Macam mana nak cakap 'NO' politely bila orang mintak tolong time kita busy?
Boleh try ayat ni.
- I’m honoured but I can’t
- Sorry, I'm booked into something else right now
- Sadly I have something else
- I’m sorry but I'm not taking anything else right now
22/2/22 Tarikh Ini Memang Cantik ... Tarikh yang cantik untuk orang yang berkahwin , bertunang malah ada juga yang melahirkan anak . Tarikh 22 Februari 2022 ini antara tarikh yang paling dinantikan untuk tahun 2022 .
Tapi , kena sedar yer .... kau tu single !
"kau' = diri sendiri .
Jadinya sekadar mampu berhuhuhu sahaja la . Untung la siapa kahwin hari ini kan . Hmm .
Ain ternampak perkongsian dari Twitter coachismailayu yang berkongsikan tentang resepi mudah ayam goreng tanpa minyak :
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Ya Allah, lancarkanlah urusan aku hari ini. Indahkanlah dengan silaturahim yang baik dan limpahkanlah dengan rezeki yang berkat.
Kisahnya , Farisya dah mesej ain seawal jam 8 pagi lebih tapi apakan daya , kak Ain dia ni terlelap memang tak sedar apa . Tak lama lepas tu , mama nya pun turut mesej mengatakan nak menghantar makanan . Alhamdulilah terasa bersyukur sangat hati ini . Selepas ain dah membasuh muka , buka la pintu dan mengambil makanan yang diberikan . Jiran ain yang baik hati ni berkongsi rezeki antaranya ialah roti jala , kuih coklat comel (sedap sangat) dan nasi kerabu . Jadinya untuk sarapan pagi yang membawa ke makan tengah hari tu ain tambah kan dengan nasi goreng dan telur mata (untuk abang ain) sebabnya dia tak makan nasi kerabu . Lepastu abang ain ni dia power buat air tau , selalu kalau tetamu yang datang ke rumah atau minum petang ke memang dia yang selalu buat air . Dulunya abang ain pernah meniaga air masa waktu belajar diploma dulu . Nasi goreng pun nasi yang berlebih semalam dan ada sambal belacan sikit dijadikan perencah untuk menumis . Siap la hidangan untuk sarapan pagi tengah hari . HAHAHA .
Kadang -kadang rasa malu pula pada jiran sebelah ni , yela ada je nanti makanan yang diberikan pada ain . Macam tahu tahu je kadang tu tengah tak rajin nak memasak . HAHAHAH .
Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat.
Assalamualaikum . Beberapa hari lepas aku kemas baju yang banyak di almari tu . Almari ain ni jenis slider yang slide ke kiri kanan gitu untuk buka. Tapi , ain rasa annoying sangat nak slide slide jadinya ain buka slider tu dan letak belakang almari tu . Jadi la almari ain berbogel macam dalam gambar tu tak bertutup .
Ain dah mula rasa bersepah dah ni baju dah tak teratur . Maksudnya , baju dah terlampau banyak dan tak terurus dengan baik . Its time to declutter ! Apa maksud declutter itu ?
Declutter mean : remove unnecessary items from (an untidy or overcrowded place)
Bahasa mudah nya , hang pi asingkan je la mana barang yang nak simpan atau pakai lagi dan asingkan mana barang yang dah tak nak .
Susah atau tidak nak declutter ni ?
Susah kepada mereka yang ada masalah hoarding disorder . Okay itu apa pula ni ? Ini sejenis penyakit yer . HAHAHHAA .
Hoarding Disorder : a persistent difficulty discarding or parting with possessions because of a perceived need to save them.
Bahasa mudahnya penyakit suka simpan barang , terlampau sayang barang , dia punya simpan barang tu sampai penuh satu ruang rumah dan tak nak buang dan bersihkan langsung kerana pada nya barang tersebut punya kenangan yang tersendiri . I use to be that person sebelum sebelum ini . PEH ! SERABUT TAU ADA PERANGAI MACAM GINI I TELL YOU~~
Kini tak lagi . Hehehe .
Ain kongsikan beberapa tips macam mana ain kemas baju yang banyak tu :