MENJADI JUGAK MASAK IKAN SIAKAP TIGA RASA

MENJADI JUGAK MASAK IKAN SIAKAP TIGA RASA 

Memandangkan beli ikan siakap dekat pasar malam hari jumaat haritu , pening juga nak masak ape .Sebab selalunya jarang masak ikan siakap ni. Tahu order je kalau dekat kedai seafood. Hahaha . Dekat pasar malam ni dapat la sepinggan iaitu 3 ekor ikan siakap sedang sedang RM 10 . 

Tapi tula , penat nya nak siang ikan tuh... Paling geram dia punya sisik tu...Habis terbang satu rumah. Tak kisah sangat pun kena siang cuma penat nak kutip sisik yang terbang tu jelah.

Hari ni , ain cuba masak ikan siakap tiga rasa. Resepi tak cukup bahan takpe , janji masak. 

Tadaaaa..menjadi jugak..Ade sos nasi ayam hainan lebih , campur campur gaul dan gaul eh terus siap. Tapi tadi tak sempat buat video untuk post kat Youtube sebab tadi masak kelam kabut. Hahhaa . Masak dalam keadaan lapar dan ada banyak perkara yang kena settlekan.

Memang tak menjadi la nak setup untuk buat video .YANG PENTINg SEDAP... YAanG PENTingg... Kenyangg ~~~

Wow !! Apakah my favourite things ?!?

Wow !! Apakah my favourite things ?!?

Kisah 52 Hari kita bersambung dengan apakah my favourite things itu .. atau dalam bahasa melayu nya barang kegemaran aku .. Pening juga nak jawab soalan ni. Fikir punya fikir haaaa ni lah yang dapat aku senaraikan .. Hahah.. Here we go ~~~

1) Teddy Bear
Memang dari kecik aku suka teddy bear . Winnie the pooh adalah patung kegemaran aku. Kenapa ? Sebab arwah ibu memang bagi patung tu . Actually dulu-dulu aku ade lah juga koleksi barbie . Hahaha . Yelah dah anak perempuan seorang kan . Kalau cakap pasal teddy bear ni , memang sampai sekarang ada koleksi . Aku ade buat video di Youtube . Korang boleh klik tengok okay.. Nak bagi teddy bear pon boleh .. i terima je.. Aaagitteeeeww..
 


2) Perfume
Aku mula giler perfume tak ingat bile tapi rasanya semenjak sekolah menengah. Dulu ibu kerja dekat tempat yang ade Kompleks Bebas Cukai . So , dekat situ banyak perfume yang mahal dan berjenama . Sejak dari tu aku banyak tahu tentang perfume . Siap kongsi minyak wangi dengan ibu sekali. Hahaha. Minyak wangi mahal kot ~~~ Sekarang ni aku pakai perfume inspired je . 

Tapi , nak pesan tolonglah pilih perfume yang sesuai dengan korang. Macam aku sekarang mesti ada dua atau tiga jenis . Aku kategorikan sebagai perfume yang untuk harian which is bau dia tak kuat , just soft je kedua bau yang strong dan long lasting. Perfume yang ni biasanya pakai kalau pergi event dan ramai orang , sebab kalau pakai perfume bau lembik lembik ni , habis hilang tenggelam. Hahaha. 

Yes ! Im a perfume addicted . Hehehehe.

3) Contact lens
Semenjak lepas SPM memang semangat giler nak pakai contact lens . Aku pernah stop kejap beberapa tahun dari pakai lens dan sekarang , almost everyday aku pakai. Sebab rasa selesa . Power aku tinggi kot , cuma silau tak banyak . Jadinya senang nak beli contact lens CUMA di kedai tertentu . Ini disebabkan power tinggi dan tak banyak kedai ade stok. 

Bila pakai contact lens ni satu je nak pesan , kena bersih dan jaga elok-elok. Eh rasanya ade jugak aku pernah post pasal ni. Nanti klik link ni okay ..

4) Tumbler (Air Masak )
Dulu tak berapa gemar sangat bawak air masak kemana-mana . Tapi semenjak dua menjak memang jadikan bawak tumbler pergi kemana-mana. Kalau nak keluar pergi mall ke yang rasanya agak lama berjalan mesti aku akan bawak. Kenapa ? Sebab aku ni cepat haus . Hahaha. Lebih baik minum air masak kan . Selalu nya memang mesti akan bawak . At first rasa macam terbeban jugak ialah sebab beg jadi berat tapi lama-lama dah jadi habit mesti kena bawak air masak kalau keluar .

5) Hoodie & Cardigan 
YEzzzzaaa~~~~ ni adalah antara favourite pakaian aku. Aku rasa bila orang pakai hoodie atau cardigan ni dia cute. Tiberrr! Aku teringin nak ade banyak koleksi pakaian yang macam gini. Kalau jalan jauh ke kan , aku biasanya akan bawak sebab aku kadang tak tahan sejuk. Lagi satu sebab arwah ibu memang dari dulu pesan , ain bawak "baju sejuk" . Nanti kalau gigil boleh pakai. Hahaha . Baju sejuk dipanggil nya ! 

6) INTERNET
Last but not least, of course ini merupakan benda wajib kan ! Oh aku selalu nya pakai broadband wifi . Jarang on data phone . Aku rasa kalau keluar takde internet , mesti susah nak berkomunikasi. KAN.. Aku rasa korang pun perlukan benda ni. Tanpa internet , macam mana nak update blog AkuAinKauSiapa ni kanzzzz.. Aaagitteeeeww..



Okay , tu sahaja antara barang atau benda yang paling aku suka .. Korang pulak macam mana ? Cer komen.. ~~~

Perkenalkan !!! KAWAN BAIK SAYA

Perkenalkan !!! KAWAN BAIK SAYA 

Okay , untuk kisah 52 hari , blog challenge ...Jom kita mulakan dengan topik perkenalkan ..kawan baik saya. Kalau yang dah nampak gambar tu , yang dah kenal mesti tergelak. Yer , my bestfriend yang aku nak kenalkan ialah abang aku !

My all time and forever be my best friend. Kenapa ? Sejak dari kecik sampai sekarang we are being friend! FOREVER lah katakan .. Majoriti nya kawan-kawan yang rapat dengan aku mesti kenal abang aku. Kenapa aku nak highlight kan abang aku ? 

Sebab dia yang kenal aku macam mana . Dia yang betul sepenuhnya menjaga aku lepas arwah ibu meninggal . Dia yang jaga aku masa aku sakit . Dia sendiri cakap kalau aku kawen , dia nak nikahkan aku. Hahaha . Beruntung sebenarnya siapa jadi suami aku , sebab nanti dia pun dapat merasa ada abang ipar yang baik. Hahahaha (Sempat promot!!!!)

Aku rasa through ups and down , bestfriend aku ni yang ade dengan aku. Aku ade je sebelum-sebelum ni cerita pasal kawan-kawan aku . Diorang pun consider bestfriend jugak . Tapi kali ni , aku nak dedikasikan post ni khas untuk my special bestfriend . 

Kitorang dari kecik memang rapat. Sebab mungkin membesar bersama , pergi nursery sama -sama , potong kek selalu sesama sebabnya birthday dekat-dekat . Birthday abang aku 11 February aku pulak 8 February . Haaa , memang potong kek serentak je la . Siapa yang kuat mengalah ? Oh , yang ni AKU yer yang banyak mengalah ..Hahaha . 
Bergaduh ke tidak ? Gaduh je . Selalu je aku membebel dekat dia . Yelah , kadang dah penat masak , dia tak tolong basuh pinggan . Hahaha . Pastu jenis lurus boleh tahan . Aku yang kena banyak bagitau kena buat tu kena buat ni . 

Bila aku rapat dengan abang aku ni secara tak langsung aku lebih kenal perangai dan tabiat lelaki. Lelaki ni dia jenis tegak weh . Kalau suh buat tu je , yer dia buat tu je lah . Hahaha . Dari situ aku macam boleh tau la macam mana nak berkomunikasi dengan lelaki. 

Korang pernah tengok Brothers Of The Year ? Aku pernah up rekomen movie ni dekat blog . Ada persamaaan juga dalam cerita tu. Hahaha. Ni link Brother Of The Years

Apa - apa pun , aku rasa best sebenarnya bila kita ade kawan baik . Just nak pesan dekat korang , tak perlu pun ramai kawan , janji kau ade kawan yang boleh ade ketika susah dan senang , serta boleh faham kelebihan dan kekurangan kau . 

So inilah kisah saya .. 52 Hari , tamat di hari pertama~~~ bersambung ke hari kedua .. 

Iaitu ... My Favourite Things 

52 HARI : Blog Challenge !


52 HARI : Blog Challenge ! 

Okay , memandangkan aku terasa nak menulis.. Terasa yer tuan tuan dan puan puan sekalian .. Kau dah terasa tu ... Aaaa mariler kite menghasilkan content .. Hahaha .. Scroll Pinterest , terjumpa pulak yang ni .. Rasa macam nak take this challenge .. Cuma nya how a bout i tukar week to days ? KAan... 

Okay.. Jom buat .. Tengok gaya nya nanti macam mana lah ehk .. Hahaha .. Actually aku suka jenis content yang macam gini . Ada topik nak di highlight kan . Just perlu fikir dan tulis berdasarkan topik tersebut .. 

Teringat dulu-dulu masa tahun 2016.. Gila wehh aku boleh tulis apa yang berlaku hari hari sampai lah hari ke seratus berapa entah .. Dalam 365 hari eh ke 366 hari .. Tak percaya ? Korang belek semua posting aku pada tahun 2016. Satu pencapaian yang luar biasheeee gais.

Jadi , dah alang-alang PKP je manjang , kita jadi la lebih produktiviti dan creativity ..aaaaa gitchewwww ~~~

Bismillah .. Jom start 52 hari ! 

PRINCESS IBU AMEK RESULT SPM

PRINCESS IBU AMEK RESULT SPM

Gambar yang korang tengok tu ialah ketika princess mengambil result SPM. Aaaa gitcheww berbaju kurung berwarna pink .. Ibu pun berbaju pink .. Nampak kan perbezaan 2 -3 kali ganda saiz badan princess dan ibu nya . Gemok nak mampus cam gini layak ker digelar princess kepada ibu nya ? Hey , LAYAK okay ... Hahaha ! memandangkan satu-satunya anak perempuan tunggal , jadinya memang pinky pinky lah dengan ibu. 

Waktu ambil result SPM ni , rasa happy sebab ibu teman . Yela , ibu kerja shift jadinya tak tentu sangat waktu. Masa amek result SPM ni , nak kata nebes sangat tak la jugak . Sebab tahu tak kan dapat straight A. Hahahhaaha .. Nama je Ain .. Kau ingat semua orang yang ade nama A boleh senang cam gitu je ke nak dapat A ? 

Berapa result princess ? 5 A jerr gaiss.. hahhaha .. Okay la.. Paling menggembirakan ialah dapat A untuk BM , Pendidikan Islam , MATH , AKAUN DAN PENGAJIAN KEUSAHAWANAN .  yang aku besaqkan tu paling happy sebab dapat A..Actually Sejarah target dapat A eh tak dapat pulak ...hahaha. Yang subjek BI , Addmath , Fizik dan Kimia memang dah tak target dapat A. 

Tapi tula , ibu princess ni terima je ape bentuk result anak dia . Teringat dulu-dulu sekolah teknik ni dia agak strict giler ! Aku pulak duduk kelas first ... Aalaaaaa typical budak kelas first kan memang kena homework siap .. Selalu ibu yang teman aku siapkan homework sambil dia settlekan gosok baju sekolah anak-anak dia .

Masa dah nak dekat SPM , si princess ni macam nak giler kena siapkan Rancangan Perniagaan untuk subjek Pengajian Keusahawanan. Subjek tuh ya allah .. Subjek menghafal . Aku pernah dapat markah 7/100 masa ujian bulanan . Tak malu untuk aku katakan yang cikgu tak target aku untuk dapat  A bagi subjek ni . Tapi , nampak kan kalau kita usaha , Allah bagi juga. 

Sebab ibu nampak struggle macam mana princess dia ni siapkan RP tu . Macam mana aku stress. At the end , result 5 A ni yang bawak princess ibu ni ke peringkat seterusnya. Sebab ade dulu kawan-kawan yang pelik kenapa aku dapat masuk matrik . Aku masuk matrik Perakaunan . Bukan itu sahaja , aku dapat skor A untuk subjek yang melayakkan aku ke matrik . 

Tahu lah kita ni tak berapa nak pandai sangat tapi teringat jugak la ade yang macam tak percaya si budak Ain ni boleh dapat matrik .. Tu lah namanya Rezeki weh . Lagipun arwah ibu dulu jenis ibu yang sokong apa yang anak dia minat . Princess dia ni dari kecik suka bisnes , suka berbual dengan ibu pasal bisnes.

Tu belum lagi selalu teman ibu pegi kelas MLM . HAHAHAHA .. Eh pegi closing sales lah , pegi rumah kawan-kawan MLM .. Aku memang dah dibesarkan dengan macam gitu . Lepastu masa form4-5 ni , aku dapat sijil full attended . Semua ni sokongan dari ibu. 

Ibu yang selalu kejut pagi-pagi sebab sekolah teknik aku ni agak jem kalau keluar lambat dari rumah. Tapi paling rasa sendu nya hidup kalau ibu shift pagi. Astagfirullah , memang masam mencuka princess dia ni nak pergi sekolah sebab kena bangun awal. 

Ibu , terima kasih sebab selalu jadi orang yang bangga ada anak seperti princess dia ni. Tengoklah gambar tu , muka princess kemain masam , muka ibu dia senyum je . ~~~~

10 PERKARA YANG AWAK TAK TAHU PASAL SAYA

10 PERKARA YANG AWAK TAK TAHU PASAL SAYA

1) Scroll Twitter sebelum tidur 
Yezza , this is kinda my habit.. Twitter ni aku jadikan sebagai newspaper aku la. Aku suka consume "social news" . As for me Twitter memang jenis berita paling terpantas dan tercepat. Hahaha .. So , sebelum tidur selalunya memang aku akan scroll sampai tetidur dan rasa mengantuk. Oh Twitter ni la aku jadikan sebagai bahan bacaan harian.. That why aku pilih-pilih sikit nak follow siapa. Kalau orang tweet entah apa -apa tu.. Ignore kan sajurrr.. Gittew~~~

2) Memasak tak cukup bahan ! 
Seperti tagline aku " Tak Cukup Bahan Takpe , Janji Masak !!!" Begitu lah cara aku memasak setiap hari. Aku tak suka nak cukup kan bahan baru nak masak. Sebab benda ni diajar dari kecik oleh arwah ibu. Dia yang ajar aku supaya masak apa yang ada dalam peti ais. Janji MAsak!!! ~~

3) Suka tengok Romantic Love Story *euw
Hahaha. Yezza . Pengakuan jujur dari si empunya blog ini. Yes! Aku memang suka cerita romantic dan love love story.. Orang kita kita cakap "citer jiwang". Kenapa ? Simple . I just nak tahu ..macam mana rasanya ada perasaan cinta dan how to express perasaan itu sebabnya aku ni tak romantik langsung. TAPI CARING tu hado~~~ Hahahaha 

4) Bawak kereta tak pakai kasut ! *KAH
Penah dulu dulu keluar pakai kasut sebelah je, nasib belum kunci kereta lagi. Sebab kalau pakai kasut tak rasa tekan pedal minyak dan brek tu. Hahaha. Jadinya bila bukak kasut baru rasa. Rasa kelakar pun ade sebab aku akan amek masa sedikit kalau nak keluar sebab tak pakai kasut ni lah. Hahaha.

5) Pecinta yang Setia *haktuih!!
 Betul weh. aku susah gila nak jatuh cinta , nak ada perasaan dekat someone. Once perasaan tu datang , aku betul betul fallin in love siot. Tapi tu la , bila nak move on selepas di friendzone sakit beb. Memang susah gila nak buang perasaan tu. Aku jenis start suka dekat lelaki bila lelaki tu yang macam cari point untuk rapat dengan aku. Sebab aku ni jenis tak perasan orang sangat. Hahaha . Sebab tu sampai sekarang jodoh masih sesat kan. Tiberr ~~~~

6) Makan Jenis kunyah terlembab-lembab !! 
 Aku kalau makan memang selalu lambat habis. Benda ni dari kecik lagi , selalu kalau makan kat luar family akan tunggu aku habiskan makan. Sampaikan aku kena tengok menu dan order makanan yang paling awal sampai dulu. Yes! Tak tipu. Lagi pulak adik beradik semua lelaki , mak oi diorang sekali kunyah telan terus. Hahaha . Aku makan memang selow nak mampus. Arwah ibu dulu selalu tegur , Ain ni.. kalau kerja yang strict nanti komfom asyik kena tegur sebab makan lambat. Hahaha . Alaa , memang dah macam gitu .. Aku ni jenis kalau makan feel semua bahan dalam makanan tu kot. TAPI kalau tengah lapar, yang ni aku laju nak mampus.. Pelik kan ~~~

7) Suka tengok tutorial makeup 
 Walaupun dikategorikan sebagai perempuan selekeh dan tak pandai bergaya , jujurnya aku memang suka tengok tutorial make up. Kalau time wedding kawan aku ke kan , aku suka nak tengok mak andam make up kan pengantin. Sebab make up ni pada aku ialah satu seni . Either jadi cantik atau buruk . Hahaha . Aku suka tengok cara setiap orang tu menggayakan muka mereka. Insyallah one day aku pun nak juga make up make up gituww. Untuk sekarang , dah musim PKP pakai mask terus malas nak makeup . 

8) Suka benda yang cute cute ! So stop lah being so CUTE 
Sebabtu aku ade koleksi teddy bear. Aku selalu berangan kalau lah ade lelaki yang suka kat aku pastu dia bagi aku teddy bear .. Yang besar gabak tu .. Aaaaaa rasa nak pengsan awaakkk. Hahaha. Bukan tu aje , aku memang sejenis suka yang cute cute .. Benda benda dan orang jugak. Hahaha . Sebab tu kot aku jenis taste dekat lelaki yang look cute dimata aku . Kalau nampak budak budak cute pun aku geram . Rasa nak peluk or cubit pipi dia . Awak ! Saya pun kategori perempuan cute tau ~~~~ lalalala 

9) Radio Bergerak sepanjang perjalanan
 In a future , dear husband .. Awak pasti tak kan rasa bosan kalau travel dengan saya. Hahaha. Sebab saya akan jadi radio bergerak sepanjang perjalanan tersebut ! Aku jenis kalau jalan jauh , jarang tengok phone . Macam lebih suka nyanyi nyanyi enjoy kan hati . Sampaikan dulu masa dekat belajar ada member tegur " Ain memang tahu semua lagu ke ?" HAHAHA setan! Sebab sepanjang perjalanan tu aku nyanyi je . Oh ,aku boleh jadi co-driver paling berguna .. Sebab boleh jadi radio bergerak lah. Hahah .. TAPI !!! Baca bawah *

10) Tak Pandai tengok Waze !! HAHAHAHA
Punca pergaduhan aku dengan abang aku selalu sebab bab ni la . Aku memang tak pandai tengok waze . Sebab tak pandai agak yang dia cakap lagi berapa ratus meter turn right tu. Hahahaha .. Selalu kena marah weh ! Again , dear future husband , awak tengok sendiri jelah yer waze nanti . Saya jadi radio bergerak awak jelah . Dan jugak tukang pegang makanan dan suapkan awak. Auch ** Hahahaha. 

Okay , cukup lah ni 10 perkara yang korang tak tahu pasal aku! Korang tuu.... ehhh listkan 10 perkara yang aku tak tahu pasal kauuu ... Cepat list dekat komen ~~~ 

Till the next posting . Love , Ain ❤️