5 DOA DOA RINGKAS BULAN RAMADAN

5 DOA DOA RINGKAS BULAN RAMADAN


Assalamualaikum , marilah kita ummat Islam untuk terus berdoa . Doa la yang baik - baik sempena datangnya bulan Ramadhan . Kita semua tahu, Ramadan adalah bulan yang paling mulia dan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia.


info berdoa ketika ramadan


Adab - adab ketika berdoa :

  • Dimulakan dengan memuji Allah dan selawat serta Bismillah
  • Sebaiknya dalam keadaan berwuduk
  • Memahami isi doa yang dibaca
  • Yakin lah dengan doa yang telah dibaca

tiga waktu yang terkabul doa


Waktu terbaik untuk berdoa :

  • Sepanjang bulan Ramadhan
  • Malam lailatul Qadar 
  • Hari arafah
  • Hari Jumaat dan malam Jumaat
  • Ketika waktu bersahur

Berikut ialah 5 doa doa ringkas bulan ramadhan



JDT BLOGGER , KELAB BLOGGER AKTIF DI JOHOR

KELAB BLOGGER AKTIF DI JOHOR


KELAB BLOGGER AKTIF DI JOHOR

Assalamualaikum . Sebenarnya , dah lama ain dah teringin nak bertanya . Hehehe. Malu pula nak tanya . Tapi , kalau malu tak kan kemana hidup kita kan . Ye dak ?


Soalannya : Macam mana blogger blogger nak join kelab blogger ini ? 


Luahan hati : 

Sebab ain ada juga follow beberapa blogger yang dah join kelab ini . Banyak juga aktiviti yang ain dapat lihat mereka lakukan bersama . Jujurnya , ain memang teringin nak join , nak berjumpa dengan rakan rakan blogger secara personal / face to face . Sebabnya , lenguh kot jari asyik menaip je . Aku ini jenis manusia yang banyak guna mulut dari jari (keyboard warrior) .hahahha. 


Maksudnya , aku suka bercakap , aku suka berborak face to face rather that menaip je. Bosan hang tau dak . Jadi , kalau aku dapat join kelab blogger ini sekurangnya aku dapat menambah rakan rakan lagi bukan hanya di alam maya sahaja .


Jadi , kepada para blogger yang baik hati lagi comel , boleh kongsi dengan ain , macam mana nak join. hahaha.

**artikel yang ditulis pada tahun 2016**

TERKINI , 2022 

Begitu lah luahan hati ain pada tahun 2016 dan pada tahun 2018 ain telah kembali aktif dalam dunia blogging ini . Kisahnya , pada tahun tersebut la ain turut serta sebagai ahli kelab JDT Blogger . Tak dinafikan , rezeki ain semakin banyak apabila masuk ke JDT Blogger . Bukan itu sahaja, ain dapat meluaskan networking (dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi blogger yang aktif di Johor dan juga rakan - rakan media digital dari pelbagai social media )


Masih dalam ingatan event pertama yang ain sertai (bersua muka) iaitu ketika buffet ramadhan review di Hotel Pan Pacific Johor Bahru . (Hotel nya pun dah di tutup) . Waktu tu ain masih lagi shy shy cat (gelak pun cover line) . Tapi selepas dah selalu datang ke event bersama geng JDT Blogger , habis terkeluar perangai sebenar . HAHAHA . Rezeki banyak mencurah -curah untuk JDT Blogger apabila kami menerima banyak jemputan untuk review buffet ramadhan . Jadinya , kalau nak mintak recommendation atau pun membaca review mereka , boleh je terus masuk ke laman website rasmi JDT Blogger . Bukan itu sahaja , kami juga banyak menulis tips , info terkini , pengalaman serta personal experience dan diari kehidupan harian setiap ahli. Malah , kami juga menerima job atau tugasan (task) secara online dan offline . Sebagai contoh ; jemputan media (majlis perasmian pembukaan kedai , product launching ) , food review dan juga product collaboration . 



Di dalam laman website rasmi JDT Blogger sangat lengkap dengan informasi semua ahli JDT Blogger serta posting artikel terkini yang ditulis oleh semua ahli . Dibawah ini ain sertakan link lengkap laman website rasmi :


Laman website JDT Blogger :


Boleh juga baca cerita ain bersama dengan geng JDT Blogger yang lain disini :