PENGALAMAN MAKAN MALAM DAN BERSANTAI DI PANTAI THE WESTIN DESARU
PENGALAMAN MAKAN MALAM DAN BERSANTAI DI PANTAI THE WESTIN DESARU | Untuk tahun 2022 ni , ain memang tidak join mana- mana event review buffet ramadhan . Bukan menolak semua jemputan media preview , tapi ada banyak perkara yang ain sedang fokus untuk waktu sekarang ini . Jadinya , memang ain tak ada update langsung mengenai buffet ramadhan yang terkini . Kisahnya , pada hari jumaat haritu Kak Sunah mengajak ain teman dia sebagai plus one untuk ke The Westin Desaru Coast Resort . Dalam kepala otak memang dah terbayang pantai desaru je ni . Sebab ain memang suka sangat pantai .
Pernah juga picnic di pantai Desaru sebelum ini . Excited yer bila kata nak ke The Westin Desaru Coast Resort sebabnya first time masuk ke dalam resort ini . Sebelum ni lalu dekat depan je . Untuk pengetahuan , The Westin Desaru Coast ni berdekatan dengan Hard Rock Desaru dan juga Desaru Coast Conference Centre . Malah , untuk pergi ke Desaru Coast Adventure Waterpark pun dah tak jauh .
Kami sampai pada sebelah petang dan terus ke surau terlebih dahulu untuk menunaikan solat asar . Sebenarnya , sebelum on the way nak ke surau tu kepala otak memang dah geram nak terjah pantai je . Memang dah aim nak bersantai dekat pantai walaupun sekejap . HAHAHA . Tapi , Sis Lin dan Kak Sunah Sakura cakap "woi, semayang dulu!". HAHAHHAA . Jadinya , solat la dulu . Selepas selesai solat je terus pecut ke pantai .
Cuaca pada ketika itu sangat panas yer kawan kawan . Tapi disebabkan keinginan dan keterujaan seketul farahain , ku redah kan jua . Untuk makluman , pantai desaru coast ini berkongsi dengan The Westin Resort dan juga Hard Rock Desaru . Sesiapa yang menginap di sini akan ada shutter yang menghantar untuk ke kawasan pantai . Sampai je di pantai tersebut , ain pun ambil la gambar dan video . Sambil tu menghayati bunyi deruan ombak . Wow , seronok sangat rasa .
Selepas itu , tiba la waktu untuk sesi food review buffet ramadhan . Ain ambil gambar gitu gitu je . Hehehe . Wah , untuk edisi ramadhan kali ini The Westin berkolaborasi bersama dengan chef yang terkenal dalam program Masterchef iaitu Chef Adu . Kata chef , dia pun orang Johor yer . Tapi tak bertanya pula johor belah mana ehk . HEHEHE.
Dapat la merasa resepi kolaborasi dan air tangan dari Chef Adu . Perut dah kenyang , hati pun banyak senang . Hati paling senang sebab dapat bersantai di pantai . Memang kalau dah ke Desaru mestila mencari pantai kan . HEHEHE.
The Westin Desaru Coast Resort
Jln Pantai 3, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
07-838 3333
Baca juga pengalaman ain yang lain di Desaru :
AKU PAKAI INAI MEKAH
AKU PAKAI INAI MEKAH | Sehari sebelum ain pulang ke kampung , ain berkesempatan untuk bermalam di rumah Blogger Sis Lin kerana kami bertiga (Sis Lin , Kak Sunah Sakura dan Ain ke Westin Desaru ) . Jadinya , sis kan baru pulang dari menunaikan ibadah umrah . Alhamdulilah , sis beri ain ole ole (buah tangan) dari mekah. Seronok pula bila dapat inai mekah . Maklumlah , dah lama jari ni tak berinai . Seingat ain jari ni berinai kalau jadi bridesmaids je tau .
Baca : kisah ain jadi bridemaids selama 4 tahun
Cara mudah untuk memakai inai pada kuku :
- Bersihkan tangan dan kuku terlebih dahulu
- Pakai inai setebal yang mungkin sebelum tidur
- Biarkan inai tersebut kering
- Apabila inai dah kering , top up pada mana mana bahagian yang kurang
Selepas bermalam di rumah Sis Lin , keesokkannya ain terus ke kampung . Beg yang sama ain bawa , jadinya pada sebelah malam selepas solat magrib tu ain pun melukis la inai mekah di jari ni . Tak susah pun nak guna inai mekah ni . Pakai suka suka je. Oh , satu lagi sebab nak tutup satu jari yang kena celup masa PRN Johor tu . HAHAHA .
Tu yang kalau perasan , satu jari tu je gelap semacam . Pssttt : teringin nak rasa excited yang sebenar bila berinai pada jari (iaitu pada hari perkahwinan) . Selama ni asyik jadi bridemaids je kan , tumpang gembira wedding orang je ... Insyallah ~ jodoh pasti bertemu . Tiber~