Marathon Drama Korea The Penthouse War Of Life

Sempena kita Berhari Raya Pkp ni , dah suruh duduk rumah . Kita pun bertapa je la dekat rumah . Banyak nak post cerita dekat blog ni , tapi tengah mood marathon drama korea popular ni iaitu The Penthouse War Of Life . Ain baru nak layan season pertama . 

Season pertama ni release pada tahun 2020 . Tuptup ada season dua yer . Eh , ramai pula kawan yang dah tengok drama ni cakap akan ada season 3 . Harapnya , boleh selesaikan marathon ni la ye . Sakit hati betul rasa perempuan bergaduh kan . Membawak perangai mak sampai ke anak . Pulak tu , orang kaya ni kalau marah je memang spesis hempas barang ehk ?. Emosi betul aku part baling membaling barang kalau mengamuk . 

Waktu ain menaip ni , ain tengah dalam episod 16 . Kebetulan pula tengah ABC ( Allah bagi cuti) , apa lagi bantai marathon la. Kihkihkih . 

Korang dah pernah tengok ke drama ni ?. Watak mana yang paling korang menyampah ?. 

Selamat Hari Raya PKP !


Assalamualaikum .. Saya , Nur Farahain ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilifitri . Maaf zahir dan batin . Maaf yer tak sempat update semalam . By the way banyak cerita juga nak di story kan dekat sini . Insyallah , nanti ain update okay . 

Walaupun PKP raya tahun ni , terpaling memori betul sebab dapat main bunga api dengan anak jiran sebelah malam raya , berbuka ramadhan terakhir pun dapat banyak juadah , hari raya pun dapat banyak juadah . Banyak betul rezeki raya walaupun duduk di rumah . 

Sebelum sebelum ni , bandar Johor Bahru pasti dah kosong ramai pulang ke kampung . Jiran kiri kanan rumah pun mesti kosong . Rasa sunyi sangat. Tapi sebab PKP , wow kemain penuh kawasan rumah semua Stay At Home sahaja . 

Okay la , cukup ini sahaja . Nanti ain update lagi okay ! Duduk di rumah okay , jangan sibuk nak beraya dan ziarah menziarahi okay .

Pagi Pagi Dah Beratur Depan Kedai

Assalamualaikum. Hari ni last day puasa. Wah ku sangka kan pagi pagi tak ada orang , KAH ! Ada pula orang . Astagfirullah . Lama juga kena beratur . Padal keluar rumah pukul 7 pagi tu . Nasib baik abanh suruh gerak pagi . Kalau pukul 8 baru nak terkedek keluar pukul berapa nak balik kan . 

Ikutkan dah memang beli barang awal - awal tapi ni bahan bahan yang kena beli time ni juga . Nasib ler makcik pakcik depan tu scan My Sejahtera awal - awal dan check suhu . Jadinya setiap kali berapa orang keluar , jadi lagi smooth  . Cuma standard la kan tak boleh balik kampung beraya , jadi nya semua akan masak sendiri di rumah . 

Mood raya ON walaupun tak dapat merentas dan menziarah ! Kita beraya sendiri di rumah je la kan . 

Sambil Mengemas Rumah Sambil Tengok Train To Busan

Assalamualaikum . Cerita kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah malam 10 Mei 2021 . Lately ni sempat kemas malam - malam je la . Kalau pagi memang tak sempat . Satu lagi kalau malam ni lepas terawih terus salin baju kotor dan start mengemas . Mengemas ni dekat ruang ruang yang ada habuk kalau pagi pagi nak kena mandi tukar baju banyak kali pulak nanti . Kihkihkih . 

Sambil kemas , eh terbukak tv . Tak sebenarnya abang ain yang bukak tv dulu . Sebab bola je dia bukak tv . Kah ! Dengan ain sekali tengok . Dah habis boleh godek godek channel lain , lah ternampak pulak channel korea ni . Pulak tu lagi berapa minit start Train To Busan . Apa lagi , melangot je la depan tv tengok . 
Bila tengok movie ni , teringat pula covid yang tengah melanda dunia ni kan . Bayangkan virus semudah tu je dijangkiti . Sedih sangat ! Dalam movie ni juga boleh nampak karakter orang yang sanggup berkorban dan orang yang selfish pentingkan diri . Sama je macam dengan keadaan sekarang . 
Sambil tengok movie ni sebenarnya sambil insaf pada diri . Kita pula tengah hadap covid 19 ni kan . Banyak yang terhalang , banyak aktiviti tak dapat buat dan macam macam dugaan yang datang . Semoga kita semua kuat okay ! Okay nak sambung kemas kemas lagi . Ni pun update guna phone mana yang menyempat je ni . 

Dah Singgah Belum Kedai Berhantu Ni ?.


Assalamualaikum . Baru lepas berbelanja ke kedai berhantu ni . Mana yang boleh dibeli disini , memang akan spent duit di dalam kedai ni . Ni dekat Kedai Ninso yang terletak di Kilang Bateri Tampoi , Johor Bahru . Dekat sangat dah dengan rumah ain . Jadi ni dah nak raya , apa lagi . Membeli la disini . 

Bukan itu sahaja , termasuk juga kedai berhantu satu lagi di Plaza Angsana Johor Bahru . Mr Dollar sebelah menyebelah je dengan Mr DiY . Mr Dollar ni masih baru juga di Angsana . 
Mr Dollar ni nak 2 ringgit ke 5 ringgit . Gitu lah pilihan nya . Tapi sayang nya , tak membeli pun dekat sini tadi . Sebab rasanya dah cukup sangat keperluan yang ada . Ingat , membeli jangan sampai membazir lepastu semua benda tak makan last last expired . Apa pun tak boleh ! 

Selamat Shopping Raya okay geng ! 

Happy Mother Day !


Pagi ni buka whatsapp menimbun bercerita tentang Hari Ibu . Buka pula Instagram ramai yang post gambar bersama dengan ibu , mak mertua mereka . Tak ! Aku bukan jelos . Cuma aku senyum tengok kebahagiaan orang . Dalam hati cakap , "untung ehk ade mak lagi" .  Aku ni.. hmm .. Banyak kena pendam sendiri dan simpan sendiri . 

Tapi , kalau kita nak bahagia , tak salah kita membahagiakan orang lain . Jadi , tadi sempat ain wish pada kawan - kawan , kakak kakak , makcik makcik jiran  Happy Mother Day ! Kadang - kadang dengan wish simple macam gini pun boleh gembirakan orang kan . 

Untuk yang membaca ni , kalau anda seorang ibu . Selamat Hari Ibu .. Ibu engkaulah ratu hati ku ! 

Ain pernah tulis kisah arwah ibu . Tajuknya Dua Puluh Tujuh April , sudi kan membaca . 

Kemas Mengemas Walaupun PKP Raya , Duduk Kat Rumah Je ..

Assalamualaikum.. beberapa hari ni , Ain busy kemas rumah . Kemas rumah ni bererti buang barang yang tak pakai , keluarkan barang yang tak guna . Bukan setakat basuh langsir , vacuum , mop dan lap habuk je . Nasib la ada abang ain . Dia tukang panjat tanggalkan langsir , pasang langsir , vacuum , mop . Kalau yang bab habuk habuk dan kotor ni dia sensitif sikit . Nanti habis bersin . Ain jelah kat rumah yang boleh hadap bab kotor -kotor ni .

Haa , tadi baru lepas sidai langsir . Tu langsir entah dari tahun bila entah . Tak bertukar . Hahaha . Selagi elok , basuh dan pakai je la . Kita PKP kan duduk rumah je! Kihkihkihhh . Lepastu ain tengah attack ruang yang banyak menyimpan barang . Ee , rimas tau . Tempat menyimpan dan terkumpul barang tu la yang paling banyak habuk . Memang ain pilih -pilih mana nak buang mana nak simpan . Boleh nampak la tengah celaru rumah Ain . 
Ain percaya yang kalau nak rezeki Allah yang berkat datang kepada kita , rumah , ruang solat , tempat tidur mesti bersih . Bersih dan selesa . Baru lah hati tu rasa tenang . Sambil - sambil kemas ni , teringat pula satu movie Thailand ni tajuknya Happy Old Year . Movie ni release pada tahun 2019 . 

Movie ni pasal kisah family dia ada penyakit "hoarding" iaitu jenis manusia susah nak buang barang , sayang barang sampai bertimbun dalam rumah . Dulu - dulu kan masa ain sekolah kitorang ada penyakit ni satu family . Sampaikan bila ingat balik , ya Allah .. Bersepah gila rumah aku ! Ain suka kumpul kotak perfume dan botol perfume sebab dulu- dulu ibu memang beli perfume original . Jadinya ain la yang share pakai dan menyimpan . Selain dari tu , ain suka simpan barang - barang dari sekolah macam surat kawan - kawan , hadiah dan kumpul teddy bear . Melambak weh . Sampaikan satu tahap i learn to let it go . 
Sekarang ni , dah malas nak simpan - simpan sayang sayang barang sangat . Kalau korang ada masalah susah nak buang barang lama gitu , gi la tengok Happy Old Year . Okay la nak sambung kemas lagi . Bye ! selamat mengemas untuk hari raya okay ! 

Iklan Raya 2021 ni..Sumpah sedih gila!


 Assalamualaikum .. berapa hari dah tinggal blog ni sebabnya busy mengemas rumah . Yelah nak raya kan . Tetiba malam semalam sebelum tidur , ada satu hamba Allah ni sent klip video raya ni dekat Ain. Ya Allah , lepas tengok tu menangis weh . 


Sedih sangat . Sebak betul rasa di hati . Iklan raya ni dihasilkan oleh jenama Saji Malaysia . Memang mengalir air mata tengok video ni . Lepastu terbukak Twitter , katanya ni kisah benar . 

Allahuakbar . "Kasih Tulus Kekal Abadi , Seikhlas hadiah dari hati "