132/366: "Pengorbanan Untuk Menjadi Kurus"




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ya ALLAH , hari ni memang terasa nak demam nak badan macam kepenatan . Tapi , cardio workout di petang hari mesti diteruskan demi menguruskan badan .

Aku nak buat pengakuan yang untuk menguruskan berat badan , kita perlukan banyak pengorbanan . Pengorbanan dari segi membuang tabiat buruk . Alhamdulilah , tabiat buruk aku yang dulu suka minum ais dan bertukar kepada minum air suam dah lama sebati dalam hidup aku .Minum air suam Bukan itu sahaja , air masak juga memang sekarang dah jadi bff aku yang mana asyik berkepit je dengan aku kemana aku pergi . Gila Minum Air Masak ,    Air Masak Is My Bestfriend !



Tambahan pula , dulu aku tak reti langsung makan sayur mentah dan alhamdulilah aku dah memang mengamalkannya sebagai makanan harian aku .Sayur Yang Colorful ! Lemak dan berminyak makanan pun aku dah kurangkan especially kulit ayam . Woi , yang kulit ayam ni tolong jauh kan . Hahahhaa . Effect dia memang cepat gila berat kau naik mencanak . Tentang isu makanan berminyak pula , kalau boleh setiap hari kurangkan lah lebihkan kepada makanan yang easy cook atau pun rebus dan stim  ke . Rahsia Memasak Makanan Sihat

Cuma , ada satu je tabiat buruk pemakanan aku ini yang aku memang kena tepis mulai sekarang kalau aku serius nak bergaya dipagi raya . Hahaha .





Tabiat buruk itu ialah , SUKA MAKAN BENDA BERKUAH DAN HIRUP KUAH TUH SAMPAI HABIS DAN LICIN ! .

Hahahaha . Yang ini memang sukar gila dikawal . Tapi , demi size S yang aku memang nak sangat , aku kena juga buang tabiat buruk ini . Aku teringat yang kebanyakkan orang sekeliling aku mesti cakap , "Ain ni mesti suka makan benda berkuah kan ?" . Hahahha . Kantoi ! Insyallah , from now to on ward , memang aku nak buang tabiat ni . Semua ini sebab aku nak kejar impian aku .

So , untuk mencapai apa yang kita nak , macam badan six pack , tabiat buruk dalam pemakanan harian kita ni mesti dicegah dan di buang jauh dalam kehidupan kita . 

131/366: "Terpilih Sebagai Blog List MiaLiana"




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , blog akuainkausiapa terpilih untuk diletakkan sebagai blog list blogger Mia Liana

Rasa terharu pula ialah blogger yang ramai followers tuh . Bukan setakat rasa terharu malah rasa gembira yang teramat . Ain selalu juga join segmen dari kak Mia ni .

Nampaknya , bloglist ini penting juga kan . Insyallah lepas ni ain nak letak lah blog list dekat blog ini . Dulu pernah letak lepastu buang . Insyallah nanti nak letak semula lah . Nanti nak pilih sendiri blog mana . Yang mana blogger yang sudi drop link dekat komen pun insyallah ain akan letakkan dalam bloglist . Keutamaan kepada yang selalu komen dekat blog ain ni . Sebagai tanda penghargaan . 

130/366: "Terasa Nak Buat Vlog Dekat Youtube"




Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . Lately ni aku suka layan youtube . Well disebabkan oleh kepantasan internet dekat rumah kan . Hahaha . Alhamdulilah , syukur ada unifi . Daripada orang lain yang internet very the slow . Aku teringat ada budak perempuan ni di cakap , dia masih lagi guna opera mini . Cerita ini sekitar tahun 2015 . Gila ke , opera mini aku guna masa zaman 2009 kot . Dia masih guna lagi . Nampak tak , kadang di sebalik rezeki yang ALLAH berikan kepada kita ialah untuk kita syukuri .

Berbalik kepada tajuk hari ini , lately ni aku jadi suka tengok youtubers yang buat vlog . Mereka yang buat video harian , challenge , dan paling hot sekarang korean spicy noodle challenge lah . Hahaha . Sebab aku ni jenis suka bercakap . I thought on nak buat vlog juga lah . Hewhewhewh .

Best ke aku bercakap ? Itu yang menjadi persoalan . Hahaha . Insyallah , nanti bila dah bersedia dengan topik , dan peralatan nak rekod . Hhahaha . Tapi , bukan dalam waktu yang terdekatlah . Sebab nak bercakap ni neves dia lain macam . Walaupun jenis suka bercakap kan . Hahahahha .

Tapi berbeza sebenarnya cakap depan orang dengan cakap depan kamera . Hahahha . You have to imagine that orang yang akan tengok tuh faham apa yang kau cakap . So , this time around , aku masih lagi menjadi penonton kepada para youtubers regarding on how they speak , how they be a great youtubers .

Sebelum buat sesuatu tu , kena gain knowledge juga kan . Wish me luck ! Assalamualaikum .

129/366: "Tak Johorean Lah Tak Makan Sate Wak Radol"




Assalamualaikum dan hai kepada semua . Straight to the point , hari ini aku craving sangat sate . Actually dah lama aku nak makan sate . Alhamdulilah , settle cardio workout petang tadi aku pun cakaplah dengan family aku , "jom makan sate malam ni" .

Dan , sebagai johorean siapa yang tak tahu sate wak radol . Peh , dia punya sedap memang boleh makan bercucuk cucuk . Untuk pengetahuan sate wak radol ni banyak dah cawangan dekat sekitar johor bahru ini . Cari je dekat kawasan yang berdekatan okay .

Family aku memang suka makan sate daging . Teringat dulu masa aku belajar dekat kedah , mak oi susahnya nak cari sate daging dekat sana . Jadi , tadi kitorang order 50 cucuk . Woi , kitorang memang bab makan sate memang jenis makan berlumba siapa habis cepat dia memang power . Hahaha.


Tapi , tadi aku rasa aku makan 15 cucuk je kot . Hahaha . Tak banyak kan . Tak apa , aku dah workout kan tadi . So , untuk recover makan lah banyak sedikit .

 

Tak johorean lah kalau tak pernah cuba sate wak radol . Dan untuk korang yang turun ke jb , wajib pergi cari sate wak radol tau !. Assalamualaikum . 

128/366 : "Berhujung Minggu Marathon Drama Movie Secara Online"



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada uolls semua . Hujung minggu ini kalau dah tak ada apa yang nak dibuat , sebab sifat malas mulai menguasai diri , makanya apa lagi aku pun cari lah movie ataupun drama yang aku nak marathon .

Sebenarnya dah lama sangat aku tak tengok wayang . Sebab aku rasa unifi dekat rumah ini dh cukup hebat untuk aku tunggu tengok dekat online je . Hahaha . Jimat sikit duit daripada nak tengok wayang komfom komfom lah nak kena beli popcorn .

Dahla aku tengah nak kuruskan badan yang bambam ni , kang makan popcorn secara berlebihan . Hahaha . Alhamdulilah , bersyukur sangat dekat rumah ini ada internet yang strong , ada orang nak download video orang sent dekat whatsapp pun tak lepas .

Makanya , inilah cara aku rileks rilesks santai dekat rumah pada hujung minggu . Aku kalau dah marathon , memang jangan tegur kenapa . Hahaha . Terus fokus .

So , aku dah nak start marathon movie online ni . Assalamualaikum dan bye !Enjoy your weekend !

127/366: "Aku Tak Ada Masa Nak Exercise , Tapi Aku Nak Kurus!"



Assalamualaikum dan hello kepada uolls ! . Beberapa hari ini kawan kawan aku yang memang selalu baca blog aku dan tahu aku tengah dalam proses menurunkan berat badan bertanya kepada aku . Apa yang patut dia buat . Ramai memberi alasan tak ada masa nak exercise . Sebenarnya , bergantung pada diri sendiri . Kita semua ALLAH berikan 24 jam yang sama adil . So ? Jawapannya ada pada diri sendiri .

Ini jawapan aku , tak guna kau cakap kau nak kurus tapi kau tak berusaha untuk capai apa yang kau nak ! Baca ayat ini sampai kau terasa! .Hahaha . Its your choice . Jujurnya , ramai antara kita ini jenis keep complaining je . Asyik fikir kan masalah je instead of selesaikan masalah itu . Masalah kau gemuk . So , selesaikan lah . Ini asyik membebel diri sendiri dah gemuk tapi tak do something . No POINT !.

Untuk kurus , ramai yang cakap kena pergi gym . Jawapan aku ialah first kita kena ubah gaya pemakanan kita dulu . Itu yang paling penting . Itu jawapan sebenar nak kurus . Bukannya cuba makan ubat kurus . Dah kalau sedar diri tu sehari makan nasi sampai 4 pinggan . Kurang kan dulu . Sebenarnya , kita jadi gemuk ini disebabkan oleh tabiat pemakanan kita yang salah . Aku pernah kongsikan Rahsia Memasak Makanan Sihat Secepat 10 Minit .

Jenis melantak tak ingat dunia , bila baju dah tak muat baru rasa insaf . Hahaha. Satu lagi , orang gemuk ini kerja dia nak menipu je . Mesti asyik tanya cheat day lah apa lah . Boleh ke kalau nak termakan makanan yang kalori tinggi ? Hahahha . Ini aku ada kongsikan Tips Untuk Elak Cheat Day ! .

Ingat , apa apa pun jangan start pergi ke gym untuk selesaikan masalah obesiti ini . Start dengan ubah gaya pemakanan dulu . Cari apa yang boleh makan dan apa yang kena pantang makan untuk proses menurunkan berat badan .Memang bukan mudah tapi bila dah lama lama ianya jadi kebiasaan . Aku kongsikan juga Diet Bukan Cerewet Bab Makan .

Last sekali , tolong jujur dengan diri sendiri . Jangan jadi hipokrit . Aku Memang Gemuk ! So ? . Exercise tu kena juga sebenarnya , tapi paling banyak yang menyumbang kepada penurunan berat badan ialah gaya pemakanan kita . Ingat tuh !

126/366: "Daripada Simpan Baju Tak Pakai , Lebih Baik Usaha Sampai Boleh Pakai Dan Muat !"



Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . Hari ini aku rasa happy . Sebab semalam aku tengok lah wardrobe aku . Kan aku pernah cerita yang aku asingkan baju yang tak muat dan baju yang muat . Sampai bila nak simpan baju yang tak muat tuh?

Dan sebelum aku tidur semalam , aku terasa nak cuba beberapa baju aku . OMG ! Baju yang tahun 2012 tuh muat woi . And you know what , baju yang aku beli dekat USS size L Fit tahun 2014 , tak pernah berani aku nak pakai selama ni dan muat ! . Lagi sedikit je cutting badan aku komfom nice lah .

Best nya rasa bila baju yang tak muat , akhirnya kau muat juga pakai . Semuanya usaha aku exercise dan jaga makan . Alhamdulilah . Walaupun masih belum dapat lagi berat idaman , perjuangan misiku kurus mesti diteruskan untuk tampil bergaya pada hari raya nanti . Oh , aku pernah juga share yang Bersenam Itu Memang Tak Best , Tapi 2 Perkara Ini Akan Jadi Lagi Best !



Semua orang nak cantik , semua orang nak rasa dipuji . Tapi bila kita sedar diri kita yang tak kurus , bambam yang tak awesome , kita kenalah make it our life awesome ! The effort tu yang penting daripada tak buat apa apa . 

125/366 : "Perempuan Memang Cerewet Bab Deco Rumah"

Arghh , dapat idea nak buat dekat rumah ni 

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Terima kasih sebab sudi singgah ke blog ain ini . I is very the appreciate . Untuk hari ini , aku nak cerita lah yang sebenarnya "Perempuan Memang Cerewet Bab Deco Rumah Kan"

Aku sebagai perempuan memang akuinya . Tapi zaman zaman dulu nak cari design kena beli magazine , hire interior design lah . Zaman sekarang dah mudah kan . Aku suka gila tengok group dekat facebook ini . Ni haa : Deco Rumahku Syurgaku

Well , aku ini dahla tak berapa nak perempuan sangat . Bila cuci mata dalam group ini aku jadi lebih bersemangat nak deco rumah . Ni tunjuk dekat family ini mesti dapat ni . Hahaha . Sebab aku adik beradik semua lelaki . Diorang bukan kisah apa .

Woi , usha dalam group ini lagi best cuci mata dari korang dok usha handbag , kasut , tudung apa semua tuh . Betul lah orang kata , rumah ku syurga ku . Bila rumah cantik dan sedap mata memandang , kita pun jadi macam bestnya duduk rumah aku ni tak payah nak cari kebahagiaan dekat luar . Hahaha . 
lepas ni nak buat label bahan bahan dekat dapur tuh
Oh , dah terlanjur kita bercerita tentang deco rumah ini , aku pernah kongsikan juga 3 Sebab Kenapa Anda Kena Kemas Rumah Pada Hujung Minggu .

cantik kan lampu tuh

So sekarang kita dah tak ada sebab untuk kata , "Rumah aku biasa biasa je , actually kita yang boleh jadikan nya suasana yang luar biasa" . -oh , gambar ini semuanya aku ambil dekat group tuh . Its such inspire me !