Sarapan Pagi Di Habib Nasi Lemak Sup Tauhu Di Batu Pahat

 Sarapan Pagi Di Habib Nasi Lemak Sup Tauhu Di Batu Pahat 


Assalamualaikum , kesinambungan dari Program Jelajah BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia  pada hari pertama yang mana ain bermalam di Batu Pahat . Keesokkan pagi nya kami bersarapan di Habib Nasi Lemak Sup Tauhu . Dengar nama menu pun dah rasa unik apatah lagi bila nasi lemak sup tauhu tersebut datang ke meja kami . Nama pun dah kemain panjang , mesti kemain meriah set makanannya kan . 


tempat makan sedap batu pahat




Itu lah bentuk dan rupanya nasi lemak sup tauhu seperti dalam gambar . Kombinasi nasi lemak serta kuah (seakan kuah lontong yang diletakkan tauhu ) . Juga ditambah bersama sambal , sedikit sayur , telur dadar dan ayam goreng .


Nasi lemak sup tauhu ni memang orang cakap a complete set la , malah memang mengenyangkan ! Tak perlu dah la nak makan pagi selepas beberapa jam kemudian . 



Pada ain , rasanya sedap ! Menunya unik . Cuma mungkin orang yang tak biasa menambahkan kuah pada menu nasi lemak pasti akan merasa pelik , macam spesis perut ain ni memang suka kuah banjir ! Kihkihkih. 

habib nasi lemak sup tauhu


Ingat , kalau sampai di Batu Pahat , jangan lupa cuba makan nasi lemak sup tauhu ni . Takkan la asyik nak cari Nasi Briyani je kan ! 


Habib Nasi Lemak Sup Tauhu
Jalan Tan Swee Hoe, 83000 Batu Pahat, Johor
016-353 9009

Baca artikel lain yang berkaitan :

Makan Set Mix And Match Baru Dari McDonald

 Makan Set Mix And Match Baru Dari McDonald  .  Assalamualaikum . Tadi late lunch , memandangkan hari hujan dan malas nya alahai nak memasak dan nak keluar dari kereta (tak nak kena hujan) jadinya yang terlintas di fikiran ialah drive thru MCD . Bukan itu sahaja , malam pula nak masak jadinya perut tak nak mencari nasi . Jadi nya tapau mcd je la kan .


Mix and match McSavers adalah pilihan kegemaran ain . Orang cakap inilah set budget yang dikeluarkan oleh MCD . Kalau nak set bajet bawah RM 10 , pilih je la set mix and match McSavers ini . Ain selalu order McChicken dan Fries  , ataupun kalau teringin nak rasa seketul ayam order la ayam dan fries . Kalau macam tak ada selera ke kan , order je set bubur dan combine kan set di sebelahnya . Macam gitu la selalunya air order mcd .

mix and match mcdonald 2022




Sementara nak menunggu kereta depan memandangkan que agak panjang , Ain pun belek belek la dekat telefon set baru dari mix and match . Dalam hati ni macam terdetik , kot kot lah kan MCD ada kombinasi menu yang baru . Tup tup tup , eh ada la . 


Kombinasi Spicy Beef With Cheese dipadankan bersama fries ! Okay gonna try !



My first impression is SEDAP SEDAP SEDAP ! Memandangkan tekak ni memang suka pedas , and terfikir juga apa bezanya cheese burger sebab bentuk nya lebih kurang je . Rupanya ada sos spicy dan daging nya memang ada rasa spicy ! 

spicy cheese with double


spicy double with cheese mcd





Mantap ! memang akan jadi repeat order la next time kalau teringin nak makan MCD . Cumanya yang menjadi pelik  , set ni memang DOUBLE KE BEEF NYA ? Sebab dalam menu nya Spicy Beef With Cheese je namanya tak ada pun DOUBLE BEEF . Dalam resit harga on point je tak ada tambahan harga pun ke rezeki ain dapat double ? HAHAHHAA .

Siapa yang pernah order boleh confirmkan tak benda ni ? Sumpah , curious nak tahu ni . 


Baca juga artikel berkaitan : Berkelah sambil makan mcd 


Bersantai Di Pantai Minyak Beku Batu Pahat

Bersantai Di Pantai Minyak Beku Batu Pahat | Assalamualaikum , kesinambungan dari program jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia pada hari pertama yang bergerak dari Pontian Ke Batu Pahat membawa kenangan di Pantai Minyak Beku Batu Pahat . Untuk pengetahuan , kampung ayah ain berada diantara sempadan Pontian - Batu Pahat . Jadi sedikit sebanyak memang Ain tahu juga tentang Batu Pahat . Namun demikian , ianya merupakan pertama kali Ain datang singgah ke sini . 

pantai minyak beku batu pahat


Selalunya , kalau balik ke kampung asyik nampak je signboard Pantai Minyak Beku . Namun , tak pernah la nak ke sana . Akhirnya , bila mengikuti program anjuran Tourism Malaysia ini lah baru berkesempatan masuk ke dalam dan sampailah ke Pantai Minyak Beku . Apa yang menariknya Pantai Minyak Beku ni kan ? Pasti ada yang tertanya tanya bukan .




Selalunya orang kalau ke pantai tak lain tak bukan nak mandi air pantai dan berkelah gitu sahaja kan . Disini terdapat juga gerai gerai yang menjual makanan . Tetapi uniknya Pantai Minyak Beku ini ialah kita boleh melihat kapal yang membawa pasir bergerak . Unik sangat dan first time ain tengok betapa slow nya kapal tu .

ombak di pantai minyak beku

ombak kuat di pantai minyak beku

sekitar kawasan pantai minyak beku




Ombak disini bukan main dasyat juga yer dan kebetulan Ain pergi pula memang hari dah nak hujan gitu . Fuh , tiupan angin dan ombak yang berhempas tu boleh tahan kuat yer . Kan Ain cakap ain wakil media bagi program tersebut kan jadinya kami datang ke sini awal dari peserta BMX . Dah sampai awal kan apa lagi , makan la dulu . Kihkihkihkih. Sebelum sampai ke sini pihak pengurusan dah bungkuskan nasi ayam untuk kami makan . Kiranya macam lunch time we all la pada ketika itu dengan view pantai serta angin sepoi sepoi bahasa gitew . 

santai petang di pantai minyak beku

angin sepoi bahasa di pantai minyak beku


Parking disini banyak juga , jadinya Pantai Minyak Beku ini boleh la dikategorikan sebagai tempat menarik di Batu Pahat Johor . Tak salah kalau hujung hujung minggu tu , datang ke sini bersama keluarga dan kawan kawan buat penggemar pantai . Pantai Minyak Beku ini terbuka kepada orang awam .

pemandangan di pantai minyak beku

sheisfarahain di pantai minyak beku



Pantai Minyak Beku 
83000, Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor


Baca juga artikel berkaitan tempat menarik di Johor :