Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk
Pembukaan pusat beli-belah tersebut dilancarkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuklah konsert bersama Joe Flizzow dan Joyce Chu
Johor Bahru – IKEA
Southeast Asia melancarkan pembukaan besar-besaran Pusat Beli-belah Toppen
dengan pertunjukan pratonton yang menarik untuk warga Johor dan kawasan
sekelilingnya, di mana ia menyasarkan untuk menjadi hab komuniti terbaharu di
Tebrau.
Dari 13 November
hingga 24 November 2019, Pusat Beli-belah Toppen menjemput para pengunjung
bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan
seperti bengkel seni, yoga untuk kanak-kanak, melukis wajah dan ber’zumba’ beramai-ramai. Peluncur papan
selaju, parkour serta tarian
berkumpulan tempatant akan turut menganjurkan pertunjukan dan pertandingan.
Orang ramai juga dijemput berkunjung ke kedai- kedai permainan, makanan, sudut
fesyen untuk melihat banyak lagi acara menarik yang bakal dinikmati di Toppen
kelak.
Festival #JelesEk
Diinspirasikan
daripada kempen #JelesEk yang meraikan sifat keperibadian warga Johor yang
ikonik, Toppen akan mempersembahkan secara langsung lagu
tema #JelesEk pada 16 November 2019, sebagai acara kemuncak festival tersebut.
Ia akan menampilkan bintang kelahiran Johor, Joe Flizzow dan Joyce Chu yang
telah bekerjasama mencipta video muzik khas untuk Toppen. Lagu tersebut juga
digunakan untuk cabaran TikTok #JelesEk. Buat julung kalinya, Toppen serta
peneraju utama video pendek mobile ini, mengajak orang ramai untuk menari dan
menyanyi (lip-sync) lagu tema tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM10,000. Untuk
menpergiatkan lagi pertandingan tersebut, Toppen juga telah menyediakan
beberapa tempat untuk ber-TikTok
untuk para pengunjung. Tambahan lagi, Toppen juga turut dipilih menjadi tuan
rumah bagi sambutan tahunan Hari TikTok pada 17 November 2019, yang akan
mengumpulkan lebih 80 ‘influencer’ dari serata Malaysia dan Singapura untuk
menghasilkan cerita (content) yang kreatif dan menyeronokkan di Toppen. Juga
pada 13, 16, 17, 23, dan 24 November 2019, pengunjung diajak untuk menyertai
pertandingan mencari harta karun yang dianjurkan oleh TikTok.
|
|
|
|
The Topp
Tarikan utama di
Toppen iaitu The Topp memegang peranan penting di festival ini. Dicipta khas
untuk selaras dengan kelompok komuniti yang berbeza-beza, The Topp
menjanjikan activiti menarik untuk setiap pelawat. Kepada mereka yang sukakan
aksi lasak, pergilah ke zon aktif belia di mana terdapat taman luncur, zon parkour dan tembok untuk aktiviti
mendaki manakala mereka yang ingin menjamu selera, terdapat banyak pilihan
hidangan tempatan atau antarabangsa di sekitar ruangan al fresco. Di laman luar The Topp juga dibina ruang-ruang interaktif
termasuklah gelanggang serbaguna, dewan acara, taman atas bumbung, taman
rekreasi air kanak-kanak, panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama
dan juga arena e-sports untuk anda meluangkan hari bersama teman dan keluarga
tersayang.
“Apabila kami
mula membayangkan kewujudan Toppen, kami sedar yang ianya tidak boleh menjadi
sekadar pusat beli-belah yang sebanding dengan yang lain. Kami mahu mencipta
sebuah tempat pertemuan yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat”,
kata Christian Roejkjaer, Pengarah Urusan IKEA Southeast Asia.
Tambah beliau
lagi, “Kami membina Toppen dengan objektif untuk memenuhi keinginan penduduk di
sini. Dengan kerjasama pihak berkuasa dan kumpulan komuniti tempatan, kami
berusaha sedaya upaya untuk menyerlahkan lagi keunikan Johor. Di Toppen, kami
berbangga mempunyai jenama tempatan dan antarabangsa di samping mencipta sebuah
hab di mana bakat-bakat dan komuniti kelahiran Johor boleh berkumpul bersama
untuk berkongsi minat dan kreativiti masing-masing.”
Kemudahan yang Mesra Komuniti
Diterajui oleh
IKEA Tebrau, pusat beli-belah berkeluasan 1.25 juta kaki persegi ini menawarkan
empat aras untuk anda ‘singgah & riadah’ (retailtainment). Dengan 300 buah premis yang menawarkan dari
barangan keperluan rumah seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G.) sehinggalah
panggung wayang TGV. Toppen juga telah memperkanalkan lebih 80% jenama baru di
Johor seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus. Pusat membeli-belah
terbaru ini juga akan memulakan operasinya di samping 90% penyewanya pada hari
yang sama.
Hab terbaharu
untuk gaya hidup masa kini ini juga senang dikunjungi melalui kemudahan jalan
raya utama, pengangkutan awam dan dilengkapi dengan ruang parkir dua tingkat
yang boleh memuatkan lebih 4,600 kenderaan. Toppen diinspirasikan daripada asal
usul Scandinavian, yang memaparkan rekaan yang luas dan kemas dengan limpahan
cahaya semula jadi dan kehijauan alam, menjadikannya destinasi pilihan untuk
dikunjungi.
Joakim Hogsander, Pengurus Besar Pusat Beli-belah Toppen menjelaskan,
“Dengan nama seperti Toppen yang bermaksud ‘hebat’ dalam bahasa Sweden ini,
membuat kami berazam untuk berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan
cabaran. Di samping memahami keinginan masyarakat, kami meraikan setiap
pelanggan kami yang unik dengan cara mereka tersendiri. Atas sebab itu juga
kami menawarkan perkhidmatan di luar dan dalam talian yang bersesuaian, ringkas
dan menepati kehendak setiap pelanggan agar mereka merasai pengalaman
membeli-belah yang membuat mereka berasa istimewa dan positif.
Pusat Beli-belah
Toppen merupakan yang ketiga di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara dengan
teraju utamanya, IKEA. Mengikuti jejak langkah IKEA dan pusat beli-belah yang
lain di rantau ini, Toppen kini bersedia untuk menjadi tempat pertemuan utama
bagi mencipta pengalaman yang hebat untuk mereka yang datang berkunjung. Ia
menyasarkan untuk menarik lebih 15 juta penduduk tempatan dan pelancong
menjelang tahun 2020.