19 September 2021 : Ain Makan Ape ?

Assalamualaikum. Selamat hari Ahad ! Hari ni pening nak masak ape siot ! Breakfast jela dulu roti 3 keping bersama sosej dan sos . Tu la kira makanan sarapan paling malas . Ain ni jenis tak berapa suka sangat makan pagi . Tapi nak kena juga isi perut kan .

Lepastu , ain kukus dan panaskan lauk semalam . Ada balance nasi impit dengan lauk semalam boleh lah buat makan lunch . Untuk sebelah petang pula isi perut dengan dua keping roti spread dengan Passionfood spread the love .

Untuk dinner pula ain masak goreng ayam , buat sambal belacan sikit dan sayur masak air . Alhamdulilah , syukur untuk makanan hari ini .


Kesempurnaan Hari Ku 🧡



Pada aku , dapat makan nasi dengan lauk simple macam gini dah sangat sempurna ! Entah , mungkin orang nak cari pencuci mulut sebagai pelengkap hari , nak ngopi baru rasa badan bertenaga , beli makanan viral semua pakat nak mencuba .. Tapi tidak pada empunya nama Ain ! 

Ain ni jenis suka masak . Suka makanan yang air tangan orang masak . Kepuasan sangat rasa walaupun hanya makan nasi , ayam goreng , sayur masak air dan sambal belacan . Sesimple macam dalam pinggan tu pun dah rasa happy sangat !  

That why ain appreciate gila kalau dapat makanan hasil air tangan memasak .. Effort win 💯 ! *wishlist nak cari husband yang pandai memasak. 🤭🤪 Tolong cari kan sorang boleh ..Eh 🤣

18 September 2021 : Ain Makan Ape tu ?

Assalamualaikum.. hari ni pagi tu ain panaskan lauk jiran bagi semalam . Jiran bagi pun dah malam. Ain kan dah jarang makan waktu malam. Dapur memang close waktu malam . Hehehe . Jiran bagi lontong dengan rendang paru . Alhamdulilah , boleh la buat alas perut juadah sarapan hari ini.

Tengah hari rasa kenyang , so ain pun tak makan tapi pergi kedai dua ringgit ternampak pula keropok sira ni . Keropok ni makanan kegemaran ain waktu zaman belajar dulu , ambil la makan sepeket . 

Dinner pula ain masak ayam masak red . Sebab resepi ayam red ain terpaling simple kan , so ain masak je la . Settle makan apa untuk hari ini . 

Simple simple je ! Janji perut berisi tak berlapar . Hehehe .


Dah Sampai Langkawi Ke Tu ?


Assalamualaikum .. kita ni masih lagi dalam tempoh edah 🤣🤭 . Second dose pun 8 September hari tu .. Kalau yang belum baca kisah vaksin ain , boleh baca disini ⤵️


Tetiba teringat pula nak tukar background Google Meet kepada view pantai .. Maklumlah , sekarang ni kan ramai yang tengah sibuk sibuk nak ke Pulau Langkawi kan . Kalau tanya ain , tak ada sangat keinginan tu . Nak sangat ke Sabah ❤️ Tapi tula bila fikir balik duit banyak juga yer nak kena spent , nak swab lagi dan kuarantin .. procedure nya agak cerewet .. Tak apa , duduk je la di rumah sementara ni . 

Ain teringat pula kisah Langkawi yang ain post di Twitter dan Instagram tempoh hari . Meh ain letak di bawah . (Agak sedih . Kisah benar ! )  


Pesan ain , kepada yang pergi ke Pulau Langkawi tu .. jaga SOP okay ! Semoga kita semua sentiasa dilindungi .. ❤️

Guna Kotak Kasut Buat Alas Keyboard Untuk Menaip


Assalamualaikum .. kalau semua nak tahu ain kalau update blog selalu nya menaip guna telefon je 😅 Mood banyak kearah menaip di telefon berbanding di komputer . Komputer yang ain guna ni pula zaman tokadok 🤣🤭 Zaman lama punya .

Setakat kerja menaip tu lepas la , tapi kalau nak buat edit video atau design memang tak boleh . Meja dan kerusi yang ain letak untuk set komputer ni pula tak sesuai untuk buat kerja kerja menulis dengan lebih lama . Sebabnya meja tu rendah . 

Jadinya kalau lama lama boleh sakit belakang nanti . Ain ternampak pula kotak kasut ain , haa boleh la meninggikan kedudukan keyboard tu . Okay , dah jadi sedap nak menaip . 

Insyallah , doakan ain yer ! Sekarang ni ain banyak mencari job job sebagai writer dan ghost writer . Masih awal lagi ni nak mencari .. 

Manalah tahu kalau korang ada tahu peluang terbuka sebagai writer boleh bagitahu ain yer .

Ain tinggalkan sekali email disini ⤵️
ain8291@gmail com 

17 September 2021 : Ain Makan Ape ?

Assalamualaikum.. Pagi ni nak mencari breakfast. Sebab terasa nak macam orang lain juga mencari breakfast di luar . Kemain yer pergi sampai 3 tempat . Sebab gerak keluar pun dah lambat kan . 

Total semua RM 10.40 . (roti john telur  RM 1.20 beli dua jadi RM 2.40 ). Nasi lemak (RM 2 beli dua jadi RM 4 ) Kuih karipap sebiji 0.50 yer . Tinggal inti keledek dan kentang je . Ain cakap buat 2 ringgit 2 ringgit jadi RM 4 . Ni untuk makan berdua je . Jadi lah . 

Dah kenyang kemain ain masak agak lewat juga pening nak masak ape , masak jela nasi putih dengan ayam kicap je 🤣 . Untuk dinner pula petang tu masa menyapu sampah di depan rumah jiran bagi nasi dagang . Jadi dinner ain makan la nasi dagang . 

Settel ! 🤲 Bersyukur !