Assalamualaikum.. Selamat pagi ! Selamat hari ahad ! Wah gitu ! jarang la yer seketul Farahain menulis seawal jam 8:50 pagi macam gini kan . Tu la , hari ni kita ubah sikit laluan biasa morning walk . Tahu sebab apa ?
Sebab nak ambil dokumen dekat rumah Puan Pengerusi jiranwanita ain . Ain memangku jawatan Setiausaha semula selepas arwah makcik Hajah Asiah meninggal .Hmm ..Berat pada ain untuk menerima nya sebab jawatan Setiausaha bukan biasa biasa pada ain . Tapi tolong sedaya mana yang mampu je la kan .
Jadi nya , pagi ni kita ubah la laluan . cuba la melintas menggunakan jejantas tu . Jejantas ni legend kot dari zaman sekolah dah wujud . Cumanya biasa la waktu sekolah mana nak guna . Setiap anak tangga tu kemain cenonet kecik pula tu rasa macam malasnya nak kena naik tangga semata mata nak melintas .
Memang masa zaman sekolah kalau nak melintas guna jalan bawah je la . Hihihi .Tak kuasa nak guna jejantas macam dalam gambar ni .
Tadi bila dapat lalu amboi kemain bahagia rasa dihati . Betul la orang kata , dah umur 30 ni .. Benda kecil kecil macam gini pun dah rasa happy! 🤣