Amboi , Anak Jiran Pun Dapat Teddy Bear Jugak ! | Assalamualaikum , kisah teddy bear ni bersambung juga ye dari kisah sebelumnya dimana ain menceritakan kejadian mendapat teddy bear yang besar tu .
Untuk yang belum tahu mengenai kisah ain mendapat teddy bear besar tu , boleh la klik cerita nya disini . Jadinya , tak adil la kan Kak Ain je yang dapat kan . Rezeki buat anak - anak jiran yang lain dapat juga teddy bear . Teringat masa zaman ain kanak kanak paling suka kalau dapat kawan perempuan sebabnya nak bermain anak patung dan barbie bersama . Maklumlah anak seorang perempuan kan . Anak patung ni dah jadi macam teman untuk ain walaupun tak pernah la bercakap dengan anak patung . Hanya menjadikan anak patung tu teman tidur disebelah dan untuk buat peluk .
Berbalik kepada story macam mana anak jiran ni pun boleh dapat sama teddy bear ialah kerana masa tu si pemberi ni memang melambak stok teddy bear . Tergerak pula hati ini nak pilih kan sekali untuk anak jiran sebelah iaitu si Nur Ila dan Ainul . Masa ain pergi ambil anak patung ni , ain ajak si Farisya teman jadinya dia pun sudah pasti terlibat sama dalam memilih anak patung .
Farisya punya anak patung kecil sedikit dari kak Ain dia ni . Ain pilihkan patung strawberry dan patung pink gitu untuk yang lain . Apa yang pasti patung Kak Ain diorang la yang terpaling besar . HAHAHAHAHA .
Kebiasaannya , waktu petang adalah waktu kami bersantai di depan rumah . Antara aktiviti yang dilakukan ialah bermain badminton , berbual sambil menyapu daun kering dan sembang sembang kosong je la .
Tapi , petang itu agak berbeza daripada kebiasaan hari . Petang kami santai sambil bermain anak patung . Ain bentangkan tikar kecil dan terkejut juga si Ainul dan Nur Ila siap berbaring lagi sambil memeluk anak patung . I is tacink at that moment . Sebabnya dah lama tak dapat buat gegirl things gituw kan . HAHAHA .
Entah la , ain merasakan apabila menulis tentang kisah anak jiran di blog akuainkausiapa ni meninggalkan kenangan terindah disini . Nanti nanti kalau kitorang saling merindukan , boleh je baca disini kan .
Semoga lebih banyak kenangan terindah akan dapat dicipta
Baca juga :