-buahan . 

Serius la kau Ain???? Hahahha . Serius . Sebab aku suka rasa manis yang asli , rasa masam buah yang pior betul .. Jadi , sebabtu aku pilih buah-buahan . Kalau ade dessert dan topping atas dia buah , aku mesti rembat buah tu dulu . Eeee , geram nengok betapa kalerful nya buah-buahan . 

Bukan sebab gaya hidup sihat tau , tapi aku memang sebenarnya suka the originality of taste gituwwww . Kalau pergi pasar kan , mata aku memang geram je nengok buah-buahan . 

Teringin sangat nak sampai satu level , setiap hari mesti makan dua tiga jenis buah-buahan ..

11 Movie Favourite Aku .. *WAJIB TONTON*

11 MOVIE FAVOURITE AKU ..Wajib Tonton

Kisah 52 Hari ni mengangkat topik "My Favourite Movies". Okay , 11 movie ni terpaling aku minat . Boleh dikatakan dah banyak kali ulang tengok sebab dah nama pun favourite kan . Biasanya movie-movie ni , aku pasti akan rekomen pada orang untuk tengok. So , here we go .. Aku list 11 je la okay .

1) 27 Dresses
Ya Allah , kalau la tahu betapa obses nya aku pada movie ni . Sebab aku selalunya , memang akan bersungguh gila bila jadi bridesmaid. Aaaa ... tolong la tengok ! This movie . 
2) Confessions of shophaholic
Aaaaaaaa, yang ni pun terpaling suka . Sebab dulu aku jenis shophaholic. Masa awal-awal ada banyak duit . So , kepada siapa yang gila shopping sampai sanggup berhutang tu , please tengok movie ni. 
3) Barcelona Untold Love Story
Okay , yang ni pula movie Philippines . Homaigodddssss , sumpah this movie best teruk . Macam mana kehidupan pilipino di Barcelona . 
4) Can't Help Falling in love
Aaaaaaa, dalam cerita ni diorang tak sengaja "terkahwin" dan diorang nak putuskan hubungan perkahwinan tu secara legal . Tapi lepastu , rupanya both of them fallin in love . Aaaaaaaaaaa~~~~ tolong tengok this movies . Okay dah berapa banyak kali aku suh tolong tengok this movie ni. 
5) A little things call love 
Pshone. Hahahaha . Astaga , teringat zaman remaja dulu suka gila this movie . Baru la aku tahu kenapa dia panggil P. P tu dalam bahasa Thailand "abang". Aku ingatkan nama dia memang ada P dekat depan. Hahaha . Kalau suka tengok love story zaman sekolah , so korang boleh la layan this movie. Perempuan tu dulu buruk kot dia suka dekat lelaki hensem , at the end .... jeng jeng jeng . 
6) Bangkok Traffic Love Story
Aaaaaa ....movie Thailand lagi. Asyik love story je kan..Aaaaa itulah kegemaran seketul Nur Farahain. Okay , this movie pula perempuan tu mabuk and dia drive balik sampai la accident dan seorang lelaki ni selamatkan dia . So , the love story begin . Apa yang bestnya pasal movie ni dia banyak cerita tentang public transport di Thailand . 
7) Everyday I Love You
Okay , ni movie Pilipino .. Aku suka story line movie ni sebab dia berkisarkan tentang perempuan yang duduk di kampung dan suka buat video . Setiap hari perempuan tu buat vlog. Sampai la dia berjumpa dengan one guy ni yang kena transfer untuk handle productions tv di tempat perempuan tu. 
8) The Proposal
Okay , kembali semula dengan movie omputih . Perempuan ni jadi bos kepada laki tu dan perempuan tu "gunakan" lelaki tu untuk kahwin dengan dia sebab nak dapatkan visa . So , lelaki tu ajak la balik ke kampung dia. Rupa-rupanya lelaki tu anak orang kaya di kawasan tu .. Kiranya macam satu keturunan orang kaya . Perempuan tu rasa keluarga lelaki ni baik sangat dan tanpa sedari diorang dah jatuh cinta . Tapi.... perempuan tu lari masa hari perkahwinan.
9) The Internship
Okay , ni kisah motivasi. Kisah prektikal di Google . Selalunya yang intern kan budak muda tapi yang ni macam dah late 30- 40 series people . Bestnya movie ni selain daripada kita boleh tengok advantage bekerja di pejabat Google , movie ni juga menerapkan konsep teamwork . Kalau korang tengah give up , boleh la tengok this movie.
10) Bad Genius 
Okay , movie ni kalau siapa jenis cepat neves , hati-hati . Hahahaha. Sebab tengok movie ni , dia punya adrenaline woi...kemain dasyat . Please watch ! Gila weh dia punya feel.
11) Christopher Robin
Okay last movie ni tentang kisah anak patung Winnie the Pooh . Aku pernah tulis pasal ni . 

Itu sahaja top 11 movie kegemaran aku. Rasanya ada je lagi ...