THE PERFECT GUY...

THE PERFECT GUY...


Waktu aku menulis ini, aku bertanya kepada Dia.."Tuhan, kenapa aku menangis?" Aku dah lama tak bangun subuh awal terjaga sebelum alarm. Sebab aku ni perempuan tidur lambat. Kalau subuh pun dah dekat subuh gajah orang kata. 🤪Tapi, pagi ini.. Aku terjaga dari mimpi. Mimpi itu..Aku rasa biarlah ianya menjadi rahsia.

Tapi, kenapa aku menangis? Sumpah, aku tiada jawapan itu. Tapi yang pasti jawapan itu tentang mimpi aku.

The perfect guy!

Iya, pada saat ini . Aku dah penat untuk berteka-teki tentang ini. Aku tahu the perfect guy tak pernah wujud! Tapi akan ada someone yang terbaik dihantar oleh Allah untuk aku.

Lepas mimpi tu berlalu, i keep denied of myself..Aku rasa bersalah pada diri aku dan kepada mereka yang terlibat. Aku selfish dalam perkara ini. Aku pernah cakap aku dah penat nak jadi perempuan yang try hard dalam perkara ini. But, itu lah yang aku tak sedar selama ni.

Being selfish just for myself!

Lalu, apa kaitannya? Aku jadi selfish pada kriteria lelaki idaman yang aku nak. Aku lupa aku dah berjanji pada Tuhan. Aku lupa yang aku pernah ungkapkan, Aku nak jodoh itu datang dari Allah, bukan aku yang pilih. Bukan aku yang sesuka hati rasa “Oh ini lah mungkin jodoh aku” Silap. Aku tak sedar sebenarnya aku dah ingkar janji dan rayu aku itu kepada Tuhan.

Kepada dia yang datang dalam mimpi aku,

Aku tak tahu nak berkata apa..

Biarkan sahaja Allah lakukan kerjaNya. Aku berdosa kepada mu ya Allah, sebab aku pentingkan diri aku sendiri dalam soal ini.

Mungkin suatu hari, kita pasti berjumpa.. Aturan dari Tuhan. itu yang paling aku mahukan.

Aku delete nombor telefon dia, aku delete conversation dia. Semua. Sebab itu mungkin cara aku memaafkan diri aku, yang ingkar pada janjiNya. Aku selalu cakap , #jodohtakpernahsalahalamat dan #doayangbaikbaik. 😇

Aku tak pasti dia yang aku mimpi itu baca ke tidak blog aku ni. Hahahaha.🙈 Kepada yang membaca ini, mohon jangan kecam ataupun muntah..Hahaha. *done lap air mata perempuan Nur Farahain😂

By the way, aku sejenis menaip dahulu di notes handphone baru aku fikir nak publish ke tidak ke dalam blog. Ternyata, aku terasa mahu berkongsi rasa ini. Jangan tanya pasal mimpi aku itu🤐

VLOGGER TERJAH KILANG MOHA BIOTECH

VLOGGER TERJAH KILANG MOHA BIOTECH

moha biotech
Kak Faezah & Ain

Pada 17 November , Ain diberikan peluang untuk menerjah ke Kilang Moha Biotech yang terletak di Taman Putri Kulai , Johor. Pagi itu ain dan Kak Faezah as my partner bertolak dari Johor Bahru ke Kulai. Tak susah pun korang waze je Moha Biotech Manufacturing Sdn Bhd pasti jumpa. Semasa mendapat invitation ini, ain rasa macam.."Alaa, ni mesti nak promot produk timbang kilo". Itu lah persepsi masyarakat kita terhadap kilang yang menghasilkan dan mengeluarkan produk kosmetik , kecantikan dan supplemen.

Tapi, this mindset has been change..

Tentang OEM & GMP yang orang awam tidak tahu

At first , kami diberikan taklimat dahulu. Pihak Moha Biotech memberikan penerangan yang sangat jelas tentang kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) dan GMP (Good Manufacturing Practice). Barulah ain tahu apa makna dan fungsi sebenar kenapa setiap produk yang dihasilkan perlu diberitahu dimana ianya dikeluarkan dan dihasilkan. Bukan itu sahaja, setiap kilang yang beroperasi perlu mendapat lesen untuk mengeluarkan produk dan wajib mematuhi guideline yang telah ditetapkan. Bukan boleh senang-senang gitu je nak produce dan distribute produk kepada orang awam.
moha biotech
Terima kasih Encik Khalid yang sudi menjadi 'tour guide' kami 

Bercakap tentang orang awam , ini merupakan pertama kali pihak Moha Biotech membuka kepada orang awam untuk melihat secara live macam mana kilang ini beroperasi sepenuhnya. Wow! Sebelum nak masuk, kami memang kena pakai pakaian yang disediakan bukan boleh saja-saja je masuk macam gitu. Kebersihan dan keselamatan sangat diutamakan. Itu lah yang membezakan produk yang dikeluarkan dari kilang OEM & GMP. Bukan itu sahaja, kepada founder-founder yang excited nak hasilkan produk sendiri , buatlah research terlebih dahulu. Jangn fikirkan keuntungan semata-mata dan memberi kesan negatif kepada pengguna.
moha biotech
semua vlogger bergambar dihadapan Moha Biotech

Pada hari itu juga , kami ibarat membuat "kilang tour" dan dari situ lah ain nampak sendiri macam mana permulaan produk yang kosong dan menjadi produk siap sepenuhnya. Di sebelah petang pula , kami diberi peluang untuk membuat sendiri DIY serum dan face mist. Ternyata aku memang tak sesuai nak membuatnya. Hahaha. Sebab nak kena sukat bahan betul-betul ikut sukatan yang diberi oleh pihak chemist. Aku ni terkial-kial nak measure. Lepas dah measure semua kita campurkan semua bahan dan kacau-kacau terus jadi.
moha biotech
Ain ootd minah kilang be like

moha biotech
Ain siap dapat sijil lagi. hehehe.

Nak buat produk sendiri terutama produk kosmetik dan kecantikan ini sama macam buat kek lah. Yang membezakannya ialah sukatan gula , tepung , telur dan bahan untuk mencantikkan seperti pewarna , perisa tambahan. Its how you present the best view of the product lah orang kata! Presentation yang menarik pasti akan mendapat perhatian orang yang melihatnya. Sama lah jugak dalam penghasilan produk. Its all about the spec! Tapi apa-apa pun berbalik juga kepada fungsi kegunaan produk itu. Product knowledge! Itu yang kurang didedahkan kepada masyarakat dan kesannya , bila sesuatu isu viral , habis tempias terkena kepada pengeluar. Orang kita gila nak putih! Orang kita gila nak kurus cepat! Itu lah sebenarnya main point utama. Tapi dia tak tahu cara yang selamat. At the end of the day , jadilah pengguna yang bijak! The choice is always yours ! Oh , aku ada buat vlog, sudikan terjah yer!


Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang Moha Biotech , boleh terus layari ke: http://mohabiotech.com.my/

AKU AIN & JDT BLOGGER -2

AKU AIN & JDT BLOGGER -2

jdt blogger
Kak Mar bergambar betul-betul belakang Ain

Aku dah lama taip tentang perkenalan Aku Ain & JDT Blogger ni. Cumanya tak berkesempatan nak publish kepada pembaca. By the way, entri ini bersambung dari part 1. Kalau belum pernah baca, bolehlah terjah sini dulu.AKU AIN & JDT BLOGGER-1

Masa mula-mula join group whatsapp JDT Blogger, aku macam ada satu perasaan yang “diorang ni mesti kalau jumpa depan-depan senyap, dalam group whatsapp je kecoh”. Hahaha. (ni ada jap lagi kena caruts dengan diorang)😂. Rupa-rupanya tanggapan aku silap.

Sebab based on aku tengok blogger-blogger ni mostly pendiam tak banyak cakap. So, siapakah blogger seterusnya aku mula kenali? Masa tu pulak rezeki kami dapat banyak review buffet ramadhan.

First time jumpa face to face

Inilah first time aku jumpa diorang face to face. Kitorang dapat review buffet ramadhan dekat The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru. Sumpah aku tak kenal diorang waktu ni😂. Aku ni ada masalah nak ingat nama orang sebenarnya. Bila jumpa pertama kali dekat lobi hotel tu, aku salam dan dalam kepala otak ni sebenarnya tengah mengecam muka dan ingat nama diorang dan nama blog diorang😂.
jdt blogger
tuu haa, ain duduk berdepan dengan kak Mar 

Sorry ler kalau Ain time tuh memang nampak sombong. Sebab tengah nak buat sesi pengecaman 🤣. So , Ain duduk berdepan dengan Kak Mar. Pemilik blog jnjikita.

Basically kitorang borak pasal makanan yang ada depan mata jela. Hahaha. Sebab baru first time kan. “warm up dulu , enjin belum panas” Kihkihkihkih.

Next, masa program Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang kitorang sampai serentak. Bukak pintu kereta je baru nak keluar barang , “eh nampak kak Mar dengan family dia”. Bukan itu sahaja, masa hari kedua main paint shooting dengan memanah pun kitorang buat aktiviti tu together gether la katakan. Hahaha.
jdt blogger
Masa ni kitorang main paint shooting

Haa, korang pergi la terjah blog jnjikita ni.  Kebetulan dia baru menyambut hari jadinya yang ke 34. Korang wish lah birthday dekat Kak Mar ni.Sebenarnya, geng JDT Blogger ni boleh dikatakan semua power-power weh. Tengok pageviews diorang dasyat-dasyat. Aku ni masih sendu tau tak dan masih taraf #bbnu (budak baru nak up).Hahahaha

So, kak Hernee dah , kak Mar dah... siapakah JDT Blogger seterusnya... nantikan😁

“JOM RASA” , SET LENGKAP LUNCH DARI ISNIN HINGGA JUMAAT DI SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU

“JOM RASA” , SET LENGKAP LUNCH DARI ISNIN HINGGA JUMAAT DI SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU


Alhamdulilah, pada 10 November yang lepas Ain dan beberapa geng JDT Blogger telah berkesempatan mencuba kesemua set “Jom Rasa” . Set “Jom Rasa” ini telah dihidangkan oleh pihak Rilek the Cafe yang terletak di Hotel Swiss Inn Johor Bahru.
swiss inn johor bahru
JDT Blogger bergambar bersama dengan chef


Lunch dengan hanya RM18


Untuk set “Jom Rasa” ini akan dihidangkan pada waktu makan tengah hari bermula jam 12:00pm sehingga 3:00pm. Set ini berharga RM18 tetapi tak termasuk air tau. Kalau nak air , ain cadangkan mintak air Apple Asamboi. Sedap sangat dan sangat blend dengan tekak kita dah makan macam-macam kan. Terdapat 3 jenis air yang ditawarkan iaitu Sirap Selasih , Apple Asamboi dan Limau. Tapi kalau korang nak request air lain pun boleh je. Ingat, set RM18 ini  hanyalah set makanan sahaja.
swiss inn johor bahru
Set B - Hari Selasa & Jumaat

swiss inn johor bahru
Set B- Hari Isnin & Khamis

swiss inn johor bahru
Set A - Hari Selasa & Khamis

Keunikan set hari Isnin hingga Jumaat


Uniknya set “Jom Rasa” ini hanya ada pada hari Isnin sehingga Jumaat je. Bukan itu sahaja, setiap hari , set yang ditawarkan adalah berbeza-beza. Setiap hari akan ada dua set hidangan yang ditawarkan iaitu Set A dan Set B. So, Ain cadangkan korang datang la secara berjemaah. Hahaha. Boleh sharing-sharing together gether dengan kawan-kawan atau mungkin dengan office mate uolls semua.
swiss inn johor bahru
Set A- Hari Isnin & Jumaat

swiss inn johor bahru
Set B- Hari Rabu

swiss inn johor bahru
Set A -Hari Rabu

swiss inn johor bahru
Pelbagai jenis minuman yang dihidangkan

Apa yang sedap sangat pada aku ialah dia punya Laksa Johor. Pergh, nama pun orang Johor pastilah memang gila betul dengan masakan Johor. Laksa Johor ni akan ada pada hari Isnin dan Khamis iaitu pada Set B. Bukan itu sahaja, korang wajib juga cuba Mee Kari yang akan dihidangkan pada hari Isnin dan Jumaat iaitu pada Set A. Ada lagi rare dalam menu “Jom Rasa” ni iaitu Deep Fried Sugarcane. Orang melayu kata tebu goreng. Wow, sedap betul. Untuk set ini hanya ada pada hari Selasa dan Khamis di Set A. Untuk yang minat pasta macam aku ni korang boleh datang pada hari Selasa dan Jumaat di Set B iaitu Seafood Pasta Aglio Olio.

Kesimpulannya, setiap set yang dihidangkan ada kombinasi mix and match makanan Melayu , masakan Johor , dan makanan western. Tepuk dada, tanya selera yer kawan-kawan semua. Jangan lupa tanya dekat kawan-kawan #awakmakanape ? 😄
swiss inn johor bahru
ain lah yang masak semua ni.hahahaha.

📍 Hotel Swiss Inn Johor Bahru
for enquiries or reservations, please call 
07-2183351(Farah) or email farah.jalal@sijb.swissgarden.com
facebook : Swiss-inn Johor Bahru
instagram : @swissinnjbofficial

swiss inn johor bahru
Ini lah menunya

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape dan follow Instagram @awakmakanape.

AKHIRNYA DAPAT JUGA BERJUMPA DENGAN BLOGGER POPULAR MAT GEBU

AKHIRNYA DAPAT JUGA BERJUMPA DENGAN BLOGGER POPULAR MAT GEBU


Semenjak aku rapat dengan Sis Lin dan Kak Sunah Sakura ni, aku jadi semakin kenal ramai blogger-blogger di Malaysia ni. Ain ni sebenarnya main bodoh-bodoh je menulis blog. Bila dah start join JDT Blogger la baru makin upgrade sedikit pengetahuan tentang blog. Pada aku, Sis Lin dan Kak Sunah ni dah berada pada level-level atas. Aku ni tahap sendu paling dasyat. Respect juga pada diorang sebab tak aku nafikan, diorang antara “penggerak utama” aku yang sekarang. Hahaha.
BERJUMPA DENGAN BLOGGER POPULAR MAT GEBU
tengok lah set hidangannya...pehhh,, sangat perfect!

Makanya, hari tu dapatlah aku berjumpa dengan blogger popular Mat Gebu. Pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan , tiffinbiru.com . Wah, excited kau rasanya. Aku ada buat short vlog, sudikan tengok yer uolls. Hehehe.

BERJUMPA DENGAN BLOGGER POPULAR MAT GEBU
ni masa breakfast sebelum bergerak...
Okay, cerita di meja makan rumah Mat Gebu, aku dengan kak Sunah kemain dah dok amek gambar buat video, boomerang semua siap. Hahaha. Pada hari itu, Sis Lin tegok air kopi kemain lupa daratan terus. Hahaha. Okay, menu yang disediakan ialah Laksa Johor , Tauhu Bergedil , Kek Marble. Jujurnya, laksa johor tu memang sedap yang amat. Ain makan dua sanggul. Tak ada la banyak sangat. Opps yeke🤣 Itu belum masuk tiga ketul Tauhu Bergedil selamat ku bedal dan sepotong kek marble.
BERJUMPA DENGAN BLOGGER POPULAR MAT GEBU
okay, aku je makan 3 ketul.sekian.hahaha.
Selepas itu, aku tengok Kak Sunah dah macam nak tidur, aku pun terjoin sekali. Haaa, gasak aku jadi ular sawa kau slumber je tidur. Memang dah tak tahan sangat dah tu matanya. Hahaha. Nyempat Sis Lin tangkap gambar curi kitorang tengah membuta. Siot je!
BERJUMPA DENGAN BLOGGER POPULAR MAT GEBU
kopi tuh Sis Lin tegok berapa gelas kan! eh.hahahaa.

Betul lah orang kata, orang popular pada bakatnya ni biasanya humble je. No wonder Sis Lin kata bertahun-tahun tau dia kenal Mat Gebu ni, sama juga dengan Kak Sunah. Diorang kenal daripada msjbox di blog. Nampak kan the power of blog! Akhir kata, terima kasih tuan rumah Mat Gebu kerana sudi menerima tetamu dari Johor Bahru ni. Semoga Allah terus melimpahkan rezekiNya buat Mat Gebu sekeluarga.
BERJUMPA DENGAN BLOGGER POPULAR MAT GEBU
muka aku bahagia betul lepas jadi ular sawa
Psst; tengah hari makan Laksa Johor, malam makan Laksa Penang. Berguling terus jadi ular sawa sepanjang hari.. hahahaha.

HILANG KEYAKINAN DIRI

HILANG KEYAKINAN DIRI


Semua orang pernah rasa hidup turun naik. Semua orang pernah rasa sakitnya jatuh, dan bestnya rasa hidup bahagia. Begitu juga dengan aku. Oh ya, kalau orang yang betul-betul kenal aku pasti tau aku ni jenis tak suka kongsi kisah peribadi aku. Sebab aku ni jenis kuat berahsia sikit. Tapi bab ini, tentang hilang keyakinan diri ni aku sebolehnya nak berkongsi dengan korang. Sudi kah awak membacanya? 😂
cara tingkatkan keyakinan diri
Bersenam dapat meningkatkan lagi keyakinan diri

Lepas ibu aku meninggal, aku pernah rasa tak nak hidup! Sumpah demi Allah. Bertahun jugak aku down gila babi kata orang. Maksudnya memang tahap down sangat ni. Sebut pasal ibu je aku nangis. Aku pernah attend satu program ni dan pengacara tu mintak aku kongsi kenapa graf hidup aku tetibe merundum. Dan aku nangis gais di depan ramai orang. Hanya kerana aku nak orang faham dan tahu “Aku tengah sedih, ko faham tak apa yang aku rasa”.


The choice is always yours


The truth is, nobody can understand you! Hanya diri kau je yang boleh faham kau. Qoute ni aku selalu cakap ,”The choice is always yours!”. Aku silap buat pilihan gais. Aku pilih untuk meratapi rasa sedih. Aku biar perasaan sedih tu dalam hidup aku sampai tahap aku hilang keyakinan diri. Aku taknak jumpa semua orang. Aku elak kalau terserempak dengan orang yang aku kenal. Aku buat-buat tak kenal, buat-buat tak nampak kalau aku keluar mana-mana. Sampai berat badan aku naik cecah hampir 90Kg. Kau rasa best ke tu? Tu belum lagi aku terus tak ada confident nak bawak kereta. Padahal dulu slumber je boleh drive long distance jb-kedah. Kau rasa best ke ?

Ingat senang ke ?

Ingat senang ke nak get back being the real of me? The person who always talk and laugh! Sampai orang pernah cakap dekat aku “Ain kau tak penat ke gelak?”. Deep down into my heart, orang tak tahu apa yang aku rasa. Apa yang aku tengah bertarung. Sakit sangat bila meratapi orang yang kau sayang tu dah meninggal.

Sampailah aku decide i wanna take a move. Tak boleh ni. Aku jenis ada prinsip gais! Aku tak suka tipu diri aku sendiri. At that time aku memang bedal je makan ikut suka tu yang sampai berat badan naik kebabom. Hahaha. Sampai aku start rasa mengah, tak larat berjalan dan baju banyak dah tak muat. Hahaha. Uish, aku memang tak sedar weh bapak besar badan aku.

Lalu, aku buat keputusan aku kena exercise ni. Yes exactly, bila aku dah tahu cara yang betul untuk turunkan berat badan, perasaan sedih tu mula hilang sedikit demi sedikit. Masa aku join JK1M pada tahun 2016 tu pun sebenarnya aku belum jadi diri aku yang sebenar. Aku masih cover line lagi tu. Mesti geng-geng sado kata aku sombong. Hahaha. Fun fact about me, aku memang saja je mula-mula untuk acah-acah buat muka sombong kalau permulaan perkenalan.
cara tingkatkan keyakinan diri
masa ni aku tengah period pain, tapi aku boleh gagah workout jugak.

Maka,kenali lah aku. Dekatilah aku. Komfom lepastu takkan nyesal kenal dengan budak sombong akuainkausiapa ni🤣. Mark my words beb! You will be never regret. Aku bagi 100% jaminan. #omg #ainissoconfident 😆 Bila kau tengah hilang keyakinan diri ni, nasihat aku keluar dari tempat yang kau tengah sedih tu. Contohnya kalau bile dekat rumah kau sedih, selalu lah keluar dari rumah pergi window shopping ke, exercise ke lepak dengan kawan-kawan ke. Buat something untuk diri kau. Make yourself busy. Cakap senanglah. Masa aku tengah down tu, aku masih jugak keep in touch dengan few close friends. Majoriti yang cakap “make yourself busy”

So, first step aku buat ialah dengan turunkan berat badan. Memang fokus kaw-kaw waktu tu. Sampai sekarang aku boleh maintain la kawal pemakanan aku. Bukan lah selalu eat clean tapi kawal lah gula, garam, minyak dan lemak dalam badan tu. Lepastu aku make a move dengan fokus pada bisnes aku. Make a lot of networking dan jumpa ramai orang.
cara tingkatkan keyakinan diri
kau tengok, aku sanggup merangkak berguling dekat pasir.

Fun fact about me, aku memang paling suka pergi event. Jumpa ramai orang. Itu lah yang paling aku suka. Aku boleh spent time masa lama-lama buat benda ni. Aku nak ucap thanks banyak-banyak kepada geng JDT Blogger sebab small step dan keputusan yang aku buat sekarang sebenarnya banyak merubah hidup aku. The moment aku start aktif balik blog dan being in that community make my life so happy. A big applause to my team JDT Blogger 👏🏼👏🏼👏🏼

Kesimpulannya, ramai orang dia nak berubah. Bagus untuk ada perasaan nak berubah ke arah lebih baik tu. Tapi kalau NAK sahaja tak cukup gais! Nak itu perlu disertakan dengan tindakan. Tindakan tu kau kena beri 100% komitmen. Biasalah, manusia bila belum dapat merengek macam apa merayu pada tuhan, bila dah dapat adakah kau akan bersyukur dan masih taat kepadaNya? Tepuk dada tanya selera. Kalau nak belajar cara gelak dengan kuat, boleh tanya penulis akuainkausiapa. Nasib lah geng JDT Blogger habis pekak telinga dengar ain gelak 😂

Share dekat ain, korang pun pernah ke hilang keyakinan diri? Jangan malu untuk komen, kita ni semua manusia biasa. Tetap sama taraf kita. Hamba Allah.🤗