Beberapa hari lepas , jiran sebelah saya yang baik tu telah memberi aku dua biji durian. Aku waktu tu tengah mandi dalam bilik air , terdengar si kecik Farisya tu bagi salam "Assalamualaikum... Kak Ain!". Penyudahnya , abang aku yang jawab salam dan ambilkan duriannya. Malam tu , aku kopek sebijik je duriannya. Mak oi , sedap betul . Hilang terus rasa craving tu. Ingat tak geram ke nengok sana sini orang dok update makan durian. Hahaha. Aku ni dahla kategori hantu durian!
Nak dijadikan cerita , keesokkannya pula aku kopek yang sebiji durian tu lagi , tapi isinya agak kureng sket kalau nak makan gitu. Terus terdetik dihati buat lah serawa durian. Ceh , cara terdetik tu kemain lagi macam pernah buat je kan. Aku pun google ler resepi nya. Oh , SENANG JE RUPANYA! Belagak gile. HAHAHA. Seperti biasa , aku memang suka guna resepi paling simple.
1 biji kelapa parut-di perah ambil santannya 1 mangkuk sedang
3 ketul gula melaka
2 gelas air
2 helai daun pandan
Cara menyediakan dan memasak:
Masak gula melaka dgn 2 gelas air.
Masak santan dgn daun pandan sehingga mendidih,tuangkan air gula melaka dan kacau rata.
Masukkan durian,kacau shingga pekat sedikit dan tutup api.
Dah pun siap...enak di mkn dgn pulut,roti atau mkn begitu aje...
**Aku pakai seketul je gula melaka sebab tak nak terlampau manis sangat , aku pakai santan kotak je. Senang dan cepat! .Hahaha. Ini lah first time aku buat serawa durian. Dasyat betul orang borong gula melaka. Aku sampai pergi dua kedai runcit baru jumpa.
Aku paling suka makan begedil. Senang cerita makanan yang berasaskan kentang kebanyakkannya semua aku akan makan. Giler kentang! la orang cakap. Hahaha. Kala makan soto mesti nak cari begedil. Ya ampun , rasa macam kurang sangat kalau tak ada begedil.
Bukan itu sahaja , aku rasa kalau dekat kedai tu orang jual sebijik seringgit rasa macam boleh naik hantu bila tengok saiz nya cenonet je. Sampai hati buat aku naik angin. HAHAHA. Lepastu bagitau begedil daging , aku pun cari la mana la inti daging nya. Suka bergurau tau kalau bab-bab makan ni , sensitif hokay!
Jadinya , tempoh hari aku geram je tengok kentang dekat rumah tu. Ape lagi , nak mencuba la buatnya. AMARAN! LAKU KERAS! Abang aku yang tak suka langsung makan begedil terus suka , katanya dekat luar keras dan banyak minyak. Spesis kami adik beradik ni jenis tak suka masakan yang terlampau berminyak.
Hasil gentel -menggetel
Resepi aku paling simple dan tak cukup bahan langsung pun. Dah kata paling simple , jangan tanya mana DAGING HOKAY! I TAK LETAK PUN!. Sebabnya tiada stok daging hancur. Jenis aku masak , apa yang ada je bahan dekat dapur tu. Sebab arwah ibu selalu pesan , "masak je apa yang ada , jangan nak tunggu bahan serba lengkap baru nak belajar masak".
Jadinya , ini lah bahan-bahanya:
Kentang (3-4 saiz sedang)
Bawang
Sedikit garam
Telur
Rebus kentang tu sampai lembut
Potong bawang bentuk dadu
Lepas kentang dah sejuk , lenyek-lenyekkannya dan gaul bersama dengan bawang.
Letakkan sedikit garam sebagai perasa
Gentel-gentel sampai jadi bentuk bulat-bulat gitu
Pecahkan telur dan kacau macam nak buat telur dadar (telur ni sebagai salut kepada adunan begedil itu)
ni hasil yang telah dilenyek-lenyekkan
Aku kongsikan sedikit tips : memandangkan aku ada post dekat social media sebelum ni dan mendapat beberapa reaksi kawan-kawan , antaranya ialah ; Goreng dulu kentang tu sebelum dilenyek atau ditumbuk (selalu dekat kedai buat macam gitu) . Kedua telur tu fungsi dia sebagai salut je yer , jangan nak bersungguh sangat letak sebab nanti dia jadi kembang dan boleh hancurkan bentuk begedil tu. Resepi ni untuk dua atau tiga orang makan. Dapatlah dalam 30 biji lebih begedil yang terhasil. Makan ler ratah puas-puas dengan sambal kicap. Pehhhh!!!
**Spesis aku jenis masak tak suka nak berminyak sangat , so aku tak suka nak goreng dan goreng lagi . Tapi , kalau yang suka ...Ikut ler tekak memasing kan. Lemak pun masing-masing tanggung kan. Hahahha.
Tuhan itu baik sangat! Maha baik dari segalaNya. Fuh! Kita je selalu lupa Dia. Aku selalu rasa “oh kalau tak tinggal lima waktu.. mungkin aku selalu akan ingat tentang Dia”. Tapi sebenarnya tidak. Tuhan itu yang Maha Mengetahui. Dia yang Maha Adil dari segala aspek. Kadang Dia beri rasa gembira yang terlampau, kadang Dia beri rasa sedih yang dasyat. Sebab Dia rindukan rintihan hambaNya. Its like a wake up call. “Ain, sometime you need to feel this pain even its hurts you” Mungkin boleh meninggalkan parut di hati. Dengan cara itu, aku terus belajar. Belajar tentang kehidupan! Aku hilang! Hilang banyak perkara pada saat ini. Sedikit sedikit nikmat yang Tuhan bagi ditarik. NikmatNya bukan hanya sekadar rezeki dalam wang ringgit. Fuh! Tarik nafas bila difikirkan semula. Selesai subuh tadi, aku buka telegram, dan aku jumpa ayat tu! Mendalam betul maknanya. Aku pujuk hati aku.. untuk menerima ayat itu dengan berlapang dada. Aku ulang lagi ayat pertama dalam coretan ini, “Tuhan itu baik sangat!”😠Baik sangat sebab Dia beri jawapan terhadap persoalan aku tentang yang ini. Aku ni selalu tanya, tanya dan tanya.. Tapi, sedikit pun Dia tidak henti menjawab persoalan dari hambaNya.
Aku hilang diriku Sementara mengejar kamu Aku hilang nyawaku Kerna' ku mahu cintamu Dan aku hilang Hilang... Dari cintamu, dari hidupmu Dari segala-galanya Dari cintamu, dari hidupmu Dari segala-galanya Milikmu ohhh milikmu Cukuplah..lagu ini sebagai simbolik kepada apa yang aku tanyakan pada Dia. Kerana dalam lirik lagu ini terungkap semua persoalan. Aku orang yang sukakan muzik. Muzik itu seakan terapi dalam jiwa aku. Mungkin orang kata itu lagha! Tapi, kalau itu satunya pengubat jiwa, kenapa kita perlu tolak. Lagu itu ada maksud yang ingin disampaikan. Hanya bila kita hayati lirik nya.
DISEBALIK ANAK PATUNG "WINNIE THE POOH" YANG KITA TAK TAHU
Aku masih lagi teringat sewaktu aku kecil (ceh padahal sampai sekarang masih ade lagi teddy bear) , arwah ibu aku memang suka belikan aku anak patung atau pun teddy bear , tambah lagi barbie. *Jangan judge yer kononnya malaikat tak masuk ler...tak elok ler.. Sebagai seorang ibu yang hanya memiliki seorang anak perempuan sudah tentu la dimanjakan dengan permainan gegurlzz! Tak gitu.
Sampai sekarang , anak patung ni masih lagi ada dengan aku. Winnie The Pooh. Tak ingat bila ibu belikan , tapi anak patung ni aku siap bawak 'travel' ke tempat belajar masa aku di Matrikulasi dan juga di Uitm. Jauh juga anak patung berjalan sampai ke kedah yer! Hahaha. Kalau aku rindu dekat ibu aku , aku akan peluk pooh ni kuat-kuat masa tidur.
Ada satu persoalan yang dari dulu lagi aku tertanya-tanya. Malah , aku pernah bertanya kepada ibu aku juga, "Pooh ni sebenarnya perempuan ke lelaki?" Hahahahhahaa. Tapi , ibu aku tak jawab rasanya. *Kelako betul level pemikiran aku ni. Sebabnya setiap watak kartun dan permainan ni mesti ada jantina kan.
Akhirnya , setelah usia aku 28 tahun baru lah aku tahu. Kenapa konflik jantina ni menjadi persoalan masa aku kecik dulu. Persoalan yang terjawab selepas aku menonton filem "GOODBYE CHRISTOPHER ROBIN" . Filem ni lah yang mengupas bagaimana karakter Pooh ni wujud. Malah , kecelaruan identiti Pooh ni perempuan ke lelaki dah terjawab dalam filem ni. HAHAHAHA.
SEDIH! Itu satu perkataan pertama yang keluar selepas aku menonton. Patut ler , patung ni banyak memberi "sense of " kasih sayang dalam diri aku. Kasih sayang itu sebenarnya bermula dari rumah. Goodbye Christopher Robin ni bersambung pula dengan filem Christopher Robin. Christopher Robin yang sudah ada keluarga sendiri dan memiliki seorang anak bernama Madeline.
Korang wajib tonton sendiri. Filem ini sebenarnya penuh dengan sindiran kepada ibu ayah yang sibuk dengan kerja sampai terlupa anak. Kembalinya Pooh ke dunia mereka itulah membuatkan christopher sedar. Oh ye , bahasa yang digunakan dalam filem ini ialah british accent .Aku seorang yang suka kan british accent , sebabnya ianya nampak macam menyindir tapi setiap maksud perkataan tersebut memberi makna yang tersendiri. KALAU LAH KAU BOLEH FAHAM. Well , tak semua orang boleh faham ayat tu sebagai satu ayat menyindir.
Aku tak nak cerita lebih-lebih , tapi aku sangat sarankan kepada korang , kedua-dua movie ni sangatlah memberi inspirasi kepada kau lagi lagi ianya menceritakan tentang kekeluargaan. Wajib ditonton walaupun ianya tentang fantasi teddy bear. Aku nangis tengok cerita ni. Mungkin sebabtu arwah ibu berikan aku Pooh. Walaupun dia tak tahu pun asal usul cerita sebenar Pooh ni. Ke sebenarnya ibu dah tahu? Hahaha.
Banyak qoute ataupun skrip-skrip dalam filem ini yang sangat mendalam maksudnya. Tapi yang paling aku suka ialah :
“Sometimes when I’m going somewhere and I wait, somewhere comes to me.”
I interpreted this quote as “everything will happen when the time is right”. There are just some things you can’t rush: love and success. There are many things in life that have to come naturally. With our instant gratification personalities, it’s hard to wait. We feel like we always have to be doing something. I’m thankful for the patience of Pooh to put me back in the right mindset.
“I always get to where I’m going by walking away from where I’ve been.”
This is one of the cutest Christopher Robin movie quotes but it really touched me deep. It was an innocent reminder that we can never move forward if we are stuck in the past.
"Ain , esok pagi jom teman pergi breakfast roti canai dekat tempat yang kita nampak dekat review tu" Kata abang aku kepada aku. Nasib ler aku tau warung tu dekat mana. Hahaha.
Tapi , aku dah siap pesan dengan abang aku , "tak tahu ler rasanya sedap ke tak dengan tekak kau , pastu sini layan diri kena beratur tau" Itu lah yang aku ingatkan pada abang aku , sebabnya abang aku ni mudah sangat terpedaya dengan review makan. Hahaha. Aku cakap ler , "kau ler yang mudah sangat terpedaya , padahal dah selalu juga pergi food review".
Itu lah kisah si penggemar roti canai ni. Abang aku ni kategori hantu roti canai la. Dulu-dulu lagi dasyat dia punya 'hantu' tu , sampai 10 keping boleh dibedalnya sensorang . Tapi sekarang tak ler. Seingat aku kalau dia order untuk dia sorang , 1 roti telur , 2 keping roti kosong. Hahaha.
Lepas dah merasa sesuap dua roti canai tu , aku tanya ler "Okay ke? berapa nak kasi?" . Dia jawab "boleh la" HAHAHAHAHHAHAHAHAA. Aku tahu tu jawapan yang hampa! Kalau sedap dia tak kan cakap macam gitu. Nasib ler aku dah siap pesan awal-awal jadinya tak ada la hampa sangat. Cumanya hampa sebab nak merasa roti canai tu punya pasal sampai kena beratur. Hahaha.
Teringat dulu-dulu masa kecik , kalau ayah aku bungkus kan roti canai memang berbelas-belas keping untuk kami je sekeluarga. Hahaha. Sampaikan sekarang , aku ni baru lepas google resepi buat roti canai. Hahaha. Aku cakap ler dengan abang aku , nanti aku buat doh dia , kau pagi-pagi tebar and masak sendiri.
Persoalannya .....jadi ker aku nak buat ni? Tambah lagi persoalan ....Abang aku reti ke nak tebar tuhhh..Hahahaha. *teringat pulak cerita Lagi lagi senario babak si Wahid belajar tebar roti guna baju dekat toilet. Hahaha.
Hari ini , mama kepada anak jiran aku si Fahrina dan Farisya menghantar whatsapp kepada ku , "kemain riang gembira adik rina dan risya menyambut kepulangan kakak Tini di airport senai"
Itulah photonya yang dikirim kepada aku. Tersenyum aku melihat dan siap zoom inn muka anak jiran ku itu.
Aku teringat masa bulan puasa kemarin , kakak Tini siap belanja aku bukber (berbuka puasa) lepastu siap belanja aiskrim dan baju. Dia punya excited nak ngajak aku. Lepastu dia balik ke kampung nya di Surabaya , Indonesia. Lama betul tak balik-balik.
Dan , hari Sabtu lepas dia kembali pulang ke sini. Alhamdulilah. Teringat pula kepada kakak Tina (kakak yang sebelum ini) dah pun meninggal. Dia balik dan rupanya terus meninggal di sana.
Masih lagi aku ingat waktu itu , pada tahun 2017. Saat terakhir dia mengucap selamat tinggal kepada kami semua. Sebelum melangkah kan kakinya keluar dari rumah , aku nampak banyak yang kakak pesan kan kepada adik beradik diorang ni. Rupanya itu lah pesanan kali terakhir.. "Along , nanti jangan lupa kemas rumah" Waktu tu Rina dan Risya masih baru-baru nak masuk sekolah.
Lepastu , aku tolong jaga diorang sebab kak Tina nya tak muncul-muncul. Rupanya dia sakit dan akhirnya dia meninggal dunia. Kakak Tini ni pula muncul pada tahun lepas , betul betul masa mama dan baba diorang nak ke Mekah. Aku hanya teman diorang pergi ke Mydin jela beli barang-barang dapur.
Kadangnya , kita rasa pembantu rumah itu seperti orang biasa -biasa aje yang hadir dalam hidup kita , tapi kita jangan lupa...bila dia pergi, ianya membawa satu kenangan untuk kita. Walaupun bukan pembantu aku , tapi kami berjiran dah macam berkeluarga.
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~