Geng Selipar Asadi

selipar asadi



Assalamualaikum . Petang tadi duduk melepak depan rumah bersama anak jiran selepas menyapu daun kering . Macam biasa , bila duduk dekat bawah baru rasa nak bukak selipar . Nak lunjurkan kaki . Tetiba terkeluar pula idea nak menulis tentang selipar ni . 

Kitorang ni geng selipar Asadi . Hahaha . Selipar warna oren tu ain punya , yang kecik tu mesti la Teman Kecilku si Farisya yang punya .

Harga tak mahal . Berbelas ringgit je ! Berguna lama betul . Tahan dia . Dah pusing merata tempat selipar kitorang ni . Suka dan duka semua dirasai oleh selipar kitorang ni . Beli pun dekat Giant je ! Ternyata selipar harga yang tak mahal pun mampu mencoret pelbagai kenangan terindah untuk kami .

Selipar masih in good condition ! Tak ingat bila ain beli selipar ni . Rasa nya dari tahun 2017 ke 2018 gitu . Begitu la kalau kita selesa kan , kemana mana pun mesti di bawa dan dipakai selipar ni .

Korang ada ke selipar yang memang pakai merata tempat ..selipar tu dah pergi ? . Hehehe .

*Selipar ni lah antara saksi , tuan nya tengah rasa sedih , menangis , gelak , ketawa , gembira dan semua perasaan ... Selipar oren itu menjadi saksi ! 

Baca lagi tentang kisah anak jiran

Mulakan Hari Dengan Brisk Walk !

morning walk sheisfarahain



Assalamualaikum .. Selalu nya morning walk hari jumaat dan sabtu . Semenjak dua menjak ni , kalau tak nak morning walk main badminton . Tapi only for hari cuti dan tak ada pdpr la .

Pastu ain nak take a challenge sebab rasa kalau dapat morning walk walaupun 20-30 minit kan badan akan rasa segar . Jadinya ain tanya dengan teman kecil ku merangkap anak jiran iaitu Farisya . Ain tanya dia okay ke kalau morning walk sekejap je on hari weekdays gitu . Dia cakap okay ! Sebabnya memang dia bangun awal . One thing yang bagus nya Farisya ni dia bangun awal , senang kejut dia . Nanti lepastu dia yang akan teman baba dan mama nya beli breakfast . 
ootd sheisfarahain


So far rasa seronok dapat bangun awal pagi dan ada kesempatan untuk brisk walk . Korang try lah ! Kalau tak dapat pagi , buat la waktu petang.  Brisk walk ni bagus untuk kesihatan . Jangan la terus buat 5 km . Pengsan dan kejung kaki terus . Buat dulu ikut keselesaan dan keupayaan masing masing . Brisk walk ni bagus juga untuk kuat kan otot pada kaki kita memandangkan kita dah lama memerap di rumah . Pergerakan dah terbatas kan , jadi apa salah nya luangkan sedikit masa . Tak lama pun ! 

sheisfarahain bersama anak jiran



Ingat ! Kesihatan ni lah yang paling penting yang perlu dijaga oleh kita .

Santai Petang Di Depan Rumah ! Girls Only !

sheisfarahain bersama anak anak jiran



Assalamualaikum . Petang petang bila terasa tepu otak , marilah kita berkomunikasi bersama manusia . Stay away dari social media sekejap . Meet people . Talk to them . That's the process of living a life .

Macam biasa , berborak dengan jiran jiran la salah satu terapi terbaik untuk ain .I really love to talk , laugh and meet people . Nampak kan trio combination ni ain boleh buat just simply spent time sekejap je .

People make time ! Kalau kita selesa berbual , kita akan rasa memang a part of rutin kehidupan yang mesti dilakukan . Best tau kalau just random talk gitu . Pastu gelak. Entah apa benda je kadang kadang anak anak jiran ni punya topik . Tapi , kita yang dewasa ni melayan kan jela . 

anak jiran sheisfarahain



Apa yang pasti kalau bebudak gini , tak lain tak bukan cakap pasal Aqil Zulkiflee lah 🤣 Kenkadang , siap tanya dah tengok ke video yang baru ?. Kak Ain diorang ni tak menyempat pun kadang nak melayan yang paling latest video . 

Tula .. kisah sepetang di depan rumah girls only gitu ! 🤪

Pagi Tadi Ziarah Ke Pusara Ibu

pusara ibu



Assalamualaikum . Pagi tadi memang terasa nak singgah ke pusara ibu . Dah lama tak singgah semenjak tak boleh ke kubur beberapa bulan lepas . Sedih tengok kemain naik rumput dan segala tumbuhan entah pekebenda yang ada . 

Tadi singgah sedekahkan bacaan doa je untuk ibu . Nanti ingat hari Jumaat nak bersihkan kubur . Tadi masa nak balik ain tercakap pula "bye ibu 🥲" . Tak apa , walaupun kita dah lama tak berjumpa ibu ... namun ain tahu ibu bahagia disana .

Itu yang ain selalu harapkan .. Ibu dilindungi , disayangi oleh Allah . Tak apa la kita terpisah di dunia .. Ibu , ain singgah jumpa ibu sebab ain nak kumpulkan kekuatan . Susah sangat hidup tak ada ibu . Susah . Ain rasa dengan cara ni je , kekuatan tu datang dalam jiwa .

Ibu , ibu kan suka menulis . Insyallah , bakat dan jiwa ibu ini ain sedang manfaatkan . Mana tahu kan impian ibu nak jadi seorang penulis novel di capai oleh ain . Kita tak tahu rezeki Allah kan . Ibu .. Terima kasih untuk kasih sayang mu melahirkan ain . 

Love you ibu ❤️💌

Sepetang Bersama Anak Jiran Bermain Bersama Anak Anak Kucing 😸


Assalamualaikum . Petang petang memang ain banyak spent kan sekejap di luar rumah nak ambil angin gitu . Pening duduk terkepam lama lama dalam rumah . Lepastu mula mula berbual la dengan anak anak jiran . Anak jiran yang sebelah kanan ni pula terbela kucing . Terbela sebab kucing tu datang memang nak cari tuan masa kucing tu pregnant . Eh last last terbela terjaga .. Ni pula dah terberanak ... Ada dah baby baby cat . 

Rumah ain ni pula di tengah antara anak jiran kiri dan kanan 🤣 Jadi nya , kitorang bertemu la . Anak jiran Farisya bawa keluar kotak yang berisi anak anak kucing tu . Main main la kitorang . Warna dah la semua sepattern je . Naik konfius yang mana satu nama dia Oreo la , Tiger la , Tam tam la . Yang lagi seekor tak ingat . 🤣🤣🤣 Mak kucing pun nama entah ada ke tak . Hahaha . 
Gitu la kitorang ! Main kucing sambil berborak , lepastu anak anak kucing dah tak behave asyik terkeluar je dari kotak , kita pun pulangkan la semula ke rumah nya 🤣 Sempat pula lepastu budak budak ni berlari dan berlakon . 🤣 

Terima kasih la anak anak jiran buat kak ain tersenyum dan tergelak ! Rasa ceria sangat hari ini . ❤️

Niat Nak Masak Nasi Goreng Waktu Pagi , Eh Waktu Malam Baru Masak 🤣

Assalamualaikum .. gambar gambar dibawah merupakan menu makanan yang dimakan oleh ain pada hari ini . Pagi ni alas perut dengan roti sekeping spread dengan peanut , yang sikit tu dengan coklat . 

Lepastu semalam ada balance lauk dan nasi nak la masak nasi goreng . Eh , lauk pula tinggal ayam kicap ingatkan ayam tu boleh jadi rencah last last jadi lauk pulak 🤣 Dah tu kita kukus jela nasi tu dan buat telur dadar sekali dengan bawang dan cili . Terus jadi lain .

Padahal ain siap dah tumis bawang kot 🤣🤣 last last jadi menu lain. Hahaha . Petang pula rasa lapar beli la Takoyaki tu pun kongsi berdua dengan abang ain . Seorang makan 6 biji ! 

Untuk dinner pening kepala nak fikir nak masak apa , nasi goreng pataya je la . Masak nasi lepastu goreng kan dia .. Rencah simple simple je dan salutkan je dengan telur . Jadi la nasi goreng pataya sebab nasi goreng pataya ni menu favourite abang Ain . Kita masak yang simple simple gini jela 🤤

Alhamdulilah ! kenyang untuk hari ini !. Bersyukur! 
nasi campur


roti dengan jem coklat


takoyaki chef tako


nasi goreng pataya