Selamat Hari Guru To My beloved Vogue Lecturer Azfahanee Zakaria

Assalamualaikum . hari ini 16 May 2021 . Dalam pada kesibukan kita berhari raya PKP , (sibuk ke ?) Kihkihkih , duduk rumah je kan . Tak lupa juga untuk kita memberikan ucapan Selamat Hari Guru . Tapi , this special posting i would like to dedicate to my Beloved and vogue lecturer Dr Azfahanee Zakaria . Kitorang dulu -dulu panggil nya "madam azfa" .

Let me throwback the story first ! Rasanya pernah tulis tentang kisah ni masa belajar dekat Merbok dulu . Kisahnya pada semester 3 . Waktu tu dah bercampur budak -budak dari diploma dan stpm serta budak matrik . Aku geng budak matrik . Budak matrik dan stpm ni biasanya akan start Degree dari semester 1 . Tapi budak budak Diploma yang dari course yang sama akan terus start dari semester 3 . Bila berlaku pertambahan student , jadinya kena la pecah dua kelas . 

Mula - mula masa start masuk sem 3, rasa pelik kenapa ada jadual kelas A dan Kelas B . Kisah kelas A dan kelas B boleh tekan situ dan baca okay ! (caca marba sikit cara aku menulis dulu , yela tahun 2012 masa tu umur masih belum matang ) Nasib la ada blog , dapat simpan kenangan kat sini . Jadinya , bila berpindah ke kelas B ni aku dapat berjumpa dengan my beloved and vogue lecturer. 

Kisahnya , kelas madam Azfa Ahad pagi . Kihkihkihhh . ketaq lutut masa mula -mula nak masuk . Well , we as a student kan akan sportcheck background lecturer tu dulu . Dari sumber sumber student yang lain kata hati -hati dengan this lecturer sebab garang and strict . Tudia , dia punya jeling tajam . Seram gila . Masa awal kelas lagi madam azfa dah tunjuk perangai garang dia . Memang takut gila !  . And i still remember her words . Dia cakap "by the way , I'm from KL so what ?!". Hahahaha . *dalam hati , kerek betul .hahahha (sorry puan) 

Puan azfa juga ada set beberapa rules dalam kelas dia antaranya jangan menguap time dia mengajar . Nanti dia memang mark the face . Lepastu dia cakap before datang kelas dia , make sure study dulu . Subject yang diajar oleh puan azfa ialah Consumer Behaviour (CB) . Subjek ni pada aku susah nak faham . 

Personally speaking , ain pun tak berapa nak perform this subject and already tell the truth dengan puan . Ain pernah cakap " sorry madam , i cannot score your subject" . This subject is tough for me . But , still she always remind me to study first before enter the class. (Speaking speaking gitu yer ! Sebab memang we all should communicate in English ) "you kena rajin tengok iklan iklan..from that you will learn how CB doing it" . So , aku ni memang suka tengok tv . Zaman dulu whatsapp pun masih belum ada . Belum zaman teknologi moden sangat . Jadinya aku jadi kan TV sebagai medium to learn more CB . kihkihkihhh.

Everytime before class madam Azfa ni , Ain akan watch all the iklan dekat TV . Sambil bukak buku sambil study depan TV . Memang perangai dari sekolah lagi ni suka study menyambil tengok tv . Hahaha . Time dalam kelas , she ask me to explain and i still remember that i terlepas cakap " i watch the ads on tv..." , and she reply " oh you watch tv? rather than read the book?.". HAHAHA . But , she know me well.  Ada kejadian lagi yang i ingat . That is why she is so special ! Kah! 

Masa tu Ain bukannya class representative , (ketua kelas) pun but dia mintak nombor telefon i . OMG! Terperanjat i . Ayat puan macam gini "you girl ! can i have your phone number?". My gosh ! Selalu student yang minta nombor lecturer ni terbalik pulak . Tapi dalam pada garang nya madam ni , dia sangat caring pada semua student dia . Dia siap tanya kitorang datang kelas naik apa , satu rumah dengan siapa . Sebab kitorang dah tak duduk kolej kan kena duduk rumah sewa . 

Bukan tu je , madam ni juga boleh detect yang ain tengah bergaduh dengan roomate . HAHAHA . Tergelak aku bila taip balik kejadian ni . Ayat puan waktu tu " you all ni bergaduh ke ?" Hahahhahaa.  Nampak la waktu ni zaman muda mudi tak matang . Dia sangat concern pasal student dia . That why she is so special in my heart . Kenangan paling terindah bila kitorang participate IID . Dia macam event yang disertai oleh university , kolej dan sekolah sekolah lain . Kitorang participate and kena siapkan model prototype masa ni la kitorang geng kelas B jadi lagi close . Sebab masing masing kena work together . Kenangan sangat masa tu and we all celebrate masa sem 4 . Hahaha . Celebrate makan steamboat . Hahaha .

Walaupun puan azfa mengajar hanya pada 1 sem sahaja , tapi dia memberi kenangan terindah untuk Ain. Ada juga student lain cakap "ala Ain student kesayangan dia boleh la close dengan dia". Hahaha . Dia tak tahu mula mula nak masuk kelas tu takut tak takut kan , dengan tak boleh menguap nya dalam kelas. Hahaha . Tak boleh lambat datang kelas ! Semua ni mengajar kita untuk jadi lebih baik . 

So , this posting i would like to dedicate to you Puan Azfahanee Zakaria . You selalu menulis thesis research kan ,takpe ,your student ni tulis blog je . Hahaha . Terima kasih for being a great lecturer and vogue ! I like her because she is vogue , firm with her words ! I suka perempuan yang garang bertempat tapi bila dia sebagai wife and mother ala.. She is very sweet i tell you !. That why i inspire her ! By the way , Happy Teacher Day for YOU ! Mintak halal ilmu yang diajar . Terima kasih menjadi inspirasi ,kawan , a listener to me (mother) sebab i kan dah tak ade ibu . She always remind me to take care of myself . Sekarang pula dia selalu ingatkan suruh pakai lipstick hahaha . Aah , dia selalu pesan dulu -dulu , "ladies always put some colour in your face!". Pemalas nak makeup atleast boh la lipstick sikit . Hahaha .

*ni la gambar last kitorang berjumpa dekat rumah puan azfa that time i baru je kehilangan ibu i* 

Dessert Penyejuk Tekak Di kala Hari Raya PKP

Assalamualaikum . sebenarnya berniat nak buat dessert ni waktu raya pertama . Tapi , banyak sangat makanan . Jadi untuk tak nak membazir , kita buat satu hari satu hari . Tak ada la semua nak bantai bedal satu hari . Tu yang nanti sakit perut . 

Jadi untuk hari raya PKP ketiga semalam , abang ain buat desseett penyejuk tekak ni . Bahan -bahan nya mudah je . Beli dekat kedai Ninso . Kedai berhantu tu . Hehehe . 
Antara bahan yang digunakan sumi jelly , nata de coco , jelly puding , susu sejat . Abang ain kalau bab - bab buat minuman memang serah kepada dia . Sebab dulu time belajar dia pernah meniaga air dan donut JCO . Jadinya , kalau dulu - dulu tetamu datang pun memang dia yang tukang buat air . Kurang la sikit beban kat rumah ni . Kihkihkihhh . 
Ala dessert penyejuk tekak ni makan sambil tengok drama . Hahaha . Ala , buat untuk diri sendiri je . Bukan untuk tetamu . Berani nak datang . Semalam ada budak budak bagi salam datang nak beraya . Ain jerit kan je " Halu pulis .. ada budak ni datang nak beraya " . Tak berani dia nak bagi salam rumah kita . 🤪

Oh , sebelum ni ain ada juga kongsi resepi aneka puding mudah dan sedap . Boleh lah buat penyejuk tekak dikala PKP . Tak la panas hati je duduk rumah kann. Kihkihkihhh .

Marathon Drama Korea The Penthouse War Of Life

Sempena kita Berhari Raya Pkp ni , dah suruh duduk rumah . Kita pun bertapa je la dekat rumah . Banyak nak post cerita dekat blog ni , tapi tengah mood marathon drama korea popular ni iaitu The Penthouse War Of Life . Ain baru nak layan season pertama . 

Season pertama ni release pada tahun 2020 . Tuptup ada season dua yer . Eh , ramai pula kawan yang dah tengok drama ni cakap akan ada season 3 . Harapnya , boleh selesaikan marathon ni la ye . Sakit hati betul rasa perempuan bergaduh kan . Membawak perangai mak sampai ke anak . Pulak tu , orang kaya ni kalau marah je memang spesis hempas barang ehk ?. Emosi betul aku part baling membaling barang kalau mengamuk . 

Waktu ain menaip ni , ain tengah dalam episod 16 . Kebetulan pula tengah ABC ( Allah bagi cuti) , apa lagi bantai marathon la. Kihkihkih . 

Korang dah pernah tengok ke drama ni ?. Watak mana yang paling korang menyampah ?. 

Selamat Hari Raya PKP !


Assalamualaikum .. Saya , Nur Farahain ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilifitri . Maaf zahir dan batin . Maaf yer tak sempat update semalam . By the way banyak cerita juga nak di story kan dekat sini . Insyallah , nanti ain update okay . 

Walaupun PKP raya tahun ni , terpaling memori betul sebab dapat main bunga api dengan anak jiran sebelah malam raya , berbuka ramadhan terakhir pun dapat banyak juadah , hari raya pun dapat banyak juadah . Banyak betul rezeki raya walaupun duduk di rumah . 

Sebelum sebelum ni , bandar Johor Bahru pasti dah kosong ramai pulang ke kampung . Jiran kiri kanan rumah pun mesti kosong . Rasa sunyi sangat. Tapi sebab PKP , wow kemain penuh kawasan rumah semua Stay At Home sahaja . 

Okay la , cukup ini sahaja . Nanti ain update lagi okay ! Duduk di rumah okay , jangan sibuk nak beraya dan ziarah menziarahi okay .

Pagi Pagi Dah Beratur Depan Kedai

Assalamualaikum. Hari ni last day puasa. Wah ku sangka kan pagi pagi tak ada orang , KAH ! Ada pula orang . Astagfirullah . Lama juga kena beratur . Padal keluar rumah pukul 7 pagi tu . Nasib baik abanh suruh gerak pagi . Kalau pukul 8 baru nak terkedek keluar pukul berapa nak balik kan . 

Ikutkan dah memang beli barang awal - awal tapi ni bahan bahan yang kena beli time ni juga . Nasib ler makcik pakcik depan tu scan My Sejahtera awal - awal dan check suhu . Jadinya setiap kali berapa orang keluar , jadi lagi smooth  . Cuma standard la kan tak boleh balik kampung beraya , jadi nya semua akan masak sendiri di rumah . 

Mood raya ON walaupun tak dapat merentas dan menziarah ! Kita beraya sendiri di rumah je la kan . 

Sambil Mengemas Rumah Sambil Tengok Train To Busan

Assalamualaikum . Cerita kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah malam 10 Mei 2021 . Lately ni sempat kemas malam - malam je la . Kalau pagi memang tak sempat . Satu lagi kalau malam ni lepas terawih terus salin baju kotor dan start mengemas . Mengemas ni dekat ruang ruang yang ada habuk kalau pagi pagi nak kena mandi tukar baju banyak kali pulak nanti . Kihkihkih . 

Sambil kemas , eh terbukak tv . Tak sebenarnya abang ain yang bukak tv dulu . Sebab bola je dia bukak tv . Kah ! Dengan ain sekali tengok . Dah habis boleh godek godek channel lain , lah ternampak pulak channel korea ni . Pulak tu lagi berapa minit start Train To Busan . Apa lagi , melangot je la depan tv tengok . 
Bila tengok movie ni , teringat pula covid yang tengah melanda dunia ni kan . Bayangkan virus semudah tu je dijangkiti . Sedih sangat ! Dalam movie ni juga boleh nampak karakter orang yang sanggup berkorban dan orang yang selfish pentingkan diri . Sama je macam dengan keadaan sekarang . 
Sambil tengok movie ni sebenarnya sambil insaf pada diri . Kita pula tengah hadap covid 19 ni kan . Banyak yang terhalang , banyak aktiviti tak dapat buat dan macam macam dugaan yang datang . Semoga kita semua kuat okay ! Okay nak sambung kemas kemas lagi . Ni pun update guna phone mana yang menyempat je ni . 

Dah Singgah Belum Kedai Berhantu Ni ?.


Assalamualaikum . Baru lepas berbelanja ke kedai berhantu ni . Mana yang boleh dibeli disini , memang akan spent duit di dalam kedai ni . Ni dekat Kedai Ninso yang terletak di Kilang Bateri Tampoi , Johor Bahru . Dekat sangat dah dengan rumah ain . Jadi ni dah nak raya , apa lagi . Membeli la disini . 

Bukan itu sahaja , termasuk juga kedai berhantu satu lagi di Plaza Angsana Johor Bahru . Mr Dollar sebelah menyebelah je dengan Mr DiY . Mr Dollar ni masih baru juga di Angsana . 
Mr Dollar ni nak 2 ringgit ke 5 ringgit . Gitu lah pilihan nya . Tapi sayang nya , tak membeli pun dekat sini tadi . Sebab rasanya dah cukup sangat keperluan yang ada . Ingat , membeli jangan sampai membazir lepastu semua benda tak makan last last expired . Apa pun tak boleh ! 

Selamat Shopping Raya okay geng ! 

Happy Mother Day !


Pagi ni buka whatsapp menimbun bercerita tentang Hari Ibu . Buka pula Instagram ramai yang post gambar bersama dengan ibu , mak mertua mereka . Tak ! Aku bukan jelos . Cuma aku senyum tengok kebahagiaan orang . Dalam hati cakap , "untung ehk ade mak lagi" .  Aku ni.. hmm .. Banyak kena pendam sendiri dan simpan sendiri . 

Tapi , kalau kita nak bahagia , tak salah kita membahagiakan orang lain . Jadi , tadi sempat ain wish pada kawan - kawan , kakak kakak , makcik makcik jiran  Happy Mother Day ! Kadang - kadang dengan wish simple macam gini pun boleh gembirakan orang kan . 

Untuk yang membaca ni , kalau anda seorang ibu . Selamat Hari Ibu .. Ibu engkaulah ratu hati ku ! 

Ain pernah tulis kisah arwah ibu . Tajuknya Dua Puluh Tujuh April , sudi kan membaca . 

Kemas Mengemas Walaupun PKP Raya , Duduk Kat Rumah Je ..

Assalamualaikum.. beberapa hari ni , Ain busy kemas rumah . Kemas rumah ni bererti buang barang yang tak pakai , keluarkan barang yang tak guna . Bukan setakat basuh langsir , vacuum , mop dan lap habuk je . Nasib la ada abang ain . Dia tukang panjat tanggalkan langsir , pasang langsir , vacuum , mop . Kalau yang bab habuk habuk dan kotor ni dia sensitif sikit . Nanti habis bersin . Ain jelah kat rumah yang boleh hadap bab kotor -kotor ni .

Haa , tadi baru lepas sidai langsir . Tu langsir entah dari tahun bila entah . Tak bertukar . Hahaha . Selagi elok , basuh dan pakai je la . Kita PKP kan duduk rumah je! Kihkihkihhh . Lepastu ain tengah attack ruang yang banyak menyimpan barang . Ee , rimas tau . Tempat menyimpan dan terkumpul barang tu la yang paling banyak habuk . Memang ain pilih -pilih mana nak buang mana nak simpan . Boleh nampak la tengah celaru rumah Ain . 
Ain percaya yang kalau nak rezeki Allah yang berkat datang kepada kita , rumah , ruang solat , tempat tidur mesti bersih . Bersih dan selesa . Baru lah hati tu rasa tenang . Sambil - sambil kemas ni , teringat pula satu movie Thailand ni tajuknya Happy Old Year . Movie ni release pada tahun 2019 . 

Movie ni pasal kisah family dia ada penyakit "hoarding" iaitu jenis manusia susah nak buang barang , sayang barang sampai bertimbun dalam rumah . Dulu - dulu kan masa ain sekolah kitorang ada penyakit ni satu family . Sampaikan bila ingat balik , ya Allah .. Bersepah gila rumah aku ! Ain suka kumpul kotak perfume dan botol perfume sebab dulu- dulu ibu memang beli perfume original . Jadinya ain la yang share pakai dan menyimpan . Selain dari tu , ain suka simpan barang - barang dari sekolah macam surat kawan - kawan , hadiah dan kumpul teddy bear . Melambak weh . Sampaikan satu tahap i learn to let it go . 
Sekarang ni , dah malas nak simpan - simpan sayang sayang barang sangat . Kalau korang ada masalah susah nak buang barang lama gitu , gi la tengok Happy Old Year . Okay la nak sambung kemas lagi . Bye ! selamat mengemas untuk hari raya okay ! 

Iklan Raya 2021 ni..Sumpah sedih gila!


 Assalamualaikum .. berapa hari dah tinggal blog ni sebabnya busy mengemas rumah . Yelah nak raya kan . Tetiba malam semalam sebelum tidur , ada satu hamba Allah ni sent klip video raya ni dekat Ain. Ya Allah , lepas tengok tu menangis weh . 


Sedih sangat . Sebak betul rasa di hati . Iklan raya ni dihasilkan oleh jenama Saji Malaysia . Memang mengalir air mata tengok video ni . Lepastu terbukak Twitter , katanya ni kisah benar . 

Allahuakbar . "Kasih Tulus Kekal Abadi , Seikhlas hadiah dari hati "