Awan Yang Berkepok Di Pagi Hari

awan biru



Assalamualaikum . Subhanallah .. Cantiknya awan pagi ini ❤️ Cantik sangat ! Mendongak ke langit menyatakan doa di hati .. " Semoga dilimpahkan rezekiNya rahmatNya yang berkat dari Mu Ya Allah " 😭

Awan berkepok kepok sangat pagi ini ! Ain ni memang jenis suka tengok langit . Lagi pula kalau terdengar bunyi enjin kapal terbang . Rasa nak cari mana la kapal terbang nya 😍

Boleh dikatakan kawasan rumah ain ni , memang laluan kapal terbang di langit atas tu . Kalau pagi pagi ni memang akan jelas kelihatan . Sebab Johor Bahru kan memang dekat sangat dengan Singapura kan . Jadi nya , memang laluan situ la . Kalau nak harapkan Airport Senai tak la sebanyak Changi Airport Di Singapura tu . 
awan biru nampak kapal terbang



Tu nampak kan kapal terbang ! Memang setiap beberapa minit waktu pagi ni memang akan boleh nampak . Nanti petang pun sama juga   Kekerapan kapal terbang tu kita dah boleh agak waktu pagi macam gini . Waktu ain tangkap gambar ni sekitar jam 7:35 pagi .  Awan cantik , Langit cerah ! dapat melihat kapal terbang di atas sana . Dah rasa best sangat hari ini . Alhamdulilah ❤️

langit cerah awan cantik



Nak Pilih Aiskrim Strawberry ke Coklat ?

aiskrim sundae mcd



Assalamualaikum . Punya lama dah tak makan MCD , hari ni nak sangat makan aiskrim . Jadinya tadi lepas isyak terus drive thru ke McDonald's . Sekarang waktu isyak di Johor Bahru kemain awal yer masuk . Sedar sedar dah azan kan .

Ain ni pulak jenis suka aiskrim yang simple je ! Cuba teka ain punya yang mana ?. 🤪 Ingat aku makan dua dua tuh sekali ke ?. Haruslah makan satu je . Alhamdulilah 🤤

Rutin Di Pagi Hari Dengan Menulis Dan Membaca !

baca ebook



Assalamualaikum . Ketika posting ini ditulis ialah pada jam 7:40 pagi ! Alhamdulilah , masih diberi kesempatan untuk terus menikmati suasana waktu pagi . Ingat tak dulu dulu *rasanya lah ain pernah je bagitahu dalam blog ni (ke belum pernah bagitahu ehk? ) Entah tak ingat ! hahaha . Ain susah nak tidur , ada insomnia . 

Alhamdulilah , sekarang dah semakin tak ada . Maybe sebab ain dah mula stop overthinking ! Nak stop kan overthinking ni memang bukan mudah , tapi kalau kita belajar untuk stopkan nya lama lama akan hilang juga. Ada satu potongan ayat ni dia tulis macam gini tau 

"When you are overthinking , WRITE ! When you are underthinking , READ! " 

So , ain pun cuba la apply kan ayat ni dalam kehidupan hari hari ku . Yes ! Menjadi gais ! Setiap pagi try bangun awal dan bersiap untuk morning walk or exercise . Dalam 7:30 dah siap ! Lepastu tak tergedik gedik nak breakfast memandangkan ain ni jenis kureng sikit bersarapan pagi . Makan pagi pun selalu jam 10 pagi lebih gitu . Jadi , waktu pagi ni ain akan banyak menulis . 

Brainstorm ! Tima ni la perah kepala otak ! Best ! Sangat best ! Pagi dah exercise tubuh badan , lepastu exercise otak pula ! Insyallah, lama lama nanti otak dah terbiasa berfikir . 

Ain banyak consume content mengenai bisnes , online bisnes , marketing , content marketing , sales . So , ain akan banyak consume dekat Twitter dan Email . Pagi -pagi ain akan scroll back sekejap this two things . Banyak yang ain belajar tau ! Trust me , kadang kadang kita dah kena belajar untuk stop scrolling story orang dan sibukkan diri dengan perbaiki diri sendiri ke arah yang lebih positif .

*Eh ada lagi ain nak share , ain ni tak suka membaca bahan yang skema , so it's hard for me to complete baca buku yang tebal tu . So , sebab tu la ain suka consume bacaan yang social sharing macam di Twitter dan Email yang ain dah subscribe dan follow . 

Kalau ada recommend buku untuk dibaca kan , ni nak bagi tips ! Untuk yang pemalas membaca buku macam ain ! Cari Audible Books! Ada orang tukang baca kan buku untuk kita . That is how i learn! Sedar tak sedar dah banyak chapters ain cover .

Korang pula macam mana ?  Suka ke membaca dan menulis ?  Which do you love more ? Komen sikit ..Nak tahu juga! 

Sepetang Santai Di Taman Permainan

taman permainan bandar baru uda johor bahru



Assalamualaikum . Pagi tadi tak morning walk ! Rasa penat . Jadinya petang ni ada masa sikit tak plan pun . Terus redah gitu . Memandangkan cuaca sangat lah berangin gitu walaupun cahaya matahari boleh tahan yer gais terpancar ke mata . Namun ku redahi jua ! Aaa giteww ..

Dari rumah nak ke taman permainan ni tak la dekat sangat sebab jalan kaki . Hahaha . Tapi sebab dah biasa morning walk , jadinya kaki dah terbiasa bergerak sedar sedar je dah sampai . Seronok suasana petang meriah . 
taman permainan sheisfarahain



Cuma tak seronok nya kitorang kena melintas jalan , traffic light selalu problem dan kereta memang laju je sebab orang baru balik kerja kan . Sebab tu la ain suka morning walk ! sebab masa tu tak kelam kabut . Hahaha . Petang ni selalu tengok orang bawak kereta kelam kabut semacam . Mungkin tak sabar nak balik ke rumah barangkali 🤣

Sepetang Santai ! Duduk diatas rumput karpet ni , alahai ... Tinggal lagi tak bawak makanan je ni gais . Ada kang picnic kat sini 🤭 Tapi tula , beria pula nanti dah la jalan kaki . Hahahaha . Tadi on the way jalan kaki pun ada pakcik jiran tanya " nak pergi mana?" 🤣 
sheisfarahain di taman permainan



taman permainan bandar baru uda


Gitu la masa yang terluang . Dapat release kan stress sebab dengar bunyi kanak kanak keriangan , bermain macam tak ada masalah .

Hias Katil Sendiri Sebijik Macam Dekat Hotel

bilik tidur simple



Assalamualaikum . Katil ni tempat yang paling penting untuk kita . Terutama untuk dapatkan tidur yang nyenyak . Jadinya , ain memang akan sentiasa tukarkan cadar dan comforter katil ni . Boleh dikatakan 4-5 hari sekali akan ditukar . 

Dulu ain tak ambil serious sangat , jenis pemalas nak tukar . Entah berapa bulan agak nya baru tukar . Sekarang , ain kumpulkan cadar dan comforter satu tempat , jadi kalau nak berganti senang nak cari . Kebanyakkannya semua yang arwah ibu dah siap beli . Ikutkan ain ni mana la pandai nak membeli set cadar dan comforter ni kalau bukan mak mak yang akan beli .

hias bilik tidur



Cuma nya dulu rumah tak teratur , tak letak setempat jadi mungkin sebab tu pemalas nak tukar . Sekarang ain dah memang letak setempat . Set untuk tilam dan bantal memang warna putih tu ain combine kan sekali dengan set comforter beserta satu sarung bantal . Jadinya tak la nampak pucat putih gitu je . 

Korang try la juga untuk kerap tukarkan sarung bantal dan cadar tu . Sebab itu kan tempat tidur , dan tempat berkumpul air liur 🤭 Hahaha . Jadinya , nak bersih kena la selalu tukar yer!  Nak kata macam hotel tu , boleh la hotel bajet mungkin . Hahaha . Nak tunggu check in hotel lambat nau , jadinya check in bilik sendiri jela dulu kan . Itu pun guna apa yang ada je . 

Geng Selipar Asadi

selipar asadi



Assalamualaikum . Petang tadi duduk melepak depan rumah bersama anak jiran selepas menyapu daun kering . Macam biasa , bila duduk dekat bawah baru rasa nak bukak selipar . Nak lunjurkan kaki . Tetiba terkeluar pula idea nak menulis tentang selipar ni . 

Kitorang ni geng selipar Asadi . Hahaha . Selipar warna oren tu ain punya , yang kecik tu mesti la Teman Kecilku si Farisya yang punya .

Harga tak mahal . Berbelas ringgit je ! Berguna lama betul . Tahan dia . Dah pusing merata tempat selipar kitorang ni . Suka dan duka semua dirasai oleh selipar kitorang ni . Beli pun dekat Giant je ! Ternyata selipar harga yang tak mahal pun mampu mencoret pelbagai kenangan terindah untuk kami .

Selipar masih in good condition ! Tak ingat bila ain beli selipar ni . Rasa nya dari tahun 2017 ke 2018 gitu . Begitu la kalau kita selesa kan , kemana mana pun mesti di bawa dan dipakai selipar ni .

Korang ada ke selipar yang memang pakai merata tempat ..selipar tu dah pergi ? . Hehehe .

*Selipar ni lah antara saksi , tuan nya tengah rasa sedih , menangis , gelak , ketawa , gembira dan semua perasaan ... Selipar oren itu menjadi saksi ! 

Baca lagi tentang kisah anak jiran