Guna Kotak Kasut Buat Alas Keyboard Untuk Menaip


Assalamualaikum .. kalau semua nak tahu ain kalau update blog selalu nya menaip guna telefon je 😅 Mood banyak kearah menaip di telefon berbanding di komputer . Komputer yang ain guna ni pula zaman tokadok 🤣🤭 Zaman lama punya .

Setakat kerja menaip tu lepas la , tapi kalau nak buat edit video atau design memang tak boleh . Meja dan kerusi yang ain letak untuk set komputer ni pula tak sesuai untuk buat kerja kerja menulis dengan lebih lama . Sebabnya meja tu rendah . 

Jadinya kalau lama lama boleh sakit belakang nanti . Ain ternampak pula kotak kasut ain , haa boleh la meninggikan kedudukan keyboard tu . Okay , dah jadi sedap nak menaip . 

Insyallah , doakan ain yer ! Sekarang ni ain banyak mencari job job sebagai writer dan ghost writer . Masih awal lagi ni nak mencari .. 

Manalah tahu kalau korang ada tahu peluang terbuka sebagai writer boleh bagitahu ain yer .

Ain tinggalkan sekali email disini ⤵️
ain8291@gmail com 

17 September 2021 : Ain Makan Ape ?

Assalamualaikum.. Pagi ni nak mencari breakfast. Sebab terasa nak macam orang lain juga mencari breakfast di luar . Kemain yer pergi sampai 3 tempat . Sebab gerak keluar pun dah lambat kan . 

Total semua RM 10.40 . (roti john telur  RM 1.20 beli dua jadi RM 2.40 ). Nasi lemak (RM 2 beli dua jadi RM 4 ) Kuih karipap sebiji 0.50 yer . Tinggal inti keledek dan kentang je . Ain cakap buat 2 ringgit 2 ringgit jadi RM 4 . Ni untuk makan berdua je . Jadi lah . 

Dah kenyang kemain ain masak agak lewat juga pening nak masak ape , masak jela nasi putih dengan ayam kicap je 🤣 . Untuk dinner pula petang tu masa menyapu sampah di depan rumah jiran bagi nasi dagang . Jadi dinner ain makan la nasi dagang . 

Settel ! 🤲 Bersyukur ! 

Selamat Hari Malaysia 16 September ! Ain makan ape tu ?

Assalamualaikum .. hari ini hari Malaysia ! Pagi tu semangat bermain badminton dengan teman kecilku . Lepas balik dari ber badminton tu , rasa mengantuk gila . Ain tidur .

Tak makan apa pun hanya beralaskan air masak je . Bangun tu lapar dan panaskan lauk semalam . Ada balance mee soto dan begedil semalam . Makan lah kongsi kongsi sekadar alas perut gitu . 

Untuk late lunch dan dinner ain masak nasi putih dan tomyam je ! Simple simple je ! Janji masak ! Ceh wah ! Gitu ! 

Hari Soto dan Begedil Sedunia ! 🤣

Assalamualaikum .. hari ini ain isytiharkan sebagai hari soto dan begedil sedunia ! Hahaha . Malas nak memasak banyak kali ! Kita jenis masak sekali arung je orang cakap .

Pagi tu dah rebus kentang sesiap ! Memang nak masak begedil , alang alang dah beli tauhu pok ! My favourite ..buatlah dia menjadi tauhu begedil . Ain je yang makan sorang tu🤣 Kepuasan sangat . Ulang makan dua kali yer ! Untuk sarapan pagi dan untuk hitea 

Mee soto pula untuk lunch dan dinner . Begedil memang saja buatl lebih sebab kitorang memang suka meratah gitu . Cuma begedil ain simple je dan ain tak suka banyak sangat bahan yang diletak . Lebih suka rasa kentang yang penuh dan padat . Dipadankan dengan mee soto . Mee soto pula ain suka makan banyak taugeh ! nikmat betul krup krap krup krap rasanya 😍

Maka , terjadi lah hari soto dan begedil sedunia dunia dunia dunia seketul farahain sahaja ! Hahaha .

Mee Goreng Kemain Gelap Dan Nasi Ayam Di Malam Hari

Assalamualaikum. Hari ni ain makan ape la tu kan ?  Dah niat nak goreng mee hari ni ! Ain suka mee goreng gelap pekat melekat macam gitu 🤣 Ain pula jenis kalau goreng mee tak suka masuk kan sekali telur . Telur tu jadi tambahan macam telur mata gitu yang macam dalam gambar ataupun buat telur dadar . Baru umpphh . Sebab ain jenis suka rasa mee kosong gitu.  Tapi ni bubuh juga fishball ! Tapi yang penting mesti gelap pekat macam gitu . 

Mee goreng ulang makan dua kali . Lepastu keluar pi cari ayaq nyoq brown sugar 🤭 Rasanya sekarang memang tengah suka gila minum air ni . Astagfirullah ! 

Dinner pula masak nasi ayam terpaling simple janji masak ! Ain masak nasi ayam tak la macam dekat kedai tu . Janji tekak boleh terima . Senang je ! ayam perap dengan kicap dan madu sedikit pastu masak dekat airfryer ! Untuk sambal nasi ayam tu pula ada macam macam cara ain punya style , kalau malas sangat pakai sos cili dan sos tomato je .. Letak air sikit haa siap🤣🤭 

Gitu la cara ain memasak . Ikut suka janji masak . Janji tekak boleh terima .


Beli Nasi Kerabu Dan Makan Buah Buahan

Assalamualaikum . Hari ini makan lambat sangat yer ! Dah tengah hari baru mengisi perut 😅 Alas perut dulu dengan 3 keping roti spread dengan Passionfood spread the love . 

Dah petang baru menggigil perut . Pusing macam macam tempat cari nasi banyak dah habis . Lagi pula ain singgah kejap ke Giant beli barang dapur . Biasala kalau dah beli barang dapur , malas nak masak sebab penat yer alahai . Last last pusing pusing terjumpa orang jual nasi kerabu . Rembat je la ! Siap dengan ikan sambal ! RM 7 je ! okay la pada ain ! 

Akibat lambat makan , rasa kenyang sangat ! Makan nasi sekali je kan . Untuk dinner ain makan buah je . Sebab tengah banyak buah orang bagi , kita pun bedal je la . 

Alhamdulilah ! 

Malas Masak , Aku Makan Lontong Dan Tauhu Bakar Je Hari Ini !

Assalamualaikum ! Hari ini saya ain , mengisytiharkan hari memalas masak sedunia !  Bila dah malas masak kita pun apa lagi kan , beli la . Beli pun makanan yang bajet je awak ! Tak mahal mana pun . 

Pagi makan lontong ! Petang makan tauhu bakar . Wow , hari ni makan dua kali je 🤭🤣

Aku Guna Jejantas Semasa Morning Walk


Assalamualaikum.. Selamat pagi ! Selamat hari ahad ! Wah gitu ! jarang la yer seketul Farahain menulis seawal jam 8:50 pagi macam gini kan . Tu la , hari ni kita ubah sikit laluan biasa morning walk . Tahu sebab apa ? 

Sebab nak ambil dokumen dekat rumah Puan Pengerusi jiranwanita ain . Ain memangku jawatan Setiausaha semula selepas arwah makcik Hajah Asiah meninggal .Hmm ..Berat pada ain untuk menerima nya sebab jawatan Setiausaha bukan biasa biasa pada ain . Tapi tolong sedaya mana yang mampu je la kan .

Jadi nya , pagi ni kita ubah la laluan . cuba la melintas menggunakan jejantas tu . Jejantas ni legend kot dari zaman sekolah dah wujud . Cumanya biasa la waktu sekolah mana nak guna . Setiap anak tangga tu kemain cenonet kecik pula tu rasa macam malasnya nak kena naik tangga semata mata nak melintas .

Memang masa zaman sekolah kalau nak melintas guna jalan bawah je la . Hihihi .Tak kuasa nak guna jejantas macam dalam gambar ni . 

Tadi bila dapat lalu amboi kemain bahagia rasa dihati . Betul la orang kata , dah umur 30 ni .. Benda kecil kecil macam gini pun dah rasa happy! 🤣

Entah Apa la yang aku makan hari ini kan 😅

Assalamualaikum .. Boleh lah tengok entah apa je kan yang ain makan 🤣 Balik balik lauk yang sama . Entahlah . janji makan ! Ain ni jenis tak cerewet sangat dan tak berlebih lebih dalam makanan .

Kata nak kurus kan . Oh yang gelas tu air kelapa . Dapat Kelapa muda kampung abang ain kopek letak dalam jug berisi ais , apa lagi minum lah kita ! Alhamdulilah ! Kadang nengok orang makan kemain banyak lauk sampai tiga empat jenis , tapi ain tak . Kita ukur baju dibadan sendiri , ikut kemampuan diri sendiri . 

Janji ada makanan yang boleh dimakan . Alhamdulilah ! 🤲🤗

Roti , Sup Ayam Dan Begedil ! Ulang ulang la sampai abang jamil mampus ! 🤣

Assalamualaikum . bosan nya kan menu makanan ain 🤣 Tapi tu jela yang mampu disediakan . Pagi makan roti cicah sosej dua beserta telur mata disedapkan bersama sos cili dan kicap . 

Untuk lunch dan dinner , ain masak sup ayam campur juga dan pekena kan sekali dengan begedil . Itu la menu ain , ulang makan ulang ulang la sampai abang jamil mampus ! Selagi abang jamil masih hidup , selagi tu la menu makanan masih sama yer 🤣

Hahahahaha . Gurau jela ! Bersyukur la dengan apa yang makanan ada . Dari ada orang yang susah tak dapat makan kan .