MUKBANG NASI LEMAK SHELLOUT BERSAMA ANAK JIRAN

nasi lemak

MUKBANG NASI LEMAK SHELLOUT BERSAMA ANAK JIRAN

Korang dah baca kisah photoshoot belakang rumah dengan anak jiran? Iyer , ini lah kisah sebelumnya. Kisahnya diorang ni tergedik gedik dok whatsapp "sedapnya nasi lemak" , makanya aku pun terfikir apa kata aku masakkan nasi lemak budak sekolah untuk diorang.

Kenapa aku panggil nasi lemak budak sekolah? Kerana sambalnya tidak begitu pedas serta tiada timun serta kacang dan ikan bilis. Hanya ada ayam goreng yang dicincang kecik kecik serta telur rebus. Untuk menaikkan lagi rasa nasi lemak itu , aku bawa sekali dengan daun pisang.

Tapi kebiasaannya aku  memang alaskan daun pisang dan diletakkan di atas pinggan tapi kali ini aku tak sempat nak potong. Aku bawak terus daun pisangnya dan semua nasi lemak tu aku letak dalam tupperware. Kelam kabut aku jadinya sebab aku kalau masak memang tak suka tengok telefon ataupun diganggu. Budak-budak ni , faham-faham jelah macam mana kan. Aku bawak bekal makanan tu sebijik macam nak pergi berkelah. HAHAHHA.


Sampai je dekat rumah Asyira , aku cakap la jom makan pakai daun pisang. Si syira ni pun cakap 'buat cara shellout la".. Haa, maka jadi lah sebegitu rupanya. "Selamat aku tak payah basuh pinggan". Kuang asam betul si kecik Asyira ni. HAHAHHA.

Korang layan lah video kitorang ni. Jangan lupa untuk follow instagram @duniaorangmuda dan subscribe Youtube  Dunia Orang Muda okay!

PHOTOSHOOT BELAKANG RUMAH BERSAMA ANAK JIRAN

PHOTOSHOOT BELAKANG RUMAH

PHOTOSHOOT BELAKANG RUMAH BERSAMA ANAK JIRAN

Ceritanya aku bermukbang bersama dengan anak jiran. Selepas kiteorg mukbang nasi lemak shellout ala ala sampan tu aku duduk berborak dengan anak jiran aku aliyah dan asyira.Then mase aku berborak borak tu si asyira ni dia siap siap pakai kasut guyss HAHAHAH

Aku pun tanye lah dia kenape pakai kasut nie mcm nak jogging. Alasan si syira ni dia pakai kasut sebab nak buat tiktok dia tu. Aku dengan aliyah nie pun tergelak gelak lah dengar alasan yang tak seberapa dia tu pastu si syira ni pon mengajak lah aku dengan si aliyah nie jogging.HAHAHAH 

Tapi ,  yang si aliyah nie pulak dia cakap tak nak jogging sebab perut dah over muatan. So kitaorang pun mulakan langkah... si asyira ni punya bersemangat nak jogging sampai bawak beg lah botol air nya lah haa then jalan punya jalan aku dengan anak jiran aku pon lalu lah belakang rumah jiran-jiran ni. Si aliyah pulak dia nak ambik gambar yang dekat belakang homestay sebab dia kata tempat tu cantIkk sangatt!!!! 
PHOTOSHOOT BELAKANG RUMAH
selamat datang ke photoshoot belakang rumah
PHOTOSHOOT BELAKANG RUMAH
kak ain kak ain ,,, cepat! (dia tengah posing)
Dah selesai ambik gambar so kitaorang terpandang kebun sayur yang indah dan subur tu. Dekat kebun tu ade sorang makcik tengah baja pokok sayur lepastu si aliyah ni menyempat lah tanye mak cik tu "makcik kalau masuk lalu mane yer" then dengan selamba badak dia..aliyah pun cakaplah "kejap ehh makcik kiteorg nak ambik gambar dekat kebun makcik"..

Makcik tu pun cakap dah tak de tempat lain nak ambik gambar ke. HAHAHAHA. Kitaorang pun lalu lah jalan tikus yang tak seberapa tuh untuk photoshoot di dalam kebun sayur yang subur itu. Korang tengok la sendiri hasil gambar yang ditangkap oleh Kak Ain diorang ni. Hehehe

Itu sahaja lah cerita sepetang aku dengan anak jiran , walaupun dengan hanya berjalan tapi ia memberi aku kenangan dan detik-detik bersama anak jiran...
PHOTOSHOOT BELAKANG RUMAH
dekat kebun makcik tu

PHOTOSHOOT BELAKANG RUMAH
tepi longkang pun boleh

**Blog ini diupdate oleh anak jiran si Aliyah. Kak Ain tukang edit je sebabnya aku busy sangat lately ni sampai nak menulis pun memang tak ada mood dan SUSAH GILER NAK UPDATE BLOG! KBYE!

TOURISM MALAYSIA SATUKAN GENG MEDIA WILAYAH SELATAN JELAJAH KE SELANGOR

tourism malaysia media buddy

TOURISM MALAYSIA SATUKAN GENG MEDIA WILAYAH SELATAN JELAJAH KE SELANGOR


Assalamualaikum. Pada 13sehingga 15 Disember 2019 , aku berpeluang mengikuti trip daripada Tourism Malaysia ke Selangor. Apa yang menariknya trip kali ini bukan sahaja geng media Johor tetapi ianya melibatkan sekali geng Media Melaka. Trip kami bermula daripada berkumpul seawal 7:45 pagi di Persada Johor ,masing masing masing belum 'panas enjin' kerana masih terlalu awal untuk menunjukkan menonjolkan perangai masing-masing. Hehehe.

Tetapi pada aku yang dah pernah travel dengan beberapa geng Johor sebelum ni menjadikan aku lebih tahu perangai masing masing. Perangai yang hyper , yang gila dan bermacam lagi lah. Trip kali ini agak berbeza dengan yang sebelum ini kerana kali ini kami menaiki bas. Kebiasaannya kami akan menaiki kereta MPV yang lebih kecil.

Baca trip pertama aku bersama dengan Tourism MalaysiaCuti cuti malaysia di Melaka

Seawal pagi lagi aku memang 'membuta' je sepanjang perjalanan dan aku tersedar sewaktu berhenti di RNR dan tidak lama selepas itu kami pun tiba di Melaka. Sampai saja di Melaka kami berhenti makan tengah hari serta mengambil beberapa lagi media Melaka. Perut kami terisi dengan lauk yang dihidangkan secara ala carte semestinya meninggalkan kenangan yang terindah untuk perut Farahain. Masakan Udang Lemak Nyonya itu sungguh lah sedap sehingga ke tekak. Restoran Nyonya Suan nama diberi kalau nak pergi ke situ aku rasa waze je komfom akan jumpa
yoputuber hazim hamdan
Dengan Youtuber Hazim Hamdan
Selepas itu kami bergerak pula ke Kuala Lumpur untuk segera check in ke Red by Siroco hotel untuk bersiap-siap bagi menghadiri majlis Tourism Malaysia Media & Industry Appreciation Dinner yang diadakan di Glasshouse@Seputeh. Dekat situ , aku berpeluang untuk bertemu dengan pelbagai media lagi yang datang dari pelbagai negeri.

Apa yang bestnya dapat pula aku berjumpa dengan Youtuber kegemaran aku iaitu Hazim Hamdan. Memang excited betul aku pada waktu tu. Herlok betul dia gais! Opps! Hari pertama kami banyak dihabiskan dengan perjalanan dari JB ke KL dan kami perlu menyimpan banyak tenaga untuk hari seterusnya! Hari yang paling penat!

Baca juga :Trip aku ke Kelantan bersama Tourism Malaysia

tourism malaysia media buddy
Media Southern Region yang paling havoc di Sky Mirror

Seawal jam 7 lagi kami diminta untuk berkumpul kerana perjalanan daripada KL unutk ke Kuala Selangor agak panjang. Di Kuala Selangor kami pergi menjelajah ke Sky Mirror. Wow , aku betul betul excited untuk ke sini. Untuk ke Sky Mirror ini , kami perlu menaiki bot. Apa yang perlu diberi perhatian apabila berada disini ialah kita perlu 'on time' dan jika terlambat , air akan surut dan ini menyukarkan kita untuk pulang.

Apa yang kami lakukan disini? Mengambil gambar. Korang tengok lah sendiri macam mana cantiknya gambar! Ini memang naturally legit weh! Aku punya terpegun sebabnya tak sangka ini pun boleh dijadikan tempat pelancongan serta lubuk bisnes! Hehehe. Puas bergambar , kami pulang semula ke jeti dan isi perut. Dapatlah aku bedal sebungkus nasi lemak dan aiskrim calong satu!
tourism malaysia media buddy
Bestnya masuk kampung . Semua jadi jakun!

tourism malaysia media buddy
Ni haa naik bajak kan nama dia?
Perjalanan kami di teruskan lagi ke Sungai Sireh yang terletak di Tanjung Karang. Wow memang betul-betul masuk kampung beb. Sampai je disitu , kami makan tengah hari dulu dan seterusnya mewarna batik. Aku memang suka mewarna dari kecik tapi pada ketika itu , aku berasa sangat penat , tapi rasa terhibur selepas melihat hasil batik yang aku warnakan tu. Hahhaa. Tak ada lah buruk sangat! Hahahaha.

Selepas itu , kami naik bajak ataupun orang panggil kereta panjang dan ada juga yang naik bas legend untuk bergerak ke aktiviti seterunya iaitu melawat galeri rumah lama. Seterusnya kami melakukan aktiviti menangkap ikan serta  ke sawah padi. Nasib la pecah beberapa kumpulan dan wilayah selatan geng kami diminta untuk menangkap ikan. Ya ampun , aku sampai naik bosan juga lah sebab tak dapat ikan langsung. Memang orang yang menangkap ikan ni ternyata sangat penyabar.

Aktiviti kami selesai di Sungai Sireh dan sepatutnya kami bergerak untuk melihat kelip kelip di sungai Selangor tapi apakan daya kerana cuaca tidak mengizinkan. Hari kedua kami tamat di aroma ikan bakar untuk makan malam dan kami pulang semula ke Kuala Lumpur. Sebenarnya , melihat kelip kelip tu lah yang paling aku nak sangat rasa , tapi apakan daya . Pulang dengan kepenatan dan besoknya masa untuk pulang.
tourism malaysia media buddy
wehoo , kami di Sepang
Hari ketiga , hari terakhir trip kami tapi kami tidak terus pulang ke JB. Kami singgah dulu ke Sepang. Ya ampun , ini lagi satu pengalaman yang paling berharga sekali untuk aku. Selalu tengok dekat tv je kan , kali ini aku sendiri berpeluang untuk menyaksikan secara depan mata bagaimana pelbagai media dari pelbagai negara bekerja untuk membuat liputan.

Hai orang Johor ! Seharian ronda-ronda di Johor Bahru

Bukan itu sahaja , aku juga berpeluang melihat championship tersebut dari ruang roof top dan melihat dengan lebih dekat. Lama juga kami berada disitu sampai terlupa pula untuk pulang ke JB. Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia dan semua pihak yang terlibat. Pengalaman ini sememangnya satu dalam seribu buat aku.
tourism malaysia media buddy
Semua media daripada pelbagai negeri berkumpul

PENGALAMAN MENONTON WAYANG DI TGV INDULGE TOPPEN JOHOR BAHRU

tgv toppen johor bahru

PENGALAMAN MENONTON WAYANG DI TGV INDULGE TOPPEN JOHOR BAHRU

Berselimut di dalam panggung wayang. Itu lah pengalaman yang aku rasai sewaktu berada di TGV Toppen JB yang bernama Infinity Hall. Best ke tidak? Gila tak best , rasa nak membuta terus. Hahaha. Aku berpeluang merasai pengalaman ini pada 4 Disember sewaktu tayangan perdana Jumanji.

Bukan itu sahaja , aku juga berpeluang untuk merasai sendiri 'makan sebelum wayang bermula' di Indulge Lounge. Selalunya kalau pergi menonton wayang , memang beli popcorn je tak pun masuk perut kosong je malas nak membeli makanan kunyah kunyah. Tapi , kali ini sampai kembung perut aku. Mana tak nya , sempat makan Salmon dan soup berserta dengan minuman Strawberry Shake mampu membuat perut aku kenyang seperti ular sawa.
tgv toppen johor bahru
Cream of chicken sebagai starter

tgv toppen johor bahru
Classic Cheese Burger

tgv toppen johor bahru
ni air abang aku yang pilih

tgv toppen johor bahru
Strawberry Shake , sedap gilos
Melangkah kaki masuk ke Infinity Hall ni , wahh. Bestnya. Paling aku tak sabar ialah bila nak rasa berselimut tu. Well , sebelum ni memang kalau tengok wayang ingat bawak baju tebal je. Tapi , yang ni best gile! Seat dia siap boleh kedepan ke belakang , kaki siap ternaik gitu.

Tapi ,

Perut ular sawa aku belum lagi 'tenang' , aku pula memang jenis kalau perut penuh tak suka nak menyandar , jadinya aku batal kan hasrat aku untuk menyandar pada awal waktu. Kebetulan pula spageti Kak Sunah sampai lambat , maka diangkutnya bawa masuk ke dalam wayang.

Kak Sunah pula pass dekat aku ,aku ni dahla hantu spageti walaupun terasa pedas tapi habis sepinggan aku bedal. Gila tak jadi ular sawa aku waktu tu. Tapi selepas bermulanya cerita Jumanji aku masih lagi tidak bersandar.
tgv toppen johor bahru
Muka sebelum badmood makanan lambat sampai.hahaha
Aku rasa bila aku dah selesa baru aku betul-betul naikkan seat dan menyandar. Peh, rasa macam nengok dekat rumah woi. Selesa sangat! Bukan itu sahaja , sound system yang terdapat di hall ini sangatlah menakjubkan. Aku sangat berpuas hati.

Tentang cerita Jumanji pula , cukup lah aku beri 6/10. Aku ni tak cerewet sangat dalam menonton wayang tetapi cerita tu pada aku simple sangat ,sedangkan marketing yang dibuat begitu 'hype' sekali. Bukan itu sahaja , aku agat meluat dengan babak pergaduhan mulut 'orang tua' watak Milo dan atuk Spencer. Mereka banyak 'menghabiskan nyawa' itu dengan cara yang sia-sia.

Tetapi , all above all aku rasa gembira sangat dapat merasa menonton di TGV Toppen ini. Yelah , wayang baru kan , benda baru siapa yang tak teruja kan nak rasa. Korang kalau nak fefeling menonton wayang ala-ala di rumah , pilihlah TGV Infinity Hall seat Indulge okay!

tgv toppen johor bahru
ni jee aku sempat amek keadaan abang aku berselimut. Hhahaha.

WEEKEND DI LEGOLAND , PUAS HATI GILE DAPAT MAIN ROLLER COASTER !!

legoland malaysia

WEEKEND DI LEGOLAND , PUAS HATI GILE DAPAT MAIN ROLLER COASTER !!

Sabtu yang lepas atau lebih tepat lagi 7 Disember aku DIJEMPUT. Hahahaha sengaja membesarkan font itu , yes , kak Sunah mendapat 4 tiket Legoland one day pass. Siapakah 4 orang yang terlibat? Aku , Kak Sunah , abang aku dan kawan kak Sunah geng Sarawak. Awal awal ayat lagi dibuka dengan ucapan terima kasih kepada Kak Sunah kerana pada hari itu aku berasa sangat gembira dan berpuas hati.

Kerana apa? 

Kerana aku dapat main roller coaster. Aku ni sebenarnya penakut boleh tahan juga tapi aku tak tahu kenapa setiap kali nak naik roller coaster , neves tu ada tapi bila dah lepas aku rasa puas giler! Enjoy the ride! Betul sangat apabila kau fikir rasa takut , ketakutan tu akan berada dalam diri sepanjang naik roller coaster tu tetapi kalau kau nak rasa enjoy tu , you just have to feel it. Sumpah best giler!.
legoland malaysia
legoland dan sealife kami tapau!
Oh ya , kali ini Legoland membawa tema Brick-tacular holidays shows! Well , krismas pun dah nak dekat kan. Memang bermacam aktiviti dan persembahan yang akan ada. Kak Sunah kata , "hari ni kita datang sini enjoy puas puas". Haaaa, aku memang betul-betul enjoy sepanjang tu.

Konon sehari sebelum tu siap whatsapp kak Sunah tanya sampai pukul berapa dan dia jawab sampai pukul4 , kihkihkih lajak kau! Aku yang umur dah doploh lapan pun kemain terlajak bila masuk sini apatah lagi kanak kanak kan. Lagi la tak nak balik.

Rezeki kami lagi apabila mendapat voucher makanan seorang RM40. Kita tengok apa yang kami lunch , oh yer rezeki lagi apabila geng blogger kami iaitu Kim datang. Tapi , kawannnya ada urusan tak dapat dielakkan makanya bertambah lagi ler voucher makanan kami. Aku tak komen banyak tentang makanan di Legoland kerana pada aku memang semuanya sedap-sedap belaka.
legoland malaysia
lunch kami!

legoland malaysia
Pizza ni sempena krismas promo

legoland malaysia
minum petang kami!
Anyway , aku cuba semua roller coaster kecuali yang basah tu (ikutkan nak sangat) tapi komfom basah kuyup!. Sampaikan aku cakap next time nak try masuk water park je pulak. Nak basah puas-puas. Hahaha.

Ini merupakan kali keberapa entah aku masuk ke Legoland sebab cover event , dan kali ni lah baru aku mencuba main permainan NinjaGo atas desakan Kak Sunah. Dia cakap ," aku dah cuba korang pergi , sebabnya satu permainan tu 4 orang". All above all , aku rasa seronok giler! Terima kasih lagi sekali kepada kak Sunah sebab dia mengajak kami insan yang terpilih. kihkihkih.

legoland malaysia


MENONTON MOVIE EJEN ALI BERSAMA ANAK JIRAN!

movie ejen ali

MENONTON MOVIE EJEN ALI BERSAMA ANAK JIRAN!

Jumaat yang lepas , selepas subuh memang aku menghabiskan masa untuk tidur kerana kepenatan yang amat sangat. Tetiba abang aku kejutkan aku , "Ain , auntie Fiza panggil kau". Haaa! Aku blur kejap maklumlah mamai mamai tidur. Nak bangun kan diri pun tak larat. Hhahaa. Bukak tepon , hanya mampu nak whatsapp je tanya. Sebab segan nak keluar tunjuk muka dengan pakai baju tidur. Hahaha.

Blah blah blah....jom tengok Ejen Ali. Anak jiran punya permintaan. Aku turun ke bawah dan bagitahu dekat abang aku. Tengok tiket pukul berapa. GSC Paradigm Mall JB memang menjadi pilihan yang tepat untuk last minit ni. Kami punya timing memang cun. Memilih tiket jam 10.20 am , ya ampun , seat kedua paling depan. Mendongak lah kami yang golongan dewasa ni.

Kemain laju auntie Fiza merempit waktu tu sebab diorang baru balik kelas tahfiz jam 10 , salin baju berdesup masuk kereta dan menuju terus ke sana. Sampai je , ada lah baru beberapa minit dah start ceritanya. Masuk je wayang , mak oi penuh budak-budak keliling. 
movie ejen ali
Haa,,sebarisss kauuu kami tapau
Paling kelako , budak seat belakang tu dah tengok sebelum ni , siap kasi tahu dekat kawan dia spoiler! Hahahha. Jangan balik dulu , ade lagi ni... Hahahhaa. Aku dengan abang aku dah tergelak gelak dengar. Bukan itu sahaja , budak budak memang betul betul tekun dan khusyuk ehk bila tengok. Ada lah sesambil tu , aku jengah kebelakang. 

Berapa nak bagi rating? Tak apa lah aku rahsiakan jelah. Cuma nak kasi tahu , aku tak pernah tengok pun Ejen Ali. Sesekali dapat tengok seronok betul rasanya . Teringat pula zaman kanak-kanak. hehehe. Yelah , aku kasi 6/10! Haa . terbagitahu. Aku tak nak kritik dari segi visual kerana pada aku bagus, aku tak berapa suka jalan cerita nya sahaja. Cukup itu mampu aku katakan. Mungkin pada kanak-kanak cerita ni 10/10 kerana 'kuasa imaginasi' tapi tetap kita yang dewasa ni perlu sedarkan mereka untuk tidak hidup di alam fantasi tetapi berpijak lah di dunia yang nyata!.

Terima kasih auntie belanja wayang dan makan tengah hari.
movie ejen ali
The NF Generation

Baca juga : Kisah Anak Jiran

TERJAH KE 10 MALL DALAM SEHARI, PENGALAMAN SERTAI JOHOR SCAVENGER HUNT 2019

JOHOR SCAVENGER HUNT 2019

TERJAH KE 10 MALL DALAM SEHARI , PENGALAMAN SERTAI JOHOR SCAVENGER HUNT 2019


Terjah ke 10 mall dalam sehari. Siapa sangka aku yang gemuk ni terus berkata setuju nak turut serta apabila Sis Lin open dan bersetuju membentuk satu group. Nama kumpulan kami : Geng Gelak Kuat ! , sesuai dengan nama kumpulan dengan 4 ahli nya.Hahaha. Siapakah ahlinya ? Aku , abang aku  , Kak Sunah dan Sis Lin. Meh aku nak kongsikan pengalaman kami sepanjang menyertai hunting ini!

Kami pergi atas tiket media bukan penyertaan orang awam , jadinya aku tak ada letak mindset untuk menang ataupun sifat berlumba dan bersaing. Bayangkan lah aku siap datang santai-santai dan memang tak bersedia langsung. Kami berkumpul di Medini . Disaat akhir , Sis Lin tidak dapat menghadirkan diri atas urusan yang tidak dielakkan . Maka , kami meneruskannya dengan tiga ketul ahli.
JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
Medini
Kalau nak masuk pertandingan macam gini , aku nak pesan dekat korang tolonglah dapatkan clear briefing! Sebab itu la yang terjadi kepada kami dimana kami tidak dapat clear briefing. Tunggang langgang jadinya pada ketika itu. Selepas selesainya , flag off kami pun bodoh-bodoh naik bas mengikut peserta tanpa mendapatkan arahan yang jelas. Sampai di Larkin , turun je bas kami dah blur dengan apa yang berlaku. Hahahaha. Pusing punya pusing , baru ler nampak kaunter marshall . Kami perlu menghantar task pertama yang disiapkan sewaktu di Medini tadi untuk dapatkan full task seterusnya. Yes , terjadi lah babak babak di Larkin. 

Oh ya , setiap task di mall mestilah kena cari bendera yang ada logo sekian sekian dan kami diminta untuk ber wefie. Bukan itu sahaja . kami perlu upload di Facebook salah seorang ahli dan kena dapatkan 10 likes! KAU RASA?????????????? Sabar kasi aku habis cerita. 

Bukan itu sahaja , setiap tempat yang kami pergi ada task lain yang perlu diselesaikan. Di Larkin , kami diminta untuk mencari barang-barang yang gambarnya ya ampun sendu betul . Nak teka macam mana seh. Paling tak kelakar ialah kami kena beli. KAU RASA? Pusing punya pusing satu mall sebab nak kena cari barang yang perlu dibeli untuk mengumpul point , jadinya aku cakap mana yang tak ada tu dah la kita skip. 
JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
Larkin!
Sampai je di kaunter marshall untuk dapatkan cop sebagai bukti kami selesai task dan bersedia untuk ke next task , pasukan depan salah beli barang , dia beli keropok belijau sedangkan dia nak buah yang asli. Aku cakap dengan team , kasi jelah sebijik kat diorang , rezeki bila kita memberi , pasukan depan tu bagi sagun kepada kami kerana sagun waktu tu memang kehabisan stok. Tips nya dekat sini , jangan lokek untuk memberi akhirnya ada juga yang membantu kami.

Settle di Larkin , kami duduk di Mcd untuk baca next task dan sempat bersarapan dulu. Kumpul tenaga kata orang! Hahaha. Sambil tu kami view task seterusnya , dan kelebihan kepada kami sebab memang selalu pergi event. Jadinya , kami tidak kekok sangat dengan mall-mall yang perlu diterjah. Tipsnya lagi yang aku nak kongsi , tengok website mall tersebut. Korang akan lebih familiar terutama apabila diminta untuk mencari logo kedai yang tersenarai di mall tersebut.
JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
Kompleks Kraf Johor
Dari Larkin , kami ke Kompleks Kraf Johor. Disini , kami divide dua yang mana aku dengan abang aku pergi sepak raga. First time aku main benda alah tu dan yang menariknya kena pakai kain batik dan kain pelikat. HAHAHA. Sementara itu Kak Sunah pula pergi mewarna batik. Orang tu pelik kenapa macam dah biasa buat , dah kami baru je ke sini bebeapa bulan lepas. HAHAHA. Oh ya , ada lagi satu tugasan iaitu magic trick yang ni sumpah susah tapi nasib ler abang aku dapat selesaikan nya dengan bagus.

Baca juga : Ole ole di Johor

Daripada Kompleks Kraf Johor , kami ke Capital City . Ya ampun ni lagi sendu. HAHAHA. Kalau orang JB tahu ler macam mana sendu nya. Tugasan dalam ni kena main mesin tikam untuk dapatkan toys , dan aku dah siap pesan ,kalau tak dapat kita skip next task! Cabaran dekat sini ialah kami kena naik sampai ke tingkat atas untuk wefie di MCM Studio. Masalahnya , yang tahu akan faham mall ni sendunya macam mana. Tak buang banyak masa disini , seterusnya kami ke B5 Street Market. 

Pada ketika ini , B5 Street Market belum lagi buka kepada orang awam. Jadinya dekat sini agak mencabar juga. Oh ya , lupa nak bagitahu uolls yang sepanjang hunting ni , kami naik GRAB!!!!! lAGI SEKALI NAK BAGITAHU YANG SILA DAPATKAN FULL BRIEFING. Kami tak dapat clear information yang 3 ahli perlu daftar di Medini dan seorang perlu bawa kereta dan tunggu di Larkin. Tapi kelebihan menggunakan pengangkutan awam ni kita tak perlu stress nak park mana dan sewaktu naik grab tu , kami dapatlah berehat sekejap. Penat weh fizikal dan mental padahal dalam JB je! Ada juga yang naik motor. kerlass merempitt jee.. Tapi , kseian jugak pada diorang walaupun laju bila hujan turun lebat memang kena benti tepi jugak.
JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
Capital City

JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
B5 Street Market
Di B5 kami diminta untuk menari zapin yang paling kelakar kak Sunah orang Sarawak kena belajar zapin kau! hahahha. Disini juga , antara cabaran nya ialah nak dapatkan grab kerana tempat ni masih belum buka kan. Selepas itu , kami ke R&F Mall. Sekali lagi , kami dah sangat bersedia disini kerana internet dalam mall ni sangat sendu. hahaha. Kami dah rancang sampai je , kami nak solat disini. Lepas solat , pergilah selesaikan tugasan wefie tu.

Tak nak buang banyak masa , kami seterusnya ke bandar iaitu ke Komtar JBCC dan CS. Daripada R&F kami jalan kaki dan tempat pejalan kaki itu ialah salah satu wish list yang aku nak sangat buat dan akhirnya terlaksana impian aku. Memang penat weh berjalan hampir satu kilometer lebih. Berlecak ketiak! Sampai mall je , promoter offer try minyak wangi! Kuang asam. Aku tau ler berpeluh tapi ketiak tak masam okay. Hahaha. Kami sebulat suara untuk ke Komtar dahulu.

JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
R&F Mall
JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
Komtar JBCC
Masa mencemburui kami dan kami sebulat suara untuk menghentikan hunting kami ni di komtar kerana masa memang tak cukup. Fuh! cabaran lagi datang pada waktu tu hujan lebat sangat dan grab high fare untuk ke tempat final check point. RM45! Kau rasa? Tapi , kami berlapang dada pergi jelah. Kami ingatkan final di Medini rupanya di Puteri Harbour. So , kami decide ambil kereta dan pergi ke sana. Waktu tu kilat ribut banjir tak payah cerita lah sampai kan aku bukak kasut. 


Sampai je kesana , kami menghantar semua tugasan yang berjaya dilaksanakan dan terus solat asar. Tunggu punya tunggu akhirnya kami berjaya mendapat tempat kelima. YAHOO!! Dapat top 5 siapa sangka kan. Apa yang aku nak bagitahu dekat korang ialah , cari pasukan yang memang sangat sangat membantu yang jenis tak give up! Lepastu , mental dan fizikal memang kena strong sebab kalau join pertandingan macam gini mental cepat koyak kalau tak betul-betul kuat!. Erm , bukanlah kemenangan yang kami kejar , tapi aku dapat simpulkan ialah semangat pasukan itu sangatlah penting. Berapa kami dapat selesaikan? 6/10 mall berjaya di terjah.
JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
yeay!cantik kan medal dia

JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
kami sempat berjumpa dengan encik soleh!
Padahal malam tu kami dapat jemputan untuk ke komsert di tempat yang sama tapi kami sebulat suara untuk merehatkan diri! Penat woi. tapi pengalaman ini memang sangat berharga!. Terima kasih Tourism Johor dan semua pihak yang terlibat!
Image may contain: 3 people, including Nur Farahain, people smiling, closeup
Image may contain: 3 people, including Nur Farahain, people smiling, closeup

TEMPAT OOTD BEST DI SHAH ALAM

laman seni 7 shah alam

TEMPAT OOTD BEST DI SHAH ALAM

Assalamualaikum, hai. Masih ingatkah coretan blog aku yang bertajuk ini.. Hiking di Bukit Gasing ? , Selepas aku hiking tu , aku memang stay di Shah Alam rumah adik Kak Sunah. Kak Sunah seboleh mungkin mempromosikan tempat ootd ni dekat aku. Sebabnya kitorang ni nama pun geng blogger , memang suka bergambar.

Bukan itu sahaja , kitorang jenis selagi boleh bergambar selagi itu lah posing. Katanya simpan stok gambar! Hahahhaa. Kalau tak ada idea nak post di Instagram ataupun di blog , haa jadikan lah stok tu sebagai tajuk atau topik pada hari tersebut. Macam yang aku buat sekarang ini lah. Gambar ni di sekitar hujung bulan semptember , tapi aku baru nak update ini. HAHAHAHAA! Janji hupdate! Bak kata Sis Lin , gambo kau amek banyak banyak tu nak buat ape kalau tak update blog? Sorry letak nama sis.kihkihkihkih.

Bayangkan pada ketika ini , kitorang baru lepas hiking dengan busuk masam lenjan je. Tu belum lagi nak bagitahu yang kitorang pergi buat task Real Me dengan pakaian yang sama. WE DONT CARE! hahaha. Sebenarnya , malu juga lah sebab aku ni jenis tak selesa sedikit kalau tengah peluh peluh jumpa orang. TAPI , REDAH JE!
laman seni 7 shah alam
angin bertiup kuat sangat, sampai nak terbang rasa!hahhaa

laman seni 7 shah alam
aku nak terberak ni ,,,cepat sket..hahahhaa

laman seni 7 shah alam
Jom busking!tiberr
Oh ya , jadinya dimanakah tempat ootd ni? Aku rasa ramai je yang dah tahu tempat ini. Korang google je Laman Seni 7 . Nanti confirm jumpa!. Terima kasih lah kepada Kak Sunah kerana sudi melayan aku. Hahahha.

laman seni 7 shah alam
oh . berseni betul ehk...sampai tak tahu ape benda ni.hahahaa

laman seni 7 shah alam
aku tengah posing , yang belakang tu pun tengah amekkan gambo kawan dia

laman seni 7 shah alam
kau tengah buat ape tu farahain?

Laman Seni 7
Shah Alam Selangor

**Harap ler dapat suami yang suka nak melayan perangai aku ni kan...yang suka tangkap gambar aku...Berangan kejap..kihkihkih..