PENJAGA UNTUK ANAK JIRAN

Hmm, dah bulan september rupanya. Few days ni aku tak berapa fokus sangat dekat blog. Tengok-tengok gitu je. Kalau ada kesempatan pun usha blog-blog geng JDT Blogger je. Maaf yer tak sempat nak blogwalking.

By the way, sebulan lebih ni aku diamanahkan untuk menjadi “penjaga” kepada anak-anak jiran aku. Kalau yang tak kenal boleh usha dulu The NF Generation, Anak Jiran Cipta Lagu Sendiri Kibar Jalur Gemilang. Mak ayah diorang pergi menunaikan ibadah haji.


Ada satu hari tu, lepas solat subuh aku dengar kuat gila diorang bagi salam. Bilik aku dekat atas memang tak dengar woi. Sampai suara risya dah nak serak-serak. Hahaha. Diorang dah nak pergi ke sekolah, Si Nana tu minta tolong sign kan slip untuk periksa. Tahun ni dia UPSR.

Lepas dia dah bagi slip tu, dia hulur surat ni, “Kak Ain baca la dulu” . Surat untuk ibu bapa menghadiri solat hajat untuk UPSR. Pagi tu aku cakap la “gi sekolah elok-elok”. Tutup je pintu, dekat bilik air aku menangis weh. Tahu sebab apa ? Sebab aku rasa berat juga sebenarnya amanah sebagai ibu bapa atau penjaga ni. Tambah lagi sedih pula hujan lebat pagi tu. Memang lagi feel kan cerita aku ni..Hahahaha😂



Diusia aku yang 27 tahun ni, yes ada kawan-kawan yang dah kahwin , ada yang dah ada anak. Aku masih lagi pegang title belum kahwin. Ada hikmah rupanya,tuhan tu tahu..I have to make this confession. Aku memang tak suka budak-budak. Hahaha. Sumpah tak tipu! Kalau tengok anak-anak kawan tu,aku pandang gitu-gitu je. Sampai ada member aku cakap “ko pandang gitu je gambar anak aku,aku ni beriya lahhh eee comelnyaa” 🤣

Yer, i’m not a kids lover. Tapi, tuhan ajar aku dengan hantarkan anak-anak jiran sebagai satu ujian mungkin. Bukan diorang ni je yang aku rapat tau. Dengan anak-anak jiran yang lain pun ada gak. Kadang-kadang petang diorang main basikal, sempat bagi salam dekat rumah aku. “Eh kak ain ni ada dekat rumah ke tak?” 🤣

Nampak tak dekat sini, boleh jadi benda yang kita tak suka turn up sebenarnya itulah benda yang kita kena hadapi. Dont worry, tahap tak suka aku ni belum sampai level jahat. Aku just ada rasa macam rimas dengan budak-budak. Tapi aku boleh layan diorang. Korang nampak tak apa yang sedang tuhan didik aku? Aku rasa ini cara tuhan melembutkan hati aku, end up satu hari nanti aku akan jadi ibu kepada anak aku. Insyallah. So kalau aku ada respon dekat story kawan-kawan pasal anak tu, sama ada memang anak kau comel pada aku atau aku tengah melatih diri aku untuk being a kids lover hokay! Please dont hate me guys!🤪

Nak bagi pesanan : sebab blog akuainkausiapa ni public semua boleh baca, kalau ada anak-anak jiran kak ain yang baca...Alamak, dah kantoi! 🙈kbye! Tolong jangan kecam sissterrr 😂

sorry; gambar tak banyak sebab not in a mood to take pic. Tiberrrr...

AKU AIN & JDT BLOGGER-1


Aku pernah up satu entri teringin nak lepak dengan geng blogger pada tahun 2014. End up , Allah tunaikan permintaan aku yang ini. Aku officially join JDT Blogger.
Macam mana aku boleh join JDT Blogger? Aku dapat event daripada Dominos Pizza waktu tu ada review Samyeang Pizza . Boleh baca entri tu. Disitu la bermula nya aku mula nampak kewujudan JDT Blogger ni.
rupanya kak Seri pun ada jugak.hehehe
Masa event tu aku mula perasan kak Hernee. Tapi tak tegur lagi sebab tak tau nak sembang apa🙈.  Balik dari event tu aku cari dekat Facebook , siapa la blogger yang aku jumpa tadi tu. Aku terus tanya direct “Macam mana nak join JDT Blogger?”
Haa, amek kauu.. Sekarang, Alhamdulilah seronok bila dah masuk dalam group blogger ni. So, aku perkenalkan kak Hernee Nazir. Dia yang lah membawa aku turut serta dalam group ni. Terima kasih kak H.  Korang dah terjah blog dia ? herneenazir.com
terjah rumah kak H masa magrib kau,nasib dapat merasa soto.hahahha.
Kak Hernee ni kelakar orangnya dan sporting. Rasanya caring pun yer🙊 Sebab boleh rasa feel penyayang tu🙊. Bukan itu sahaja, Ain pun belajar cara nak update review makanan , cara tangkap gambar dengan dia. Bestkan bila kita dalam satu team, ada yang akan tolong kita. Boleh nampak gak improvement ain dalam food review. Tiber puji diri sendiri.Hahaha.

Haa,, cerita aku dan JDT Blogger akan bersambung lagi .. Nantikan part seterusnya...

ANAK JIRAN CIPTA SENDIRI LAGU KIBAR JALUR GEMILANG


Haa, masih tak boleh move on dengan cerita anak jiran ain? Hahaha. Weh, they are apart of my diary of the day. Makanya haruslah ain bercerita tentang diorang kan. Kenapa? korang masih blur-blur ke siapa diorang ni?

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on

Korang kena kenal dulu The NF Generation. Selepas cerita diorang buatkan Cornflakes Madu untuk ain, kali ni diorang kembali lagi dengan mencipta lagu kebangsaan uolls. Woi, semangat betul diorang nyanyi. Memang patriotik betul tau. Aku dengar pun rasa macam.... dah lama tak rasa semangat kemerdekaaan macam gini.

Terus aku dengan abang aku pakat okay kita rekod jom.Ni lirik semua diorang compose sendiri tau. Kemain semangat woi diorang prektis sebelum hari nak rekod tu. Pastu, kebetulan ain ada dapat bendera Malaysia ni masa “The Greatest Showman Circus”, apalagi jadikan lah bendera tu sebagai prop masa diorang rekod. Maka, inilah hasilnya...... Korang support jom dan komen sekali tau .. Effort diorang tu yang kita kena hargai.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!🇲🇾