Amboi , Anak Jiran Pun Dapat Teddy Bear Jugak !

Amboi , Anak Jiran Pun Dapat Teddy Bear Jugak ! | Assalamualaikum , kisah teddy bear ni bersambung juga ye dari kisah sebelumnya dimana ain menceritakan kejadian mendapat teddy bear yang besar tu . 

sheisfarahain pegang teddy bear besar


Untuk yang belum tahu mengenai kisah ain mendapat teddy bear besar tu , boleh la klik cerita nya disini  . Jadinya , tak adil la kan Kak Ain je yang dapat kan . Rezeki buat anak - anak jiran yang lain dapat juga teddy bear . Teringat masa zaman ain kanak kanak paling suka kalau dapat kawan perempuan sebabnya nak bermain anak patung dan barbie bersama . Maklumlah anak seorang perempuan kan . Anak patung ni dah jadi macam teman untuk ain walaupun tak pernah la bercakap dengan anak patung . Hanya menjadikan anak patung tu teman tidur disebelah dan untuk buat peluk . 

Berbalik kepada story macam mana anak jiran ni pun boleh dapat sama teddy bear ialah kerana masa tu si pemberi ni memang melambak stok teddy bear . Tergerak pula hati ini nak pilih kan sekali untuk anak jiran sebelah iaitu si Nur Ila dan Ainul . Masa ain pergi ambil anak patung ni , ain ajak si Farisya teman jadinya dia pun sudah pasti terlibat sama dalam memilih anak patung .

teddy bear comel

teddy bear untuk kanak kanak




Farisya punya anak patung kecil sedikit dari kak Ain dia ni  . Ain pilihkan patung strawberry dan patung pink gitu untuk yang lain . Apa yang pasti patung Kak Ain diorang la yang terpaling besar . HAHAHAHAHA . 

Kebiasaannya , waktu petang adalah waktu kami bersantai di depan rumah . Antara aktiviti yang dilakukan ialah bermain badminton , berbual sambil menyapu daun kering dan sembang sembang kosong je la .

Tapi , petang itu agak berbeza daripada kebiasaan hari . Petang kami santai sambil bermain anak patung . Ain bentangkan tikar kecil dan terkejut juga si Ainul dan Nur Ila siap berbaring lagi sambil memeluk anak patung . I is tacink at that moment  . Sebabnya dah lama tak dapat buat gegirl things gituw kan . HAHAHA . 

anak kecil bermain anak patung

santai petang bersama anak jiran


Entah la , ain merasakan apabila menulis tentang kisah anak jiran di blog akuainkausiapa ni meninggalkan kenangan terindah disini . Nanti nanti kalau kitorang saling merindukan , boleh je baca disini kan . 

Semoga lebih banyak kenangan terindah akan dapat dicipta

Baca juga : 

Teman Kecilku Dapat Anugerah Di Sekolah

Teman Kecilku Dapat Anugerah Di Sekolah | Assalamualaikum . Kepada yang selalu membaca online diary akuainkausiapa ni pasti sudah tahu dan kenal siapakah teman kecilku ini . Dialah anak jiran yang selalu menjadi kisah sensasi dalam blog ini . HAHAHA . My little best friend . Untuk tahun 2022 ini , teman kecilku akan masuk sekolah menengah pula . Pejam celik pejam celik dah masuk tingkatan satu . Sekejap je masa berlalu kan . Dengan belajar masa zaman pandemik covid ni memang sangat berbeza dengan cara belajar kita dahulu . 

teman kecil


Namun demikian , dengan berlaku kejadian UPSR dimansuhkan , mesti menjadi satu keseronokan kepada budak sekolah seperti Farisya . Iya , Farisya la nama teman kecilku itu . Dalam pada asyik kelas online je , sekejap sekolah sekejap pdpr tak mematahkan semangat nya untuk terus belajar walaupun penyakit M (MALAS) membelenggu diri . 

Alhamdulilah , teman kecilku mendapat anugerah pelajar aktif semasa pdpr . Dapat dia seketul trofi . Trofi ini diterima tahun 2021 tapi biasa la kak ain dia ni peram story sampai tahun 2022 baru nak tulis . KIHKIHKIH . Jadinya , baru baru ini teman kecilku terima lagi anugerah . WOW! 

anugerah pdpr



Bukan satu tapi dua anugerah yang diterima . Dasyat yer bukan biashe biashe . Farisya dapat anugerah untuk kategori Sains dan Pendidikan Islam . Comel je dia bergambar di sekolah tu . 

Dalam pada masa yang sama , sekolah juga telah mengadakan satu majlis untuk murid tahun enam pro max . HAHAHAHA . Iya la , budak sekolah zaman covid ni semuanya digelar pro max . HAHAHA . Majlis itu macam majlis perpisahan la gitu . Kak Ain dia ni pula kepoh , whatsapp la dia , nak tengok gambar comel dia tu . 

majlis darjah 6 skbu2

murid skbu2



Lalu disent nya seketul je gambar dengan kawan - kawan . HAHAHA . Astagfirullah . Kasi la dua ke tiga keping gambar ni seketul je . Kemain dia tau , sebelum nak ke majlis tu siap ajak baba dan mama nya pergi cari ootd untuk digayakan bertema pastel pink gituw .

Bila tengok kejayaan yang dicipta oleh teman kecilku ini rasa macam tumpang bahagia . Iyalah , di blog ini juga bukti rekod kejayaan yang dicapai oleh Farisya . Semoga dia terus bersemangat mencapai cita citanya . 

Baca kisah Farisya Teman Kecilku :

*Dia dah apply masuk asrama . Kak Ain is sad right now ~ Hmm ..Siapa nak teman kak ain dah lepas ni  😭 Masa menaip ni pun dah rasa sedih sedih tauu ...

Move On Bukan Bererti Melupakan

Move On Bukan Bererti Melupakan


Move on bukan bererti melupakan akan tetapi ianya bermaksud mengikhlaskan , tidak perlu melupakan segala kebaikan atau mengingat segala keburukan seseorang . 

Bila mana hati ikhlas dengan takdir yang Allah tentukan , itulah yang dipanggil move on . Hati yang menerima ketentuan Allah dan menerima takdir tanpa mempersoalkan segalanya . 

Seseorang itu menyerahkan hatinya kepada pemilik hati iaitu Allah  , dan dia percaya setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan dia juga yakin kebahagiaan akan tiba suatu hari nanti seperti mana yang telah Allah tetapkan untuk hamba-Nya .


Baca juga :