GENTEL GENTEL BEGEDIL..EH JADI LAH PULAK!
Aku paling suka makan begedil. Senang cerita makanan yang berasaskan kentang kebanyakkannya semua aku akan makan. Giler kentang! la orang cakap. Hahaha. Kala makan soto mesti nak cari begedil. Ya ampun , rasa macam kurang sangat kalau tak ada begedil.
Bukan itu sahaja , aku rasa kalau dekat kedai tu orang jual sebijik seringgit rasa macam boleh naik hantu bila tengok saiz nya cenonet je. Sampai hati buat aku naik angin. HAHAHA. Lepastu bagitau begedil daging , aku pun cari la mana la inti daging nya. Suka bergurau tau kalau bab-bab makan ni , sensitif hokay!
Jadinya , tempoh hari aku geram je tengok kentang dekat rumah tu. Ape lagi , nak mencuba la buatnya. AMARAN! LAKU KERAS! Abang aku yang tak suka langsung makan begedil terus suka , katanya dekat luar keras dan banyak minyak. Spesis kami adik beradik ni jenis tak suka masakan yang terlampau berminyak.
|
Hasil gentel -menggetel |
Resepi aku paling simple dan tak cukup bahan langsung pun. Dah kata paling simple , jangan tanya mana DAGING HOKAY! I TAK LETAK PUN!. Sebabnya tiada stok daging hancur. Jenis aku masak , apa yang ada je bahan dekat dapur tu. Sebab arwah ibu selalu pesan , "masak je apa yang ada , jangan nak tunggu bahan serba lengkap baru nak belajar masak".
Jadinya , ini lah bahan-bahanya:
- Kentang (3-4 saiz sedang)
- Bawang
- Sedikit garam
- Telur
- Rebus kentang tu sampai lembut
- Potong bawang bentuk dadu
- Lepas kentang dah sejuk , lenyek-lenyekkannya dan gaul bersama dengan bawang.
- Letakkan sedikit garam sebagai perasa
- Gentel-gentel sampai jadi bentuk bulat-bulat gitu
- Pecahkan telur dan kacau macam nak buat telur dadar (telur ni sebagai salut kepada adunan begedil itu)
|
ni hasil yang telah dilenyek-lenyekkan |
Aku kongsikan sedikit tips : memandangkan aku ada post dekat social media sebelum ni dan mendapat beberapa reaksi kawan-kawan , antaranya ialah ; Goreng dulu kentang tu sebelum dilenyek atau ditumbuk (selalu dekat kedai buat macam gitu) . Kedua telur tu fungsi dia sebagai salut je yer , jangan nak bersungguh sangat letak sebab nanti dia jadi kembang dan boleh hancurkan bentuk begedil tu. Resepi ni untuk dua atau tiga orang makan. Dapatlah dalam 30 biji lebih begedil yang terhasil. Makan ler ratah puas-puas dengan sambal kicap. Pehhhh!!!
**Spesis aku jenis masak tak suka nak berminyak sangat , so aku tak suka nak goreng dan goreng lagi . Tapi , kalau yang suka ...Ikut ler tekak memasing kan. Lemak pun masing-masing tanggung kan. Hahahha.