Ain Makan Ape 20 Ogos 2021

Assalamualaikum.. hari ni tak berkesempatan nak morning walk sebab hujan pula . Alahai.. Jadi hari ni ain makan apa yer ? 

✅Cenonet dark chocolate ikea
✅Nasi goreng dan hotdog makan kongsi2
✅Nasi putih ayam masak merah dan sayur campur
✅Nasi beriani (jiran bagi)
✅ Nasi putih ayam masak merah dan sayur campur

Shopping Shopping Barang Dapur Cara Aku!


Assalamualaikum .. Teringat pula nak sharing sharing sikit tips yang ain selalu buat kalau shopping barang dapur . Jenis ain ni pula akan tak suka membazir , beli memang apa yang patut jer . 

Antara cara yang ain selalu buat sebelum bergerak ialah tulis dulu dekat notes telefon apa yang nak beli je . Kedua , ain standby duit cukup cukup je bagi mengelakkan terbeli memacam terutama sekali jajan . Lagi pula sekarang kan tengah proses turunkan berat badan , memang kena ada pantang larang dalam makanan . Kalau tak habis kelaut diet nanti . 

Lepastu ain juga dah boleh kenal pasti dua tiga tempat yang berbaloi untuk kita beli . Contoh macam dekat tempat A , sayur dia tak berapa fresh so ain pergi dekat tempat B . Jadi tak ada lah kita main beli je barang dapur yang tak berkualiti.  

Satu lagi , kadang-kadang kalau hari tu nak beli sikit je jangan gatal -gatal ambil troli . Ambil je bakul untuk mengelakkan dari penyakit terbeli .

Zaman sekarang ni mana yang boleh berjimat , kita jimat jela dan berbelanja dengan bijak. Janganlah terikut -ikut orang beli benda viral semua kita nak cuba . Ukur baju di badan sendiri . 

Ain Makan Ape 19 Ogos 2021

Assalamualaikum .. Hari ni pepagi kite bedal coklat Ikea . Coklat ni antara favourite ain . Dark coklat . Ain memang suka dark coklat .. Rasa pahit pahit coklat tu yang sedap . 

Lepastu lunch pulak makan nasi kukus ayam . Beli je . Tak masak pun . Malam pula makan roti dua keping dengan peanut butter . Kebetulan tinggal dua kerak je roti tu🤣 Makan je lah buat isi perut . Settle janji makan . Entahlah , lately jenis dah boleh control sikit nafsu makan tu . Sebab nak turunkan berat badan kan. 

Ain Makan Ape 18 Ogos 2021

Assalamualaikum. hari ni kita makan berdesup kemain . Pagi ni buat roti telur cheese . Sedap kemain . Yang nasi goreng pula abang ain yang buat sebab ada baki nasi semalam. 

Dinner pula masak nasi putih dan sup ayam campur kentang dan tomato kobis je . Dinner awal yer tuan tuan dan puan puan sekalian . 

Cukuplah makanan untuk hari ini . Alhamdulilah 😋

*Sengaja letak gambar dari bawah ke atas kihkihkihhh.


Alhamdulilah , Tiga Hari Kami Ber Yasin Online


Assalamualaikum .. Alhamdulilah , dah tiga hari kami buat Google Meet. Bak kata ada satu makcik jiran tu " Terima kasih ain, sebab buatkan link Google Mate untuk kita semua ". Wow , terus jadi mate yer gais. Hahhahahaa ..

Sebelum majlis bacaan Yassin secara virtual dibuat , macam biasalah makcik -makcik ni akan berbual bertanya khabar dulu . Tergelak -gelak ain dengar . Nasib la ain awal -awal mute kan microphone . Kihkihkih . 

Dahla tengah bertelekung , lepastu gelak pulak kemain kuat kan . Kihkihkih . Nasib ada fungsi button mute microphone . 

Seronok tengok ibu ibu kejiranan saya ni dapat jugak diorang berbual secara virtual . Sedikit sebanyak dapatlah juga tolong ibu-ibu ni berkomunikasi kan . So , untuk korang yang masih ada ibu tu .. Selalu la tanya , geng -geng mengaji tak ada buat ke mengaji online .. Boleh la ajar ibu ibu korang guna google meet ke , zoom ke ... Okay . 

Ain Makan Ape 17 Ogos 2021

Assalamualaikum , hari ni ain makan ape yer ?. Aduhai , kadang -kadang buntu juga tapi mana makanan yang boleh dimasak ain masak je la . Pagi ni abang ain yang masak nasi goreng dan hotdog . Untuk lunch dan dinner je ain yang masak .

✅Nasi goreng simple dan hotdog (makan kongsi kongsi je) itupun berapa suap je ain makan
✅ roti sapu dengan peanut butter 2 keping
✅nasi putih tomyam(lauk semalam ain panaskan ) , taugeh goreng dan ayam kentang masak kicap
✅nasi putih tomyam(lauk semalam ain panaskan ) , taugeh goreng dan ayam kentang masak kicap

Kalau perasan lunch dan dinner memang selalu lauk sama je , malas nak check in dapur banyak kali. 😜

Alhamdulilah..berat turun lagi !

Assalamualaikum .. Sudah menjadi rutin setiap hari sabtu ain akan timbang berat . Alhamdulilah , target achieve .. Dalam hati berkata , pada tarikh 14 ogos , aku mesti dapat berat tu . Mesti pecah angka depan .Guess what ?  Aku berjaya wehh. 

Pada 7 ogos , aku timbang dan berat aku 70.2kg dan seminggu lepastu berat aku terkini 69.3Kg ! Ya Allah , rasa macam bersyukur gila .. Bersyukur sangat . Bila ain tengok balik ain pernah je dapat berat 69.7kg pada tahun 2020 tapi sebelum PKP yang first .
Selepas itu , kelaut habis . Macam sebelum sebelum ni ..kali ni journey dia sangat berbeza . I really enjoy it ! Sebabtu ain rekod je segala apa yang ain makan di blog ni .. Boleh tengok dekat Ain Kurus

Insyallah , mengharapkan lebih banyak lagi penurunan .. Berat yang ain aim ialah 50 KG . Insyallah . Maksudnya still a long journey to go . Still 19.3 kg kot nak turun .. But , slowly but surely perhaps kan . Sebenar nak aim lagi sampai 44-45 kg macam gitu sebab ain punya tinggi 153cm . Cumanya , lets put 50 kg first kan . 
Doakan semoga ain istiqomah lagi yer . Insyallah . Ain nak kurus untuk lebih sihat .. Ain nak kurus to make myself proud ! Ain nak kurus sebab i really love myself 🧡 

Ain Makan Ape 16 Ogos 2021

Assalamualaikum . Ya Allah hari ni pun makan kemain lambat . Astagfirullah ... Tak rasa lapar ,tapi tu la risau gak dia punya tak nak breakfast tu kemain melampau . Ain start makan pukul 2 petang yer gais ! Yes ! Pukul dua petang .

Hari ni makan 3 kali je . Alhamdulilah kenyang .
✅ Jemput-jemput ikan bilis mata biru 
✅Tomyam ayam dan nasi putih masak sendiri
✅Tomyam ayam dan nasi putih masak sendiri

* Suka betul banjirkan nasi dalam kuah tomyam tu . Eee dap sangat . Alhamdulilah 😋

Kami Buat Majlis Yassin Tapi Secara Virtual

Assalamualaikum . Semenjak minggu lepas , makcik makcik kejiranan ni dah buat majlis yassin secara virtual. Pengerusi jiranwanita tempat ain ni minta ain untuk uruskan link . Kami guna kan Google Meet . Alhamdulilah berjaya juga. 

Majlis bacaan Yassin ni bagi tujuan berdoa diberikan kesembuhan serta kesihatan yang baik kepada jiran yang sedang diuji dengan penyakit covid 19 . Sedih sangat rasanya bila ada makcik yang mengalirkan air mata bercerita keadaan jiran yang diuji dengan penyakit covid ni . 
Dengan ain sendiri rasa sebak . Yelah , kita dah tak ada ibu . Dengan join group makcik makcik kejiranan ni la salah satu cara pengubat rindu ku ini kepada arwah ibu . Malam ni diteruskan lagi . Puan Pengerusi minta kami adakan tiga hari berturut-turut . Semoga doa -doa kami di dengari oleh Allah . 

Ya Allah , Engkau peliharalah kami Ya Allah . Kau sembuhkanlah penyakit ini.. Kau lindungi lah kami ya Allah. Engkau limpahkan lah rahmatMu Ya Allah . Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang .✨❤️

Ain Makan Ape 15 Ogos 2021

Assalamualaikum. hari ni weekend macam biasa lepas subuh membuta balik . Kihkihkih. Start makan pun jam 1:49 tengah hari . Gila kan . Hahahah . Entah la, maybe dah nak period. Dia punya sakit satu badan .. Ubat dia tidur je la . 

✅1 keping roti sapu peanut butter 
✅3 hotdog dan 2 roti letak cili sos sikit 
✅Nasi putih ayam masak red , sayur taugeh goreng 
✅Nasi putih ayam masak red , sayur taugeh goreng

Simple je lauk hari ni . Janji masak. Janji makan ! Janji jaga portion ! Janji  nak kurus tapi tak takut untuk makan nasi