Rindunya nak naik kapal terbang
First Time Masak Ikan Siakap Asam Pedas
Assalamualaikum . Semenjak ain makan ikan siakap masak asam pedas tempoh hari di kedai makan peh dia punya sedap terangkat siot . Terus la terasa nak masak sendiri . Kebetulan tengok ikan siakap di Giant tengah offer 2 ekor RM 14 dan tengok kualitinya masih elok lalu ain pun rembat lah . Cumanya tak larat nak siang ikan tu la dia punya sisik tu boleh terbang satu rumah . HAHAHAHA.
Selama ni ain masak asam pedas pun ayam je la , tu pun tak la sesedap macam makan di kedai . Mungkin diri ini memang tak pandai masak asam pedas , tapi dengan menggunakan perencah asam pedas ni , peh lagi super duper sedap .
Ain hanya blend bawang merah , bawang putih dan lada merah . Panaskan minyak dan tumis sehingga garing lepastu baru letak perencah asam pedas tu . Bubuh asam jawa dan perasa kan garam dan gula . ITU JE ! ABANG AIN KATA SEDAP . Kita yang tukang masak ni apa lagi , bila kena puji . HAHAHAHAHAHHAA.
Dengan ini , ain isytiharkan ini la kali pertama ain masak ikan siakap asam pedas .HAHAHA . Dulu nya ingatkan ikan siakap ni sedap masak stim limau dan tiga rasa je kan . Tapi , dah boleh tambah menu baru dah ni ~ Macam biasa , kepala ikan ialah kegemaran ain jadinya dah asing kan siap siap untuk ain makan . HAHAHHAA.
*Kadang kadang bahan nya tak perlu banyak pun , janji kita pandai balance kan rasa masakan tu kan ~~
BACA JUGA : ayah aku masak asam pedas ..sedap woi ~
Sejuk Sangat Sampai Tidur Pakai Stokin Dan Tak Buka Kipas
Assalamualaikum . Semenjak dua menjak cuaca di Johor Bahru ni bukan main sejuk yer . Disebabkan terlampau rasa sejuk menyebabakan ain terpaksa tidur pakai stokin . Bukan itu sahaja , siap tutup kipas lagi . Lagi pula bilik ain ni memang jenis sejuk kemain kalau tengah malam tapi kalau tengah hari memang panas .
Ain pula jenis kalau tidur buka aircond sekejap je dalam 30 minit untuk bagi sejuk bilik dan lepastu memang buka kipas . Tapi , cuaca nya begitu sejuk sebab asyik hujan juga kan . Mungkin sebab tu rasa sejuk sangat .
Ain ni boleh dikategorikan jenis kuat aircond juga . HAHAHAHA . Tapi , kalau dah cuaca begitu sejuk , memang totally give up ! HAHAHHAA. TUTUP KIPAS TERUS KAU !
BACA JUGA : Duduk di rumah ...nak buat apa yer ?
Masak Mee Goreng Biasa Je Tapi Kemain Sedap !
Assalamualaikum .Untuk dinner semalam terasa nak masak mee goreng . Tapi tak ada la bahan yang meriah sangat . Mee goreng biasa je janji sedap dan kena dengan tekak . Kihkihkih.
Bahan bahan yang ain letak alahai malu nak kabo , sebab simple sangat . HAHAHA . Ain hiriskan bawang merah dan bawang putih lepastu cili merah dihiris dan potong juga fishball . Cuma nya cara ain masak ain lebih suka tumis fishball dulu goreng sampai dia garing sikit baru masuk kan bawang dan cili .
Tapi , yang menjadikan ianya sedap ialah perencah mee goreng . Perencah ni la penyelamat dan menyedapkan lagi masakan mee goreng biasa ain ni . Ain tak berapa suka letak telur dalam mee goreng sebab nanti rasa muak .
Ain perasakan sedikit dengan garam dan gula dan tak ketinggalan letak juga kicap sedikit supaya nampak gelap mee tu . Kalau tak gelap hati ni rasa macam tak sedap rasa mee tu . HAHAHHA . Mungkin jenis suka mee yang letak banyak kicap kot .
Maka , terhasil lah mee goreng biasa je dengan menggunakan perencah mee goreng tu . Untuk orang bujang macam ain ni , sangat bagus kalau sediakan stok perencah macam gini jimat sikit tak payah nak membeli bahan yang banyak sangat untuk memasak .
Aku Belajar Make up Dalam Kereta Je !
Assalamualaikum . Kisah ini berlaku pada tahun 2021 tahun lepas . Seperti biasa seketul ain kan , ayuh la kita throwback kan di blog ini sebagai kenangan terindah . Iya betul ini lah merupakan salah satu kenangan terindah dan juga perubahan yang ain berani lakukan pada tahun tersebut .
Untuk pengetahuan korang , ain memang dah lama sangat tak bermekap . Memang kalau kemana -mana no mekap . Muka memang tak bersiap dan selekeh sangat . Sampai satu hari tu (ni masa tahun tahun sebelumnya) kawan baik ain pernah tegur tau , dia cakap "ain why not kau try make over diri kau ..kau cantik kan diri kau ..bukan untuk orang lain , tapi untuk kau lebih nampak wow" .
Setelah bertahun kemudian , baru la ain teringat balik apa yang diperkatakan oleh kawan baik itu . Dia bukannya mengkritik tapi dia beri advice dan pada ain itu salah satu great advice . Jadinya , ain memang blur dan tak pandai langsung tentang make up . Ain dah puas juga tengok tutorial tapi tu la orang cakap benda yang berkaitan skills ni memang kena depan depan baru pandai buat kan .
Bayangkan nak tepek eye shadow pun aku tak pandai . HAHAHAHA !
Jadinya ain pun macam fikir la siapa ehk kawan yang aku suka nengok cara dia make up dan aku boleh mintak dia ajarkan . Ahaaaa!! Lela! Terus aku whatsapp dia . Apa lagi , orang cakap rezeki datang bergolek kebetulan pada hari kejadian si lela ni nak pergi jnt pos barang . Aku pun cakapla gitu kita belajar make up dalam kereta jela .
Fuh , disebabkan effort dia ajar ain la memang ain jadi pandai make up . Ain cakap dengan dia , ain nak make up yang simple je , yang senang dan mudah serta ain tak nak sangat banyak peralatan yang kena guna . Jadi terjadi lah seperti dalam gambar .
Mak woi , ain rasa dah terpaling cantik dah waktu tu . HAHAHAHHAHAHAHA . Semenjak ain belajar make up tu , ramai juga tegur "Ain kau makin wow ehk" . Crush kita pun pernah tegur juga . Bayangkan sebelum ni dia tak pernah pun nak tegur gambar selfie kita eh know know he already notice it . Nampak kan kadang -kadang kita perlukan sedikit sentuhan perubahan pada diri and life kita pun akan berubah dan jadi lebih confident .
Instead of that , ain nak pandai make up ni juga untuk lebih confident , untuk nampak lagi presentable dan nampak lebih bersiap . Lagi pula masa tu kan ain memang all out gila buat live di Instagram , nak buat live kena lah nampak bersiap takkan nak muka selekeh pula kan .
*Next Ain nak kongsi kan dengan korang ehk , macam mana ain boleh gila ber ootd !
Baca juga : Aku Guna Set Garnier Ni Untuk Skincare Rutin Harian
Yeay ! Akhirnya Aku Dapat Juga Teddy Bear Besar !
Assalamualaikum . Sebelum tu , nak bagitahu awal awal yang teddy bear ni bukan dapat dari kekasih hati ke , crush ke semua tu lamberrrttt lagi . Hahaha . Kisahnya ada jiran ni bagitahu di whatsapp group dia tengah buat clearance barang -barang rumah dan dia nak kasi semua koleksi teddy bear kepunyaan arwah anak perempuannya . Arwah anak perempuannya meninggal dunia kejadian kemalangan di depan laluan jalan ke Kilang Bateri Tampoi *pernah masuk berita .
Bila teringat kembali kejadian tu , membuka mata masyarakat untuk lebih berhati - hati sewaktu lalu ke jalan tersebut dan boleh dikatakan banyak sangat kemalangan berlaku disitu . Entahla mungkin jalan tu *keras* sebab memang setiap kali kemalangan mesti di tempat yang sama . Jadinya arwah ni banyak koleksi teddy bear .
Ain pun mesej la makcik tersebut nak pergi tengok la koleksi teddy bear nya . Nampak dalam gambar macam kecil je , kus semangat besar kemain yer teddy bear yang ain pilih ni . Ain ambil kan sekali teddy bear untuk anak jiran sebelah . Macam biasa , teman kecilku si Farisya pun turut serta yer memilih teddy bear . HAHAHA .
Dia punya kecil sikit dari ain . Ain punya memang besar gila . Sedap peluk! Kalau letak disebelah masa tidur mak woi , boleh tenggelam ain . HAHAHA . Kalau nak sandar pun , letak je bear tu dekat belakang , memang rasa puas betul .
Sebenarnya , teddy bear besar gedabak macam gini dah lama ain nak . Nak sangat ada orang hadiahkan . Yeay , akhirnya dapat juga! Nak dijadikan cerita kan , bila jiran mesej nak buang sayang dan akhirnya bertukar milik kepada peminat teddy bear ni . HEHEHE .
*Paling tak boleh blah , suami kepada makcik tu suka tegur aku kalau terserempak masa morning walk . Sempat dia ngusik "wah , ain semalam tidur nyenyak lah kan ada teddy bear nak peluk" HAHAHAHA . TERGELAK BESAR AKU ~~~
Baca juga : "Desperate betul kau nak cari jodoh eh" "Desperate betul kau nak cari jodoh eh"
Kisah Bendi Dan Asam Pedas Di Pasar
Assalamualaikum . Tergelak pula bila teringat perbualan di pasar petang tadi . Kisahnya ain ni kan masak jenis sikit sikit je kan , jadi nya kalau nak masak baru membeli sayur . Terasa nak masak asam pedas tapi menggunakan perencah asam pedas , jadinya nak topup bendi je la memandangkan memang hantu meratah bendi . Hehehe .
Sampai je di pasar mini Q & Q , terus ke bahagian sayur dan nampak seorang makcik ni tengah pilih bendi . Dalam hati ni berkata , "makcik ni tak perasan ke aku tengah bagi hint nak pilih bendi jugak " . Mungkin dia tak perasan sebab aku kat belakang dia , jadi aku pun pergi la kat sebelah dia mendekatkan sikit diri ni supaya makcik tu sedar kewujudan aku disitu . Makcik tu pun cakap "awak nak pilih bendi juga yer ?" . HAAAA , NASIB MAKCIK NI PERASAN . HAHAHA . Ain jawab "aah yer betul " . Aku pula teramah tanya "makcik nak masak apa nanti?" . Makcik tu jawab "asam pedas" EH SAMA PULA MENU MASAKAN KITA! HAHAHAH .
Makcik tu cakap lagi "makcik suka pilih yang pendek pendek ni , awak suka potong dua yer untuk masak nanti?" . AAH ..
Maka tamat lah perbualan bendi dan asam pedas .
*Kesimpulannya , a small conversation sometime can make your day memorable~~
